Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

NAMA NO. K/P

: MOHAMMAD SHAFIQ BIN AHMAD FUAD : 920610-08-6713

NO. MATRIK : 0610/1726 KUMPULAN : SAINS

Pertamanya, setinggi-setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmatNya, kami guru pelatih PISMP Sains Semester 5 Ambilan Januari 2012 berjaya melaksanakan dan menyempurnakan amali Karnival Sukan Permainan Tradisional bagi mata pelajaran elektif PJM3112: Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan. Sepanjang tempoh pelaksanaan amali ini bermula daripada peringkat awal sehingga ke peringkat akhir, banyak ilmu dan kemahiran baru yang telah saya peroleh. Walaupun pada mulanya kami menghadapi beberapa masalah, namun semua masalah itu dapat diatasi hasil kerjasama kami semua dan seterusnya kami berjaya menyempurnakan pelaksanaan amali ini dengan jayanya. Antara masalah yang kami hadapi adalah dari segi pemilihan dan penetapan sistem pertandingan yang akan digunapakai untuk permainan tradisional galah panjang. Hasil perbincangan sesama ahli kelas dan juga kolaborasi bersama pensyarah, kami semua bersepakat untuk menggunakan sistem pertandingan Kalah Mati 2 Kali. Pengetahuan tentang sistem pertandingan ini adalah penting bagi membantu guru untuk membuat pemilihan yang tepat tentang sistem pertandingan yang akan digunakan dalam sesuatu

pertandingan. Selain itu, kami juga menghadapi masalah pada peringkat awal untuk menetapkan kategori pertandingan bagi permainan tradisional galah panjang ini. Hasil perbincangan bersama, kami bersepakat untuk menetapkan dua

kategori pertandingan secara berasingan iaitu kategori bagi lelaki dan perempuan bagi memudahkan dan melancarkan proses pelaksanaan pertandingan. Antara masalah lain yang turut kami hadapi ialah dari segi pemilihan dan persiapan tempat untuk gelanggang permainan tradisional galah panjang. Kami menggunakan pita pelekat untuk menyiapkan kawasan gelanggang bagi permainan tradisional galah panjang. Antara masalah yang timbul ialah ukuran gelanggang tersebut tidak menyamai ukuran standard bagi

gelanggang galah panjang yang sebenar di samping pita pelekat yang berterbangan apabila ditiup angin kencang. Justeru, langkah

penambahbaikan yang sewajarnya perlu dilaksanakan bagi menambahbaik pelaksanaan pertandingan ini pada masa hadapan. Seterusnya, saya juga berpeluang memperoleh dan menambah pengetahuan saya tentang sistem pertandingan, syarat dan peraturan permainan galah panjang, serta cara bagaimana permainan ini dimainkan. Semasa pelaksanaan amali ini, saya telah ditugaskan sebagai hakim bagi gelanggang peserta lelaki. Sebagai hakim, saya perlu mengetahui dan memahami semua syarat dan peraturan bagi permainan galah panjang. Sekiranya peserta didapati melanggar mana-mana syarat dan peraturan pertandingan, bendera merah akan dinaikkan. Segala keputusan muktamad adalah ditentukan oleh ketua hakim bagi setiap gelanggang. Kesimpulannya, pelaksanaan amali permainan tradisional ini banyak memberikan saya input-input yang berguna dan bermanfaat. Segala ilmu pengetahuan baharu dan kemahiran yang telah saya peroleh sepanjang proses pelaksanaan amali ini akan saya praktikkan dalam kehidupan seharian saya sebagai seorang bakal guru Pendidikan Jasmani kelak. Sesungguhnya segala ilmu dan kemahiran yang diperoleh ini amatlah bernilai dan bermakna yang tidak dapat diperoleh daripada mana-mana buku.

Anda mungkin juga menyukai