Anda di halaman 1dari 7

BIDANG TUGAS PENOLONG KANAN 1 ( PENTADBIRAN)

 Menjalankan  tugas Pengetua semasa ketiadaannya.


 Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua.
 Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal kurikulum, pentadbiran, hubungan masyarakat
dan keselamatan.
 Membantu Pengetua menyelia dan menilai proses pengajaran.
  Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.

 
SENARAI TUGAS PENOLONG KANAN 1 ( PENTADBIRAN)

Kurikulum

 Menentukan rancangan pelajaran harian, mingguan, penggal dan sebagainya.


 Memastikan perjalanan panitia mata pelajaran.
 Membantu penyediaan peralatan teknologi pendidikan, pusat sumber, makmal dan bengkel.
 Menentukan penggunaan dan penyelenggaraan bahan-bahan sumber pendidikan.
 Membantu serta membimbing dalam latihan mengajar bagi guru pelatih, guru yang baru
mengajar dan guru sandaran tidak terlatih dalam menjalankan tugas harian mereka.
 Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum serta mencadangkan tindakan
susulan.
 Menyelaraskan segala jenis program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, Pejabat
Pendidikan Daerah, Negeri dan Kementerian Pendidikan.
 Membantu memilih buku teks, bahan pusat sumber dan buku bacaan.
 Menyusun jadual waktu kelas dan guru serta menyediakan jadual waktu gantian.

Pengurusan

 Membantu beban tugas guru dan staf sokongan sekolah


 Membantu menyelaraskan hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan guru serta staf sokongan.
 Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data/ maklumat.
 Membantu merancang takwim sekolah.
 Membantu menyelia kerja-kerja guru dan staf sokongan.
 Menyelaras penyediaan penyata kewangan untuk urusan odit tahunan.
 Menyelaras semua jenis kutipan yuran
 Menjadi Ahli Lembaga Tatatertib Sekolah.
  Menjadi penandatangani kedua cek sekolah.
 Menjaga dan menyemak stok/ iventori peralatan sekolah.

 
Pembangunan Diri Pelajar

 Membantu merancang dan menyelia program budaya sekolah, keceriaan dan kebersihan
sekolah.
 Merancang langkah-langkah keselamatan pelajar.
 Mengadakan kursus kemahiran pelajar.

 Pembangunan Organisasi. 
 Mewujudkan hubungan dua hala di antara sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat.
 Mengadakan kursus/latihan personal.

Pembangunan Kendiri. 

 Mempertingkatkan budaya membaca dan budaya ilmu.


 Menghadiri kursus, seminar dan bengkel.
 Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah.
 Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion perguruan.

Guru Penolong Kanan Kokurikulum bertanggungjawab kepada Guru Besar untuk mencapai matlamat
Dasar Pendidikan

Kebangsaan. Guru Penolong Kanan Kokurikulum bertanggungjawab meningkatkan penglibatan dan


penyertaan murid

dalam aktiviti Kokurikulum.

• BIDANG TUGAS

1.1 Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar, Guru Penolong Kanan I
dan Guru Penolong Kanan II.

1.2 Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar.

1.3 Bertanggungjawab kepada Guru Besar di dalam semua aspek pengurusan Kokurikulum
termasuk sidang

petang.

1.4 Menyelia dan menilai aktiviti-aktiviti Kokurikulum di sekolah.

1.5 Membantu Guru Besar di dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah
termasuk sidang

petang.

• SENARAI TUGAS

2.1 KOKURIKULUM
2.1.1 Sukan Dan Permainan

2.1.1.1 Merancang Takwim kegiatan sukan dan permainan.

2.1.1.2 Mengurus permilihan peserta untuk pertandingan.

2.1.1.3 Menyelia kegiatan sukan dan permainan.

2.1.1.4 Menyelaras aktiviti-aktiviti pertandingan sukan dan permainan di dalam


dan di luar

sekolah.

2.1.2 Pakaian Seragam

2.1.2.1 Merancang Takwim kegiatan pakaian seragam.

2.1.2.2 Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan pakaian seragam.

2.1.2.3 Menyelia kegiatan pakaian seragam.

2.1.2.4 Menyelaras aktiviti-aktiviti pakaian seragam didalam dan diluar sekolah.

2.2 PENTADBIRAN

2.2.1 Menyusun / menyelaras kegiatan kegiatan Kokurikulum.

2.2.2 Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan Kokurikulum.

2.2.3 Menentukan langkah-langkah keselamatan di dalam kegiatan Kokurikulum telah diambil.

2.2.4 Membantu di dalam segala jenis penerbitan sekolah dalam hal Kokurikulum.

2.2.5 Bertanggungjawab mengenal lawatan-lawatan anjuran sekolah.

2.2.6 Menyelaras hari-hari perayaan dan upacara sekolah.

2.2.7 Menyelaras pembahagian murid-murid ke dalam kelab/ persatuan pasukan pakaian


seragam dan

sebagainya.

2.2.8 Menentukan penglibatan semua murid di dalam kegiatan Kokurikulum serta meningkatkan
tahap
pencapaian.

2.2.9 Menguruskan alatan dan kemudahan untuk kegiatan Kokurikulum.

2.2.10Memastikan rekod dan data Kokurikulum disenggarakan.

2.2.11Menguruskan kursus dan latihan untuk guru dan murid dalam bidang berhubung dengan
Kokurikulum.

2.2.12Mengenalpasti guru-guru dan murid-murid yang berpotensi dalam kegiatan Kokurikulum


dan

mengadakan latihan untuk mereka.

• TUGAS-TUGAS LAIN

3.1 Menganggotai Jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh Guru Besar dari masa ke
semasa.

3.2 Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh Guru Besar dari
masa ke

semasa.

MUKADIMAH

Guru Penolong Kanan II bertanggungjawab kepada Guru Besar untuk mencapai Dasar Pendidikan
Kebangsaan. Guru

Penolong Kanan II bertanggungjawab mempertingkatkan disiplin kebajikan murid dan penerapan nilai-
nilai murni.

• BIDANG TUGAS
1.1 Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa, ketiadaan Guru Besar dan Guru Penolong Kanan
1.

1.2 Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar.

1.3 Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam pengurusan dan pentadbiran Hal Ehwal Murid.

1.4 Membantu Guru Besar dalam pentadbiran sidang petang bagi sekolah-sekolah yang
mempunyai sidang petang.

1.5 Membantu Guru Besar menyelia dan menilai aktiviti Hal Ehwal Murid.

1.6 Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.

• SENARAI TUGAS

2.1 DISIPLIN

2.1.1 Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai yang murni.

2.1.2 Mempastikan undang-undang dan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan.

2.1.3 Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes murid yang melanggar peraturan -
peraturan tatatertib

dan salahlaku.

2.1.4 Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin dan laporan murid.

2.1.5 Guru Penasihat Lembaga Pengawas Sekolah.

2.2 BIMBINGAN DAN KAUNSELING

2.2.1 Merancang dan menyelaras pelaksanaan program bimbingan dan kaunseling.

2.2.2 Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling murid dan
menyediakan laporan yang

diperlukan.

2.2.3 Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan orientasi bagi murid-murid
baru.
2.3 KESIHATAN DAN KEBAJIKAN MURID

2.3.1 Menggunakan kemudahan rawatan murid.

2.3.2 Memastikan program-program kesihatan menguruskan kad 001.

2.3.3 Menyelaras penyeliaan yang berkaitan dengan kantin murid.

2.3.4 Menyelaras segala aktiviti kesihatan dan kebersihan murid.

2.3.5 Melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan Projek Susu dan lain-lain rancangan
bantuan dan

kebajikan murid.

2.3.6 Memastikan langkah-langkah keselamatan murid semasa berada di sekolah sentiasa


dilaksanakan.

2.4 SKIM PINJAMAN BUKU TEKS

2.4.1 Menyelaras hal-hal pengeluaran, pengambilan, Pengagihan dan hapuskira.

2.4.2 Menguruskan kutipan-kutipan data, mengawal buku-buku stok dan mengawal bilik stor.

2.4.3 Menyediakan anggaran belanjawan mengurus skim Pinjaman Buku Teks (SPBT).

• PENTADBIRAN

3.1 Mengurus dan mengemaskini Rekod Pendaftar Murid.

3.2 Menyemak Buku Kedatangan Harian Murid Sidang Pagi.

3.3 Mengurus kemasukan dan penempatan murid.

3.4 Mengurus pertukaran murid.

3.5 Mengurus surat akaun, sijil-sijil murid, surat-surat pengesahan dan pengedaran sijil-sijil
berhenti sekolah.

3.6 Menyemak buku / kad Kemajuan Murid dan Jadual Markah.

3.7 Membantu menyediakan anggaran belajawan sekolah.


• TUGAS-TUGAS LAIN

5.1 Menganggotai Jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh Guru Besar dari masa ke
semasa.

5.2 Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan Guru Besar dari masa
ke semasa.

Anda mungkin juga menyukai