Anda di halaman 1dari 8

REFLEKSI NAMA UNIT AMBILAN : MUHAMAD KHAIRUL ANAM BIN ISHAK : BAHASA MELAYU/PEND.JASMANI/KEM.

HIDUP : JANUARI2011

Alhamdulillah, bersyukur ke Hadrat Illahi kerana pada tarikh 16 Mac 2013 yang lepas, saya dan rakan-rakan berjaya menganjurkan Pertandingan Permainan

Tradisional Tertutup Peringkat IPG Kampus Raja Melawar Tahun 2013 dengan jayanya. Penganjuran pertandingan tersebut adalah untuk melengkapkan tugasan projek kursus Pendidikan Jasmani (PJM 3112) pada semester kali ini. Pertandingan Permainan Tradisional ini berlangsung selama satu hari sahaja iaitu pada pukul 7 pagi sehingga 12 tengah hari. Semua permainan dijalankan di padang IPG Kampus Raja Melewar. Banyak permainan tradisional yang dipertandingkan pada hari tersebut antaranya ialah batu seremban, galah panjang, kabadi, konda-kondi, titing bulu ayam, dan sepak raga. Secara peribadinya, saya tidak tahu dan tidak pernah bermain beberapa permainan tradisional yang dipertandingkan iaitu seperti permainan galah panjang, konda-kondi dan kabadi. Namun, atas dasar ingin mencuba sesuatu yang baru dalam hidup, saya cuba sedaya upaya untuk melibatkan diri dalam semua permainan yang dipertandingkan. Dalam penganjuran sesuatu pertandingan, semestinya akan terdapat beberapa kelebihan dan kekurangan yang terpaksa ditelan oleh penganjur. Dalam penganjuran

Pertandingan Permainan Tradisional Tertutup Peringkat IPG Kampus Raja Melewar Tahun 2013 ini, terdapat beberapa kelebihan dan kekurangan yang diperoleh sepanjang penganjuran pertandingan ini. Sebelum mengupas dengan lebih mendalam lagi mengenai kelebihan dan kekurangan yang terdapat dalam penganjuran Pertandingan Permainan Tradisional Tertutup Peringkat IPG Kampus Raja Melawar, saya ingin memberikan takrifan mengenai apakah itu permainan tradisional? Permainan tradisional ialah permainan warisan nenek moyang kita yang diwarisi dari setiap generasi kepada setiap generasi. Matlamat utama setiap permainan tentunya tidak lari daripada memberi hiburan dan kegembiraan. Disamping itu, secara tidak langsung wawasan riadah

ialah untuk mengeluarkan peluh agar tubuh sentiasa dalam tahap kesihatan yang memuaskan. Namun, untuk menghayati dan menghidupkan sesuatu permainan, kemahiran (skills) sangat diperlukan untuk menyesuaikan diri dengan sesuatu permainan yang dimainkan. Konsep ini cukup terserlah dalam satu permainan laman yang dimainkan di kampung-kampung terutamanya sejak dahulu sehingga ke hari ini. Permainan tradisional dimainkan oleh masyarakat Melayu pada zaman dahulu untuk tujuan beriadah dan mengisi masa senggang mereka dengan sesuatu yang bermanfaat. Manfaat yang diperoleh ketika bermain ialah kesihatan tubuh badan kerana sewaktu permainan dimainkan, peluh akan keluar dari tubuh badan dan akan menyebabkan badan menjadi sihat. Sebelum sesuatu program dijalankan, pihak penganjur perlulah menjalankan beberapa siri mesyuarat. Hal ini kerana mesyuarat sangat penting bagi memastikan kelancaran sesuatu program yang hendak dijalankan. Dalam penganjuran pertandingan permainan tradisional ini, kami telah menjalankan beberapa siri mesyuarat untuk melantik AJK dan juga untuk mengetahui perkembangan semasa setiap AJK. Perkara ini sangat penting bagi memastikan pertandingan permainan tradisional ini dapat berjalan dengan lancar pada hari yang telah ditetapkan dan tiada masalah yang timbul ketika hari pertandingan. Mesyuarat pertama yang dijalankan adalah untuk melantik AJK dan pembahagian tugas kepada setiap AJK yang telah dilantik. Setiap AJK dilantik adalah daripada kelas yang berbeza. Sebelum ini kebanyakkan aktiviti yang dijalankan, AJK yang dilantik ialah mengikut kelas masing-masing. Namun, untuk pertandingan permainan tradisional ini, kami perlu berpisah dan bergabung dengan pelajar-pelajar dari kelas yang lain. Perkara pertama yang saya nampak di sini ialah, sebelum ini kami hanya melakukan aktivitiaktiviti bersama rakan sekelas sahaja dan perkara ini menyebabkan komunikasi antara kelas itu tidak berlaku. Hal ini kerana kebiasaannya kami lebih selesa bersama-sama rakan sekelas sahaja dan tidak bercampur dengan pelajar dari kelas yang lain.

Kelebihan yang diperoleh daripada tindakan ini ialah, setiap pelajar daripada kelas yang berbeza dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara satu sama lain. Selain itu, para pelajar juga boleh berkenalan dengan lebih rapat lagi dengan pelajar daripada unit-unit yang lain. Pada masa yang sama juga, kami dapat bekerjasama dengan orang lain pula. Perkara ini membuatkan kami tidak bosan kerana sebelum ini, kami asyik bekerjasama dengan orang yang sama sahaja. Pada pendapat saya, perkara ini memberi kelebihan kepada saya kerana saya dapat melihat dan mencontohi sikap orang yang lebih cemerlang dalam menjalankan sesuatu tugas yang diamanahkan. Kekurangannya pula ialah tidak semua pelajar ingin bekerjasama dengan pelajar yang tidak rapat dengannya. Apabila perkara ini berlaku, tugasan-tugasan yang sepatutnya dijalankan bersama tidak dapat dilaksanakan. Hal ini boleh mengganggu kelancaran pertandingan yang akan dijalankan. Selain itu, kekurangan umum yang saya dapati ialah, mesyuarat susulan selepas mesyuarat pertama hanya dihadiri oleh ketua-ketua AJK sahaja. Pada pendapat saya, semua pelajar yang terlibat termasuklah ahli-ahli biasa sepatutnya menghadiri juga mesyuarat tersebut. Apabila hanya ketua AJK sahaja yang hadir dalam mesyuarat tersebut, tidak semua ahli-ahli biasa mengetahui perkembangan semasa dan permasalahan yang timbul. Hal ini kerana, tidak semua ketua AJK memaklumkan kepada ahli-ahli dibawahnya. Pada masa yang sama juga, perkara ini akan memudahkan kerja ketua apabila tidak perlu lagi risau sekiranya ahli-ahlinya tidak mendapat info-info yang terbaru mengenai perkembangan semasa mengenai pertandingan. Selaku AJK Peralatan, saya dan ahli kumpulan saya perlu memastikan peralatan yang hendak digunakan ketika pertandingan dijalankan lengkap dan boleh digunakan ketika hari pertandingan. Kami memulakan tugasan kami dengan meminta setiap AJK yang ingin menggunakan sesuatu peralatan menyenaraikan peralatan yang dikehendaki dan menyerahkan senarai peralatan tersebut kepada kami. Antara peralatan yang perlu kami sediakan ialah seperti barang permainan, khemah, kerusi dan peralatan seperti mikrofon, pembesar suara dan lain-lain lagi. Pada sebelah malam sehari sebelum pertandingan, kami perlu memastikan peralatan dan barang yang ingin digunakan lengkap dan boleh digunakan semasa pertandingan berlangsung.

Sekiranya peralatan atau barangan yang diperlukan tidak ada sewaktu pertandingan berlangsung, kami semua akan dipertanggungjawabkan hal hal ini secara tidak langsung menjejaskan kelancaran pertandingan. Tugasan kami tidak terhenti di situ sahaja, kami juga perlu memastikan segala jenis barangan atau peralatan yang dipinjam perlu dihantar ke tempat dimana barangan atau peralatan tersebut dipinjam. Masalah pertama yang kami hadapi ialah kesukaran

mendapatkan tinting bulu ayam kerana ianya susah didapati, namun setelah berhubung dengan rakan-rakan yang lain mereka meminjamkan kepada kami. Terdapat lagi masalah-masalah lain yang timbul, tetapi dengan muafakat antara ahli kumpulan, semua masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan baik. Dalam sesuatu pertandingan, setiap penganjur semestinya mengharapkan pertandingan anjurannya dapat menarik perhatian ramai. Hal ini penting kerana, sesuatu pertandingan itu akan menjadi bosan dan tidak meriah sekiranya tidak mendapat sambutan. Namun begitu, perkara ini dapat dielakkan sekiranya sebelum pertandingan itu berlangsung, iklan-iklan atau hebahan dijalankan oleh pihak penganjur. Sebaiknya iklan-iklan atau hebahan tersebut perlulah dilakukan lebih awal kerana orang ramai akan dapat mengetahui sesuatu pertandingan tersebut lebih awal dan bukannya pada saat-saat terakhir. Pada zaman yang serba canggih ini, terdapat pelbagai jenis medium yang boleh digunakan oleh penganjur seperti iklan-iklan di laman sosial facebook dan twitter. Dalam hal ini, pihak penganjur perlulah bijak memikirkan strategi yang sesuai untuk menarik minat orang ramai untuk menyertai pertandingan anjuran mereka. Dalam pertandingan permainan tradisional anjuran kami, saya dapati terdapat beberapa kelebihan diperoleh iaitu seperti penggunaan laman sosial facebook dalam mempromosikan pertandingan dan banner iklan yang cantik. Pada masa yang sama juga, AJK Publisiti meminta kerja sama daripada semua pelajar untuk bersamasama mempromosikan pertandingan ini. Selain itu, AJK Publisiti juga membuat

tempahan banner yang cantik dan pada pendapat saya ianya dapat menarik minat pelajar IPG Kampus Raja Melewar untuk menyertai pertandingan kami. Namun, perkara yang menyedihkan di sini ialah, apabila hari pertandingan berlangsung penyertaan sangat tidak memuaskan kerana hanya beberapa kerat sahaja pelajar IPG yang menyertai pertandingan anjuran kami ini.

Kekurangan yang jelas nampak di sini ialah, AJK yang bertanggungjawab untuk mempromosikan pertandingan ini agak lewat untuk membuat hebahan dan iklan-iklan mengenai pertandingan. Iklan-iklan yang dicetak juga tidak banyak ditampal di kawasan-kawasan tumpuan pelajar. Hal ini menyebabkan ada juga pelajar yang tidak tahu akan pertandingan ini. terdapat juga segelintir pelajar hanya tahu tentang pertandingan ini tetapi tidak tahu tarikh pertandingan ini dijalankan. Selain itu juga, banner yang ditempah juga tidak diletakkan pada tempat yang sepatutnya dan ia menyebabkan pelajar lain tidak nampak. Namun begitu, masalah kekurangan penyertaan ini tidak boleh hanya dipertanggungjawabkan kepada AJK Publisiti sahaja kerana kemungkinan tarikh yang tidak sesuai membuatkan tidak ramai pelajar dapat menyertai pertandingan permainan tradisional ini. Pada hari pertandingan, semua yang telah dirancang berjalan dengan lancar. Semua pelajar berkumpul di padang sebelum 7.30 pagi. Saya sangat mengagumi rakan-rakan saya yang lain kerana walaupun pada hari semalamnya terpaksa tidur lewat untuk memastikan semua kelengkapan untuk keesokan hari tetapi dapat bangun awal untuk berkumpul di padang pada pagi tersebut. Sebelum itu, kami semua telah diberikan taklimat ringkas oleh pensyarah pembimbing dan ketua projek mengenai perjalanan pertandingan pada hari tersebut. Pada masa yang sama, kehadiran para pelajar juga diambil untuk memastikan tiada pelajar yang ponteng. Kekurangan peserta menyebabkan pihak penganjur terpaksa mendaftar sebagai peserta pertandingan. Perkara ini tidak menjadi masalah kerana bilangan pelajar batch kami yang ramai dapat menampung kekurangan peserta. Pada hari kejadian juga, saya berpeluang untuk bermain permainan yang saya tidak pernah main sebelum ini iaitu seperti kabadi, galah panjang dan kondakondi. Saya paling teruja untuk bermain permainan kabadi kerana ia agak asing dalam masyarakat Melayu. Permainan kabadi seronok untuk dimainkan sekiranya para peserta memahami peraturan-peraturan permainan tersebut. Pada mulanya, saya agak keliru dengan peraturan permainan ini walaupun mendapat penjelasan daripada hakim pertandingan.

Namun sedikit demi sedikit saya dapat memahami peraturan permainan apabila mula bermain. Saya juga berpeluang untuk bermain permainan yang kebiasaannya dimonopoli oleh golongan pelajar perempuan iaitu batu seremban. Pada pendapat saya, koordinasi mata dan tangan sangat penting dalam permainan batu seremban. Kelebihan yang saya didapati semasa hari pertandingan ialah penganjur dapat memberikan komitmen yang baik walaupun pada masa yang sama penganjur juga terpaksa menjadi peserta. Hal ini secara tidak langsung membuatkan setiap pertandingan yang dipertandingkan itu meriah dan pada masa yang sama kelancaran pertandingan tidak terganggu. Selain itu taklimat yang jelas oleh AJK Teknikal juga membuatkan setiap peserta faham bagaimana sesuatu pertandingan tersebut dimainkan dan bagaimana sistem pemarkahan dikira walaupun saya melihat bahawa AJK Teknikal merupakan AJK yang paling sibuk sekali pada hari pertandingan. Pertandingan-pertandingan yang dipertandingkan juga sangat

menarik dan menyeronokkan. Semua AJK yang bertugas pada hari pertandingan juga berjaya menjalankan tugas mereka dengan baik. Contohnya seperti, setiap skor pasukan yang bertanding akan terus dikemaskinikan ke papan markah. Kemas kini markah oleh pihak penganjur penting kerana peserta yang bertanding akan tahu kedudukan semasa mereka dan hal ini membolehkan mereka meletakkan target pada permainan seterusnya. Kekurangan pula ialah, terdapat juga permainan yang tempat untuk memainkan permainan itu tidak sesuai. Contohnya ialah permainan batu seremban. Permainan batu seremban dimainkan di atas padang dan hanya berlapikkan tikar getah sahaja. Hal ini menyebabkan permukaannya tidak rata dan menyusahkan para peserta untuk bermain. Sepatutnya, permainan batu seremban ini diubah ke tempat yang lebih sesuai seperti di atas lantai yang rata. Selain itu, terdapat juga gangguan angin semasa permainan sepak bulu ayam dimainkan. Kita telah sedia maklum bahawa, bulu ayam merupakan objek yang ringan dan mudah melayang. Untuk menyelesaikan masalah ini, saya rasa permainan ini lebih sesuai dimainkan di kawasan yang terdapat lindungan daripada angin.

Selain itu, terdapat juga arahan-arahan yang tidak jelas daripada hakim pertandingan. Contohnya, tidak semua peserta tahu tentang peraturan-peraturan dalam permainan kabadi. Oleh itu, hakim pertandingan perlulah memberikan arahan dan membacakan peraturan-peraturan sesuatu pertandingan dengan jelas. Pada hari pertandingan juga, tidak semua permainan dapat dijalankan. Hal ini kerana terdapat juga permainan yang terpaksa diubah format permainan pada saat-saat akhir. Tidak semua peserta bertanding dalam permainan konda-kondi dan kabadi. Hal ini disebabkan hari semakin panas dan kebanyakkan peserta sudah keletihan. Hal ini dapat dielakkan sekiranya setiap permainan yang dipertandingkan dapat dijalankan tepat pada waktunya. Dalam permainan kabadi pula, kesemua peserta perempuan tidak bermain permainan tersebut. Hal ini berkemungkinan mereka memikirkan bahawa permainan tersebut hanya untuk golongan lelaki sahaja. Tepat jam 1 petang, semua permainan yang dipertandingkan selesai. Seterusnya ialah upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang dan perasmian penutup oleh Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani walaupun pada mulanya pertandingan permainan tradisional kami akan dirasmikan oleh Pengarah IPG Kampus Raja Melewar. Saya beranggapan bahawa kemungkinan beliau ada urusan lain yang lebih penting. Saya sangat tertarik dengan ucapan oleh Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani kerana dalam ucapannya banyak nasihat dan tips-tips yang berguna kepada kami sebagai seorang bakal guru. Namun, saya agak kecewa di sini kerana terdapat segelintir pelajar yang pulang awal setelah mendapat makanan. Pada pendapat saya, mereka yang pulang awal ini mementingkan diri sendiri kerana sedangkan rakan-rakan yang lain bertungkus lumus untuk mengemas tempat pertandingan. Perkara ini dapat dielakkan sekiranya mereka memikirkan tanggungjawab bersama.

Secara keseluruhannya, penganjuran pertandingan permainan tradisional ini memberikan pengalaman yang baru dalam hidup saya sebagai seorang bakal guru. Selain itu, pengalaman ini dapat saya gunakan di sekolah apabila saya mengajar kelak. Tugas saya sebagai AJK Peralatan juga membuatkan saya dapat mengetahui serba sedikit mengenai selok-belok dalam pengurusan dan pentadbiran dalam Pendidikan Jasmani dan Sukan. Pada zaman sekarang, budak-budak tidak lagi didedahkan dengan permainan tradisional dan menyebabkan mereka tidak berminat untuk bermain permainan tradisional. Adalah menjadi tanggungjawab kepada setiap guru untuk memperkenalkan kembali permainan tradisional kepada generasi baru supaya mereka ini berbangga dengan tinggalan nenek moyang mereka. Akhir sekali, saya berasa sangat gembira dan beruntung kerana saya telah menjadi sebahagian daripada penganjuran permainan tradisional ini. usaha keras kami selama beberapa minggu ini terasa sangat berbaloi apabila melihat kejayaan penganjuran pertandingan permainan tradisional ini.

Anda mungkin juga menyukai