Anda di halaman 1dari 12

PROGRAM HEM/DISIPLIN

BIL

PROGRAM / AKTIVITI

CATATAN

Datang lewat sifar

Pelajar lewat akan dikenakan tindakan kerja sosial

Ponteng dan tidak hadir sifar

Pelajar ponteng dan tidak hadir selama 3 hari, ibu bapa akan dipanggil dan jika munasabah tindakan yang dicadang oleh ibubapa akan diambil

Masalah disiplin sifar

Mengenal pasti pelajar berdisiplin dengan segera

Vandalisme sifar

Tidak ada lagi sebarang contengan di kawasan sekolah. Malah sekolah kelihatan lebih ceria

Perhimpunan pagi setiap hari

(5 minit)

Pemantauan pelajar lewat dan pelajar ponteng, pengumuman salahlaku dan pelajar diambil tindakan

Ceramah dan taklimat

Pihak perhubungan polis, ajk PIBG, UBKK dan sekolah menganjurkan siri ceramah dan taklimat untuk pelajar bermasalah dan ibu bapa

Anugerah dan sijil

Anugerah dan penghargaan diberikan kepada pelajar yang berjaya mengekalkan kehadiran 100%

Kursus kepimpinan pelajar

Kursus bagi pelajar yang dilantik sebagai pengawas, ketua

kelas dan pengerusi persatuan dan kelab

Program permuafakatan

Program sekolah yang melibatkan, PIBG, ibu bapa, jabatan-jabatan yang berjiran dengan sekolah, PPB, polis dan pemimpin pemimpin masyarakat.

10

Program kerohanian

Bacaan doa pagi dan petang sebelum memulakan pelajaran.

Solat berjemaah

Kuliah subuh

Taalim

Tahlil dan bacaan surah yassin

Celik al quran

Sambutan hari kebesaran Islam, Maulidur Rasul, Isra Mikraj dan Nuzul Al-Quran

11

Pemeriksaan air kencing

Dijalankan terhadap pelajar-pelajar yang dikenalpasti positif dadah

12

Pertandingan disiplin kelas terbaik

Menggalakkan pelajar pelajar mengekalkan tahap disiplin yang baik di dalam bilik darjah

13

Program HOY (Head Of Year) / Penyelaras Tingkatan

Memastikan pengurusan dan pentadbiran kelas diurus dengan sistematik.

PROGRAM HEM / UBKK

BIL

PROGRAM / AKTIVITI

CATATAN

Minggu suaikenal Tingkatan 1

Mengenali diri, sikap & perubahan diri

Minggu suaikenal Tingkatan 4

Mengenalpasti subjek & pemarkahan

Seminar teknik menjawab soalan PMR/SPM

Pendedahan skema pemarkahan

Motivasi kecemerlangan PMR dan SPM

Teknik mengulangkaji

Leadership and Management Course

Dirang untuk pelajar tingkatan 6 Rendah.

Kursus kepimpinan pengawas, pengerusi pengerusi persatuan & ketua-ketua tingkatan

Ciri-ciri kepimpinan

Ceramah kerjaya untuk Tingkatan 4 dan 5

Hala tuju SPM/STPM

Ceramah pendidikan jenayah khusus untuk pelajar perempuan

Pertahanan diri

Ceramah tentang bahaya dadah /syabu & pameran berkaitan dadah

Bahaya & kesan dadah

10

Program motivasi waja diri Tingkatan 5

Tanggungjawab pelajar

11

Seminar pecutan awal SPM dan STPM

Teknik belajar & mengulangkaji

12

Kursus motivasi SPM dan STPM

Mengenaldiri & hala tuju selepas SPM /STPM

13

Pendedahan subjek elektif untuk Tingkatan 4

Subjek elektif sesuai dengan kursus selepas peperiksaan

14

Program luahan rasa kejayaan PMR untuk Tingkatan 4

Tanda terimakasih & bersyukur kepada semua

15

Kursus kemahiran Giat Mara Sabah untuk Tingkatan 3

Kursus ditawarkan

PROGRAM 4K (Kebersihan, Keceriaan, Keselamatan & Keselesaan)

BIL

PROGRAM / AKTIVITI

CATATAN

Program Sampah Sifar

Sasaran : Semua warga sekolah Tujuan : Kebersihan alam sekitar

Pertandingan Kelas Terbersih

Piala pusingan, hadiah dan sijil kepada kelas terbersih dan terceria.

Pertandingan BilikBilik Khas

Pertandingan termasuk bilik-bilik khas matapelajaran, bilik guru, kantin dan dapur asrama.

Taman Angkat

Taman Angkat yang telah dilaksanakan termasuk: Taman Herba (Bidang Votek) Taman Sains (Bidang Matematik & Sains ) Taman Hijau (Bidang Bahasa) Taman Firdausi ( Bidang Sains sosial) Taman Asrama (Pelajar Asrama)

Taman KTBM ( Kakitangan Bukan Mengajar ) Taman Tropika Syarikat (Syarikat) Taman Dinamik (Koperasi)

Taman Kokum (Kokurikulum) Taman BKG (Badan Kebajikan Guru) Taman Orkid (Pentadbir) Taman Refleksiaroma ( Persatuan Tingkatan Enam)

Slogan 4K dan Ikrar 4K

Slogan :

Bersih & Ceria, Minda Sihat, Sekolah Gemilang

Konsep Sekolah Warisan Dalam Taman Bougainvillea

Penanaman Bunga Bougainvillea di luar dan dalam kawasan sekolah.

Program Tong Sampah Sifar & Tong Sampah Berpusat

Tiada tong sampah di kelas dan bangunan. Sekolah hanya ada empat tong sampah berpusat sahaja.

Program Kitar Semula

Kitar semula air kumbahan Kitar semula kertas Kitar semula bahan organik & baja organik Kitar semula bahan buangan untuk hiasan

Program Debu Sifar

Penggunaan White-board di semua kelas dan bilik-bilik khas.

10

Program Vandalisme Sifar

Ke arah Sekolah Tanpa Contengan

11

Projek Mural

Mural dilukis di tempat strategik untuk keceriaan.

12

Program 1 staf / guru 1 pasu

Derma Bougainvillea dari guru-guru dan staf.

13

Program Mencantikkan Persekitaran Sekolah

Derma Bibit Bunga Meletakkan kerusi panjang untuk pelajar Menambah tanaman pokok lain Menambah projek air terjun dan air pancut.

14

Galeri 4K

Menyimpan bahan-bahan berhubungkait 4K

15

Program 5 Bintang

Untuk Bilik-Bilik Darjah, Bilik-Bilik Khas, Asrama, Kantin Tandas dan Dapur.

16

Pendidikan Alam Sekitar dan Kempen Sayang Sekolah.

Taklimat dan Ceramah kepada a. Pelajar. b. Guru dan Kakitangan. c. Pekerja Pembersihan. Buletin Sekolah. P & P dalam kelas. Kempen jimatkan air dan api.

17

Program Lima Minit Bersih Kelas

Pelajar pagi dan petang lima minit membersih kelas sebelum pulang.

PROGRAM ASRAMA

BIL

PROGRAM / AKTIVITI

CATATAN

1.

Pengurusan Kemasukan Pelajar

Mengurus kemasukan pelajar-pelajar baru dan pendaftaran semula pelajar lama.

2.

Minggu Orientasi

Satu program yang disusun atur dengan pelbagai pengisian untuk menjelaskan peraturan-peraturan, misi dan visi sekolah dan asrama di samping pengenalan diri serta mengeratkan hubungan silaturrahim.

3.

Kursus Kepimpinan

Kursus bagi pelajar yang dilantik sebagai Pengawas-pengawas Asrama untuk meningkatkan dan melengkapka jati diri dan

kepimpinan.

4.

Mesyuarat AJK Asrama

Mesyuarat melantik melantik AJK, Biro dan membincangkan aktiviti yang hendak dijalankan.

5.

Perjumpaan Biro Asrama

Perjumpaan untuk menyelaraskan dan pelaksanaan aktiviti yang dirancangkan.

6.

Projek Bumi Hijau dan Keceriaan

Menggalakkan penanaman pokok dan bunga untuk keceriaan di samping menerapkan nilai-nilai mencintai alam sekitar.

7.

Pemeriksaan Harian / Keceriaan

Memastikan dan melatih pelajar agar sentiasa peka tentang kebersihan seterusnya mengamalkan cara hidup sihat dalam kawasan yang bersih dan ceria.

8.

Ceramah/Kuliah Agama/ Tazkirah

Sebagai pengisian kerohanian di samping bertujuan untuk memantapkan lagi unsur-unsur ketakwaan di kalangan pelajar.

9.

Qiamullail

Diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun.

10.

Lawatan/Kerja Amal

Melaksanakan gotong-royong dan khidmat masyarakat di luar kawasan sekolah.

11.

Kawad Kaki

Dipertandingkan antara dorm di samping menekankan aspek disiplin yang tinggi.

12..

Senaman Kecergasan

Diadakan setiap hujung minggu dan dihadiri oleh warden dan semua pelajar.

13.

Jamuan Mingguan

Biro dan AJK Tertinggi bertanggungjawab mengendalikan majlis ini bergantung kepada jumlah kutipan pelajar yang terkumpul di samping menerapkan nilai-nilai kerjasama dan kemesraan serta kejelekitan antara warden dan pelajar.

14.

Bacaan Yasin\Tahlil/Solat Hajat

Diadakan setiap malam Jumaat dan Solat Hajat dilakukan menjelangnya peperiksaan PMR dan SPM.

15.

Balik Kampung

Jadual kepulangan pelajar balik bermalam ke rumah adalah satu kali dalam masa sebulan.

16.

General Cleaning

Pembersihan keseluruhan kawasan asrama diadakan pada setiap hujung minggu.

17.

Mesyuarat Warden

Diadakan sekali sebulan bersama Penyelia Asrama, Wakil Dewan Makan dan AJK Tertinggi.

18.

Perjumpaan Asrama

Diadakan pada bila-bila masa mengikut keperluan untuk memastikan tidak ada sebarang kesulitan timbul dan maklumat terkini dapat disebarkan secara menyeluruh.

19.

Solat Tarawih

Diadakan sepanjang malam di bulan Ramadhan secara solat berjemaah di surau sekolah.

20.

Peperiksaan PMR, SPM dan STPM

Persediaan jadual dan prep yang sistematik di samping menghadiri sesi pembelajaran rasmi di bilik darjah ke arah kecemerlangan akademik.

21.

Latihan Kecemasan / Keselamatan / Kebakaran

Sebagai persediaan yang praktikal dan simulasi dilakukan untuk melatih ketahanan mental dan fizikal bagi pelajar menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya keadaan sebenar berlaku.

22.

Ceramah Keselamatan / Kesihatan

Secara teori penjelasan diberikan kepada pelajar untuk tujuan pendedahan dan mengambil langkah berjaga-jaga.

23.

SMART/ SUPER PREP

Sistem yang diwujudkan bagi memastikan waktu-waktu yang diperuntukkan dimanfaatkan sepenuhnya.

24.

Kelas Fardhu Ain / Kifayah

Selain mendapat bimbingan dan tunjuk ajar semasa sesi pembelajaran rasmi di bilik darjah, pelajar juga digalakkan menghadiri kelas-kelas ini mengikut jadual yang telah disediakan.

25.

Ceramah Kerjaya / Motivasi

Sebagai pemangkin semangat dan daya juang yang tinggi agar semua pelajar akan sentiasa bermotivasi.

26.

Jamuan Akhir Tahunan

Diadakan sekali setahun pada semester akhir disamping mengekalkan hubungan kemesraan sebelum bercuti panjang meninggalkan asrama.

LAIN-LAIN PROGRAM

BIL

PROGRAM / AKTIVTI

CATATAN

1.

Hari profesionalisme

Program yang di susun atur dengan pelbagai pengisian bagi guru dan staf ke arah peningkatan profesionalisme.

2.

Anugerah / Pengiktirafan.

Diberikan kepada guru dan kakitangan yang telah menunjukkan tahap dan hasil produk yang cemerlang.

3.

Kursus Dalaman.

Kursus-kursus yang telah dihadiri di luar sekolah dan maklumat-maklumat tersebut disebar, disampaikan kepada guru dan staf di sekolah supaya berlaku pemindahan dan perkongsian maklumat serta pengalaman seperti celik computer, kursus dalam bidang atau panitia, penampilan diri, pengurusan dan pentadbiran dan kursus lain.

4.

Majlis Kerohanian

Bagi guru, staf, PIBG dan SES( Alumni) seperti Majlis Tahlil, Maulidur Rasul, Solat Hajat, Israk Mikraj, Solat Sunat Tarawih dan ceramah.

5.

Buletin sekolah

Memuatkan pelbagai perkara seperti aktiviti-aktiviti sekolah sepanjang masa, kejayaan-kejayaan, artikel dan kata-kata hikmah.

6.

Hari ibu,Hari Bapa,Hari Guru dan Hari Pekerja.

Bagi memupuk dan mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa, guru, kakitangan dan pelajar.

7.

Penglibatan sekolah dengan agensi-agensi luar (Jabatan Kerajaan / Bukan Kerajaan / Badan Berkanun)

Terlibat secara langsung dengan menyertai atau menjadi Ahli Jawatankuasa penganjuran, pengelolaan dan membuat persembahan.

Kempen budi bahasa

Menggalakkan warga SMK Sanzac menerapkan nilai-nilai budi penyayang dalam pergaulan sepanjang masa.

9.

Kempen Senyap

Mengelakkan kebisingan kerana kedudukan sekolah di tengah-tengah laluan turun dan naik kapal terbang.

10.

Program penyerahan pelajar Tingkatan 1

Program dimana ibu bapa pelajar Tingkatan 1 akan diberi taklimat berkenaan budaya dan peraturan sekolah dan seterusnya majlis penyerahan pelajar dari ibu bapa kepada pihak sekolah sebagai simbol kerjasama dan persefahaman dalam mendidik anak

Anda mungkin juga menyukai