Anda di halaman 1dari 8

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Yang dimuliakan,
Tuan pengerusi yang petah berbicara, panel Hakim yang arif lagi bijaksana,
penjaga masa yang siap siaga, seterusnya hadirin hadirat yang saya kasihi
sekalian.

DENGARKAN…KISAH KU PERSEMBAHKAN …KISAH DARI AL QURAN..JADIKAN


PENGAJARAN..Tajuk cerita yang akan saya persembahkan hari ini ialah “ KISAH
KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W “

Ya kawan-kawan,

Nabi Muhammad SAW berasal daripada keturunan Bani Hasyim, sebuah
kabilah yang paling mulia dan tinggi darjatnya di kalangan suku Quraisy. Ayahnya
bernama Abdullah bin Abdul Muttalib,yang merupakan seorang pembesar
Quraisy yang besar pengaruhnya. Ibunya pula bernama Aminah binti Wahab dari
yang berasal dari Bani Zuhrah. Ayah Nabi meninggal ketika Nabi Muhammad di dalam
kandungan ibunya.

Ya kawan-kawan,

Sebagai umat Islam, kita hendaklah memperingati dan mengagungkan


peristiwa kelahiran Nabi Muhammad sebagai bukti kecintaan kita kepada Nabi
Muhammad SAW. Akhir zaman ini, masyarakat khususnya golongan remaja
hanya mengenal kumpulan-kumpulan k-Pop, Black Pink, BTS dan sebagainya
sehingga lupa sejarah manusia teragung Muhammad saw.
Firman Allah Taala dalam surah Al Fiil ayat 1 , maksudnya;

Rasulullah dilahirkan didalam keluarga yang cukup berpengaruh di tanah arab. Adapun,


tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW juga dikenali sebagai Tahun Gajah kerana
pada masa itu sebuah peristiwa besar telah berlaku di kota Mekah dimana
Allah menghancurkan tentera bergajah Abrahah.

Abrahah bersama bala tentera,

Pasukan bergajah yang gagah perkasa,

Datang menyerbu Mekah yang mulia,

Dihancurkan Allah sekelip mata.

Kawan-kawan,
Janganlah kita sesekali mencabar kekuasaan Allah. Setiap amanah yang
diberikan hendaklah kita jaga dengan sebaiknya. Dewasa ini, kita melihat
banyak pengkhianatan dan kerosakan yang berlaku akibat kerakusan sesama
manusia.

Tersebutlah kisah..suatu cerita


12 Rabiul awal Isnin yang mulia
Abu Jahal menyambut anak saudaranya
Datuknya memilih nama Muhammad yang mulia
Nabi Muhammad adalah anak yatim dan merupakan insan yang paling mulia.
Baginda disusui selama 3 hari oleh ibunya sebelum diserahkan kepada ibu
susuannya iaitu Halimatus Sa’diah.
Firman Allah taala dalam Surah Ad Dhuha ayat 6;

Kawan-kawan,
Kita hendaklah menyayangi anak-anak yatim sebagaimana ajaran Nabi
Muhammad SAW. Rancangan BersamaMu yang dipaparkan di TV 3
contohnya, mengajak kita untuk mendekatkan diri dengan golongan miskin
dan anak yatim untuk sama-sama membantu “hulurkan tangan,ringankan
beban”.

Selepas kelahiran Nabi Muhammad Saw,bumi Mekah menjadi subur

- Disusui ibunya selama 3 hari - Sayangi anak yatim - Rancangan BersamaMu - Kenduri Aqiqah Ad-Dhuha : 6
SELEPAS KELAHIRAN NABI MUHAMMAD SAW - Bumi Makkah menjadi subur - Membawa rahmat ke seluruh
alam - Bersyukur diatas nikmat Allah - Kemajuan & keamanan Negara malaysia Al-Anbiya’ : 107
Ya kawan-kawan,
Pengajaran yang pertama ialah kita haruslah menjadi hamba yang sentiasa bersyukur dan
berusaha. Kisah kejayaan seorang pelajar Cina, Por Hui Ling dari SK Tok Jiring
memperoleh 8A dalam UPKK baru-baru ini amat dikagumi dan boleh dijadikan contoh
kepada kita sebagai orang Islam.

Tersebutlah kisah suatu cerita,


Luqmanul Hakim hamba yang setia,
Diarah sembelih kambing tuannya,
Hati dan lidah menjadi hidangannya..
Kawan-kawan,
Tuan Luqman pernah menyuruh beliau menyembelih seekor kambing dan membawa
kepadanya dua ketul daging yang terbaik dan terkeji.

Perintah itu dilaksanakan Luqman dan membawa kepada tuannya dua ketul daging terbaik
dan terkeji iaitu hati dan lidah. Tuannya berasa pelik dan bertanya kepada Luqman maksud
perbuatannya itu. Luqman berkata: “Sesungguhnya, bagi orang yang mulia, inilah harta
terbaik dimilikinya dan bagi mereka yang keji, inilah harta terkeji terdapat dalam jasadnya.” 
Sesuailah dengan hadis Nabi SAW yang bermaksud : 
ِ ْ ‫ْج َس ِد ُم‬ ِ
ُ ‫َأالَ َوه َي الْ َقل‬,ُ‫ْج َس ُد ُكلُّه‬
‫ْب‬ ْ ‫ْج َس ُد ُكلُّهُ َوِإذَا فَ َس َد‬
َ ‫ت فَ َس َد ال‬ َ ‫صلَ َح ال‬
َ ‫ت‬ َ ‫ِإذَا‬,ً‫ضغَة‬
ْ ‫صلَ َح‬ َ ‫َأالَ َوِإ َّن في ال‬

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka
baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu kotor dan rosak, maka kotor
dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) 

Ya kawan-kawan,

Kita berada dalam era globalisasi dimana penggunaan gajet sangat berleluasa. Kes
penghinaan kepada Rasulullah yang menjadi tular di media sosial sangat menyedihkan kita.
Pengajaran kedua ialah janganlah kita menjadi hamba kepada gajet-gajet dan terlibat
dengan budaya fitnah, berbohong dan sebagainya.

Luqmanul Hakim pernah berpesan kepada anaknya dalam surah Luqman ; ayat 13

Maksudnya ; “Dan ingatlah ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu dia memberi
pelajaran kepadanya ; Hai anakku,janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya
mempersekutukan Allah adalah benar-benar kezaliman yang besar”

Luqmanul Hakim bapa bijaksana,


Menasihat anaknya sepanjang masa,
Taat dan patuh pada perintahNya,
Supaya syurga jadi jaminannya.

Kuasa Al-Jabbar usahlah dicabar,


Kelakkan merana dirimu sendiri

Kawan-kawan sekalian,
Bencana Tsunami yang berlaku di Sulawesi dan Palu adalah amaran Allah kepada kita.
Pengajaran yang ke 3 ialah sebagai orang Islam kita hendaklah sentiasa menjaga diri
dengan memelihara iman kita agar tidak terpesong dan menjauhi segala bentuk amalan
syirik.

Kawan-kawan,
Luqmanul hakim merupakan hamba Allah yang soleh. Antara nasihat beliau kepada
anaknya juga ialah tentang kepentingan menjaga solat.
Firman Allah s.w.t

Maksudnya : “Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia)mengerjakan yang baik
dan cegahlah (mereka)dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang
menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan."
Surah Luqman ayat 17.
Solat merupakan tiang agama dan akan menjadi amalan pertama yang akan dihisab di
akhirat nanti.
Kawan-kawan,
pengajaran yang ke empat ialah jadilah kita insan yang beriman dan bertaqwa
sebagaimana Abdul Rauf Sapuan yang telah dinobatkan Tokoh Tahfiz Kelantan 2018 yang
berjaya menghafal al-Quran berkat doa ibu-bapa dan izin Allah s.w.t.

Ya kawan-kawan,
Contohilah kebijaksanaan Luqmanul Hakim dalam kehidupan. Jadikanlah wasiat beliau
sebagai pedoman kita.

Kalaulah ada sumur di ladang,


Bolehlah hamba menumpang mandi,
Kalaulah ada umur yang panjang,
InsyaAllah kita jumpa lagi.
Sekian, wabillahi taufik wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
JAWAPAN SOALAN SPONTAN

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh..

Terima kasih pada pengacara yang budiman, barisan hakim dan hadirin sekalian..

Marilah-mari kita hayati jawapan soalan spontan saya ini..moga menjadi nasihat dan
teladan.…………………………………………………………………………adalah dengan
berdoa kepada Allah Taala sebagaimana kisah Luqman yang menasihati anaknya supaya
sentiasa berpegang teguh dengan ajaran Islam dan bergantung hanya kepada Allah.

Firman Allah Taala :

ِ ‫َأالَ بِ ِذ ْك ِر‬
‫اهلل تَط َْمِئ ُّن الْ ُقلُوب‬
“Ingatlah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang”
Surah Ar-Ra’du ayat 28
Ingat yer kawan-kawan, hendaklah kita sentiasa berpegang teguh dengan ajaran Islam dan
berdoa kepada Allah..

Anda mungkin juga menyukai