Anda di halaman 1dari 22

LARIAN JARAK SEDERHANA

STEVEN SU KIONG LING MOHAMAD SHAFIQ BIN AHMAD FUAD LEE EONG PIN

PENGENALAN
Merupakan satu cabang acara balapan dalam sukan olahraga. Sering dikategorikan sebagai lari jarak jauh namun hakikatnya lari jarak sederhana dan lari jarak jauh berbeza dari segi: taktik larian walaupun kedua duanya mempunyai persamaan dari segi permulaan. bentuk larian teknik larian kaedah latihan

Terdapat dua acara yang digolongkan dalam acara lari jarak sederhana iaitu 800 meter dan 1500 meter. 800 meter dan 1500 meter adalah sejenis larian yang dijalankan di atas trek sama ada berturap atau diatas rumput. Kedua-dua acara ini boleh disertai oleh lelaki dan wanita.

SEJARAH
Terdapat versi yang mengatakan lari jarak jauh ini bermula daripada
bangsa Yunani yang sedang dilanda peperangan antara kaum Yunani dan Persia di kota Marathonas, Pulau Egina Yunani. Dikhabarkan cabang olahraga larian seperti marathon yang pertama kali dipertandingkan dalam olimpik telah diadakan di kota Athens. Acara ini telah dimenangi oleh Eucles dan pada perlumbaan yang berikutnya acara ini dimenangi oleh atlet dari Filipina.

TITIK PERMULAAN LARI JARAK 400M, 800M DAN 1500M

PERATURAN KOAM
Kasut / spike Pelari boleh memakai kasut atau tidak memakai kasut. Kasut yang dibenarkan mempunyai 6 paku dengan panjang paku tidak melebihi 25cm dan diameter tidak melebihi 4mm.

Baju dan Seluar Ringan dan tidak serap air supaya tidak wujud halangan ketika berlari. Pakaian bersih dan tidak menjolok mata.

Peralatan Tidak memerlukan blok permulaan.

LARI JARAK SEDERHANA 800 METER

PENGENALAN
Boleh dilakukan di atas trek berturap atau trek berumput. Peserta harus membahagikan lariannya kerana pelari tidak boleh berlari pada kelajuan maksimum sepanjang lariannya. Dua ciri utama yang perlu ada pada pelari 800 meter ialah kelajuan dan ketahanan. Pelari di peringkat antarabangsa akan berusaha mengekalkan ketahanan larian masing-masing hampir sepanjang larian dan pada masa yang sama cuba meningkatkan kelajuan terutama pada jarak 200 atau 100 meter terakhir.

PERINGKAT

Permulaan Peserta peserta ditentukan lorong masing-masing melalui undian. Peserta akan mara ke garisan permulaan masing-masing . Permulaan larian ialah gaya berdiri. Peserta berlari dalam lorong masing-masing hanya untuk 100 meter pertama sahaja. Pelari pada lorong pertama mempunyai kelebihan iaitu dapat melihat pergerakan setiap peserta-peserta lain kerana kedudukan peserta-peserta lain adalah dihadapannya. Selepas peserta melepasi 100 meter pertama ,mereka akan memotong masuk ke lorong pertama. Peserta dilorong luar hendaklah berusaha secepat mungkin memotong masuk mengikut satu garisan lurus.

SEMASA LARIAN : TEKNIK BELARI


Pergerakan kaki Menggunakan permulaan cara berdiri memberi peluang pada kaki untuk diletakkan paling dekat dengan garisan permulaan dan tangan bebas bergerak serentak dengan pergerakan kaki. Pengangkatan kaki yang baik akan menghasilkan satu sudut diantara paha kaki yang dapat menghasilkan jarak jangkauan kaki tanpa melangkah terlalu jauh.

Untuk

mempercepatkan pusingan dan jangkauan kaki, dada mestilah dalam kedudukan mendepan dengan lengan mengayun supaya dapat memberikan memberikan kuasa kepada seluruh badan. Mengangkat kaki sehingga ke punggung membolehkan pelari meningkatkan kelajuan dan pergerakan kaki ke depan tanpa menggunakan tenaga yang banyak. Apabila pelari hendak menukarkan kakinya ,seeloknya tapak kaki hendaklah menyentuh trek pada masa yang sama bagi menjimatkan tenaga. Jangan menggunakan hujung kaki atau tumit sahaja.

Pergerakan badan Kedudukan badan hendaklah dalam keadaan lurus dengan kepala selari dengan torso sereta dalam keadaan menegak dan seimbang. Elakkan daripada menoleh kerana ia boleh mengganggu pergerakan dan keseimbangan badan. Tumpuan mata sebaik-baiknya 3 meter kehadapan.

Pergerakan tangan Apabila kaki kanan di hadapan maka tangan kanan di belakang. Tangan dalam keadaan tidak tegang, dihayun kehadapan menyilang badan tetapi tidak melepasi bahagian tengah badan. Jari-jari tangan dibengkokkan tetapi tidak digenggam dan tapak-tapak tangan menghadap dalam. Tangan dibengkokkan ke siku kurang daripada 90 darjah dan dihayun keatas setinggi dagu dan kebawah sehingga pinggul dengan siku dibuka (lebih kurang 90 darjah). Tangan bergerak dalam garisan lurus dari garis tengah badan ke sisi pinggul.

Menamatkan larian Bahagian torso harus sampai dahulu ke garisan penamat.

LARI JARAK SEDERHANA 1500 METER

PENGENALAN

Dalam acara 1500 meter, latihan yang konsisten dan intensif amat penting. Latihan ini memerlukan daya ketahanan yang tinggi kerana masa yang diperlukan untuk menghabiskannya kurang daripada 2 minit. Seorang pelari harus melalui latihan yang lama & bersistem agar jantung, paru-paru dan otot dapat dilazimkan supaya dapat memenuhi keperluan oksigen apabila kadar kerja meningkat.

TEKNIK LARIAN

Permulaan

Permulaan

bagi acara 800 meter dan 1500 meter adalah sama iaitu dengan cara berdiri.

kaki pelari diletakkan paling dekat dengan garisan permulaan dan tangan dapat bergerak bebas serentak dengan pergerakan kaki.

Permulaan larian dilakukan oleh pegawai pelepas di tempat permulaan.

Arahan

Ke Garisan, Sedia dan tembakan pistol akan dilepaskan .

Sekiranya terdapat peserta yang bergerak sebelum tembakan pistol dilepaskan, pegawai pelepas akan melepaskan tembakan kedua untuk menghentikan perlumbaan.

Tempat

permulaan bagi acara 1500 meter ialah pada lengkung kedua trek 400 meter. Peserta memulakan larian pada satu garis condong, kedudukan peserta pada garis itu di tentukan oleh undian lorong.
Pelari

yang bermula pada lorong dalam mempunyai kelebihan kerana berlari dalam lorong dalam tidak perlu menukar lorong atau memasuki lorong dalam.
Sebalik

sahaja di lepaskan peserta akan cuba berlari di lorong dalam bagi membolehkan mereka berlari di dalam trek. Ada juga peserta di lorong luar yang berlari lurus dalam keadaan memecut dan pada jarak tertentu akan memasuki lorong dalam.

SEMASA LARIAN
Teknik-teknik larian bergantung kepada bentuk badan serta kekuatan ayunan kaki dan tangan pelari. Kombinasi antara kaki hingga punggung akan memberi kelebihan dan kekuatan untuk bergerak dengan lebih pantas. walaupun begitu ayunan ini masih bergantung kepada kelenturan pelari. Latihan secara sistematik adalah penting bagi menyesuaikan diri dengan acara tersebut. Latihan adalah untuk memastikan penyesuaian fisiologi badan untuk keperluan acara tersebut

TEKNIK SEMASA LARIAN


1.

Apabila kaki sebelah kanan bertindak sebagai penggerak ke hadapan, siku tangan kiri akan bergerak ke belakang.

2. Apabila kaki kanan memulakan pergerakan baharu ke hadapan, tangan kiri juga turut melakukan reaksi yang sama untuk memulakan pergerakan atau tindakan ke belakang.
3.

Hayunan kaki dan tangan adalah penting serta dilakukan secara berlawanan untuk pelari meningkatkan kepantasan.

4. Pelari juga perlu menumpukan perhatian, tenang dan bersahaja supaya pelari mempunyai tenaga simpanan yang akan digunakan untuk membuat pecutan pada fasa akhir larian.

MENAMATKAN LARIAN

Cara menamatkan larian adalah sama dengan acara-acara larian yang lain iaitu dengan menolak torso ke hadapan untuk mencecah tali penamat lebih dahulu daripada pelumba lain.

Anda mungkin juga menyukai