Anda di halaman 1dari 7

TAJUK 2 (L) : KISAH MARYAM PUTERI IMRAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Terima kasih Pengerusi Majlis, Panel Hakim, Penjaga Masa serta hadirin sekalian.
Tajuk cerita saya ialah Kisah Maryam Puteri Imran.

Kawan-kawan, tahukah siapa Maryam puteri Imran?


Haa……… Maryam adalah anak kepada Imran, pemimpin kaum Bani Israil. Ibunya pula
seorang yang rajin beribadat. Kehidupan mereka berdua sungguh bahagia.

Malangnya…. Hannah tidak dapat memberi zuriat kepada suaminya. Ini membuatkan hatinya
gundah-gulana.

Melihat burung bersama anaknya


Tercetus nazar niat dihati
Andai hamil anugerah yang Esa
Pasti dihantar di tempat yg suci.

Firman Allah:

  


       
"Ya Tuhanku, Sesungguhnya Aku menazarkan kepada Engkau anak yang dalam
kandunganku menjadi hamba yang saleh dan berkhidmat (di Baitul Maqdis). Karena itu
terimalah (nazar) itu dari padaku.”

( Potongan ayat 35 , Surah Ali-‘Imran )

Hannah tidak berputus asa,siang dan malam terus berdoa……

Lihatlah kawan-kawan, bagaimana kesungguhan Hannah untuk mendapatkan zuriat,


tetapi masyarakat kita hari ini bayi dibuang seperti sampah.

SesungguhNya Allah Maha mendengar. Doa Hannah dikabulkan. Gembira sungguh Hannah
dan suaminya. Bagaimana pun,ketabahan mereka diuji oleh Allah.

Sayu hatinya tidak terperi


Hajat si suami tak sempat dipenuhi
Bimbang nazarnya tak tertunai janji
Bayi perempuan anugerah Ilahi

Hannah gembira apabila nazarnya diterima Allah. Bayi yang dinamakan Maryam dibawa ke
masjid untuk diserahkan kepada ahli-ahli ibadat. Masing-masing berebut untuk memelihara
Maryam, termasuklah Nabi Zakaria.

Undian telah dilakukan….


Setiap orang diminta mengukir nama masing-masing di atas ranting kayu lalu dicampak ke
dalam sungai. Kayu siapa yang tidak dihanyutkan, maka dialah yang akan memelihara
Maryam.

Firman Allah :
      
  
“Maka Tuhannya menerimanya (sebagai nazar) dengan penerimaan yang baik, dan
mendidiknya dengan pendidikan yang baik dan Allah menjadikan Zakariya
pemeliharanya.”
( Ayat 37, Surah Ali-‘Imran )
Ya kawan-kawan,
Kesungguhan Nabi Zakaria,memelihara anak saudaranya wajar dicontohi ibu bapa.
Sebagai anak,kita harus membalas jasa mereka.Jangan biarkan mereka jadi seperti
seorang warga tua yang merempat 10 tahun dan menumpang di surau-surau.

Usianya kini semakin dewasa


Wanita unggul peribadi mulia
Mentaati Allah Yang Maha Esa
Contoh teladan kepada semua

Peristiwa aneh menjadi petanda


Hanya Allah Yang Maha Kuasa
Kepada Maryam dikurniakannya
Aneka hidangan telah tersedia

Apabila ditanya oleh Nabi Zakaria,dari mana datangnya buah-buahan tersebut. Maryam
hanya menjawab….
”Semua ini datangnya daripada Allah swt. Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang
dikehendakinya.”

Keistimewaan Maryam menyebabkan nabi Zakaria lebih menyayanginya.

Kawan-kawan,
Anak adalah amanah Allah. Justeru itu, peliharalah mereka dengan sebaik mungkin,
jangan jadi seperti sebahagian ibu bapa hari ini yang sanggup mendera anak.

Muncul Jibrail berupa pemuda


Terkejut Maryam tidak terperi
Membawa khabar dari yang Esa
Bakal peroleh zuriat lelaki.

Firman Allah,
        
  
“Maryam berkata: "Bagaimana akan ada bagiku seorang anak laki-laki, sedang tidak
pernah seorang manusiapun menyentuhku dan Aku bukan (pula) seorang pezina!"
( Ayat 20 , Surah Maryam )

Jibrail menghampiri Maryam, lalu menghembuskan angin ke dalam tubuhnya. Maryam


berasa takut bercampur gembira. Maryam segera kembali ke mihrabnya.

Kawan-kawan,
Allah Maha Berkuasa melakukan sesuatu yang tidak terlintas difikiran manusia. Lihat
sahaja seekor rama-rama yang sayapnya menyerupai kepala ular.
Masya Allah…..

Setelah selamat melahirkan Nabi Isa a.s, Maryam pun kembali ke bandar. Melihat
kepulangan Maryam bersama seorang bayi, pelbagai cemuhan dan fitnah dilemparkan
kepadanya.

“Siapakah bapa bayi ini?”, tanya salah seorang Bani Israel.

Kepangkuan Allah dikembalikan pasrah


Menjawablah Isa masih merah
Membela ibu wanita bermaruah
Tercengang manusia yang sedang marah.

Firman Allah :

        


 
“Itulah Isa putera Maryam, yang mengatakan perkataan yang benar, yang mereka
berbantah-bantahan tentang kebenarannya.”
( Ayat 34 , Surah Maryam )

Ya…kawan-kawan
Contohilah kesabaran dan ketabahan Maryam. Jangan mudah berputus asa sehingga
sanggup membunuh diri kerana tidak mampu menghadapi tekanan hidup.

Istimewa Maryam tiada tandingan


Mengabdikan diri pada Yang Esa
Tabah, sabar dan kesungguhan
Menjadi ikutan sepanjang masa

Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Terima kasih.
TAJUK 1 (P) : SAIDATINA KHADIJAH ISTERI RASULULLAH SAW

Assalamu`alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Terima kasih Pengerusi Majlis. Panel hakim, penjaga masa serta hadirin sekalian. Tajuk
cerita saya ialah Saidatina Khadijah Isteri Rasulullah saw.

Saidatina Khadijah binti Khuwailid merupakan wanita pertama yang beriman dan banyak
berkorban demi kejayaan Islam. Beliau dilahirkan di Mekah 15 tahun sebelum Tahun Gajah,
berketurunan Quraisy dari suku Asadiyah. Khadijah juga dihormati dan disegani dalam
kalangan kaumnya.

Beliau pernah berkahwin dua kali tetapi kedua-dua suaminya meninggal dunia.

Mempunyai harta dan paras rupa


Menjadi rebutan ramai pemuda
Takdir Allah Khadijah menjanda
Menjadi isteri Muhammad al-Amin akhirnya

Firman Allah :
       

“Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain
kalau kamu tetap bertaqwa.”

( Potongan ayat 32 , Surah Al-Ahzab )

Ya kawan-kawan,
Kita haruslah sentiasa menjaga maruah diri. Jangan jadi seperti gadis kembar yang
lari mengikut kekasih hati.

Saidatina Khadijah merupakan seorang hartawan yang pandai berniaga. Beliau telah
mengambil Rasulullah saw sebagai pengurus perniagaannya. Dengan kebijaksanaan dan
kejujuran baginda, perniagaan Saidatina Khadijah berkembang maju.

Kejujuran Rasulullah menarik hatinya


Maisarah dan Nafisah jadi pengantara
Lamaran Khadijah Rasulullah terima
Perbezaan usia bukan penghalangnya

Saidatina Khadijah berkahwin dengan Rasulullah saw ketika usianya 40 tahun, Rasulullah
pula berusia 25 tahun. Rasulullah memberi 400 dinar kepada Saidatina Khadijah sebagai mas
kahwin.

Firman Allah :
    
“Dan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki
yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik.”

( Potongan ayat 26 , Surah An-Nur )

Ya kawan-kawan,
Wanita yang solehah adalah untuk lelaki yang soleh. Isu penderaan isteri masa kini
menunjukkan ketidakikhlasan dalam perkahwinan.

Berkat kesabaran dan kebijaksanaan Saidatina Khadijah mengurus rumahtangga, mereka


hidup rukun dan damai. Mereka dikurniakan 2 orang anak lelaki dan 4 orang anak
perempuan.

Darimu lahirnya zuriat nabi


Penerus perjuangan risalah suci
Qasim, Ibrahim, Fatimah
Zainab, Ummi Kalsom, Siti Ruqaiyah

Namun kegembiraan itu tidak lama, ketiga-tiga zuriat lelaki mereka telah meninggal dunia
ketika kecil. Saidatina Khadijah menerima ketentuan Allah dengan redha.
Firman Allah :
      
 
“Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah
yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu.”

( Potongan ayat 31, Surah Al-Isra’)

Lihatlah kawan-kawan,
Anak adalah anugerah Allah yang amat berharga. Tetapi masyarakat kita dewasa ini,
membuang bayi seperti sampah.

Hatimu menyalakan keyakinan


Hartamu membuktikan pengorbanan
Rasul keseorangan engkaulah teman
Kerana iman kau sanggup berjuang

Saidatina Khadijah merupakan isteri solehah yang penyayang dan penuh kesabaran. Beliau
sangat setia membantu Rasulullah saw dalam suka dan duka. Sewaktu Rasulullah pergi
mengasingkan diri di Gua Hira’, Saidatina Khadijah sanggup menyediakan makanan kepada
baginda.

Malah, ketika Rasulullah pulang dalam ketakutan setelah didatangi Malaikat Jibril as. dengan
penuh kasih sayang diselimutnya baginda. Saidatina Khadijah menenangkan Rasulullah saw.

Firman Allah :
    
“Dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas
kasihan.”

( Potongan ayat 21, Surah Ar-Rum )

Ya kawan-kawan,
Contohilah kesetiaan Saidatina Khadijah. Seorang isteri wajib menyayangi suami.
Perbuatan curang merupakan punca perceraian semakin meningkat di negara kita.

Saidatina Khadijah sanggup mengorbankan semua harta dan kekayaannya kepada perjuangan
Nabi saw. Beliau sentiasa menyokong dakwah baginda ketika suka dan duka.

Pada usia 65 tahun iaitu 3 tahun sebelum Hijrah, Saidatina Khadijah telah wafat. Pemergian
beliau menimbulkan kedukaan yang mendalam di hati Rasulullah saw.

Firman Allah :
    
“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati.”
( Potongan ayat 185 , Surah Ali-‘Imran )

Pengorbanan dicurahkan tidak terkira


Berjuang sepenuh keikhlasan di jiwa
Jibril membawa perkhabaran daripada Yang Esa
Saidatina Khadijah wanita Syurga

Ya kawan-kawan,
Ingatlah.....setiap yang hidup pasti akan mati, gempa bumi di Padang, Indonesia telah
mengorbankan banyak nyawa. Persiapkanlah diri kita untuk menghadapi kematian.

Siti Khadijah mujahadah solehah


Ummul mukminin yang patut dicontohi
Agung jasamu di persada sejarah
Hingga kini tiada pengganti

Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai