Anda di halaman 1dari 7

700 HEM – Pengurusan Takwim

STRATEGI PERLAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT


PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

1. Sistem Pendaftaran Pelajar.


1.1. Ibubapa atau penjaga murid menyerahkan borang maklumat murid semasa hadir pada hari
pendaftaran .
1.2. Sekolah melaksanakan Program Hari Orentasi murid tingkatan 1 dan murid baru (tingkatan 2-5).
1.3. Hari Orientasi murid dijalankan dua atau tiga hari persekolahan sebenar.
1.4. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada hari pendaftaran adalah seperti berikut :
1.4.1. Pendaftaran di kelas dengan menyerahkan borang maklumat murid.
1.4.2. Bayaran yuran persekolahan (yuran asrama, yuran PIBG dan yuran Jabatan Agama Johor).
1.4.3. Pengagihan buku teks.
1.4.4. Taklimat sistem pentadbiran sekolah kepada ibubapa atau penjaga.
1.4.5. Memasukkan data murid ke dalam buku rekod pendaftaran sekolah dan sistem
maklumat murid (SMM) sebelum akhir bulan Januari.

2. Penguatkuasaan Peraturan Sekolah.


2.1 Semua murid perlu memiliki Buku Panduan Tatacara Displin Sekolah.
2.2 Semua murid dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda nama.
2.3 Membuat perlantikan pengawas sekolah yang terdiri daripada murid tingkatan 2 hingga tingkatan 5.
2.5 Bilangan pengawas sekolah adalah 12% - 18% daripada bilangan keseluruhan murid pada tahun
semasa.
2.6 Semua pengawas yang dilantik perlu melalui proses berikut :
2.6.1 Pencalonan oleh guru kelas.
2.6.2 Temuduga oleh jawatankuasa disiplin dan pengawas sekolah.
2.6.3 Kursus perlaksanaan tugas dan tanggungjawab.
2.6.4 Tempoh percubaan sepanjang bulan Jun-Ogos.
2.6.5 Majlis watikah perlantikan
2.7 Mengadakan sesi kaunseling khas kepada murid-murid yang sering melanggar peraturan.

3. Perlaksanaan Program-Program Kesihatan.


3.1 Memastikan pelajar menggunakan sepenuhnya waktu rehat secara berfaedah seperti berikut :
3.1.1 Cukup masa untuk membeli dan menjamu selera.
3.1.2 Berinteraksi dengan kawan-kawan.
3.1.3 Bersedia untuk sesi pembelajaran seterusnya.
3.2 Membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala seperti :
3.2.1 Pemeriksaan mata.
3.2.2 Pemeriksaan kuku dan rambut.
3.2.3 Pemeriksaan kesihatan dan kebersihan diri.
3.3 Memastikan pengurusan kantin dan persekitaran sentiasa bersih.
3.3.1 Pekerja kantin mendapat suntikan dari jabatan kesihatan.
3.3.2 Jenis-jenis jualan di kantin adalah berkhasiat dan berkualiti.
3.3.3 Penyediaan makanan adalah secara masak sendiri
700 HEM – Pengurusan Takwim

3.3.4 Tong-tong sampah disediakan mencukupi kperluan.


3.4 Mewujudkan tabiat sukakan kebersihan melalui aktiviti berikut :
3.4.1 Pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas.
3.4.2 Gotong-royong.
3.4.3 Mengutip sampah dan masukkan ke tong sampah secara spontan bila menjumpainya.
3.4.4 Tidak membuang sampah merata-rata.

4. Mempertingkatkan Peranan Guru-Guru.


4.1 Guru perlu sentiasa memberi layanan yang adil kepada semua murid dalam sebarang tindakan
yang diambil.
4.2 Tindakan-tindakan guru adalah dalam konsep “MENDIDIK BUKAN MENGHUKUM”.
4.3 Semua guru perlu memainkan peranan sebagai GURU DISIPLIN.

5. Melaksanakan Sesi Kaunseling & Motivasi.


5.1 Murid-murid yang menghadapi masalah disiplin dan rendah akhlak akan sentiasa diberikan
kaunseling dan dibimbing melalui aktiviti berikut :
5.1.1 Sesi kaunseling Individu
5.1.2 Sesi kaunseling kelompok
5.1.3 Kem Jati diri

6. Pelaksanaan modul-modul Dalam Program Sekolah Selamat.


6.1 Melatih murid-murid menyelamatkan diri dari keadaan kecemasan seperti kebakaran melalui
LATIHAN KAWAD KECEMASAN.
6.2 Mengadakan sesi ceramahdan dan pameran dari pihak-pihak tertentu seperti AADK, Pejabat
Kesihatan, Jabatan Pertahanan Awam dan PDRM berkaitan perkara berikut :
6.2.1 Keselamatan jalan raya.
6.2.2 Jenayah juvana
6.2.3 Pertolongan cemas
6.2.4 Penyalahgunaan dadah.

7. Penggalakkan Penyertaan Aktiviti Luar.


7.1 Murid-murid digalakkan menyertai aktiviti luar bilik darjah, yang dianjurkan oleh perbagai pihak
seperti :
7.1.1 Menyertai pertandingan melukis dan mewarna.
7.1.2 Menyertai rombongan atau lawatan sambil belajar.
7.1.3 Menyertai pertandingan kokurikulum akademik.
7.1.4 Menyertai pertandingan sukan dan permainan.

8. Program Minggu 3K
8.1 Meningkatkan pengetahuan dan informasi mengenai kebersihan, kesihatan dan keselamatan
dengan menerapkannya kepada para pelajar dan komuniti setempat.
8.2 Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan antara pelbagai agensi dengan masyarakat sekolah
dan luar sekolah bagi mencapai matlamat bersama.
700 HEM – Pengurusan Takwim

8.3 Antara aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan:


8.3.1 Pelancaran Program 3K.
8.3.2 Ceramah Kesihatan, Keselamatan dan Kebersihan.
8.3.3 Pertandingan Melukis Poster.
8.3.4 Pertandingan Memasak Menu Sihat
8.3.5 Kuiz Minggu 3K
8.3.6 Pameran Kesihatan dan Anti Merokok
8.3.7 Pemeriksaan Kesihatan Guru-guru dan Staf sokongan
8.3.9 Gotong Royong Perdana dan Menanam Pokok
8.3.10 Program Kitar Semula
8.3.11 Senaman Tai Chi / Senamrobik

9. Program Bulan Patriotisme


9.1 Menanam semangat cinta akan Negara dalam kalangan pelajar.
9.2 Mengingati semula peristiwa-peristiwa bersejarah tanah air.
9.3 Menghayati erti kemerdekaan tanah air.

10. Penggunaan kumpulan WhatsApp PIBG


10.1 Mengalakkan warga SMAAT agar sentiasa peka dengan situasi yang berlaku di persekitaran dan di
luar sekolah.
10.2 Memberikan maklumat terkini disebarkan dalam kalangan warga SMAAT.
10.3 Menggalakkan warga sekolah untuk membudayakan penggunaan teknologi secara maksimum.
10.4 Memberikan kesedaran bahwa ilmu dan informasi boleh didapati di mana-mana kawasan sekolah.

11. Program SUMUR


11.1 Murid memiliki personaliti terpuji dan boleh dicontohi.
11.2 Murid sentiasa memburu ilmu untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat.
11.3 Murid dapat mempraktikkan amalan penjagaan kesihatan yang cemerlang.
11.4 Murid mempunyai ketahanan diri dan berusaha meningkatkan daya kepimpinan; dan
11.5 Murid mempunyai semangat patriotisme yang tinggi.

12. Program Asrama Terbilang


12.1 Memastikan keselesaan asrama dititikberatkan bagi keperluan penghuninya.
12.2 Memastikan penghuni asrama mampu berdikari dan membentuk jati diri dan berpenampilan lebih
matang.
12.3 Memupuk semangat setiakawan menjadi semangat kekeluargaan.

AKTIVITI-AKTIVITI TAHUNAN HAL EHWAL MURID

1. Pendaftaran dan Orientasi Tingkatan 1 dan Murid Baru (Tingkatan 2-5)


700 HEM – Pengurusan Takwim

Pendaftaran dan orentasi tingkatan 1 dan murid baru ini dijalankan sehari awal sesi persekolahan
bermula. Murid-murid diberikan pendedahan awal tentang sekolah, peraturan disiplin dan
kawasan persekitaran sekolah bagi membiasakan mereka dengan suasana persekolahan yang baru.

2. Kursus Kepimpinan Pengawas, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah


Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan ciri-ciri kepimpinan dan motivasi kepada
pengawas, ketua dan penolong ketua kelas. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menerapkan ciri-ciri
dan nilai kepimpinan dalam kalangan mereka bagi memastikan mereka dapat menjalankan tugas
dengan baik seperti yang diamanahkan.

3. Watikah Perlantikan Pengawas, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah


Sekolah juga menjalankan perlantikan pengawas, ketua darjah dan penolong ketua darjah pada
awal tahun sesi persekolahan pada setiap tahun. Perlantikan ini bagi memberikan perlantikan
secara rasmi murid-murid yang telah dipilih menjawat jawatan-jawatan tersebut.

4. Sambutan Hari Guru


Sambutan diadakan pada 16 Mei setiap tahun yang bertujuan memberi penghargaan kepada
guru-guru selain memberi peluang kepada murid-murid mengucapkan terima kasih kepada guru-guru
yang mengajar mereka.

5. Latihan Kebakaran
Latihan kebakaran diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun, iaitu sekali pada penggal
pertama dan sekali pada penggal kedua. Pihak sekolah juga memanggil Jabatan Bomba
berhampiran untuk memberikan ceramah keselamatan dan teknik-teknik memadam api dengan
betul.

6. Sambutan Bulan Kemerdekaan


Pihak sekolah menjalankan aktiviti sambutan bulan kemerdekaan bermula pada 1 Ogos hingga 16
September setiap tahun. Selain itu, pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang sambutan dijalankan
seperti perasmian pengibaran Jalur Gemilang, Sambutan 31 Ogos, Penutup Sambutan Bulan
Kemerdekaan. Selain itu, acara-acara lain yang turut dijalankan adalah seperti nyanyian lagu
patriotik, pertandingan hiasan kelas bertemakan kemerdekaan, pertandingan melukis poster dan
pelbagai lagi.

7. Program Imunisasi Murid Tingkatan 1 dan 3


Program Iminusasi HPV Murid Tingkatan 1 diberikan kepada pelajar perempuan sahaja dan
Suntikan Pelalian Tetanus untuk murid Tingkatan 3 pada pertengahan Tahun. Kedua-dua
Imunisasi ini diberi oleh klinik kesihatan yang berhampiran iaitu Pejabat Kesihatan Daerah .

8. Rawatan Pergigian
Rawatan pergigian diberikan juga oleh klinik kesihatan berhampiran dan pihak sekolah telah
menyediakan satu bilik khas untuk doktor berkenaan memberikan rawatannya. Rawatan ini
diberikan sepanjang tahun.
700 HEM – Pengurusan Takwim

9. Pertandingan Kebersihan Kelas


Pertandingan kebersihan kelas dijalankan sepanjang tahun. Kebersihan dinilai oleh pihak
pentadbir dan kelas yang terbaik diberikan satu piala pusingan.

10. Gotong-royong Perdana Peringkat Sekolah-Program Minggu 3K


Pihak sekolah sering menjalankan gotong-royong perdana peringkat sekolah dengan kerjasama
PIBG, Majlis Perwakilan Penduduk, dan pelbagai pihak lagi bagi memastikan kawasan
persekitaran sekolah sentiasa bersih .

11. Program Motivasi


Program Motivasii dijalankan kalangan murid-murid Tingkatan 3 dan 5. Pelbagai aktiviti berbentuk
motivasi dan ilmiah diberikan kepada murid-murid tersebut.

12. Sesi Kaunseling


Sekolah mempunyai seorang guru kaunseling. Guru kaunseling tersebut banyak menjalankan program
kaunseling bagi membantu murid-murid terutama murid-murid yang bermasalah. Selain secara
berkelompok, sesi kaunseling individu juga dijalankan.

13. Program SUMUR


Program membina sahsiah murid kearah penampilan personality dan akhlak terpuji dan boleh dicontohi.
Program ini mempunyai 4 teras utama iaitu Budi bahasa (Teras1), Mutaddayin (Teras2), Penampilan diri
(Teras3) dan Jati diri (Teras4).

14. Program Ceramah Keselamatan Bersama AADK/ Polis


Pihak sekolah sentiasa menjalinkan hubungan yang baik bersama pihak polis dan AADK bagi
menjamin keselamatan murid-murid sekolah terjaga. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti ceramah
keselamatan dan pameran-pameran dijalankan bagi memberikan pendedahan kepada muridmurid
tentang keselamatan diri masing-masing.

15. Program bersama Klinik Kesihatan Daerah / Setempat


Program ini dijalankan pada setiap tahun. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti pemeriksaan
kesihatan, ceramah kesihatan, bantuan kecemasan dan pelbagai lagi dijalankan bagi memastikan
murid-murid tahu cara menjaga kesihatan agar sentiasa sihat.

AKTIVITI-AKTIVITI TAHUNAN HAL EHWAL MURID


BIL AKTIVITI TINDAKAN ( UNIT) BULAN
1 Pendaftaran Tingkatan 1 dan murid baru Guru tingkatan
MAC
(tingkatan 2-5) Penyelaras Tingkatan
700 HEM – Pengurusan Takwim

Pendaftaran Asrama Guru Warden


Minggu Ukhwah Sekolah (orientasi) Guru Kaunseling
2 APDM dan DATA Guru Data APRIL
Kursus Kepimpinan Pengawas, Ketua Darjah dan B & Kaunseling
3
Penolong Ketua Darjah Displin & Pengawas APRIL
4 Sambutan Maulidur Rasul s.a.w BADAR DISEMBER
5 Program Imunisasi Murid Tingkatan 1 dan 3 Kesihatan FEB-JUN
6 Rawatan Pergigian Kesihatan Kesihatan FEB-JUN
7 Pertandingan Kebersihan Kelas Keceriaan SEPANJAG
TAHUN
8 Gotong-royong Perdana Peringkat Sekolah Keceriaan JULAI
9 Bantuan Kebajikan Murid ( Biasiswa & KWAMP) Kebajikan FEB-JUL
10 Program Motivasi B & Kaunseling MEI-OKT
Badan Kebajikan
11 Sambutan Hari Guru
Guru MEI
12 Latihan Kebakaran Keselamatan JUN & NOV
13 Sesi Kaunseling B & Kaunseling SEPANJANG
TAHUN
14 Mesyuarat Agong PIBG AJK PIBG MEI
15 Program bersama Klinik Kesihatan Daerah Kesihatan FEB-JUN
16 Program Ihya’ Ramadhan BADAR APRIL- JUN
PK HEM
17 Sambutan Bulan Kemerdekaan Panitia
OGOS-SEP
PK KOKO

18 Pengurusan SPBT SPBT SEPANJANG


TAHUN
PK HEM
19 Program Selepas Peperiksaan Akhir Tahun GKMP / Panitia
DIS - JAN
PK KOKO
20 Pemulangan Buku Teks SPBT FEB
Pendaftaran Pelajar Baru Naik Kelas Tahun Guru Tingkatan
21
Berikutnya (2022) Unit Pendaftaran JAN
Program Ceramah Keselamatan Bersama
22 Keselamatan
AADK/Polis FEB & MEI
23 Sarana Ibu bapa B & Kaunseling MAC-DIS
24 Program 3K Unit 3K MAC-NOV
25 Program SUMUR (Teras1 – Teras4) Unit SUMUR MAC-DIS

* Pengemaskinian APDM / SSDM / Laporan Denggi dan Laporan Harian Kantin dibuat dari masa ke masa
Segala butiran dan aktiviti di atas adalah tertakluk kepada pindaan.

PANDUAN TUGAS GURU BERTUGAS MINGGUAN


700 HEM – Pengurusan Takwim

1. Mengelolakan dan memastikan perhimpunan rasmi dan harian diadakan dalam suasana senyap,
licin dan teratur.
2. Semasa perhimpunan, salah seorang guru bertugas hendaklah bertindak mengumumkan apa juga
aktiviti atau pengumuman lain yang hendak disampaikan kepada murid-murid.
3. Hendaklah berada di kawasan sekolah sekurang-kurangnya 15 minit lebih awal daripada waktu
pertama waktu belajar dan balik lebih lewat daripada guru-guru yang lain. Tujuannya ialah untuk
memastikan keadaan sekolah senantiasa terkawal sepanjang hari bertugas.
4. Bertanggungjawab menjalankan tugas yang ditetapkan sepanjang minggu berkenaan
(termasuk hari persekolahan sabtu jika ada )
5. Guru bertugas juga hendaklah memberikan laporan secara ringkas dalam perhimpunan pada
minggu yang berikut.
6. Seorang guru bertugas hendaklah berada di kantin pada waktu rehat untuk mengawasi murid-murid
dan menulis laporan keadaan kantin di dalam buku yang disediakan.
7. Semua bilik darjah dan tandas hendaklah diperiksa dan apa juga kerosakan hendaklah dilaporkan
kepada Penolong KananHEM /Penolong Kanan 1/ Pengetua.
8. Semasa ujian lisan, amali atau peperiksaan bertulis dijalankan, guru-guru bertugas hendaklah
membantu menjaga disiplin sekolah supaya tidak bising dan sebagainya.
9. Membawa murid yang sakit ke hospital (jika perlu).
10.Semasa membuat pemeriksaan di bahagian tertentu seperti tandas dan lain-lain,sekiranya terdapat
keadaan yang tidak memuaskan umpamanya bau yang busuk,tandas tidak dicuci dan sebagainya,
tindakan serta merta mestilah diambil untuk mengatasi masalah tersebut.
11.Bersikap peka dan bertanggungjawab ke atas setiap apa yang berlaku di kawasan sekolah yang
memerlukan tindakan mengatasinya sepanjang hari bertugas pada minggu yang berkenaan.
12.Menyediakan laporan lengkap pada setiap hari pada buku laporan guru bertugas dan menyerahkan
kepada Penolong Kanan Hem untuk disemak dan diambil tindakan segera.Buku laporan tersebut
hendaklah diserahkan pada akhir minggu bertugas berkenaan.
13.Membantu guru-guru disiplin mengawasi perkara-perkara berikut:
13.1 Pelajar datang lewat
13.2 Pertukaran kelas
13.3 Perilaku pelajar semasa perhimpunan, waktu balik dan waktu rehat
13.4 Pelajar keluar/masuk kelas dan lain-lain pelanggaran disiplin
13.5 Memastikan semua murid mengikuti/ menghadiri aktiviti di musolla seperti budaya al-quran,
solat dhuha, solat zuhur dan tazkirah
14.Membantu memastikan persekitaran kelas dan sekolah bersih dan selesa untuk pengajaran dan
Pembelajaran

Anda mungkin juga menyukai