Anda di halaman 1dari 22

SK STOH, LUNDU

PENDAHULUAN

Hal Ehwal Murid sekolah ini mempunyai tekad dan komitmen terhadap prestasi murid
khususnya dari aspek akhlak dan sahsiah serta ketrampilan mereka. , Atas dasar inilah ,
matlamat dan objektif pengurusan HEM bertunjang kepada kebajikan,keselamatan dan akhlak
serta disiplin murid sentiasa pada tahap yang baik serta berkualiti sehingga mampu memberi
sumbangan kepada bangsa,agama dan negara.

Kejayaan cemerlang sesebuah sekolah banyak bergantung kepada bagaimana sekolah


menguruskan hal-hal berkaitan disiplin, sahsiah, dan komitmen murid-muridnya.

Atas dasar inilah pihak sekolah telah merancang dan melaksanakan pelbagai program
yang dianjurkan oleh Bahagian HEM untuk mempastikan matlamat sekolah tercapai.
Kerjasama yang erat antara semua guru dan murid mampu merealisasikan wawasan sekolah
ini.

MATLAMAT PROGRAM HAL EHWAL MURID

 Membantu dalam perkembangan diri dan sahsiah murid supaya murid


berfungsi sebagai individu yang seimbang, berdikari, berpengetahuan

1
Panduan Pengurusan
HAL EHWAL MURID 2022/2023
SK STOH, LUNDU

dan berkemahiran, berfikiran kreatif dan kritikal, memupuk potensi dan


kebolehan ke tahap maksima dan menyuburkan potensi kepimpinan.

OBJEKTIF

1. Memahami konsep dan peranan serta bidang tugas Pengurusan Hal Ehwal Murid.
2. Menghasilkan satu program Hal Ehwal Murid yang dapat membantu kecemerlangan di
peringkat sekolah.
3. Menyediakan dan memupuk murid yang bersahsiah dan berketrampilan.

STRATEGI PERLAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT


PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

1. Sistem Pendaftaran Pelajar.

1.1. Sekolah melaksanakan Program Transisi dan Guru Penyayang (PTGP) untuk murid
tahun 1.
1.2. Hari PTGP murid dijalankan satu atau dua hari sebelum persekolahan sebenar.
1.3. Ibubapa atau penjaga murid menyerahkan borang maklumat murid semasa hadir pada
hari orentasi.
2
Panduan Pengurusan
HAL EHWAL MURID 2022/2023
SK STOH, LUNDU

1.4. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada hari pendaftaran adalah seperti berikut :
1.4.1.  Pendaftaran di kelas dengan menyerahkan borang maklumat muriId
1.4.2.  Bayaran yuran persekolahan
1.4.3 Pengagihan buku teks
1.4.4. Taklimat sistem pentadbiran sekolah kepada ibubapa atau penjaga
1.4.5. Memasukkan data murid ke dalam buku rekod pendaftaran sekolah dan
system maklumat murid sebelum akhir bulan januari.

2. Penguatkuasaan Peraturan Sekolah.

2.1 Semua murid perlu memiliki Buku Panduan Tatacara Displin Sekolah.
2.2 Semua murid dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda nama.
2.3 Membuat pelantikan pengawas sekolah yang terdiri daripada murid tahun tiga hingga
tahun enam.
2.4 Bilangan pengawas sekolah adalah 10% daripada bilangan keseluruhan murid pada
tahun semasa.
2.5 Semua pengawas yang dilantik perlu melalui proses berikut :
2.5.1  Pencalonan oleh guru kelas.
2.5 2 Temuduga oleh jawatankuasa disiplin dan pengawas sekolah.
2.5.3 Kursus perlaksanaan tugas dan tanggungjawab.
2.5.4  Tempoh percubaan sepanjang bulan Januari.
2.5.5  Majlis watikah perlantikan
2.6 Mengadakan sesi kaunseling khas kepada murid-murid yang sering melanggar
peraturan.

3. Perlaksanaan Program-Program Kesihatan.

3.1 Memastikan perlaksanaan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) menepati sasaran


dan matlamat perlaksanaannya seperti berikut :
3.1.1  Bilangan murid yang terlibat.
3.1.2  Pemilihan murid yang tepat.
3.1.3  Penyediaan menu yang berkhasiat.

3.2 Memastikan pelajar menggunakan sepenuhnya waktu rehat secara berfaedah seperti
berikut :
3.2.1  Cukup masa untuk membeli dan menjamu selera.
3.2.2  Berinteraksi dengan kawan-kawan.
3.2.3  Bersedia untuk sesi pembelajaran seterusnya.

3.3 Membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala seperti :


3.3.1  Pemeriksaan mata.
3.3.2  Pemeriksaan gigi.
3.3.3  Pemeriksaan kuku dan rambut.
3.3.4  Pemeriksaan kesihatan dan kebersihan diri.

3
Panduan Pengurusan
HAL EHWAL MURID 2022/2023
SK STOH, LUNDU

3.4 Memastikan pengurusan RMT dan persekitaran sentiasa bersih


3.4.1  Pengusaha RMT mendapat suntikan dari jabatan kesihata
3.4.2  Jenis-jenis penyediaan makanan adalah berkhasiat dan berkualiti
3.4.3  Penyediaan makanan adalah secara masak sendiri
3.4.4  Tong-tong sampah disediakan mencukupi keperluan.

3.5 Mewujudkan tabiat sukakan kebersihan melalui aktiviti berikut


3.5.1  Pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas.
3.5.2  Gotong-royong.
3.5.3  Mengutip sampah dan masukkan ke tong sampah secara spontan bila
menjumpainya
3.5.4  Tidak membuang sampah merata-rata.

4. Mempertingkatkan Peranan Guru-Guru.

4.1 Guru perlu sentiasa memberi layanan yang adil kepada semua murid dalam sebarang
tindakan yang diambil.
4.2 Tindakan-tindakan guru adalah dalam konsep “MENDIDIK BUKAN MENGHUKUM”.
4.3 Semua guru perlu memainkan peranan sebagai GURU DISIPLIN.

5. Melaksanakan Sesi Kaunseling & Motivasi.

5.1 Murid-murid yang menghadapi masalah disiplin dan rendah akhlak akan sentiasa
diberikan kaunseling dan dibimbing melalui aktiviti berikut:
5.1.1   Sesi kaunseling Individu
5.1.2  Sesi kaunseling kelompok
5.1.3  Lawatan khas guru kaunseling ke rumah.
5.1.4  Kem Jati diri

6. Pelaksanaan modul-modul Dalam Program Sekolah Selamat.

6.1 Melatih murid-murid menyelamatkan diri dari keadaan kecemasan seperti kebakaran
melalui LATIHAN KAWAD KECEMASAN.
6.2 Mengadakan sesi ceramah dari pihak-pikah tertentu berkaitan perkara berikut :
6.2.1   Keselamatan jalan raya.
6.2.2  Jenayah juvana
6.2.3  Pertolongan cemas
6.2.4  Penyalahgunaan dadah.

7. Penggalakkan Penyertaan Aktiviti Luar.

7.1 Murid-murid digalakkan menyertai aktiviti luar bilik darjah, yang dianjurkan oleh
perbagai pihak seperti :

4
Panduan Pengurusan
HAL EHWAL MURID 2022/2023
SK STOH, LUNDU

7.1.1   Menyertai pertandingan melukis dan mewarna.


7.1.2  Menyertai rombongan atau lawatan sambil belajar.
7.1.3  Menyertai pertandingan kokurikulum akademik.
7.1.4  Menyertai pertandingan sukan dan permainan.

AKTIVITI-AKTIVITI HAL EHWAL MURID 2022/2023

1. Pendaftaran dan Orientasi Tahun 1

Pendaftaran dan orentasi tahun 1 ini dijalankan sehari sebelum sesi persekolahan awal
tahun bermula. Murid-murid Tahun 1 diberikan pendedahan awal tentang kelas dan
kawasan persekitaran sekolah bagi membiasakan mereka dengan suasana persekolahan
yang baru.

2. Kursus Kepimpinan Pengawas, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah

Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan ciri-ciri kepimpinan dan motivasi
kepada pengawas, ketua dan penolong ketua kelas. Selain itu, ia juga bertujuan untuk
menerapkan ciri-ciri dan nilai kepimpinan dalam kalangan mereka bagi memastikan
mereka dapat menjalankan tugas dengan baik seperti yang diamanahkan.

3. Watikah Perlantikan Pengawas, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah

Sekolah juga menjalankan perlantikan pengawas, ketua darjah dan penolong ketua
darjah pada awal tahun sesi persekolahan pada setiap tahun. Perlantikan ini bagi
memberikan perlantikan secara rasmi murid-murid yang telah dipilih menjawat
jawatan-jawatan tersebut.

4. Sambutan Hari Guru

5
Panduan Pengurusan
HAL EHWAL MURID 2022/2023
SK STOH, LUNDU

Sambutan diadakan pada 16 Mei setiap tahun yang bertujuan memberi penghargaan
kepada guru-guru selain memberi peluang kepada murid-murid mengucapkan terima
kasih kepada guru-guru yang mengajar mereka.

5. Latihan Kebakaran

Latihan kebakaran diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun, iaitu sekali pada
penggal pertama dan sekali pada penggal kedua. Pihak sekolah juga memanggil Jabatan
Bomba berhampiran untuk memberikan ceramah keselamatan dan teknik-teknik
memadam api dengan betul.

6. Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia

Pihak sekolah menjalankan aktiviti sambutan bulan kemerdekaan bermula pada 19


Ogos hingga 19 September setiap tahun. Selain itu, pelbagai aktiviti dijalankan
sepanjang sambutan dijalankan seperti perasmian pengibaran Jalur Gemilang,
Sambutan 31 Ogos, Penutup Sambutan Bulan Kebangsaan. Selain itu, acara-acara lain
yang turut dijalankan adalah seperti nyanyian lagu patriotik, pertandingan hiasan kelas
bertemakan kemerdekaan, pertandingan melukis poster dan pelbagai lagi.

7. Sambutan Hari Kanak-Kanak

Pada setiap tahun, pihak sekolah menyambut hari kanak-kanak dan hari kokurikulum
dengan bergabung bersama unit kokurikulum. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti
sukaneka, sukan, persembahan dan pelbagai lagi.

8. RMT

Beberapa murid yang layak dari sekolah ini telah mendapat RMT. Murid-murid
tersebut diberikan makanan pada waktu rehat .

9. Program Imunisasi Murid Tahun 1 dan 6

Program Iminusasi Murid Tahun 1 diberi pada awal tahun dan untuk murid Tahun 6
pada pertengahan Tahun. Kedua-dua Imunisasi ini diberi oleh klinik kesihatan yang
berhampiran .

10. Rawatan Pergigian

Rawatan pergigian diberikan juga oleh klinik kesihatan berhampiran dan pihak sekolah
telah menyediakan satu bilik khas untuk doktor berkenaan memberikan rawatannya.
Rawatan ini diberikan sepanjang tahun.

11. Pendaftaran Murid Tahun 6 ke Tingkatan 1

6
Panduan Pengurusan
HAL EHWAL MURID 2022/2023
SK STOH, LUNDU

Pihak sekolah juga membuat persediaan dan pendaftaran untuk murid-murid Tahun 6
ke Tingkatan 1. Biasanya borang-borang yang berkenaan akan mula diisikan selepas
peperiksaan UPSR. Selain itu, pihak sekolah juga membantu murid-murid yang layak
dan ingin memohon ke sekolah berasrama penuh.

12. Pertandingan Kebersihan Kelas

Pertandingan kebersihan kelas dijalankan sepanjang tahun. Kebersihan dinilai oleh


pihak pentadbir dan kelas yang terbaik diberikan satu piala pusingan.

13. Gotong-royong Perdana Peringkat Sekolah

Pihak sekolah sering menjalankan gotong-royong perdana peringkat sekolah dengan


kerjasama MBKS, Majlis Perwakilan Penduduk, dan pelbagai pihak lagi bagi
memastikan kawasan persekitaran sekolah sentiasa bersih.

14. Bantuan Kebajikan Murid

Pihak sekolah juga mendapat bantuan sumbangan daripada pihak luar seperti PIBG,
Kedai Buku Sekolah, Dominos dan pelbagai lagi dalam membantu murid-murid yang
kurang berkemampuan. Bantuan-bantuan yang diberi seperti pembelian alat tulis dan
peralatan sekolah, kasut, baju dan pelbagai lagi.

15. Program Maju Diri

Program Maju Diri dijalankan pada minggu kedua sesi persekolahan bermula. Murid-
murid yang terlibat adalah di dalam kalangan murid-murid Tahun 4, 5 dan 6. Pelbagai
aktiviti berbentuk motivasi dan ilmiah diberikan kepada murid-murid tersebut.

16. Sesi Kaunseling

Sekolah mempunyai seorang guru kaunseling. Guru kaunseling tersebut banyak


menjalankan program kaunseling bagi membantu murid-murid terutama murid-murid
yang bermasalah. Selain secara berkelompok, sesi kaunseling individu juga dijalankan.

17. Program RIMUP

Program integrasi kaum ini turut dijayakan oleh pihak sekolah. Pihak sekolah telah
bekerjasama dengan sekolah-sekolah sekitar dalam pelbagai aktiviti bagi mengeratkan
lagi hubungan antara kaum-kaum di Malaysia.
7
Panduan Pengurusan
HAL EHWAL MURID 2022/2023
SK STOH, LUNDU

18. Program Ceramah Keselamatan Bersama Polis

Pihak sekolah sentiasa menjalinkan hubungan yang baik bersama pihak polis bagi
menjamin keselamatan murid-murid sekolah terjaga. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti
ceramah keselamatan dan pameran-pameran dijalankan bagi memberikan pendedahan
kepada murid-murid tentang keselamatan diri masing-masing.

19. Program bersama Klinik Kesihatan Daerah

Program ini dijalankan pada setiap tahun. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti ceramah
kesihatan, bantuan kecemasan dan pelbagai lagi dijalankan bagi memastikan murid-
murid tahu cara menjaga kesihatan agar sentiasa sihat.

AKTIVITI-AKTIVITI BULANAN HAL EHWAL MURID 2022-2023

BULAN MINGGU TARIKH AKTIVITI PENYELARAS


Mesyuarat HEM Bil 1/2022 Semua Guru
Mesyuarat RMT Bil 1/ 2022 RMT
M1 21 MAC
Program Transisi dan Guru Penyayang Guru Kelas T1
MAC

Pengemaskinian Tetapan Subjek APDM Pn Eviana Farisya


Taklimat Am Peraturan Sekolah PK HEM
M2 28 MAC Laporan Kehadiran / Wabak Denggi / RMT Pn Eviana Farisya
Semakan Data Murid APDM En Mohamad Hamizan

8
Panduan Pengurusan
HAL EHWAL MURID 2022/2023
SK STOH, LUNDU

Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah JK Pengawas


M3 4 APRIL En Mohamad Hamizan
Kem Kepimpinan Pengawas
Mesyuarat RMT Bil 2/ 2019
RMT
M4 11 APRIL Program Keceriaan Kelas Zulkifli bin Abd Halip
APRIL

DISIPLIN
Ceramah Penyalahgunaan Dadah
M5 18 APRIL En Mohamad Hamizan
Ceramah Jenayah Buli di Sekolah Cik Nik Najihah
Laporan Kehadiran/Wabak denggi/ RMT
M6 25 APRIL PK HEM
Laporan BSKG e-Operasi Kutipan April
Ceramah Pencegahan Jenayah B&K
M7 2 MEI PDRM Cik Nik Najihah
Puan Julianti
Program Rakan Penyayang
M8 9 MEI PK HEM
Semakan Data APDM / e-Operasi
Laporan Sistem Penarafaan Keselamatan
Sekolah PK HEM
MEI

(April/Mei)
M9 16 MEI En Mohamad Hamizan
Latihan FireDrill En Noornikman
Sambutan Hari Guru

B&K
Ceramah Motivasi Peningkatan Akademik
M10 23 MEI Cik Nik Najihah
Pn Faridah Lee
M11 30 MEI Laporan Kehadiran / Wabak Denggi / RMT SEMUA GURU
M12 4 JUN – 12 JUN CUTI PENGGAL PERTAMA 2022/2023
B&K
Ceramah Menangani Salah Laku Remaja
Cik Nik Najihah
M13 13 JUN Mesyuarat HEM BIL 2/2022
En Mohamad Hamizan
JUN

Mesyuarat RMT BIL 2/2022


PK HEM
Pn Faridah Lee
M14 20 JUN Ceraman Pengurusan Kewangan – Mari Menabung
Pn Julianti
M15 27 JUN Laporan Kehadiran/Wabak denggi/ RMT PK HEM
Kempen Sayangi Alam Sekitar SEKOLAH SELAMAT
M16 4 JULAI Pertandingan Mewarna dan Melukis Poster En Zulkifli Abd Halip
Cik Nur Hidayah
JULAI

M17 11 JULAI Ceramah Pengukuhan Disiplin Murid PK HEM


Laporan Kehadiran/Wabak denggi/ RMT
M18 18 – 25 JULAI PK HEM
Laporan BSKG e-Operasi Kutipan Julai
M19 1 OGOS Tayangan Video Penghayatan Bulan Kebangsaan SEMUA GURU
Pertandingan Kuiz Anti Jenayah
M20 8 OGOS PK HEM
Pertandingan Bersempena Bulan Kemerdekaan
Laporan Sistem Penarafaan Keselamatan
OGOS

Sekolah
M21 15 OGOS PK HEM
Pengemaskinian Data Murid dalam APDM

M22 22 OGOS Laporan Kehadiran/Wabak Denggi/RMT PK HEM


M23 29 OGOS Sambutan Bulan Kebangsaan SEMUA GURU
M24 3 SEPT – 11 SEPT CUTI PENGGAL KEDUA 2022/2023
SEPTEMBE

M25 12 SEPTEMBER Sambutan Hari Malaysia SEMUA GURU


M26 19 SEPTEMBER Mesyuarat RMT Bil 3/ 2022 RMT
R

Minggu Keceriaan Sekolah En Mohamad Hamizan

9
Panduan Pengurusan
HAL EHWAL MURID 2022/2023
SK STOH, LUNDU

Laporan Kehadiran/Wabak denggi/ RMT


M27 26 SEPTEMBER PK HEM
Tayangan Video Pencegahan Buli B&K
M28 3 OKTOBER Nik Najihah
OKTOBER

Kempen Kebersihan dan Pengurusan Diri I PK HEM


M29 10 OKTOBER Pn Eviana Farisya
Kempen Kebersihan dan Pengurusan Diri II PK HEM
M30 17 OKTOBER Pn Eviana Farisya
Laporan Kehadiran/Wabak denggi/ RMT
M31 24 OKTOBER PK HEM

 Program Sayang di sayang PROGRAM PENYAYANG/


KWAPM/ e-KASIH/
SAMBUTAN HARI LAHIR STAF SK STOH
M32 1 NOVEMBER BIASISWA
& En Mohamad Hamizan
NOVEMBER

SAMBUTAN HARI LAHIR MURID SK STOH Pn Julianti Sepawie


M33 7 NOVEMBER Agihan Borang Maklumat Bersepadu Murid En Mohamad Hamizan
Kutipan Borang Bersepadu Murid PK HEM
M34 14 NOVEMBER En Mohamad Hamizan
Pengemaskinian Data Murid dalam APDM
M35 21 NOVEMBER Mesyuarat HEM Bil 3/2022 SEMUA GURU
28 NOVEMBER Laporan Kehadiran/Wabak denggi/ RMT PK HEM
Taklimat Persediaan Cuti Penggal 3 kepada
M36 7 DISEMBER PK HEM
murid
DISEMBER

M37 – 10 DISEMBER – 31
CUTI PENGGAL 3
M39 DISEMBER

M40 5 JANUARI Laporan Kehadiran/Wabak denggi/ RMT PK HEM


JANUARI

M41 12 JANUARI Mesyuarat HEM Bil 4/2022 PK HEM


M42 24 JANUARI Kempen Kebersihan dan Pengurusan Dii III PK HEM
Dapatan dan Refleksi Pengurusan HEM Sepan- PK HEM
M43 26 JANUARI
jang 2022/2023
M44 1,2 & 3 FEB Perancangan Aktiviti HEM 202/2024 PK HEM
FEBRUARI /

M45/46 8 FEBRUARI Pengurusan Unit HEM akhir sesi 2022/2023 PK HEM


MAC

M47 13 – 17 FEB Penilaian Sumatif PK HEM


M49 7 MAC Pemulangan Buku Teks PK HEM
M50-52 CUTI AKHIR PERSEKOLAHAN SESI 2022/2023

CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA HEM


SEKOLAH KEBANGSAAN STOH

PENGERUSI

NAIB PENGERUSI SETIAUSAHA

BENDAHARI
10
Panduan Pengurusan
HAL EHWAL MURID 2022/2023
SK STOH, LUNDU

DISIPLIN BIMBINGAN & KAUNSELING DATA/ APDM/ SMM KEBAJIKAN & INSURANS
MURID

PROGRAM PENYAYANG/ RMT PROGRAM BANTUAN SUSU SPBT


KWAPM/ e-KASIH/ BIASISWA

EN. MOHAMAD HAMIZAN


BIN ABDULLAH

PENGAWAS KECERIAAN BILIK RMT 3K / KESELAMATAN ASET

JADUAL KEDATANGAN CEGAH JENAYAH LAWATAN SEKOLAH SELAMAT

ANTI DADAH WARDEN SOP COVID-19

01 ) JK HAL EHWAL MURID ( JAWATANKUASA HEM )

Pengerusi
Guru Besar
Encik Harunoor bin Ismail
Naib Pengerusi
GPK Hal Ehwal Murid
Puan Eviana Farisya binti Abdullah
Setiausaha HEM
Encik Mohamad Hamizan bin Abdullah
AJK Induk
1 GPK Pentadbiran Encik Noornikman bin Medahi
2 GPK Kokurikulum Encik Zulkifli Bin Abdul Halip
3 Lembaga Displin Encik Mohamad Hamizan bin Abdullah
11
Panduan Pengurusan
HAL EHWAL MURID 2022/2023
SK STOH, LUNDU

4 Pengawas Encik Mohamad Hamizan Bin Abdullah


5 3K/ Keselamatan Encik Zulkifli Bin Abdul Halip
6 Pengurusan Aset Puan Siti Mariam Binti Masleh
Skim Pinjaman Buku Teks Cik Nur Hidayah binti Mostaffa
7
(SPBT)
8 Lawatan Encik Noornikman Bin Medahi / Pn Faridah
9 Kebajikan & Insuran Puan Julianti binti Sepawie
10 RMT Puan Nasha Fateha binti Ahmad Fuad
11 Program Bantuan Susu Puan Nasha Fateha binti Ahmad Fuad
12 Bimbingan & Kaunseling Cik Nik Najihah binti Mat Rashid
13 KWAPM / BAP Encik Mohamad Hamizan bin Abdullah
Kedatangan dan Buku Rekod
14 Puan Eviana Farisya binti Abdullah
Kawalan Kelas
15 Warden SOP Covid-19 Cik Nik Najihah binti Mat Rashid
Program Pendidikan
16 Pencegahan Dadah Puan Eviana Farisya binti Abdullah
( PPDa )
17 Pencegahan Jenayah Encik Mohamad Hamizan bin Abdullah
18 Keceriaan Bilik RMT Puan Nasha Fateha binti Ahmad Fuad
19 Pengurusan Data APDM Puan Eviana Farisya binti Abdullah
20 Sekolah Selamat Encik Zulkifli Bin Abdul Halip

Bidang Tugas
1. Sebagai JK tertinggi dalam HEM, JK HEM menerima semua keputusan yang telah
ditetapkan oleh PP. JKHEM hanya bermesyuarat untuk menentukan, membincangkan
dan memutuskan strategi melaksanakan ○ dasar HEM / Sahsiah KPM ○ keputusan
HEM utama yang telah diputuskan oleh Pengurusan Pentadbiran(PP)
2. JK HEM (Ketua) hendaklah bermesyuarat ○ selepas Mesyuarat (PP) ○
bermesyuarat minimum 3 kali setahun ○ (Mesyuarat BOLEH dipengerusikan oleh
Naib Pengerusi)
3. Fungsi SU HEM ○ Menjadi SU mesyuarat JK HEM dan menyedia minit mesyuarat ○
Menyelaras / Merumus / melapor hasilan semua mesyuarat JK di bawah Unit HEM.
4. Fail (F) Unit HEM ○ Mengurus dan memantau fail ○ Mengurus fail HEM / dan fail
maklumat HEM dan untuk Guru Besara dan rekod
5. Mesyuarat unit-unit boleh dipengerusikan oleh GPK HEM sekiranya tiada Guru Besar

PENGURUSAN UNIT-UNIT HEM


( Bidang Tugas dan Pemantauan Penolong HEM. Guru Besar sebagai Pengerusi )

( 01 ) LEMBAGA DISIPLIN
Pengerusi Encik Harunoor bin Ismail
12
Panduan Pengurusan
HAL EHWAL MURID 2022/2023
SK STOH, LUNDU

Naib Pengerusi Puan Eviana Farisya binti Abdullah


Ketua Encik Mohamad Hamizan bin Abdullah
Setiausaha Puan Julianti binti Sepawie
Fail Cik Nik Najihah binti Mat Rashid
SSDM Encik Mohamad Hamizan bin Abdullah
AJK 1) Puan Nasha Fateha binti Ahmaf Fuad
2) Encik Noornikman Bin Madehi
3) Puan Faridah binti Lee
Bidang Tugas
a. Mengadakan aktiviti peningkatan disiplin murid seperti ceramah dan majlis rundingan.
b. Menjadi penasihat kepada badan pengawas dan menyediakan laporan.
c. Menyelia disiplin murid.
d. Memberi tunjuk ajar dan bimbingan tugasan kepada pengawas sekolah.
e. Membuat pesanan keperluan unit.
f. Menguruskan stok dan menyediakan anggaran perbelanjaan unit.
g.Mengemaskini data disiplin murid.
h. Mengurus penghantaran data kepada PPD .

( 02 ) PENGAWAS
Pengerusi Encik Harunoor bin Ismail
Naib Pengerusi Puan Eviana Farisya binti Abdullah
Ketua Encik Mohd Hamizan bin Abdullah
Setiausaha Puan Faridah binti Lee
Fail Cik Nur Hidayah binti Mostaffa
AJK 1) Encik Noornikman bin Medahi
2) Pn Nasha Fateha binti Ahmad Fuad
3) Puan Julianti binti Sepawie
Bidang Tugas
a. Melantik Pengawas
b. Memberi maklumat dan kefahaman mengenai peraturan dan
Undang-undang sekolah kepada murid.
c, Mengadakan mesyuarat badan pengawas dan sidang percambahan
minda.

( 03 ) 3K / KESELAMATAN
Pengerusi Encik Harunoor bin Ismail
Naib Pengerusi Puan Eviana Farisya binti Abdullah
Ketua Encik Zulkifli Bin Abdul Halip
Setiausaha Encik Noornikman Bin Medahi
Fail Puan Siti Mariam binti Masleh
AJK 1) Encik Mohamad Hamizan bin Abdullah
2) Cik Nasha Fateha binti Ahmad Fuad
3) Puan Faridah Binti Lee
Bidang tugas

13
Panduan Pengurusan
HAL EHWAL MURID 2022/2023
SK STOH, LUNDU

a. Memastikan alat pemadam api berfungsi dan berada di tempat yang strategik.
b. Mempamerkan pelan laluan kecemasan di setiap kelas dan bilik.
c. Menjalankan kawat kebakaran.

( 04 ) ASET
Pengerusi Encik Harunoor bin Ismail
Naib Pengerusi Puan Eviana Farisya binti Abdullah
Ketua Puan Siti Mariam Binti Masleh
Setiausaha Puan Sharifah Dahliana Binti Wan Alik
Fail Puan Siti Mariam binti Masleh
AJK 1) Encik Noornikman bin Medahi
2) Encik Zulkifli Bin Abdul Halip
3) Puan Julianti binti Sepawie
Bidang Tugas
1. Merekod segala kelengkapan seperti kerusi dan meja pelajar.
2. Menyediakan proses pembaikan dan pelupusan kelengkapan yang rosak.
3. Memberi perkhidmatan yang dapat memudahkan keperluan pelajar.
4. Menyediakan garis panduan pergerakan kelengkapan.

( 05 ) SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)


Pengerusi Encik Harunoor bin Ismail
Naib Pengerusi Puan Eviana Farisya binti Abdullah
Ketua Cik Nur Hidayah binti Mostaffa
Setiausaha Puan Nasha Fateha binti Ahmad Fuad
Fail Encik Mohamad Hamizan bin Abdullah
AJK 1) Encik Noornikman bin Medahi
2) Encik Zulkifli Bin Abdul Halip
3) Semua guru kelas
Bidang Tugas
a. Memastikan Bilik BOSS kemas dan berfungsi.
b. Mengurus surat-menyurat mengenai SPBT.
c. Mengurus borang pesanan/permohonan buku Teks bagi tahun berikutnya.
d. Menyemak penerimaan dan penghantaran buku teks dan memproses untuk urusan stok.
e. Menyelenggara stok SPBT dengan kemaskini.
f. Membuat hapuskira .
g. Memungut buku teks pada akhir tahun.
h. Membuat pemantauan penggunaan buku teks secara berkala.

( 06 ) LAWATAN
Pengerusi Encik Harunoor bin Ismail
Naib Pengerusi Puan Eviana Fariysa binti Abdullah
Ketua Encik Noornikman Bin Medahi
Setiausaha Puan Faridah binti Lee
Fail Cik Nur Hidayah binti Mostaffa
14
Panduan Pengurusan
HAL EHWAL MURID 2022/2023
SK STOH, LUNDU

AJK 1) Encik Mohamad Hamizan bin Abdullah


2) Cik Nik Najihah binti Mat Rashid
3) Encik Zulkifli Bin Abdul Halip
Bidang Tugas
1) Merangka / Merancang destinasi lawatan.
2) Memastikan destinasi lawatan adalah bersesuaian dengan tahap umur murid yang akan
menyertainya.
3) Tujuan lawatan adalah untuk menambah pengetahuan sedia ada serta ianya dapat
memperluaskan pengalaman
murid mengenai destinasi yang akan dilawati.
4) Mengutamakan aspek keselamatan murid-murid
5) Membentuk jawatankuasa kerja bagi setiap lawatan yang hendak dibuat.

( 07 ) KEBAJIKAN DAN INSURAN MURID


Pengerusi Encik Harunoor bin Ismail
Naib Pengerusi Puan Eviana Farisya binti Abdullah
Ketua Puan Julianti binti Sepawie
Setiausaha Encik Mohd Hamizan bin Abdullah
Fail Puan Siti Mariam binti Masleh
AJK 1) Encik Noornikman bin Medahi
2) Encik Zulkifli Bin Abdul Halip
3) Cik Nik Najihah binti Mat Rashid
Bidang Tugas
a.Mengurus kutipan dan perbelanjaan tabungan murid.
b. Menyediakan penyata kewangan tabung.
c. Khidmat derma/ sumbangan kepada
pihak tertentu seperti murid yang kematian ibu bapa.

( 08 ) BIMBINGAN DAN KAUNSELING


Pengerusi Encik Harunoor bin Ismail
Naib Pengerusi Puan Eviana Farisya binti Abdullah
Ketua Cik Nik Najihah binyi Mat Rashid
Setiausaha Encik Mohamad Hamizan bin Abdullah
Fail Cik Nur Hidayah binti Mostaffa
AJK 1) Encik Zulkifli bin Abdul Halip
2) Puan Faridah Lee
3) Puan Julianti binti Sepawie
Bidang Tugas
a. Merancang program, projek dan aktiviti bimbingan dan kaunseling selaras dengan
perancangan sekolah.
b. Memberi khidmat nasihat kepada murid bermasalah.
c. Membantu membina sahsiah murid.

15
Panduan Pengurusan
HAL EHWAL MURID 2022/2023
SK STOH, LUNDU

( 09 ) Rancangan Makanan Tambahan (RMT)


Pengerusi Encik Harunoor bin Ismail
Naib Pengerusi Puan Eviana Farisya binti Abdullah
Ketua Puan Nasha Fateha binti Ahmad Fuad
Setiausaha Puan Julianti binti Sepawie
Fail Puan Nasha Fateha binti Ahmad Fuad
AJK 1) Encik Noornikman bin Medahi
2) Encik Zulkifli Bin Abdul Halip
3) Encik Mohd Hamizan bin Abdullah
Bidang Tugas
a.Menyediakan buku pengurusan RMT.
b.Memilih menu yang sesuai dengan murid.
c. Mencatat penyertaan murid RMT ke dalam buku kehadiran.
d.Mengawas kawasan, kebersihan, tatatertib dan perkara yang
berkaitan dengan RMT.

( 10 ) Program Bantuan Susu


Pengerusi Encik Harunoor bin Ismail
Naib Pengerusi Puan Eviana Farisya binti Abdullah
Ketua Puan Nasha Fatehah Fateha binti Ahmad FUad
Setiausaha Puan Julianti binti Sepawie
Fail Puan Nasha Fateha binti Ahmad Fuad
AJK 1) Encik Noornikman bin Medahi
2) Encik Zulkifli Bin Abdul Halip
3) Encik Mohd Hamizan bin Abdullah
Bidang Tugas
a.

( 11 ) KWAMP / BAP (GURU BANTUAN)


Pengerusi Encik Harunoor bin Ismail
Naib Pengerusi Puan Eviana Farisya binti Abdullah
Ketua Encik Mohamad Hamizan bin Abdullah
Setiausaha Puan Sharifah Dahliana Binti Wan Alik
Fail Puan Sharifah Dahliana Binti Wan Alik
AJK 1) Semua guru kelas
2) Encik Noornikman bin Medahi
3) Puan Siti Mariam Binti Masleh
Bidang Tugas
a. Mengenal pasti murid yang layak mendapat KWAPM.
b. Mengagih dan memungut borang permohonan .
c. Menyediakan surat pelantikan AJK pemilih.
d. Menyediakan senarai nama murid yang mendapat KWAPM.
e. Mengurus majlis penyampaian KWAPM.

16
Panduan Pengurusan
HAL EHWAL MURID 2022/2023
SK STOH, LUNDU

(13) LAPORAN KEDATANGAN MURID / BILBOARD


Pengerusi Encik Harunoor bin Ismail
Naib Pengerusi Puan Eviana Farisya binti Abdullah
Ketua Puan Eviana Farisya binti Abdullah
Setiausaha Encik Mohamad Hamizan bin Abdullah
Fail Puan Faridah Binti Lee
AJK 1) Puan Siti Mariam Binti Masleh
Bidang Tugas
a. Memastikan buku Kedatangan murid ditanda setiap hari.
b. Maklumat di buku di isi dan dilengkapkan.
c.Setiap kelas dibekalkan dengan buku kawalan kelas yang ditandatangani oleh setiap guru
yang memasuki kelas pada setiap waktu pembelajaran.
d. Setiap guru akan mencatat nama mata pelajaran, masa dan jumlah pelajar hadir pada
masa mereka mengajar.
e. Menyediakan guru pengganti semasa ketiadaan guru di sekolah.

( 14 ) RIMUP
Pengerusi Encik Harunoor bin Ismail
Naib Pengerusi Puan Eviana Farisya binti Abdullah
Ketua Encik Noornikman bin Medahi
Setiausaha Puan Faridah Binti Lee
Fail Encik Zulkifli Bin Abdul Halip
AJK 1) Cik Nur Hidayah binti Mostaffa
2) Cik Nik Najihah binti Mat Rashid
3) Puan Julianti binti Sepawie
Bidang Tugas
1. Membuat pendaftaran dan laporan dari semasa kesemasa jika diperlukan.
2. RMUP – Membuat Laporan aktiviti RIMUP sebanyak dua kali iaitu pada setengah tahun
dan akhir tahun.
 3. Melaksanakan objektif RIMUF diantaranya:
4. Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, para guru dan murid serta warga
sekolah dari peringkat sekolah rendah hingga sekolah menengah dalam kegiatan-kegiatan
khas secara bersama-sama.
5. Mengwujudkan sikap kerjasama, tolong menolong dan mewujudkan suasana muhibah
secara sedar dan terancang.

(15) Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)


Pengerusi Encik Harunoor bin Ismail
Naib Pengerusi Puan Eviana Farisya binti Abdullah
Ketua Puan Eviana Farisya binti Abdullah
Setiausaha Puan Julianti binti Sepawie
Fail Encik Mohamad Hamizan bin Abdullah

17
Panduan Pengurusan
HAL EHWAL MURID 2022/2023
SK STOH, LUNDU

AJK 1) Cik Nik Najihah binti Mat Rashod


2) Encik Zulkifli Bin Abdul Halip
Bidang Tugas
- Gejala negatif berkurangan dikalangan murid.
- Murid menepati masa.
- Murid beratur tanpa arahan.
- Sifar kes dadah
- Kes salah laku berkurangan 5 %.
- Bilangan murid terlibat dengan gejala sosial berkurangan

( 16 ) PENCEGAHAN JENAYAH
Pengerusi Encik Harunoor bin Ismail
Naib Pengerusi Puan Eviana Farisya binti Abdullah
Ketua Encik Mohamad Hamizan binAbdullah
Setiausaha Encik ZulkiflinBin Abdul Halip
Fail Puan Faridah Lee
AJK 1) Cik Nik Najihah binti Mat Rashid
2) Puan Nasha Fateha binti Ahmad Fuad
Bidang Tugas
a. Merancang program ceramah dan motivasi mencegah jenayah bersama polis
b. Mengadakan kempen anti jenayah. c. Merancang lawatan sambil belajar ke penjara.

(17 ) KECERIAAN BILIK RMT


Pengerusi Encik Harunoor bin Ismail
Naib Pengerusi Puan Eviana Farisya binti Abdullah
Ketua Puan Nasha Fateha binti Ahmad Fuad
Setiausaha Puan Faridah binti Lee
Fail Encik Mohd Hamizan bin Abdullah
AJK 1) Encik Noornikman bin Medahi
2) Cik Nur Hidayah binti Mostaffa
3) Cik Nik Najihah binti Mat Rashid
Bidang Tugas
a. Menyediakan dan menyusun peralatan dalam bilik guru/ RMT.
b. Memastikan kawasan dan ruang bilik guru/ RMT sentiasa berada dalam keadaan bersih
& ceria.
‘c. Membuat perancangan untuk menambah baikkan taraf keceriaan bilik guru/ RMT

( 19 ) SEKOLAH SELAMAT
Pengerusi Encik Harunoor bin Ismail
Naib Pengerusi Puan Eviana Farisya binti Abdullah
Ketua Encik Zulkifli bin Abd halip
Setiausaha Encik Noornikman bin Medahi
Fail Cik Nik Najihah binti Mat Rashid
AJK 1) Puan Nasha Fateha binti Ahmad Fuad
18
Panduan Pengurusan
HAL EHWAL MURID 2022/2023
SK STOH, LUNDU

2) Puan Faridah Binti Lee


3) Puan Siti Mariam Binti Masleh
Bidang Tugas
a. Menyelia kawasan sekolah supaya sentiasa berada dalam keadaan selamat.
b. Memastikan keselamatan murid semasa mengadakan sesuatu program.
c. Membuat penegasan keselamatan murid semasa pergi dan balik dari sekolah.

( 20 ) WARDEN SOP COVID-19


Pengerusi Encik Harunoor bin Ismail
Naib Pengerusi Puan Eviana Farisya binti Abdullah
Ketua Cik Nik Najihah binti Mat Rashid
Setiausaha Puan Siti Mariam Binti Masleh
Fail Cik Nik Najihah binti Mat Rashid
AJK 1) Encik Mohamad Hamizan bin Abdullah
2) Puan Julianti binti Sepawie
3) Puan Faridah binti Lee
Bidang Tugas
a. Menyelia kawasan sekolah supaya sentiasa berada dalam keadaan selamat dan
mematuhi SOP.
b. Memastikan keselamatan murid semasa berada di sekolah.
c. Membuat hebahan tentang penjagaan Penularan Covid-19 semasa pergi dan balik dari
sekolah.

ATURAN SISTEM FAILING

1. FAIL MAKLUMAT.
1.1 Carta organisasi
1.2 Carta Aliran Unit
1.3 Senarai AJK
1.3 Panduan Pelaksanaan
1.4 Perancangan Tahunan
1.5 Sebarang borang berkaitan (seperti borang data)
2. FAIL MESYUARAT.
2.1 Surat Lantikan AJK
2.2 Surat Panggilan
2.3 Senarai Kehadiran
2.4 Minit Mesyuarat
3. FAIL SURAT MENYURAT
1.1 Surat KPM / JPN / PPD
19
Panduan Pengurusan
HAL EHWAL MURID 2022/2023
SK STOH, LUNDU

1.2 Surat Panggilan kursus


1.3 Surat-surat Pekeliling
4. DOKUMENTASI
Dokumentasi bercetak / visual (CD) sebarang program berkaitan yang
dijalankan.

Penutup

Begitu besar dan beratnya amanah dan tanggungjawab yang kita pikul selaku Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid  di sekolah hendaklah benar-benar diinsafi. Saiz sekolah bukan jadi
ukuran; tidak juga dijadikan alasan untuk tidak menyempurnakan amanah, tanggungjawab atau
pun tugasan. Betapa kecil sekolah yang kita tadbirkan atau betapa sekali pun keadaan rupa
fizikal sekolah kita, tidak patut sama sekali kita meremehkan bidang tugas dan tanggungjawab
kita. Apa yang perlu kini ialah kita mengubah paradigma dan pemikiran, menambah ilmu
pengetahuan dan paling penting mengamalkan apa yang kita sudah pelajari dan buktikannya
melalui kerja-buat kita setiap waktu dan ketika.

Tak tahu dan tak pandai hendak melakukan sesuatu boleh dipelajari, tetapi jika sudah
tahu dan sudah pandai tapi tak mahu buat kerja amatlah malang sekali. Ringkasnya sekadar
tahun dan 'mengaku pandai' tidak ada gunanya; yang penting apa yang dibuat dan apa yang

20
Panduan Pengurusan
HAL EHWAL MURID 2022/2023
SK STOH, LUNDU

diurus, dan apa yang telah kita buktikan melalui kerja-kerja kita selama ini. Bruce Lee seorang
aktor kung fu terkenal pernah disebut sebagai berkata: "Knowing is not enough, you must
apply. Willing is not enough, you must do".

Buatlah refleksi diri masing-masing agar segala kelemahan dan ketidakketrampilan kita
sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dapat diatasi dan perbaiki ke tahap yang paling
tinggi. Sepatutnya tidak wujud lagi ulasan dan teguran daripada 'stakeholders' kita berhubung
dengan pengurusan hal ehwal murid yang sering dilaporkan tidak cekap, tidak berkesan, lewat
malah terus tidak diambil tindakan sewajarnya walaupun perkara-perkara tersebut

berulang kali diutarakan di dalam setiap taklimat, bengkel atau mesyuarat yang dikelolakan
sama ada oleh Jabatan Pendidikan Kuching atau pun Pejabat Pendidikan Daerah sendiri.

Disediakan oleh:

(MOHAMAD HAMIZAN BIN ABDULLAH)


Setiausaha Unit Hal Ehwal Murid

Disemak oleh:

(EVIANA FARISYA BINTI ABDULLAH)


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (Dalaman)
SK. Stoh, Lundu

Di sahkan oleh:

21
Panduan Pengurusan
HAL EHWAL MURID 2022/2023
SK STOH, LUNDU

(HARUNOOR BIN ISMAIL)


Guru Besar
SK. Stoh, Lundu

22
Panduan Pengurusan
HAL EHWAL MURID 2022/2023

Anda mungkin juga menyukai