Anda di halaman 1dari 12

BIDANG TUGAS UNIT-UNIT HAL EHWAL MURID

BIDANG TUGAS UNIT-UNIT HAL EHWAL MURID

1. Unit Pengurusan Pengawas dan Disiplin Murid Unit Pengawas

1.1 Bertanggungjawab terhadap perlantikan pengawas sekolah. 1.2 Bertanggungjawab terhadap perlantikan ketua pengawas dan penolong ketua pengawas. 1.3 Merancang dan menentukan jadual bertugas untuk pengawas. 1.4 Merancang dan melaksanakan kursus,seminar dan bengkel bagi tujuan memantapkan tahap ketugasan para pengawas. 1.5 Membantu Guru Besar dan PK Hem dalam menguatkuasakan peraturan sekolah 1.6 Menjalankan pemeriksaan mengejut dan tugas-tugas lain yang diperlukan dari semasa ke semasa 1.7 Menjadi penasihat kepada Lembaga Pengawas Sekolah 1.8 Mengenalpasti murid-murid yang kerap tidak hadir ke sekolah dan mengambil tindakan susulan. Serupa juga dengan murid-murid yang selalu datang lewat ke sekolah. 1.9 Bertanggungjawab bersama-sama dengan guru bertugas mingguan untuk mengawal disiplin murid semasa perhimpunan pagi dan semasa rehat di kantin.

Unit Disiplin Murid 1.10 Mengawal dan bertanggungjawab terhadap penggunaan Buku Pemantauan Kelas dalam pelaksanaan Sistem Merit/ Demerit disiplin sekolah. 1.11 Guru penyelaras setiap aliran akan memasukkan markah merit/demerit dalam Kad Disiplin murid pada setiap awal bulan berdasarkan rekod pemantauan kelas. 1.12 Bertanggungjawab terhadap pelaksanaan Pas Kebenaran Keluar Kelas. 1.13 Mengenalpasti murid-murid yang bermasalah disiplin dan merujuk kes-kes tersebut kepada Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling untuk tindakan selanjutnya 1.14 Bertanggungjawab ke atas disiplin sekolah supaya keadaan kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran pada setiap masa. 1.15 Membantu Guru Besar dan PK Hem dalam surat-menyurat atau menghubungi ibu bapa/waris melalui telefon untuk kes-kes murid bermasalah disiplin. 1.16 Mendapatkan bantuan pihak polis sekiranya murid terlibat dalam kes jenayah. 1.17 Bertanggjawab ke atas pengumpulan data maklumat disiplin murid dan menghantar laporan salah laku SSDM melalui Guru Besar/PK Hem kepada PPD/JPN pada bulan Jun dan Nov tahunan. 1.18 Bekerjasama dengan Kelab Pencegah Jenayah untuk membanteras jenayah di kalangan murid-murid sekolah ini.

2. Unit Skim Pinjaman Buku Tek 2.1 Bertanggungjawab ke atas pengedaran dan pengumpulan semula buku teks murid di bawah SPBT. 2.2 Mengendalikan SISTEKS. 2.3 Merekod, mengemaskini serta menyimpan semua stok buku di bawah SPBT. 2.4 Bertanggungjawab ke atas pesanan dan penerimaan bekalan buku teks SPBT. 2.5 Bertanggungjawab mewujudkan dan menyelenggaraan BOSS. 2.6 Bertanggungjawab terhadap pelupusan buku-buku teks di bawah SPBT. 2.7 Bertanggungjawab ke atas pemprosesan berkomputer data SPBT dan menghantar data tersebut ke PPD/JPN. 2.8 Memastikan keselamatan dan penjagaan buku dalam keadaan baik dengan mengarahkan murid membalut buku, menulis nama di bahagian berkenaan dan sebarang buku yang hilang harus digantikan oleh murid yang berkenaan.

3. Unit Bimbingan dan Kaunseling / Kebajikan / Pencegahan Dadah Bimbingan dan Kaunseling 3.1 Memberi bimbingan dan kaunseling kepada murid-murid yang mempunyai masalahdisiplin. 3.2 Merancang dan melaksanakan program-program bimbingan, kaunseling dan motivasi untuk murid-murid sekolah ini. 3.3 Mewujudkan ,merekod, mengemaskini serta menyimpan profil murid-murid yang dikenalpasti bermasalah disiplin oleh badan disiplin sekolah. 3.4 Membantu Jawatankuasa Pengawas dan Disiplin dalam mewujudkan suasana disiplin yang baik di sekolah ini.

3.5 Bertanggungjawab memesan dan menyimpan buku stok serta bahan-bahan lain di bawah bimbingan dan kaunseling. 3.6 Membantu dalam urusan memberi kaunseling dan permohonan murid-murid Tahun 6 ke Tg. 1 dan sekolah asrama penuh. 3.7 Membantu badan disiplin sekolah dalam pelaksanaan Kem Kepimpinan Pengawas dan Orientasi Budaya Sekolah Tahun 2 hingga 6. 3.8 Menubuhkan Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan bertanggungjawab ke atas pelaksanaannya. Kebajikan 3.9 3.10 Mengenalpasti murid-murid miskin dan murid anak yatim dan yatim piatu. Merekod,mengemaskini serta menyimpan rekod murid-murid yang memerlukan bantuan. 3.11 Bertanggungjawab ke atas pengedaran semua jenis bantuan sama ada dari dalam atau luar sekolah berdasarkan kelayakan murid. 3.12 Mengurus dan mengutip derma kilat murid-murid yang ditimpa kemalangan dan bencana. 3.13 Bertanggungjawab ke atas mengenalpasti dan memilih murid-murid yang dikehendaki untuk menerima bantuan KWAPM, e-kasih ,menghadiri kursus, seminar, bengkel dan sebagainya. 3.14 Membantu dalam penyeliaan kutipan Insuran Takaful murid oleh guru kelas dan proses tuntutan Takaful oleh ibu bapa/waris.

Pencegahan Dadah 3.15 Bertanggungjawab merancang dan melaksanakan program-program di bawah pendidikan pencegahan dadah seperti program ceramah 5 minit anti dadah. 3.16 Merancang dan melaksanakan program-program seperti ceramah,pameran dan pertandingan-pertandingan bertemakan anti dadah. 3.17 Mengawasi dan memerhati murid-murid yang mungkin terlibat dalam penyalahgunaan dadah seperti merokok,menghidu glu dan melaporkan keskes tersebut kepada pihak sekolah dan menghantar data kepada PPD/JPN. 3.18 Menubuh Kelab Anti Dadah dan bertanggungjawab ke atas pelaksanaannya

4. Unit Rancangan Makanan Tambahan dan Program Susu Sekolah RMT 4.1 Memilih dan menentukan murid-murid yang layak menerima bantuan RMT. 4.2 Memilih dan menyediakan senarai nama murid gantisekiranya murid yang menerima RMT tidak hadir ke sekolah pada hari tertentu. 4.3 Merekod,mengemaskini serta menyimpan rekod murid-murid yang layak menerima bantuan di bawah RMT. 4.4 Merangka Jadual Bertugas bagi guru-guru RMT untuk mengawasi murid-murid di bawah RMT. 4.5 Memantau pelaksanaan RMT agar program berjalan mengikut perancangan yang teratur dan tersusun. 4.6 Mengadakan perjanjian dengan pengusaha kantin untuk menyediakan makanan kepada bilangan murid yang layak menerima RMT sepanjang tahun.

4.7 Memastikan pengusaha kantin mematuhi kehendak menu serta syarat selalu menjaga kebersihan dan kesegaranmakanan murid. 4.8 Mencatat berat dan tinggi murid di awal dan akhir tahun persekolahan. 4.9 Mengawasi murid supaya makan sebelum sesi persekolahan bermula setiap hari. PSS 4.10 Menyediakan tempat yang sesuai untuk menerima dan menyimpan bekalan susu yang dibekalkan kepada sekolah. 4.11 Merangka jadual bertugas bagi guru-guru untuk mengawasi dan mengedarkan bekalan susu kepada murid setiap pagi (sesi pagi) dan petang (sesi petang). 4.12 4.13 Merekod jumlah penerimaan dan pengagihan. Memastikan pengagihan susu kepada murid-murid di bawah PSS dijalankan dengan teratur dan mengikut prosedur yang betul. 4.14 Memantau pelaksanaan PSS agar program ini berjalan dengan teratur dan tersusun setiap pagi atau petang sebelum sesi persekolahan bermula.

5. Unit Keselamatan /Kebakaran Sekolah 5.1 Bertanggungjawab ke atas pelaksanaan Konsep Sekolah Selamat. 5.2 Bertanggungjawab ke atas pelaksanaan ciri-ciri keselamatan di kawasan sekolah seperti pemeriksaan berkala alat pemadam api, peralatan elektrik, pili pemadam api, laluan keselamatan dan lain-lain.

5.3 Bertanggungjawab menggubal dan mempamerkan Peraturan dan Pelan Latihan Kebakaran dan Kecemasan di papan kenyataan dan bilik-bilik darjah. 5.4 Merancang dan melaksanakan latihan kebakaran 2 kali setahun. 5.5 Merancang serta mengadakan aktiviti-aktiviti yang menuju ke arah keselamatan dan kesejahteraan murid seperti ceramah, taklimat , lawatan dan sebagainya. 5.6 Bekerjasama dengan B. Braun yang telah mengangkat sekolah ini dalam pelbagai aktiviti keselamatan untuk menjayakan Program OSH (Occupational Safety and Health ) 5.7 Menyediakan Borang Pelawat dan Pas Pelawat dan memastikan pengawal Pondok keselamatan hanya membenarkan orang luar masuk ke kawasan sekolah selepas mendaftar nama di pondok pengawal keselamatan. 5.8 Memantau dan menghantar laporan keselamatan ke PPN/JPN awal setiap bulan. 5.9 Memastikan murid-murid tidak dibenarkan berehat, bermain atau makan dan minum dalam pondok pengawal keselamatan. 5.10 Mengatur jadual tugas bersama guru bertugas mingguan untuk mengawasi murid selepas sekolah bersurai di tempat menunggu kenderaan setiap hari.

6. Unit Pemantauan Kantin 6.1 Memastikan makanan yang dijual di kantin mengikut piawai harga standard kantin yang dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang. 6.2 Memastikan makanan yang dijual di kantin berkhasiat,bersih dan tidak mengandungi bahan yang tidak halal. 6.3 Memastikan jenis-jenis makanan dan minuman yang dijual mengikut syarat dalam perjanjian. 6.4 Memastikan penyediaan dan peralatan yang digunakan bersih dan selamat serta menggunakan penyepit untuk mengambil makanan.

6.5 Memastikan keadaan dalam dan luar kantin sentiasa bersih, kemas dan ceria. 6.6 Memastikan tiada pekerja asing dan semua pekerja kantin telah mendapat suntikan dan telah menjalani pemeriksaan kesihatan. 6.7 Memastikan pihak pengusaha kantin berada di premis supaya mudah dihubungi. 6.8 Memastikan semua penjual dan pekerja sentiasa memakai apron, tutup kepala dengan topi dan berpakaian bersih mengikut pekeliling Kementerian Kesihatan. 6.9 Memastikan senarai harga makanan dipamerkan dan makanan ditutup dan tidak didedahkan pada lalat. 6.10 Memastikan makanan yang disediakan untuk sesi pagi dan sesi petang mencukupi. 6.11 Memaklumkan kepada pihak pengusaha tenteng hari-hari persekolahan dan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pada hari Sabtu. 6.12 Memastikan murid-murid dan guru mempunyai tempat duduk yang mencukupi, selamat dan sesuai. 6.13 Memantau kantin setiap hari dengan mengatur satu jadual pemantauan kantin oleh AJK kantin. 6.14 Membuat laporan harian dalam buku kantin dan menyampaikan laporan bulanan kepada Guru Besar/PK Hem untuk dihantar ke PPD dan Jabatan Kesihatan setiap awal bulan. 6.15 Memaklumkan kepada Guru Besar /PK Hem sekiranya pengusaha kantin melanggar mana-mana syarat yang berkaitan dengan penjualan makanan seperti yang terkandung dalam perjanjian kantin.

7. Unit Perkhidmatan Kesihatan 7.1 Bertanggungjawab mengumpul dan menguruskan buku dan kad kesihatan murid dengan kerjasama guru kelas. 7.2 Mengenalpasti dan merekod murid-murid yang mempunyai masalah kesihatan seperti sawan,jantung berlubang, lelah, asma dan penyakit lain yang mudarat. 7.3 Merancang dan melaksanakan program-program kesihatan seperti lawatan, ceramah atau pameran yang memberi faedah kepada murid-murid. 7.4 Bekerjasama dengan petugas-petugas kesihatan semasa mereka datang untuk memberi suntikan dan menjalani pemeriksaan kesihatan murid. 7.5 Bekerjasama dengan pasukan klinik gigi sekolah untuk memastikan murid-murid mempunyai tabiat kesihatan mulut (oral hygiene ) yang baik. 7.6 Peka kepada Isu-isu kesihatan semasa dan memaklumkan kepada murid-murid tentang langkah-langkah mencegah penyakit/wabak dari semasa ke semasa.

8. Unit Kebersihan dan Anti Denggi 8.1 Bertanggungjawab ke atas pemeriksaan jentik-jentik di kawasan sekolah serta merekod pemeriksaan tersebut. 8.2 Memastikan setiap kelas mempunyai jadual tugas harian dan murid-murid menjalankan tugas kebersihan setiap hari mengikut sesi. 8.3 Memastikan setiap kelas memiliki alat-alat/perkakas untuk membersihkan kelas. 8.4 Memastikan Buku Pemantauan Kelas diletakkan di kelas setiap waktu dan hari untuk guru memantau kebersihan kelas dan diisi dengan lengkap dan jujur.

8.5 Mengelola pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas. 8.6 Menghantar laporan kebersihan dan laporan anti denggi kepada Guru Besar/PK Hem untuk dihantar kepada PPD/JPN dan Jabatan Kesihatan setiap awal bulan. 8.7 Merancang dan melaksanakan program-program kesedaran bahaya penyakit denggi. 8.8 Membantu mengelolakan gotong royong perdana di peringkat sekolah.

9. Unit Sistem Maklumat Murid (SMM) 9.1 Menyelia dan menyemak input data peribadi murid oleh guru kelas dalam sistem maklumat murid. 9.2 Memastikan data dan maklumat murid sahih,lengkap, tepat dan dikemaskini tanpa kekeliruan dengan bantuan dan kerjasama semakan guru kelas. 9.3 Menggabungkan semua data system maklumat murid dan menghantar SMM terkini kepada PPD/JPN pada masa yang ditetapkan berdasarkan 31 Jan dan 30 Jun. 9.4 Menghadiri taklimat dan mesyuarat dari semasa ke semasa untuk mendapatkan maklum balas SMM terkini. 9.5 Membantu dalam memasukkan permohonan pilihan ke Sekolah Menengah ke Tingkatan 1 untuk semua murid Tahun 6.

10. Unit Program Khas 10.1 Bekerjasama dengan penganjur-penganjur yang mengadakan aktiviti-aktiviti di sekolah ini. 10.2 10.3 Menghadiri mesyuarat yang diadakan sebelum aktiviti dijalankan. Menyediakan tempat untuk aktiviti dan menyediakan guru-guru lain untuk membantu. 10.4 Menyediakan laporan dan dokumentasi selepas aktiviti/program diadakan.

11. Unit Pencegah Jenayah 11.1 Menubuh Kelab Pencegah Jenayah dan bertanggungjawab ke atas pelaksanaannya. 11.2 Menganjur dan mengendalikan program/aktiviti-aktiviti pencegah jenayah di kalangan murid. 11.3 Melapor unsur-unsur jenayah di kawasan sekolah kepada pihak berkuasa.

12. Unit Orientasi Tahun 1 12.1 Menyelaras dengan Guru Besar/PK Hem dan penyelia petang pengendalian Orientasi Tahun 1. 12.2 12.3 Mengenalpasti bahan-bahan yang diperlukan untuk hari tersebut. Menyediakan laporan dan dokumentasi selepas orientasi diselesaikan.

13. Unit Sambutan dan Perayaan- Hari Guru Bulan Merdeka dan Hari Merdeka Hari Kanak-kanak 13.1 Membuat rancangan dan persediaan awal persembahan-persembahan yang akan diadakan. 13.2 13.3 13.4 Mengenalpasti murid-murid yang mengambil bahagian dalam persembahan. Menyediakan kertas kerja sebelum hari sambutan. Membuat laporan dan dokumentasi selepas hari sambutan dan perayaan.

Anda mungkin juga menyukai