Anda di halaman 1dari 4

SOP PERSEDIAAN PEPERIKSAAN DALAMAN SEKOLAH (PPDS)

DAERAH LARUT MATANG DAN SELAMA


Latar Belakang
Pembudayaan Headcount merupakan visi ketiga JPN dalam
merealisasikan sasaran Top 5 peperiksaan awam Negeri Perak. Visi
ini disambut dan dijadikan strategi penting PPD LMS dalam usaha
terdesak melonjakkan kedudukan LMS dari tempat ketujuh/kelapan
UPSR/PMR ke kedudukan tempat ketiga pada 2012.
PPD LMS juga berhasrat menjadi PPD pertama berjaya sepenuhnya
membudayakan headcount dengan petunjuk utamanya berjaya
mencapai sasaran ditetapkan pada peperiksaan PPT, PP/PAT dan
Peperiksaan Awam.
Bagi merealisasikan hasrat ini kursus/bengkel asas pengurusan
headcount kepada semua PK SM dan SR akan diselesaikan sebelum 13
April 2012 dan SOP Persediaan Peperiksaan Dalaman Sekolah (PPDS)
diperkenal dan dikuatkuasakan di seluruh sekolah LMS mulai PPT
2012.
SOP Persediaan Peperiksaan Dalaman Sekolah (PPDS)
merupakan aktiviti minimum yang mesti dilaksana di semua sekolah
LMS bagi memastikan semua pelajar benar-benar bersedia dan mampu
lulus/cemerlang dalam peperiksaan dalaman yang dikelolakan. Aktiviti
ini dilaksanakan dalam tempoh seminggu sebelum peperiksaan
dalaman bermula dengan melibatkan peranan aktif semua pihak
termasuk murid, guru, ibu bapa dan sekolah. Strategi ini merupakan
strategi cuba jaya LMS dalam usaha meningkatkan pencapaian dan
akan dikekal serta ditambah baik jika menunjukkan keputusan positif
dan berkesan.
Objektif:

Semua pihak mengambil serius program peperiksaan dalaman


Meningkatkan peluang pelajar lulus/cemerlang
Membolehkan sasaran headcount dicapai
Meningkatkan motivasi murid/guru dan sekolah
Meningkatkan peranan peperiksaan dalaman bagi melonjakkan
prestasi peperiksaan awam.

SOP PPDS LMS 2012

Page 1

Teks SOP PPDS


Murid
1. Sedar tentang sasaran yang perlu dicapai pada PPT untuk semua
mata pelajaran (rujuk guru mata pelajaran masing-masing)
2. Berazam mencapai sasaran PPT yang telah ditetapkan oleh guru
3. Bersungguh-sungguh menghadapi peperiksaan dalaman
4. Merancang aktiviti ulang kaji dengan bimbingan kaunselor
5. Menyenaraikan mata pelajaran dan topik penting yang
bermasalah untuk diberi tumpuan lebih semasa aktiviti
mengulang kaji
6. Mengulang kaji dan memahami sepenuhnya semua nota yang
diberi oleh guru
7. Melaksanakan semua tugasan/soalan latihan yang diberi oleh
guru
8. Menghadiri semua kelas ulang kaji / tambahan yang dianjur oleh
sekolah/guru
9. Memberi tumpuan sepenuhnya kepada aktiviti ulang kaji
kendalian guru di dalam kelas atau kelas tambahan.
10.
Digalakkan membuat ulang kaji melalui perbincangan
dalam kumpulan
11.
Mengelakkan ponteng sekolah
12.
Mengamalkan
pemakanan
secara
sihat.
Elakkan
mengambil makanan yang berkabonat, masam dan berkafiean
dan banyakkan makan/minum susu, kurma, madu, kismis dan air
(plain water)
13.
Mengurangkan
aktiviti-aktiviti
berunsur
keseronokan/hiburan yang melekakan melibatkan television,
komputer dan handset
14.
Melaksanakan solat hajat dan memperbanyak doa
15.
Sebelum memulakan peperiksaan, digalakkan membaca
doa beramai-ramai untuk memohon ketenangan dan kemudahan
dalam menghadapi peperiksaan
16.
Memohon doa dan restu daripada ibu bapa dan guru

Guru
SOP PPDS LMS 2012

Page 2

1. Berazam dan berusaha bersungguh-sungguh mencapai sasaran


PPT (headcount) yang telah ditetapkan dan dipersetujui
bersama.
2. Menjelaskan sasaran PPT (headcount) kepada setiap murid dan
berusaha meningkatkan keyakinan serta motivasi untuk
mencapai target.
3. Meningkatkan
kesedaran
murid
tentang
kepentingan
peperiksaan dalaman dan menepati sasaran headcount
4. Merancang
program/aktiviti
ulang
kaji
melibatkan
kemahiran/topik
penting
dalam
cakupan
peperiksaan
pertengahan tahun semasa melaksanakan pembelajaran dan
pengajaran dalam kelas.
5. Menyediakan
tugasan/latihan
mendorong/memaksa
murid
melakukan ulang kaji mengikut tahap pencapaian murid dan
membincangkannya berdasarkan teknik menjawab yang betul di
dalam kelas atau kelas tambahan
6. Menyediakan soalan tambahan berbentuk latih tubi sebagai
aktiviti ulang kaji kendiri murid bagi tujuan pengukuhan
7. Memberi perhatian aspek kelesuan murid dari segi fizikal dan
mental semasa melaksanakan aktiviti ulang kaji
8. Mengadakan post-mortem selepas peperiksaan (analisis item
menggunakan aplikasi Pedia)

Sekolah (Kepimpinan Sekolah dan Kaunselor)


1. Meningkatkan kesedaran guru dan murid tentang kepentingan
peperiksaan dalaman dan menepati sasaran headcount
(dicadangkan semasa perhimpunan sekolah)
2. Memaparkan maklumat headcount sekolah dan jadual
peperiksaan di pejabat/ sudut maklumat, bilik guru dan kelas.
3. Memaklumkan kepada ibu bapa berkaitan jadual dan
kepentingan peperiksaan dalaman serta peranan ibu bapa yang
menyentuh kepentingan doa, pemakanan dan keperluan
mengawasi aktiviti ulang kaji murid.
4. Menyelia dan memantau status pematuhan SOP Persediaan
Peperiksaan Dalaman Sekolah murid dan guru
5. Memastikan unit kaunseling menganjurkan slot motivasi jati diri
(self-esteem) untuk murid potensi lulus dan cemerlang.
6. Memastikan dasar amalan guru penyayang dipraktikkan untuk
mewujudkan hubungan mesra antara guru dengan murid bagi
melancarkan proses mengulang kaji.
7. Menganjurkan program bacaan yasin/solat hajat melibatkan PIBG
dan ibu bapa atau program kerohanian bagi murid bukan Islam
SOP PPDS LMS 2012

Page 3

8. Menghebahkan kepada komuniti setempat sebelum bermulanya


Kutbah Jumaat di masjid tentang peperiksaan dalaman dan
peranan ibu bapa. Teks pengumuman disediakan sendiri oleh
pihak sekolah.
9. Menggalakkan
perjumpaan
khas
bersama-sama
ibu
bapa/penjaga untuk menjelaskan status pencapaian dan target
PPT sekolah kepada anak masing-masing (dicadangkan dalam
tempoh sebulan sebelum peperiksaan bermula)
10.
Memastikan sense of urgency menghadapi peperiksaan
dalaman wujud dan dihayati sepenuhnya seluruh warga sekolah
serta mampu memberi impak besar dalam Peperiksaan
Pertengahan Tahun 2012.

Disediakan oleh
Jawatankuasa SOP PPDLMS

SOP PPDS LMS 2012

Page 4

Anda mungkin juga menyukai