Anda di halaman 1dari 3

Tajuk : kelahiran nabi Muhammad S.A.

Selawat nabi

Assalamualaikum w.b.t

Yang berusaha, tuan pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif lagi
bijaksana, guru-guru serta rakan-rakan sekalian.

Saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk ‘Kelahiran Nabi


Muhammad S.A.W.

Nabi kita namanya Muhammad

Ibu nabi namanya Aminah

Ayah nabi namanya Abdullah

Abdul mutalib nama datuknya

Nabi Muhammad S.A.W dilahirkan pada hari Isnin, 12 RabiulAwwal tahun gajah
bersamaan 570 Masihi.

Nama penuh baginda ialah Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib. Ibunya
pula bernama Aminah binti Wahab. Rasulullah S.A.W berasal dari keturunan Nabi
Ibrahim alaihi salam dan anaknya nabi Ismail.

Baginda dilahirkan dalam keadaan yatim piatu kerana bapanya Abdullah bin Abdul
Mutalib meninggal dunia di Madinah ketika baginda baru dua bulan di dalam
kandungan ibunya. Datuknya , iaitu Abdul Mutalib memberikan nama Muhammad
bermaksud yang terpuji.

Sebelum kelahiran Rasulullah, berita tentang lahirnya nabi akhir zaman telah
tersebar dan semua orang tertunggu-tunggu kelahiran insan istimewa tersebut.
Nabi Isa sendiri telah mendapat wahyu daripada Allah S.W.T bahawa akan
lahirnya seorang rasul ke dunia dan merupakan nabi terakhir yang akan memimpin
ajaran sebenar.

Tahukah kawan-kawan……

Semasa Rasululullah s.a.w dilahirkan, keadaan rumah baginda menjadi terang


benderang dilimpahi cahaya, manakala api sembahan agama majusi di Rom
terpadam dan istana Kisra di Parsi turut runtuh.

Beberapa peritiwa ajaib telah berlaku kepada baginda Rasulullah s.a.w selepas
dilahirkan. Antaranya ialah malaikat membelah dada baginda lalu dicuci dan
digantikan dengan hikmah dan iman.

Selain itu, ibu susuan baginda, Halimatus Saadiah membawa baginda ke


perkampungan Bani Saad yang pada waktu itu, kemiskinan dan kemarau melanda
kampung mereka. Sebaik sahaja Nabi Muhammad tiba di sana, awan mula
menyelimuti langit dan air hujan turun dengan lebatnya. Lembah sungai dipenuhi
air dan ternakan yang dahulunya kurus kini telah sihat serta mengeluarkan susu
yang banyak.
Sekian kisah tentang kelahiran Nabi Muhammad S.A.W

Anda mungkin juga menyukai