Anda di halaman 1dari 7

TUGAS PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

Bidang Tugas:

1. Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar dan Penolong Kanan 1.

2. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar.

3. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam hal-hal displin, pengawas, kaunseling,

keselamatan, kesihatan, biasiswa dan kebajikan murid, buku teks (SPBT), kebersihan dan keceriaan,

penerbitan dan percetakan, perayaan sekolah, kedai buku dan kantin sekolah.

4. Membantu Guru Besar dalam pentadbiran sekolah sesi petang.

5. Membantu Guru Besar menyelia dan menilai aktiviti perjalanan P & P.

6. Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.

Senarai Tugas

1. Pembangunan Diri Pelajar

1.1. Displin

1.1.1. Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai -nilai murni.

1.1.2. Memastikan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan

1.1.3. Menjadi guru Penasihat Lembaga Pengawas Sekolah.

1.1.4. Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes murid yang melanggar peraturan dan

tatatertib dan salah laku.

1.1.5. Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin murid dan laporan murid.

1.1.6. Mewujudkan hubungan dua hala di antara sekoiah dengan ibu bapa/ penjaga.

1.2. Bimbingan dan Kaunseling

1.2.1. Merancang dan menyelaras pelaksanaan program Bimbingan dan Kaunseling bersama-sama

dengan Kaunselor Murid.

1.2.2. Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling murid serta menyediakan

laporan yang diperlukan.

1.2.3. Mengadakan kursus motivasi dan kemahiran murid.

1.2.4. Merancang dan melaksanakan program dan orientasi bagi murid-murid baru.
1.3. Program Perlindungan Murid

1.3.1. Merancang dan menyelaras program mencegah penyalahgunaan dadah dan program lain

diperingkat sekolah.

1.3.2. Memastikan langkah-langkah keselamatan murid semasa berada di sekolah dilaksanakan.

1.3.3. Memastikan setiap murid dilindungi insuran dengan mendaftarkan murid ke dalam skim

perlindungan insuran Takaful.

1.3.4. Menguruskan kemudahan rawatan murid.

1.3.5. Memastikan program-program kesihatan murid dijalankan dengan sempuma.

1.3.6. Menyelaraskan penyeliaan kantin sekoiah dari segi kebersihan, kualiti makanan dan

kecekapan perkhidmatan.

1.4 Skim Pinjaman Buku Teks

1.4.1 Menyelia dan menyelaraskan tugas-tugas pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan

hapuskira buku teks.

1.4.2 Menguruskan kutipan data, mengawal buku stok dan bilik buku SPBT.

1.4.3 Menyediakan anggaran belanjawan bagi pengurusan skim pinjaman buku teks.

1.5. Biasiswa dan Bantuan.

1.5.1. Menyelenggarakan Perakuan-perakuan biasiswa dan bantuan.

1.5.2. Mengemaskinikan rekod biasiswa dan bantuan

1.5.3. Menguruskan tuntutan bayaran biasiswa murid.

2. Pengurusan

2.1. Menguruskan dan mengemaskinikan buku rekod pendaftaran murid.

2.2. Menguruskan kemasukan dan penempatan murid.

2.3. Menguruskan pertukaran murid.

2.4. Menyemak buku kedatangan harian murid sesi pagi.

2.5. Menguruskan surat akuan, sijil-sijil murid, pengesahan dan pengedaran sijil berhenti sekolah.

2.6. Menyemak buku/ kad kemajuan murid/ kad 001.

2.7. Membantu menyediakan anggaran belanjawan sekolah

2.8. Membantu merancang takwim sekolah.

2.9. Menjaga dan menyemak stok/ inventori peralatan sekolah.


3. Pembangunan Organisasi

3.1. Mewujudkan hubungan dua hala di antara sekolah dengan ibu bapa/ masyarakat.

3.2. Mengadakan kursus/ latihan untuk personel.

4. Pembangunan Kendiri

4.1. Mempertingkatkan budaya membaca dan budaya ilmu.

4.2. Menghadiri seminar, kursus dan bengkel.

4.3. Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah (R & D)

4.4. Menghasilkan artikel-artikel ikhtisas dan pengurusan.

4.5. Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang memerlukannya.

4.6. Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion perguruan.

TUGAS PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

Bidang Tugas:

1 Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar dan Penolong Kanan 1 dan
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

2 Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar

3 Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam hal-hal kokurikulum, sukan/ permainan, protokal

acara rasmi sekolah.

4 Membantu Guru Besar dan pentadbir lain dalam pentadbiran sekolah sesi petang.

5 Membantu Guru Besar menyelia dan menilai aktiviti perjalan kokurikulum dan sukan/ permainan.

6 Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah khususnya

dalam bidang kokurikulum serta sukan dan permainan.

Senarai Tugas :

1 Kokurikulum

1.1. Kelab/Persatuan

1.1.1. Merancang penubuhan dan mengurus permohonan mewujudkan kelab/persatuan di sekolah

1.1.2. Mengurus pendaftaran kelab/ persatuan yang perlu bergabung dengan badan induk/ luar.

1.1.3. Menyelaras dan menyelia aktivit-aktiviti persatuan dan kelab yang bercorak

akademik dan ikhtisas

1.1.4. Menyelaras dan menyelia aktiviti-aktiviti kelab yang bercorak sukan/ permainan.

1.1.5. Memastikan pelaksanaan kegiatan kelab/ persatuan seperti yang ditetapkan oleh pihak

Kementerian Pendidikan.
1.1.6. Melaksanakan proses penilaian kegiatan kelab/ persatuan seperti yang ditetapkan oleh pihak
Kementerian Pelajaran.
1.1.7. Mengurus dan menyediakan penilaian dan pelaporan kegiatan kelab/ persatuan seperti yang
dikehendaki oleh Guru Besar.

1.2. Unit Beruniform/ Pasukan Pakaian Seragam

1.2.1. Merancang strategi penglibatan murid dalam kegiatan unit beruniform

1.2.2. Mengurus pendaftaran pasukan pakaian seragam yang perlu bergabung dengan badan induk.

gabungan luar,

1.2.3. Menyelaras pelaksanaan kegiatan unit pakaian seragam sekolah.

1.2.4. Memastikan pelaksanaan kegiatan pasukan pakaian seragam mematuhi prosedur yang telah

ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.

1.2.5. Melaksanakan proses penilaian kegiatan pasukan seragam seperti yang ditetapkan oleh pihak

Kementerian Pelajaran.

1.2.6. Menyediakan pelaporan kegiatan pasukan pakaian seragam seperti vang dikehendaki oleh

Guru Besar.

2 Sukan dan Permainan

2.1. Merancang, melaksana dan menyelia kegiatan sukan dan permainan di semua peringkat.

2.2. Membantu merancang takwim sukan dan permainan sekolah

2.3. Menyelaras dan mengurus penyertaan sukan/ permainan murid di peringkat MSSD, MSSS,

dan MSSM.

2.4. Memastikan pelaksanaan kegiatan sukan/ permainan mematuhi prosedur yang telah

ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan

2.5. Mendapatkan penajaan daripada pihak-pihak berkenaan bagi meniayakan acara sukan

tahunan sekolah

2.6. Penyelaras utama dalam pelaksanaan Kejohanan Sukan Tahunan dan Kejohanan Merentas

Desa Sekolah.

2.7. Melaksanakn segala arahan dan tugasan yang diberi oleh Guru Besar dari semasa ke

semasa.
TUGAS PENOLONG KANAN PETANG

Penolong Kanan Petang bertanggungjawab kepada Guru Besar mentadbirkan sekolah bagi sesi petang.

Bidang Tugas :

1. Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar dan Penolong- Penolong Kanan
sekolah yang lain.
2. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar.
3. Bertanggungjawab kepada Guru Besar di dalam mentadbir semua aspek pengurusan sekolah bagi sesi
petang.
4. Membantu mengeratkan perhubungan di antara guru- guru sesi pagi dan petang.
5. Membantu Guru Besar menyelia dan menilai pengajaran dan pembelaiaran
6. Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.

Senarai Tugas :

1. Kurikulum
1.1. Membantu di dalam hal pengajaran dan pembelajaran bagi sesi petang.
1.2. Menyusun jadual waktu kelas dan guru serta menyediakan jadual waktu gentian.
1.3. Menyelaras penggunaan Pusat Sumber, program radio dan televisyen dan sebagainya.
1.4. Menyelaras pengurusan dan perjalanan kegiatan-kegiatan bimbingan dan pemulihan.
1.5. Menyelaras di dalam pengurusan ujian dan peperiksaan sekolah.

2. Kokurikulum
2.1. Menyelaras kegiatan kokurikulum, pakaian seragam, persatuan dan kelab sukan dan permainan.
2.2. Membantu merancang takwim kokurikulum sekolah
2.3. Merancang strategi penglibatan murid dalam kegiatan kokurikulum.

3. Disiplin, Bimbingan dan Kaunseling


3.1. Menyelaras semua jenis tindakan disiplin.
3.2. Menyelaraskan aktiviti bimbingan dan kaunseling.
3.3. Melaksanakan Peraturan-peraturan dan Undang-undang Sekolah serta mengawas keselamatan
murid sesi petang.

4. Program Keselamatan dan Perlindungan Murid

4.1. Menyelaraskan program mencegah penyalahgunaan najis dadah dan program-program lain di

peringkat sekolah.

4.2. Memastikan langkah-langkah keselamatan murid semasa berada di kelas dan

kawasan sekolah,

5. Pentadbiran

5.1. Merekod segala jenis cuti yang diambil oleh guru-guru sesi petang.

5.2. Menyelaras pungutan yuran, derma dan jenis pungutan lain.

5.3. Menyelaras kerja-kerja staf pejabat, makmal/bengkel dan pekerja am sekolah.

5.4. Membantu merancang takwim sekolah.

5.5. Membantu merancang menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah.

5.6. Menyemak buku kedatangan murid sesi petang.

5.7. Menguruskan hal-hal kemasukan dan pertukaran murid sesi petang.


5.8. Menguruskan hal-hal pinjaman buku teks yang berkaitan dengan pengagihan dan pemulangan.

5.9. Menguruskan hal-hal bantuan biasiswa dalam mengedar dan mengutip borang.

5.10. Membantu di dalam hak-hal berkaitan dengan penyelenggaraan bangunan, keselamatan,

kebersihan dan keceriaan sekolah bagi sesi petang.

TUGAS GURU BIMBINGAN KAUNSELING SEPENUH MASA

1. Meneliti, mengkaji dan mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekoiah
berasaskan kepada pendekatan perkembangan, pencegahan, pemulihan dan krisis dalam bidang
akademik, kerjaya, psikososial & kesejahteraan mental, keibubapaan dan masalah murid.
2. Merancang, melaksana dan menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.
3. Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori murid.
4. Mengumpul, menyedia dan menyebar maklumat serta resos perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
dalam bidang akademik, kerjaya, psikosiosal & kesejahteraan mental, keibubapaan dan kemahiran
mengatasi masalah kepada murid melalui sebarang media yang sesuai bertujuan untuk meningkatkan
potensi murid secara optimum.
5. Memberi perkhidmatan bimbingan/ kaunseling individu secara profesional dan beretika.
6. Memberi perkhidmatan bimbingan/ kaunseling kelompok secara professional dan beretika.
7. Memberi khidmat bimbingan/ kaunseling krisis kepada murid dan individu-individu yang berkaitan
dengan kes.
8. Merancang, menyedia dan mengurus pendidikan perkembangan kerjaya.
9. Merancang, melaksana dan mengawalselia program dan aktiviti bimbingan murid termasuk program
pendidikan pencegahan dadah, inhalan, rokok, alkohol. bimbingan/ kaunseling HIV/AIDS dan displin
murid.
10. Merancang, melaksanadan mengawalselia program dan aktiviti konsultasi dan rujukan, berhubung
bidang- bidang di bawah perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
11. Merancang, melaksana dan mengawalselia program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru,
kakitangan bukan guru dan agensi keiajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan
dan perkembangan murid.
12. Urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Program
Sekolah Selamat: Dasar Pendidikan Wajib ; Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris dan Dasar
Bahasa Tambahan dan Jwatankuasa Penempatan (Kemasukan) murid di sekolah.
13. Menyediakan laporan tahunan program dan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling di sekolah dan
mengemaskini system fail, rekod dan dokumentasi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
14. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.

TUGAS GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA (PENYELARAS PUSAT SUMBER SEKOLAH)

Merancang dan mengajar Merancang dan melaksanafc»

sama Guru Besar, kakrtangan Merancang dan mengurus

4. 5

6 7.

8. 9.

10.

11. 12.
sekoiah.

Merancang pemerolehan dan Merancang dan melaksanakan Sekoiah yang dapat menyokong Merancang dan
mengurus program Merancang, melaksanadan dalaman berhubung dengan Dusat Merancang dan mengurus
program Bekerjasama dengan guru-guru sumber.

13.

Berhubung dan bekerjasama Awam untuk meningkatkan Menyelia dan mengurus bahan-bahar Menyediakan
laporan tahunan program system fail, system katalog, rekod pembek Sekoiah.

Melaksanakan tugas-tugas lain yang

■nl, seimbangdan kemaskm. zsr ^efkhidmatan Pusal Sumber an

dar pembudayaan Imu staf dan program latin an

dan pembelaiaran ber3saskan

tsr '.egen/ PKG/ Perpustakaar r Somber Sekoiah

- 3ekolah-lar rnenge ^a?> ■ Deimidmatan Pusat Sumber

•asa ke semasa

Anda mungkin juga menyukai