Anda di halaman 1dari 4

KISAH MARYAM PUTERI IMRAN Disediakan oleh OPERASI DAKWAH SEKTOR

PENDIDIKAN ISLAM JABATAN PELAJARAN NEGERI SARAWAK

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Terima kasih Pengerusi Majlis, Panel


Hakim, Penjaga Masa serta hadirin sekalian. Tajuk cerita saya ialah Kisah Maryam Puteri
Imran. Kawan-kawan, tahukah siapa Maryam puteri Imran? Haa……… Maryam adalah
anak kepada Imran, pemimpin kaum Bani Israil. Ibunya pula seorang yang rajin beribadat.
Kehidupan mereka berdua sungguh bahagia. Malangnya…. Hannah tidak dapat memberi
zuriat kepada suaminya. Ini membuatkan hatinya gundah-gulana. Melihat burung
bersama anaknya Tercetus nazar niat dihati Andai hamil anugerah yang Esa
Pasti dihantar di tempat yg suci. Firman Allah: "Ya Tuhanku, Sesungguhnya Aku
menazarkan kepada Engkau anak yang dalam kandunganku menjadi hamba yang saleh
dan berkhidmat (di Baitul Maqdis). Karena itu terimalah (nazar) itu dari padaku.” ( Potongan
ayat 35 , Surah Ali-‘Imran ) Hannah tidak berputus asa,siang dan malam terus berdoa……
Lihatlah kawan-kawan, bagaimana kesungguhan Hannah untuk mendapatkan zuriat, tetapi
masyarakat kita hari ini bayi dibuang seperti sampah. SesungguhNya Allah Maha
mendengar. Doa Hannah dikabulkan. Gembira sungguh Hannah dan suaminya. Bagaimana
pun,ketabahan mereka diuji oleh Allah. Sayu hatinya tidak terperi Hajat si
suami tak sempat dipenuhi Bimbang nazarnya tak tertunai janji Bayi
perempuan anugerah Ilahi Hannah gembira apabila nazarnya diterima Allah. Bayi yang
dinamakan Maryam dibawa ke masjid untuk diserahkan kepada ahli-ahli ibadat. Masing-
masing berebut untuk memelihara Maryam, termasuklah Nabi Zakaria. Undian telah
dilakukan…. Setiap orang diminta mengukir nama masing-masing di atas ranting kayu lalu
dicampak ke dalam sungai. Kayu siapa yang tidak dihanyutkan, maka dialah yang akan
memelihara Maryam. Firman Allah : “Maka Tuhannya menerimanya (sebagai nazar)
dengan penerimaan yang baik, dan mendidiknya dengan pendidikan yang baik dan Allah
menjadikan Zakariya pemeliharanya.” ( Ayat 37, Surah Ali-‘Imran ) Ya kawan-kawan,
Kesungguhan Nabi Zakaria,memelihara anak saudaranya wajar dicontohi ibu bapa.
Sebagai anak,kita harus membalas jasa mereka.Jangan biarkan mereka jadi seperti
seorang warga tua yang merempat 10 tahun dan menumpang di surau-surau. Usianya kini
semakin dewasa Wanita unggul peribadi mulia Mentaati Allah Yang Maha Esa Contoh
teladan kepada semua Peristiwa aneh menjadi petanda Hanya Allah Yang Maha Kuasa
Kepada Maryam dikurniakannya Aneka hidangan telah tersedia Apabila ditanya oleh Nabi
Zakaria,dari mana datangnya buah-buahan tersebut. Maryam hanya menjawab…. ”Semua
ini datangnya daripada Allah swt. Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang
dikehendakinya.” Keistimewaan Maryam menyebabkan nabi Zakaria lebih menyayanginya.
Kawan-kawan, Anak adalah amanah Allah. Justeru itu, peliharalah mereka dengan sebaik
mungkin, jangan jadi seperti sebahagian ibu bapa hari ini yang sanggup mendera anak.
Muncul Jibrail berupa pemuda Terkejut Maryam tidak terperi
Membawa khabar dari yang Esa Bakal peroleh zuriat lelaki. Firman Allah, “Maryam berkata:
"Bagaimana akan ada bagiku seorang anak laki-laki, sedang tidak pernah seorang
manusiapun menyentuhku dan Aku bukan (pula) seorang pezina!" ( Ayat 20 , Surah
Maryam ) Jibrail menghampiri Maryam, lalu menghembuskan angin ke dalam tubuhnya.
Maryam berasa takut bercampur gembira. Maryam segera kembali ke mihrabnya. Kawan-
kawan, Allah Maha Berkuasa melakukan sesuatu yang tidak terlintas difikiran manusia.
Lihat sahaja seekor rama-rama yang sayapnya menyerupai kepala ular. Masya Allah…..
Setelah selamat melahirkan Nabi Isa a.s, Maryam pun kembali ke bandar. Melihat
kepulangan Maryam bersama seorang bayi, pelbagai cemuhan dan fitnah dilemparkan
kepadanya. “Siapakah bapa bayi ini?”, tanya salah seorang Bani Israel.
Kepangkuan Allah dikembalikan pasrah Menjawablah Isa masih merah
Membela ibu wanita bermaruah Tercengang manusia yang sedang marah. Firman
Allah : “Itulah Isa putera Maryam, yang mengatakan perkataan yang benar, yang mereka
berbantah-bantahan tentang kebenarannya.” ( Ayat 34 , Surah Maryam ) Ya…kawan-
kawan Contohilah kesabaran dan ketabahan Maryam. Jangan mudah berputus asa
sehingga sanggup membunuh diri kerana tidak mampu menghadapi tekanan hidup.
Istimewa Maryam tiada tandingan Mengabdikan diri pada
Yang Esa Tabah, sabar dan kesungguhan Menjadi ikutan
sepanjang masa Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://ow.ly/KNICZ

Logo Facebook
Ebost neu Ffôn Cyfrinair

Mew ngofnodi

Wedi anghofio eich cyfrinair?


Fy nghadw wedi mewngofnodi
Cofrestrwch

KISAH MARYAM IBU NABI ISA~~


31 Awst 2011 am 11:26
Maryam merupakan ibu kepada Nabi Isa. Semasa kecil, Maryam dihantar ke sebuah tempat ibadah
oleh bapa saudaranya, Nabi Zakaria. Pada suatu hari, ketika Maryam sedang beribadat kepada
Allah, datanglah Malaikat Jibril dalam bentuk pemuda yang tampan agar Maryam tidak
ketakutan.“Aku datang sebagai utusan Allah. Dia akan memberimu seorang anak lelaki yang suci
dan kudus,” kata Malaikat Jibril.

Maryam terkejut mendengar kata-kata itu. “Bagaimana aku boleh memperoleh anak lelaki
sedangkan aku masih belum berkahwin? Aku masih belum pernah disentuh oleh mana-mana lelaki,”
balas Maryam. “Apabila Allah s.w.t. menghendaki sesuatu perkara itu terjadi, maka akan jadilah ia.
Dia Maha Berkuasa di atas segala-galanya,” jawab Malaikat Jibril.

Malaikat Jibril pun terus berlalu meninggalkan Maryam kebingungan. Masyarakat pasti akan
menghina dan mencercanya. Beliau masih belum berkahwin. Sekiranya mengandung, pasti orang
akan menuduhnya melakukan zina. Oleh sebab itu, Maryam terpaksa melarikan diri dari
Baitulmaqdis. Beliau pulang ke kampung halamannya di Annashirah.
Di kampung, Maryam memencilkan diri daripada orang kampung. Beliau enggan menemui sesiapa
pun termasuklah keluarganya sendiri. Beliau berpura-pura tidak sihat. Sepanjang masa Maryam
mengabdikan dirinya dan beribadat kepada Allah. Beliau bermohon agar dikuatkan semangatnya
untuk menghadapi cemuhan daripada masyarakat kelak. Maryam memperoleh ketenangan yang
didambakan dengan keizinan Allah. Allah memperkenankan doa hamba-Nya yang soleh.

Maryam melalui hari-harinya dengan ketabahan sehinggalah beliau selamat melahirkan bayi yang
dikandungkannya itu. Beliau memberi nama anaknya Isa yang bakal menjadi nabi bagi kaum Bani
Israel serta membawa kitab Injil.

"Dan (ingatlah wahai Maryam) yang telah menjaga kehormatannya lalu Kami tiupkan ke dalam
(tubuhnya) roh dari Kami dan Kami jadikan dia dan anaknya tanda (kekuasaan) yang besar bagi
alam semesta. (al-Anbiyaa’: 91).

Apabila tiba masa untuk melahirkan anak, Maryam pun keluar dari rumahnya dengan senyap-
senyap. Beliau telah pergi ke tempat yang terpencil dan tiada orang. Akhirnya, Maryam terpaksa
berhenti di bawah sebatang pokok kurma. Beliau sudah tidak dapat menahan kesakitan lagi. Tidak
lama kemudian, Maryam pun melahirkan bayinya dan bayi itu diberi nama Isa.

Maryam menatap wajah anaknya dengan linangan air mata. Beliau berkata: “Alangkah baiknya
kalau aku ditakdirkan mati sebelum melahirkan anak tanpa sebarang suami.”Maryam berasa amat
lapar dan dahaga. Beliau tidak menemui apa-apa yang boleh dimakan atau diminum. Keadaan
padang pasir itu kontang dan tandus. Tiba-tiba Maryam terdengar satu suara.

“Wahai Maryam, janganlah engkau bersedih. Minumlah air yang mengalir dari bawah tapak kakimu.
Goyangkan pokok kurma di belakangmu dan makanlah buahnya.“Kemudian pulanglah engkau ke
kampung. Jika engkau menemui sesiapa, katakan kepada mereka engkau bernazar puasa dan tidak
akan bercakap dengan sesiapapun.”

Maryam pun makan dan minum sehingga beliau benar-benar sihat. Tibalah masa untuk beliau
pulang ke kampung halamannya. Maryam mundar-mandir di tempatnya berdiri. Beliau risaukan
keselamatannya. Beliau tahu kaumnya nanti akan menghinanya kerana melahirkan anak tanpa
suami. Maryam kemudiannya berdoa kepada Allah agar ditabahkan hatinya apabila menghadapi
hinaan daripada kaumnya. Beliau juga meminta agar dirinya dan anaknya dipelihara.

Setelah itu, Maryam mengendong bayinya pulang. Seperti yang diduga, ramai yang terkejut apabila
melihat perempuan yang belum berkahwin itu mempunyai anak. Kaum keluarga Maryam bergegas
datang. Semua yang ada mengerumuni Maryam dan anaknya, Isa.

“Wahai Maryam! Engkau telah mencemarkan nama baik keluargamu. Keluargamu adalah daripada
golongan orang yang beriman. Kamu telah membuatkan kami malu dan terhina,” kata keluarga
Maryam. Maryam memberitahu dengan isyarat bahawa beliau sedang bernazar puasa dan tidak
akan bercakap dengan sesiapa pun. Beliau menuding ke arah Isa yang sedang berada di dalam
buaian.

Tiba-tiba Isa berkata: “Aku adalah hamba Allah. Dia memberiku kitab Injil dan menjadikan aku
seorang nabi. Aku sentiasa diberkati. Aku diperintahkan mendirikan solat dan menunaikan zakat
selagi aku masih hidup. Aku akan berbakti kepada ibuku dan tidaklah aku dijadikan sebagai orang
yang sombong. Moga aku sejahtera pada hari aku dilahirkan, ketika meninggal dunia dan ketika
dibangkitkan semula.”

Maka tersebarlah cerita mengenai Isa yang masih bayi tetapi sudah boleh bercakap. Isa telah
membersihkan fitnah yang dilontarkan kepada ibunya. Maryam adalah perempuan yang suci. Beliau
telah melahirkan seorang anak yang akan menjadi nabi dan rasul. Kaum keluarga Maryam tidak lagi
menuduh yang bukan-bukan terhadap Maryam. Mereka kembali menghormati Maryam dan anaknya
yang bernama Isa.

Anda mungkin juga menyukai