Anda di halaman 1dari 5

SK TAMAN SAMUDRA,

JALAN SAMUDRA BARAT 4,


68100 BATU CAVES , TAMAN SAMUDRA,
BATU CAVES , SELANGOR.

KERTAS KERJA
KECERIAAN BILIK UNIT DISIPLIN DAN PENGAWAS

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN


SAMUDRA
JALAN SAMUDRA BARAT 4, TAMAN SAMUDRA,

KOD SEKOLAH : BBA 7227

NO. TEL/FAX : 03-61866649

1MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN


Ruj. Kami
Tarikh

: SKTSA: 06/04/004Jld.1.( 1 )/ /13


: 30 Mac 2013

EN. MAT SAAT BIN ZAINAL ABIDIN


Yang Dipertuan PIBG,
Sk Taman Samudra
Tuan,
PERMOHONAN SUMBANGAN BAGI MENCERIAKAN BILIK UNIT DISIPLIN DAN PENGAWAS
SEKOLAH
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.
Adalah dimaklumkan bahawa Unit Disiplin dan Pengawas Sekolah Kebangsaan Taman
Samudra dalam usaha menubuhkan dan menceriakan bilik Disiplin dan Pengawas sekolah kami.
3.
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah dengan rasa rendah diri ingin memohon
sumbangan atau apa-apa sumbangan lain yang munasabah daripada pihak tuan. Adalah
diharapkan dengan sumbangan ini dapat menampung kos yang ditanggung oleh pihak sekolah
untuk menceriakan bilik khas disiplin yang telah dirancang sepanjang tahun ini.
4.
Atas keperihatinan dan bantuan yang dihulurkan oleh pihak tuan, pihak sekolah
terlebih dahulu merakamkan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
______________________________
( TN. HJ OMAR AMIAH B CHE NGAH )

GURU BESAR,
SK Taman Samudra
68100 Batu Caves Selangor

KERTAS KERJA MENCERIAKAN BILIK UNIT DISIPLIN DAN PENGAWAS

TUJUAN
Bilik Disiplin dan Pengawas ditubuhkan bagi memudahkan pengurusan
disiplin dijalankan. Bilik ini diwujudkan bertujuan untuk mendedahkan murid
murid dan juga ibu bapa tentang kepentingan disiplin sekolah diwujudkan.
Dengan adanya bilik khas unit disiplin segala perbincangan dan juga
penyelesaian antara guru dan murid serta perjumpaan antara guru dan
ibubapa dapat dilaksanakan dengan lebih profesional. Memandangkan
disiplin adalah satu kes utama yang perlu di ambil perhatian maka keceriaan
bilik khas ini juga memainkan peranan di dalam sesebuah sekolah. Bilik
Disiplin dan Pengawas diwujudkan bagi merancang , mengurus, mengelola
dan menyelia program, aktiviti pengayaan, pengukuhan, pencegahan dan
pemulihan dan meningkatkan tahap disiplin di sekolah. Penyelarasan disiplin
berkaitan isu salah laku murid dapat dilaksanakan dengan lebih baik.

MATLAMAT
Keceriaan bilik disiplin menjamin keselesaan pengguna yang datang ke bilik
berkenaan termasuk ibu bapa, murid dan juga pelawat. Perlaksanaan Kursus
Ladap berkaitan Disiplin,Urusan Mesyuarat disiplin dan Pengurusan
penyimpanan Fail Disiplin juga menjadi lebih selamat dan teratur .
Menjadikan bilik disiplin sebagai bilik yang boleh menangani murid yang
bermasalah dan memudahkan guru guru disiplin membuat tindakan
susulan terhadap isu isu kes salah laku murid secara lebih teratur. Bilik
yang ceria akan menghasilkan Suasana yang kondusif selaras dengan visi
dan misi sekolah.Bilik Unit Disiplin dan Pengawas juga diwujudkan bagi
memudahkan proses memberi khidmat bimbingan dalam proses rayuan
untuk bersekolah semula kepada murid yang digantung atau dibuang
sekolah. Menjadikan Bilik Disiplin sebagai bilik yang mesra pengguna dan
menjadi contoh kepada bilik khas lain di sekolah. Bilik yang ceria mampu
mengubah emosi seseorang kepada emosi yang lebih tenang dan proses
bimbingan serta perbincangan dapat dijalankan dengan lebih baik. Bilik
Disiplin diwujudkan bagi mendorong semangat ibu bapa supaya sering
datang ke sekolah untuk bersama-sama membincangkan masalah salah laku
anak mereka ke arah penambahbaikan. Interaksi dua hala antara ibu bapa
dan guru juga mampu mewujudkan satu hubungan kerjasama yang baik .

PERBELANJAAN BAGI MENCERIAKAN BILIK DISIPLIN DAN PENGAWAS

BIL

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

SENARAI JENIS BARANG

HARGA SEUNIT

TIKAR GETAH
RM180
CAT
RM40
BERUS CAT
RM7
TEMPAT LETAK CAT
RM7
ALMARI BERKUNCI
RM135
ROLLER CAT
RM13
KAYU ROLLER
RM8
JUMLAH BESAR

KUANTITI

JUMLAH

1 GULUNG
2
3
3
1
3
3

RM180
RM80
RM21
RM21
RM135
RM39
RM24
RM500

SK TAMAN SAMUDRA,
JALAN SAMUDRA BARAT 4,
TAMAN SAMUDRA, 68100
BATU CAVES SELANGOR.

Berikut adalah Sistem Permarkahan dan Tindakan Sekolah mengikut Sistem e-Disiplin yang
digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia :
Jumlah
Markah
3 19
20 30
31 40
41 59

Tindakan Sekolah

Amaran lisan kepada pelajar


Amaran Pertama (bertulis)
Amaran Kedua (bertulis)
Pemantauan & Bimbingan kpd
pelajar
Hukuman GANTUNG
60 70
SEKOLAH
71 79 Bimbingan Intensif
80 99 AMARAN AKHIR
100

Hukuman BUANG SEKOLAH

Tindakan Pelajar
Menerima amaran lisan
Menerima amaran, sesi kaunseling & kerja amal
Menerima amaran, sesi kaunseling, kerja amal
Sesi kaunseling berterusan
Sesi kaunseling khas selepas menjalani hukuman,
membuat akujanji, kerja amal
Sesi kaunseling berterusan dan kerja amal
Muhasabah diri. Kerja amal, sesi kaunseling
intevensi
Buat rayuan dalam masa 30 hari

Anda mungkin juga menyukai