Anda di halaman 1dari 11

KELAS :

NAMA GURU KELAS :


REKOD AMALAN BAIK SAYA
Dalam Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM)
PENGENALAN
Amalan baik adalah sikap terpuji yang perlu digalakkan dalam kalangan murid-murid
di sekolah. Ia selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam melahirkan
murid-murid yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Semua amalan baik murid akan direkodkan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling
(GBK) dan Guru Disiplin Sekolah (GDS) ke dalam Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM).

SSDM merupakan sistem yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan


Malaysia (KPM ) untuk merekodkan sistem pengurusan murid di sekolah. Selain
perekodan masalah salah laku disiplin, amalan baik juga akan direkodkan di dalam
SSDM. Contoh amalan baik adalah seperti memungut sampah di dalam kelas,
membantu rakan dan guru, membersihkan kelas, menghormati rakan dan guru dan
banyak lagi amalan baik yang boleh direkodkan. Justeru, Rekod Amalan Baik Saya ini
telah dicetuskan hasil daripada perbincangan bersama pihak pentadbir untuk bantu
meningkatkan dan menggalakkan sahsiah terpuji dalam kalangan murid dengan
sokongan semua guru.
REKOD AMALAN BAIK SAYA
Dalam Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM)
OBJEKTIF
Hasil daripada Rekod Amalan Baik Saya ini, diharapkan dapat ;

1. Membentuk sahsiah terpuji dan jati diri murid dengan


mengamalkan nilai-nilai murni dan pekerti mulia di
dalam kehidupan seharian.

2. Membantu dalam penyediaan maklumat bersistem yang


dapat membantu meningkatkan amalan sahsiah murid.

3. Membantu memudahkan guru untuk merekodkan


amalan baik murid dari semasa ke semasa secara bertulis
untuk rujukan umum dalam kalangan pihak sekolah.
REKOD AMALAN BAIK SAYA
Dalam Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM)

TATACARA
1. Pada waktu pertama setiap hari Isnin, Rekod Amalan Baik Saya diambil bersama
Buku Kawalan Kelas dari pejabat sekolah dan diletakkan di dalam kelas sehingga
hari Jumaat pada waktu terakhir.
2. Murid digalakkan melakukan amalan baik pada setiap hari di dalam kelas
khususnya dan luar kelas amnya seperti menolong guru, mengemas kelas atau
menolong kawan.

3. Guru yang melihat kejadian tersebut, merekodkan nama murid di dalam Rekod
Amalan Baik Saya mengikut butirannya; Nama Murid, Tarikh, Masa, Amalan
Baik dan Nama Guru.

4. Sebelum pulang pada setiap hari Jumaat, Rekod Amalan Baik Saya dikembalikan di
pejabat sekolah bersama-sama Buku Kawalan Kelas.

5. GBK dan GDS akan merekodkan amalan baik murid yang telah dicatatkan di dalam
Rekod Amalan Baik Saya ke SSDM.
REKOD AMALAN BAIK SAYA
Dalam Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM)
KELEBIHAN
1. Memberi ruang dan peluang kepada semua guru untuk cakna
terhadap amalan baik murid.
2. Murid lebih bermotivasi untuk mengamalkan sahsiah terpuji di
sekolah.

3. Murid yang rekod amalan baiknya mempunyai bilangan yang paling


banyak, akan dianugerahkan sebagai Ikon Sahsiah Terpuji Murid
semasa Sambutan Hari Kanak-Kanak.
4. Menjadi bukti secara salinan bertulis amalan baik murid di sekolah
untuk menjadi bahan dokumentasi amalan baik murid di sekolah.
5. Semua amalan baik murid yang direkodkan dalam SSDM akan
dipantau oleh KPM untuk penilaian sokongan penempatan murid ke
sekolah menengah (Sekolah Berasrama Penuh )
REKOD AMALAN BAIK SAYA
Dalam Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM)

1
REKOD AMALAN BAIK SAYA
Dalam Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM)

2
REKOD AMALAN BAIK SAYA
Dalam Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM)

3
REKOD AMALAN BAIK SAYA
Dalam Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM)

1 2

3
BIL NAMA MURID TARIKH MASA AMALAN BAIK NAMA GURU

Anda mungkin juga menyukai