Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KONSEP LAWATAN SAMBIL BELAJAR

PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) DAN


KELAB BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SMK ARSHAD TAHUN 2015.
1.0 PENDAHULUAN .
Lawatan sambil belajar ini merupakan salah satu dari program setiap tahun
bagi Unit Bimbingan dan Kaunseling ( UBK ) Dengan adanya lawatan sambil
belajar ini murid-murid Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan Kelab
Bimbingan dan Kaunseling (KBK) mendapat pendedahan dalam aspek
akademik dan kerjaya. Selain itu , lawatan ini juga akan
memperkembangkan lagi nilai moral dalam diri setiap pelajar yang terlibat ,
dan membentuk personaliti serta sosial yang positif antara pelajar .
2.0 MATLAMAT.
Melahirkan murid yang berfikiran positif , berdisiplin , berpengetahuan luas ,
cemerlang , dan bijak dalam mengeratkan lagi hubungan di antara pelajar
sendiri bagi membentuk nilai kepimpinan dalam diri mereka sendiri .
3.0 OBJEKTIF .
3.1 Memberi maklumat kepada murid melalui sesi lawatan ke lokasi-lokasi
yang difikirkan sesuai untuk hala tuju kerjaya murid.
3.2 Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan melalui pengalaman di
samping membina modal insan yang mempunyai jati diri yang tinggi .
3.3 Memupuk hubungan antara PRS dan KBK , tanggungjawab ,
bekerjasama ,muhibah , perpaduan dan sifat-sifat positif .
3.4 Menguji tahap pencapaian diri dalam menjaga nama sekolah yang
berkaitan dengan disiplin dan peraturan sekolah .
3.5

Menanam semangat kekitaan dalam diri pelajar .

4.0 DESTINASI LAWATAN.


4.0.1 Politeknik Manggatal Kota Kinabalu.
4.0.2 Institut Kemahiran Mara (IKM) Sepanggar Kota Kinabalu.
4.0.3 Jabatan Muzium Negeri Sabah Kota Kinabalu.

5.0 TARIKH LAWATAN


Tarikh
Masa Bertolak
Masa Balik

:27 September 2015 (Selasa)


:07:00 pagi
:04:00 Petang

6.0 PENYERTAAN .
Pelajar ini dikategorikan kepada 2 iaitu ahli Kelab Unit Bimbingan dan
Kaunseling (KBK) serta Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).
7.0 BAYARAN PENYERTAAN .
Peserta menyediakan wang poket sebanyak RM20:00 seorang
8.0 MAKANAN .
Makan peserta lawatan sambil belajar ini akan ditanggungkan oleh pelajar itu
sendiri (pelajar digalakkan membawa wang tambahan untuk keperluan
pelajar itu sendiri ) .
9.0 PENGANGKUTAN .
Kos Tambang Pengangkutan bagi lawatan ini akan dibiayai oleh sekolah dan
murid.
10.0 ANGGARAN KOS PERBELANJAAN .
Pengangkutan RM300 x RM4 buah bas
Makan & Minum RM12 x 45 orang (Tanggungan peserta)
Jumlah

RM1200.00
RM540.00
RM1740.00

11. AHLI JAWATAN KUASA LAWATAN


Guru Penasihat

: Ku Zainuddin Ku Mahasan
: Dusi Gunting

Pengerusi Lawatan : Riani Mahai


Tim. Pengerusi
: Noraziah Mohd Sasau
Setiausaha
: Nasri Semiun
Tim. Setiausaha
: Libu Elvia Ester Palatus
Bendahari
: J.S Artinny Jaipin
Ajk Kecil
1. Hamizah Musdin
2. Puteri Izzah Hanisah Japrikhan
3. Mohd Hafiz Japran
4. Nadzirah Syazana Esot
5. Stacyvia Steffie Majuntin
12.0 TENTATIF
Rujuk Lampiran 1
13.0 PENUTUP
Semoga lawatan yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. AJK
mengharapkan agar lawatan ini dapat memberi pengalaman dan pengetahuan
baru kepada semua peserta. Dan pengalaman dan pengetahuan baru ini dapat
digunapakai dalam kehidupan seharian khususnya dalam melaksanakan
tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang banyak terlibat dalam aktiviti
kurikulum dan kokurikulum.
Disediakan:

Disemak

KU ZAINUDDIN KU MAHASAN
Guru Bimbingan dan Kaunseling
SMK Arshad Kota Belud

AJMAL HAJI JUMAH


Pengetua
SMK Arshad Kota Belud

LAMPIRAN 1

JADUAL LAWATAN SAMBIL BELAJAR PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) DAN


KELAB BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK ARSHAD KOTA BELUD 2015
TARIKH
:27 SEPTEMBER 2015 / SELASA
MASA
:7.00 PAGI HINGGA 5 PETANG
TEMPAT LAWATAN :POLITEKNIK MANGGATAL
:IKM MANGGATAL
:KOMPLEKS MUZIUM SABAH
TARIKH
26 SEPTEMBER

27 SEPTEMBER

11.00 PAGI
Taklimat pra perjalanan dan keselamatan
7.00 PAGI

7.30 PAGI

10.00 PAGI

1.30 PETANG

4.00 PETANG

5.30
PETANG

Berkumpul di depan
dewan sekolah

Bertolak ke
Politeknik

Bertolak ke IKM

Bertolak Ke
Kompleks Muzium
Sabah

Bertolak
Balik ke sekolah

Tiba di
sekolah

Anda mungkin juga menyukai