Anda di halaman 1dari 3

Kematangan Seksual

AddThis Sharing Buttons


Share to FacebookShare to TwitterShare to cetakShare to EmelShare to Lebih banyak4

Bilakah saya mengalami kematangan seksual?

Kematangan seksual berlaku semasa alam remaja. Perubahan yang berlaku pada seseorang lelaki
dan perempuan secara fizikal membolehkan mereka berkeupayaan mendapat anak.

 Bagi perempuan, permulaan kitaran haid menandakan mereka berkebolehan untuk


mengandung
 Bagi lelaki, penghasilan sperma dan ejakulasi merupakan tanda kematangan seksual
mereka

Perubahan fizikal pada payudara, zakar, testis dan bulu kemaluan menandakan anda sudah
mengalami kematangan seksual. (Lihat Peringkat akil baligh)

Selamat datang ke alam dewasa!

Anda kini punya kemampuan dalam:

 Menangani lebih kebebasan yang berhak


 Diberikan lebih tanggungjawab
 Membuat pilihan dalam isu-isu penting dalam setiap perkara yang dilakukan

Anda berinteraksi lebih dengan rakan sebaya, tapi haruslah dengan cara yang bertanggungjawab
dan beradab. Ini termasuklah keputusan dan pilihan berkaitan seks dan jantina.

Sebagai remaja, anda pastinya ingin mencuba pelbagai perkara. Adalah penting
untuk memilih rakan-rakan agar anda dapat menjauhkan diri daripada terjebak
dengan aktiviti-aktiviti berisiko seperti:

 Perlumbaan motor haram


 Mencuba atau mengeksperimenkan dadah
 Terlibat dalam seks sebelum kahwin

Berhati-hatilah dengan akibatnya! Perlakuan berisiko anda boleh menyebabkan


kepada :

 Kandungan yang tidak diingini


 Jangkitan penyakit kelamin
 Penderaan seksual
 Berisiko tinggi mendapat kanser serviks di kalangan perempuan
Adakah selamat untuk melakukan seks?

Melakukan perhubungan seks adalah satu peristiwa yang penting dan istimewa. Ianya seharus
dilakukan hanya setelah pasangan tersebut berkahwin. Ia seharusnya dilakukan hanya setelah
pasangan tersebut berkahwin. Walau bagaimanapun, Oleh itu, sekiranya anda berhasrat
melakukan hubungan seks, berhati-hatilah dengan akibatnya!! Gunakan kondom untuk
melindungi anda daripada terkena jangkitan penyakit kelamin dan kandungan yang tidak
diingini. Nota: Di bawah Akta Kanak-kanak 2001, sebarang hubungan seks bawah umur (bawah
16 tahun) adalah dianggap Rogol. Ianya adalah satu kesalahan jenayah dan boleh dijatuhkan
hukuman rotan dan penjara.

Di manakah saya boleh mendapatkan nasihat?

Anda boleh mendapat nasihat daripada:

 Kaunselor di sekolah anda


 Doktor keluarga
 Ahli keluarga yang dipercayai
 Perbadanan Bukan Kerajaan seperti ASNITA, BEFRIENDERS, AWAM

Semakan Akhir : 27 April 2012


Penulis : Datin Dr. Sheila Marimuthu
: Dr. Jemah Sajari
Penyemak : Datin Dr. Sheila Marimutu

Related Articles

Dismenorea
Penjagaan Haid

Sindrom pra-haid

Related Videos

Puberphonia After Treatment

Buli Siber (Kategori III)

Stroboscopy

Anda mungkin juga menyukai