Anda di halaman 1dari 5

KISAH NABI SULAIMAN DENGAN RATU BALQIS Yang mulia tuan pengerusi majlis, barisan panel hakim yang

arif lagi bijaksana, guruguru dan rakan-rakan seperjuangan sekalian. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Tersebutlah kisah suatu cerita, Nabi Sulaiman yang bijaksana, Memerintah kerajaan adil saksama, Bersama haiwan boleh berbicara. Rakan-rakan sekalian, Nabi Sulaiman dianugerahkan Allah kebijaksanaan sejak remaja lagi. Baginda juga memiliki pelbagai keistimewaan, termasuklah mampu bercakap, memahami dan memberi arahan terhadap jin dan haiwan. Bertitik tolak daripada peristiwa itu, kewibawaan Sulaiman semakin terserlah. Melihat kecerdasan akal yang ditonjolkannya itu, Nabi Daud menaruh kepercayaan dengan mempersiapkannya sebagai pengganti dalam kerajaan Bani Israel. Setelah kewafatan Nabi Daud, maka Nabi Sulaiman pun diberikan kuasa sebagai pemimpin. Rakan-rakan yang dikasihi, Setelah membangunkan Baitulmuqaddis, Nabi Sulaiman menuju ke Yaman. Tiba di sana, disuruhnya burung hud-hud mencari sumber air. Tetapi burung berkenaan tiada ketika dipanggil. Ketiadaan burung hud-hud menimbulkan kemarahan Sulaiman. Mengapa aku tidak melihat burung Hudhud? Apakah dia termasuk di kalangan mereka yang ponteng? Nabi Sulaiman alayhi al-salaam bertanya. Sesungguhnya aku pasti akan menghukum Hudhud itu dengan hukuman yang keras, malah aku tidak teragak-agak untuk menyembelihnya sahaja kecuali jika Hudhud mendatangkan penjelasan yang konkrit! begitu sekali kemarahan Baginda. Berkata burung Hud-hud yang hinggap di depan Sulaiman sambil menundukkan kepala ketakutan: "Aku telah terbang dan beremu sesuatu yang sangat penting untuk diberitahu kepada Tuan. Aku telah menemukan sebuah kerajaan yang sangat besar dan mewah di negeri Saba yang diperintah oleh seorang ratu. 1

Ratu itu duduk di atas sebuah tahta yang megah bertaburkan permata yang berkilauan. Mereka tidak menyembah dan sujud kepada Allah, tetapi kepada matahari. Mereka telah disesatkan oleh syaitan laknatullah dari jalan yang lurus dan benar." Begitulah penjelasan burung hud-hud. Berkata Sulaiman kepada Hud-hud: "Baiklah, kali ini aku ampuni dosamu kerana berita yang engkau bawakan ini adalah penting untuk diperhatikan.. , bawalah suratku ini ke Saba dan lemparkanlah ke dalam istana ratu yang engkau maksudkan itu, kemudian kembalilah secepat-cepatnya, sambil kami menanti perkembangan selanjutnya bagaimana jawapan ratu Saba atas suratku ini." Hud-hud terbang kembali menuju Saba dan melempar surat Nabi Sulaiman di depan ratu Balqis yang sedang duduk dengan megah di atas tahtanya. Ia terkejut melihat surat itu jatuh dari udara tepat di depan wajahnya. Kemudian diambillah surat itu oleh ratu, dibuka dan dibaca isinya yang berbunyi:

An-Namlu: 30-31 "Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang, surat ini adalah daripadaku, Sulaiman. Janganlah kamu bersikap sombong terhadapku dan menganggap dirimu lebih tinggi daripadaku. Datanglah sekalian kepadaku berserah diri." Selepas dibaca surat itu, Ratu Balqis menghantarkan utusan bersama hadiah kepada Sulaiman. Rakan-rakan sekalian, Nabi Sulaiman melayan utusan tersebut dengan baik tetapi menolak hadiah yang dikirimkan oleh Ratu Balqis dan menceritakan pengalaman yang dialami di Yaman kepada Ratu Balqis. Ini membuatkan Ratu Balkis berhajat untuk berjumpa sendiri dengan Nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman memerintahkan tenteranya yang terdiri daripada manusia, haiwan dan jin untuk bersedia menyambut kedatangan Ratu Balqis. Beliau memerintahkan Ifrit supaya membawa singgahsana Ratu Balqis ke istananya. Apabila Ratu Balqis tiba Sulaiman bertanya : Seperti inikah singgahsanamu?

Dijawab Ratu Balqis: Ya, memang sama seperti singgahsanaku. Ratu Balqis dipersilakan masuk ke istana Nabi Sulaiman. Namun, ketika berjalan di istana itu, sekali lagi Ratu Balqis terpedaya, kerana menyangka air pada lantai istana Nabi Sulaiman, sehingga menyelak kainnya. Berkatalah Sulaiman; Sesungguhnya ia adalah istana licin yang diperbuat daripada kaca, berjalanlah engkau seperti biasa saja. "Oh, Tuhanku," "aku telah lama tersesat dan berpaling daripada-Mu sehingga terjatuh dari cahaya dan rahmat-Mu. Ampunilah aku. Aku berserah diri kepada Sulaiman NabiMu dengan penuh keikhlasan. Kasihanilah diriku wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang." Peristiwa itu menyebabkan Ratu Balqis berasa sangat aib dan menyedari kelemahannya, sehingga dia memohon ampun atas kesilapannya selama ini dan akhirnya dia diperisterikan oleh Nabi Sulaiman. Hiduplah mereka dengan bahagia sekali. Kebijaksaan Sulaiman telah merubahi sekeping hati, akhirnya Balqis akur jua, akan kelemahan pada diri. Rakan-rakan sekalian, Pengajaran dari cerita ini ialah : Pertama : Kita hendaklah beriman kepada Allah dengan sebenar-benarnya. Kita juga wajib percaya bahawa Allah Maha Berkuasa untuk menjadikan sesuatu perkara. Tiada perkara yang mustahil dunia ini. Kedua : Kita juga hendaklah berani untuk berdakwah dan menyampaikan keindahan Islam kepada sesiapa saja. Ketiga : Janganlah kita bersifat sombong sesama manusia dan makhluk lain. Saya akhiri cerita saya dengan dua rangkap pantun.

Indah sungguh Kalam Tuhan, Seindah embun dipagi Hari, Kisah Nabi Sulaiman jadi panduan, Buat ingatan di sanubari.

Nabi Sulaiman gagah perkasa, Puteri Balqis cantik rupawan, Sembahlah Allah Yang Maha Esa, Agar hidup tenang dan aman.

Sekian.

FANNUL ATFAL 2012


4

PERTANDINGAN BERCERITA (KATEGORI LELAKI) SEKOLAH RENDAH AL-ISLAH

KISAH NABI SULAIMAN DENGAN RATU BALQIS

Anda mungkin juga menyukai