Anda di halaman 1dari 8

LAPORAN PENGELOLAAN KARNIVAL SUKAN PERMAINAN ( SUPER )

PERTANDINGAN BADMINTON

Pada 7 Oktober sehingga 8 Oktober 2022, Kolej Tingkatan Enam Desa Murni telah
mengadakan Karnival Sukan Permainan Sempena Hari Sukan Negara. Kami dari kelas sains
sukan KTEDM telah diberi peluang untuk mengelola dan menganjurkan Karnival Sukan
Permainan ( SUPER ) yang pertama kali diadakan di peringkat kolej. Unit kokurikulum kolej
telah menyediakan hadiah kepada pemenang johan hingga tempat keempat. Kami selaku
pengelola karnival telah menetapkan empat permainan untuk disertai oleh semua pelajar lelaki
atau perempuan iaitu Badminton, Futsal, bola tampar, bola jaring. Setiap permainan tersebut
mempunyai jawatankuasa pengelolanya yang tersendiri. Peserta yang akan menyertai
pertandingan tersebut terdiri daripada pelajar tingkatan Enam Atas, Enam Bawah, guru-guru dan
staf sokongan yang membentuk pasukan masing-masing.

Sebelum hari karnival super bermula, kami semua telah berbincang tentang menyediakan
gelanggang, hadiah dan makanan tersebut. Hal ini demikian kerana ini memberi persediaan
kepada pengelola iaitu kami sendiri supaya karnival super dapat berjalan dengan lancar. Program
ini juga dipersetujui oleh pihak sekolah. Kumpulan saya dipilih untuk mengelolakan
pertandingan badminton. Pelajar Sains Sukan Enam Bawah berkumpul bersama-sama di bilik
sains sukan dengan guru sains sukan untuk berbincang pendapat masing-masing terhadap
karnival super dan sukan permainan ini. Guru sains sukan kami turut memberi idea dan tunjuk
ajar tentang cara pengelolaan dalam permainan, cara menguruskan masa dan kertas kerja. Selain
itu, semua persiapan untuk gelanggang dan tempat perlawanan yang telah kami uruskan. Kami
melaksanakan pertandingan badminton di dewan tertutup KTDEM. Oleh itu, pengajur
pertandingan badminton semak gelanggang badminton dan memeriksa jaring badminton yang
akan digunakan dalam pertandingan supaya berjalan dengan lancar. Ahli-ahli lain juga
bekerjasama menyiapkan segala persiapan seperti ahli futsal mengecat tiang gol, ahli bola tampar
memasang jaring dan ahli bola jaring membuat garisan dan mengecat guna dengan cat berwarna
putih.
Objektif karnival super ini adalah untuk mengeratkan hubungan dengan kaum lain dan
mewujudkan peluang untuk mencungkil bakat-bakat baru serta melahirkan modal insan yang
sihat dan cergas dalam sukan di semua peringkat. Hal ini adalah dapat melahirkan sikap
bekerjasama, bertanggungjawab, bersopan santun dan berdisiplin serta dapat melahirkan
keyakinan seseorang menjadi generasi yang terbaik. Selain itu, tujuan pelaksanaan karnival super
ini adalah untuk mengadakan semangat persaingan yang baik dan sihat melalui sukan dalam
individu atau kumpulan. Pada masa yang sama, kita dapat meningkatkan tanggungjawab sendiri.

Saya berada di bawah jawatankuasa pengelola permainan badminton. Saya bersama-sama


mengelola permainan badminton pada hari tersebut dengan ahli kumpulan. Permainan badminton
yang dipengerusikan adalah Aiman Irfan Bin Adbul Jamal manakala penolong pengerusi adalah
Serena Binti Jeffery. Seterusnya, setiausaha dan bendahari adalah Noor Hanani Binti Azali dan
Nur Mashitah Binti Mohamad. Terdapat beberapa jawatankuasa yang telah memainkan peranan
untuk melancarkan program tersebut. Contohnya, AJK Pertandingan disandang oleh Aiman Irfan
Bin Adbul Jamal, Nur Mashitah Binti Mohamad, Mohamad Hanith Bin Jasmi dan Mohamad
Haikal Bin Jasni. Safia Khadijah Binti Mohamad Sokori dan Serena Binti Jeffery adalah AJK
Pendaftaran, AJK Publisiti dan Dokumentasi serta AJK Minuman pula adalah Nur Mashitah
Binti Mohamad, Noor Hanani Binti Azali dan Lim Wei Han.

Tugas saya dalam jawatankuasa karnival super ini adalah sebagai AJK Publisiti dan
Dokumentasi serta AJK Minuman dalam aktiviti badminton. Sebagai AJK Publisiti dan
Dokumentasi, saya akan merekakan dan mecetak poster serta menye. barkan poster tersebut
kepada kelas-kelas. Pada masa yang sama, saya akan membuat pengerusi saya iaitu, Aiman Irfan
Bin Adbul Jamel untuk membuat persediaan awal supaya aktiviti dapat berjalan dengan lancar.
Sebagai AJK Minuman pula saya dapat menjalankan tugas bersama-sama dengan rakan saya
iaitu, Nur Mashitah Binti Mohamad dan Noor Hanani Binti Azali. Saya akan menyediakan
minuman untuk menjual pada hari karnival super seperti 100 plus. Setalah itu, kami
menyerahkan borang tersebut kepada Cikgu Johari untuk memeriksa nama peserta untuk
mengelakkan sebarang kesalahan berlaku.
Sebelum penyampaian hadiah kepada para pemenang yang disampaikan oleh Cikgu
Johari, iaitu guru mata pelajaran sains sukan. Terdapat keepat yang dimenangi oleh permainan
badminton dalam bergu lelaki adalah IRVIN GIH YEN SEN dan LEE POH HOONG manakla
tempat ketiga dimenangi oleh MOHD NAUFAL dan MOHD HELML. Naib johan yang didapati
oleh MODH MAZMI dan MODH HELMI. Johan yang dimenangi oleh YEOH YUAN CONG
dan TAN JIN HAO. Acara permainan badminton bergu perempuan pula, tempat keempat adalah
NUR MURNIRAH dan NUR AMYZA. Tempat ketiga dimenangi oleh NUR IZZAH dan NUR
ZURAZAAH. Naib johan dimenangi oleh NURUL MATASHA dan NUR FATZHAH. LEE
YING SIN dan LIM CHIA XUAN adalah pertandingan bergu perempuan ini tempat pertama !
Hadiah-hadiah yang disampaikan kepada pemenang dan diwakili oleh setiausaha permaianan.
Para permain sangat berpuas hati dengan hadiah yang diberikan oleh kami.

Bagi aspek kelebihan pengelolaan badminton ini adalah adanya semangat bekerjasama
berpasukan dalam kalangan jawatankuasa kami. Semua ahli telah memberi kerjasama dengan
sepenuhnya sepanjang aktiviti yang berlangsung. Seterusnya, ahli-ahli jawatankuasa juga
bertanggungjawab dan menjalankan tugasan dengan berjaya. Di samping itu, keseronokan dan
pengalaman yang bagus, program ini juga mempunyai kelemahan dan kekurangan. Antaranya,
peserta tidak bertanggungjawab dengan tidak berada dalam gelanggang pada masa yang
ditetapkan. Walapun kemudahan badminton gelanggang telah disiapkan, lantainya berlubang.
Hal ini akan menyebabkan peserta kecederaan ketika bermain tidak berhati-hati.

Untuk penambahbaikan sepanjang pengelolaan aktiviti badminton, kita perlulah lebih


tegas dan memastikan para peserta berada di gelanggang pada masa yang tepatnya serta
membaiki berlubang-lubang berada di gelanggang lantainya. Hal ini demikian kerana tidak
menganggu kelancaran pertandingan tersebut dan hendak menjaminkan keselamatan para peserta
dan pemain semasa bermain badminton. Selain itu, para peserta mestilah lebih bertanggungjawab
dan mematuhi segala etika yang diberitahu. Akhir sekali, kita boleh menjemput lebih banyak
guru, staf dan pelajar-pelajar untuk menyertai pertandingan badminton tersebut. Hal ini demikian
kerana mempunyai pesaing yang baik dan suasana akan nuih-rendah. Juga boleh menjemput
banyak penonton untuk menyokong semasa perlawanan badminton berlangsung. Oleh itu, kita
akan bekerjasama dan lebih berusaha untuk menangani masalah tersebut.

Konklusinya, aktiviti tersebut yang dilaksanakan dapat melahirkan para pelajar yang berilu
pengetahuan yang tinggi. Kami berasa bersyukur unutk mengelola aktiviti pada Hari Sukan
Negara 2022 yang pertama kali diadakan di Kolej Tingkatan Enam Desa Murni. Setiap pelajar
Sains Sukan telah berjaya menjalankan aktiviti dengan lancar. Saya ingin berterima kasih kepada
kumpulan saya iaitu, kumpulan badminton kerana berkorban masa bersama-sama menyelesaikan
sepanjang aktiviti tersebut. Saya juga ingin berterima kasih kepada Cikgu Johari kerana sudi
memberi dan menunjuk ajar serta membimbing kepada para pelajarnya pada sepanjang aktiviti
ini. Saya, Lim Wei Han adalah salah satu pelajar Sains Sukan Enam Bawah dan pengelola
aktiviti ini, berharap agar semua pihak berasa senorok dan menikmati sepanjang aktiviti
berlangsung. Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh, 12 OKTOBER 2022

______________________

( LIM WEI HAN )

Pelajar BTM Sesi 2022 / 2023

KOLEJ TINGKATAN ENAM DESA MURNI.


KOLEJ TINGKATAN ENAM DESA MURNI
SUNGAI DUA, 13800 BUTTERWORTH
PULAU PINANG

LAPORAN KERTAS KERJA


AMALI 1

PENGELOLAAN PERTANDINGAN BADMINTON

TARIKH : 7 & 8 OKTOBER


MASA : 9.15 – 12.30 TENGAHARI
TEMPAT : GELANGGANG BADMINTON

NAMA PELAJAR : LIM WEI HAN

NOMBOR KAD PENGENALAN : 041129-02-0522

TINGKATAN : 6 BTM

NAMA GURU : EN. JOHARI BIN ALIAS


Mereka bermain bersungguh-sungguh untuk memang dalam pertandingan.

Mereka mengikut peraturan supaya dapat menjalankan pertandingan dengan lancar.


Mereka sangat fokus dalam pertandingan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai