Anda di halaman 1dari 1

Mkro Pengajaran

Satu latihan keguruan yang menitikberatkan pengalaman dan kemahiran yang hamper-hampir sama dengan yang diperlukan dalam situasi sebenar bilik darjah. Situasi-situasi pengajaran telah banyak dipermudahkan dan teknik simulasi digunakan secara besar-besaran. Biasanya rakaman video ada dibuat untuk menjalankan perbincangan dan membuat analisis terhadap sesi pengajaran mikro yang dilaksanakan. PELOPOR Pelopor pengajaran mikro ialah Robert Bush dan D.Wight Allen, seorang pensyarah yang bertugas di Pusat Penyelidikan dan Perkembangan Pengajaran, Universiti Stanford Amerika Syarikat pada tahun 1961. Selepas iti teknik pengajaran mikro telah digunakan dengan meluasnya di maktab-maktab perguruan seluruh Negara. PRINSIP-PRINSIP PENGAJARAN MIKRO 1. Seorang guru pelatih akan menjadi guru dan beberapa orang lagi , antara 5 ke 10 orang menjadi murid. 2. Melaksanakan satu simulasi pengajaran seperti satu sesi pengajaran sebenar. 3. Tempoh masa pengajaran berlaku antara 5 ke 15 minit. 4. Mengaplikasikan kemahiran-kemahiran pengajaran mikro 5. Aspek penilaian akan me;libatkan pemerhatian, komen dan maklumbalas. 6. Menjalankan sesi pengajaran, diikuti sesi perbincangan dan akhirnya pengajaran semula. KEPENTINGAN PENGAJARAN MIKRO v Menjalankan satu sesi latihan amali dalam keadaan yang terkawal dan kurang menekan. v Menumpukan perhatian atas latihan untuk mencapai kemahiran-kemahiran tertentu secara beransur-ansur dan berperingkat-peringkat v Memberi maklumbalas dengan serta merta tentang prestasi guru pelatih. v Memerhati kekuatan dan kelemahan guru untuk menjalankan aktiviti susulan yang sesuai. v Meningkatkan aras keyakinan diri supaya guru pelatih lebih bersedia menghadapi situasi sebenar bilik darjah KEMAHIRAN-KEMAHIRAN PENGAJARAN MIKRO Kemahiran set induksi Kemahiran penggunaan papan tulis Kemahiran variasi rangsangan Kemahiran penyoalan Kemahiran pengukuhan Kemahiran penerangan Kemahiran menggunakan contoh/ilustrasi Kemahiran menggunakan bahan bantu mengajar.

Kemahiran penutup.

Anda mungkin juga menyukai