Anda di halaman 1dari 9

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT INDERA MUDA

PULAU PINANG

KERTAS KERJA
PROGRAM HARI SUKAN NEGARA
TARIKH

: 10 OKTOBER 2015

HARI

: SABTU

MASA

: 7.30 PAGI HINGGA 12.00 TENGAH HARI

Disediakan Oleh :
SAIDATUN NADHIRAH BINTI ZULKIFLI

1.0

PENDAHULUAN

Aktiviti senamrobik merupakan senaman sesi memanaskan badan yang menarik


sebelum melaksanakan aktiviti bersukan. Melalui senamrobik, tahap kesediaan untuk
melakukan aktivtiti daripada intensiti rendah ke tahap intensiti tinggi akan lebih
terancang di samping membantu meransang otot dan tubuh badan secara teratur.
Aktiviti senamrobik merupakan senaman yang terancang yang boleh dilakukan
beramai-ramai untuk meningkatkan kecergasan disamping memperoleh keseronokan
dan ketenangan minda.
Aktiviti fizikal seperti senamrobik merupakan salah satu cara senaman yang
mampu meningkatkan prestasi paru-paru dan mengurangkan implikasi saluran darah
tersumbat disebabkan kolesterol. Melalui aktiviti senamrobik, murid-murid dan guruguru dapat meningkatkan kecergasan fizikal seterusnya mampu melakukan aktiviti
seharian tanpa merasa letih. Keupayaan fizikal yang optimum melalui aktiviti
senamrobik meningkatkan kecergasan serta kesihatan dan minda yang cerdas terletak
kepada tubuh yang sihat. Setiap individu boleh meningkatkan kecergasan fizikalnya
hingga ke tahap maksima. Aktiviti senamrobik merupakan salah satu aktiviti kecergasan
fizikal yang seimbang, terdiri dari gabungan senaman yang boleh meningkatkan daya
kadiovaskular atau daya tahan aerobik, kekuatan otot, ketahanan dan kelenturan.
Selain daripada itu, aktiviti senamrobik juga meningkatkan kecergasan pelakuan
psikomotor

yang

ketangkasan.

melibatkan

kelajuan,

keseimbangan,

koordinasi,

kuasa

dan

2.0

RASIONAL

Senamrobik adalah satu aktiviti yang amat sesuai dilakukan oleh semua lapisan
masyarakat dan peringkat umur. Aktiviti senamrobik amat penting dijadikan amalan
kerana senamrobik:

2.1 Merupakan faktor utama dalam membantu mengurangkan tekanan dan stress
serta meningkatkan kekuatan fungsi otak
2.2 Dapat meningkatkan daya tahan otot jantung dan mencegah daripada penyakit
jantung dan pembuluh darah.
2.3 Dapat meningkatkan keupayaan aerobik dan psikomotor
2.4 Dapat menurunkan kadar lemak dalam badan serta mengekalkan berat badan
sihat.

.3.0 MATLAMAT
Matlamat mengadakan aktiviti senamrobik ini adalah untuk melahirkan generasi murid
yang cergas dan sihat, dan membudayakan senaman sebagai amalan yang rutin
sepanjang kehidupan mereka. Menerusi senamrobik, setiap murid akan tertarik untuk
melakukannya kerana senaman ini dilakukan dengan iringan muzik beserta dengan
gaya senaman yang dapat menyihatkan tubuh badan. Di samping itu, aktiviti
senamrobik ini juga bertujuan membina keyakinan diri murid supaya yakin melibatkan
diri di dalam aktiviti cergas seperti senamrobik dan sukan.

4.0 OBJEKTIF
Senamrobik dijadikan amalan di sekolah-sekolah bagi mencapai objektif berikut:
4.1 meningkatkan kecergasan dan tahap kesediaan murid dan guru untuk bersukan;
4.2 melibatkan penyertaan semua murid;
4.3 mengamal dan mempraktikkan gaya hidup sihat dan cergas;
4.4 mengamalkan aktiviti kecergasan fizikal dengan cara yang betul;
4.5 meningkatkan kesepakatan dan menyemarakkan semangat esprit de corp;

5.0 TARIKH PELAKSANAAN


10 Oktober 2015 (Sabtu)

6.0 MASA
8.00 Pagi hingga 9.00 Pagi (Senamrobik)
9.00 Pagi hingga 10.30 Pagi (CeramaH Pengurusan Stress)

7.0 TEMPAT
Sekolah Kebangsaan Bukit Indera Muda, Pulau Pinang

8.0 KUMPULAN SASARAN


8.1 Semua warga Sekolah yang diertikan seperti berikut:
8.1.1 Murid/ pelajar Tahap 2
8.1.2 Guru, anggota khidmat sokongan

9.0 CADANGAN ATURCARA

7.30 Pagi - 8.00 Pagi

: Perhimpunan rasmi sekolah


: Bacaan Doa
: Perasmian

8.00 Pagi - 9.00 Pagi

: Senamrobik

9.00 Pagi - 10.30Pagi

: Ceramah Pengurusan Stress

Carta Gantt Perancangan Aktiviti Senamrobik


Tarikh pelaksanaan

Aktiviti
1.0 AKTIVITI
SENAMROBIK

30/9 1/10

1.1 Perancangan
Aktiviti

1.2 Latihan Senamrobik

1.4 Persiapan Tempat

1.5 Pelaksanaan Aktiviti

10.0 AHLI JAWATANKUASA AKTIVITI

2/10

5/10 6/10 7/10 8/10

9/10

10/10

PENASIHAT :
EN.MOHD NASIR BIN A.RAHIM
PENGERUSI :
PN.NORAASIKEN BT DIN
NAIB PENGERUSI 1 :
PN.HASMAH BT MAJID
NAIB PENGERUSI 2 :
PN.ZAITON BT AHMAD
PENYELARAS
EN.MOHAMMAD SHAFIQ BIN AHMAD FUAD
SETIAUSAHA :
CIK.SAIDATUN NADHIRAH BINTI ZULKIFLI

BACAAN DOA

PENGACARA MAJLIS

USTAZ SERAJJUDIN BIN MOKHTAR

CIK.EVA PENNELLA PHILIP


EN.MOHD HAZARUL AFIQ BIN ROZAHAN

AJK TEKNIKAL

AJK KAWALAN DISIPLIN MURID

EN.MOHAMMAD HANIF ASHRAF

EN.RIZDWAN BIN ZAINAL ABIDIN


PN.NORHAFIZA BT ISHAK
PN.NOR HAYATI BT HUSIN

11.0 ANGGARAN BELANJAWAN


Bil.
1.
2.
3.

Perkara

Kos (RM)

Kertas A4
( 9 helai x RM0.10 )
Mounting board
Cenderahati kepada penceramah
JUMLAH

0.90
3.20
30.00
34.10

12.0 SENARAI PERALATAN


1. LAPTOP
2. PEMBESAR SUARA
3. MIKROFON

PENUTUP
Senamrobik diharapkan dapat mengembalikan semula keaktifan aktiviti senamrobik di
sekolah. Senamrobik ini juga diharapkan sebagai satu platform bagi warga pendidikan
memulakan

amalan

atau

budaya

bersukan

dengan

cara

yang

mudah

dan

menyeronokkan. Harapan sepanjang program ini berjalan ianya akan memberi kesan
yang besar kepada semua pihak yang sama-sama terlibat memberi komitmen yang
baik serta mengutamakan kesihatan.

Disediakan oleh,

..............................................
(CIK SAIDATUN NADHIRAH BINTI ZULKIFLI)
Setiausaha,
Aktiviti Senamrobik Ceramah Pengurusan Stress
Sekolah Kebangsaan Bukit Indera Muda,
Seberang Perai, Pulau Pinang

Disahkan oleh:

(PN.ZAITON BT AHMAD)
Penolong Kanan Kokurikulum,
Sekolah Kebangsaan Bukit Indera Muda
Seberang Perai, Pulau Pinang.

Diluluskan/ Tidak Diluluskan oleh :

.
(EN.MOHD NASIR BIN A.RAHIM)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Bukit Indera Muda
Seberang Perai, Pulau Pinang.

Anda mungkin juga menyukai