Anda di halaman 1dari 4

Kebaikan Permainan Tradisional

Bermain permainan tradisoinal sememangnya aktiviti

riadah yang menyeronokkan. Permainan tradisionaltelah
diwarisi sejak zaman-berzaman. Namun, permainan tradisional
semakin dilupakan kerana kewujudan permainan yang canggih
seperti permainan video dan komputer.
Permainan tradisional banyak kebaikannya. Antaranya,
kita dapat mengisi masa lapang dengan bermain permainan
tradisional. Selalunya, kita bermain permainan tradisional pada
waktu petang. Jadi, kita dapat berhibur selepas waktu
persekolahan dengan bermain permainan ini.
Seterusnya, permainan tradisional dapa menegeratkan
perhubungan antara satu sama lain. Kita boleh bermain
permainan tradisional dengan pelbagai lapisan masyarakat.
Bermain permainan tradisional juga menerapkan semangat
berpasukan dalam kalangan para pemainnya.
Bermain permainan tradisional merupakan hiburan yang
menarik. Kita tidak memerlukan peralatan yang mahal atau
kawasan yang luas untuk bermain permainan ini. Jadi,
permainan tradisional memberikan kita keseronokan tanpa perlu
berbelanja besar.
Akhir sekali, permainan tradisional dapat memupuk nilai
tradisi dalam kalangan generasi masa kini. Kita hendaklah
menghargai warisan budaya ini kerana permainan tradisional
dapat membentuk generasi yang berpekerti mulia.
Kesimpulannya, permainan tradisional perlu diterapkan
dalam kalangan murid-murid. Pihak sekolah perlu menjadikan
permainan tradisional ini salah satu daripada kegiatan yang
perlu diajar di sekolah.

Cara cara mengatasi kemalangan jalan raya
Kemalangan jalan raya bukanlah satu perkara baru di
negara kita, malahan sejak sekian lama kemalangan jalan raya
yang berlaku di negara ini merupakan antara yang tertinggi di
dunia. Oleh itu, kerajaan perlu melakukan langkah-langkah yang
sewajarnya bagi mengurangkan kemalangan jalan raya di
negara ini.
Antara langkah yang patut dilakukan ialah dengan
memperketatkan undang-undang keselamatan jalan di jalan
raya .Syarat kelulusan bagi ujian kelas memandu juga haruslah
dinaikkan. Selain itu, para pemandu diwajibkan menduduki
peperiksaan setiap dua tahun untuk memahirkan mereka
dengan kemahiran yang diajarkan di kelas memandu dahulu.
Keadaan kenderaan seperti tidak berlampu dan sistem
brek yang rosak merupakan salah satu penyumbang utama
kemalangan di jalan raya. Oleh itu, para pemandu perlu
sentiasa memastikan kenderaan mereka dalam keadaan
selamat sebelum digunakan, khususnya untuk perjalanan yang
jauh.
Kemalangan jalan raya yang kerap berlaku sejak
belakangan ini adalah berpunca daripada sikap pemandu yang
suka memandu melebihi had laju yang ditetapkan. Dalam hal
ini, had laju yang sedia ada wajar dikurangkan, khususnya di
kawasan lebuh raya. Denda juga harus dikenakan terhadap
pengguna yang memandu melebihi had yang ditetapkan.
Jika seseorang pemandu itu didapati melakukan
kesalahan yang sama lebih daripada dua kali, maka lesen
memandu mereka perlu digantung. Tindakan ini sudah pasti
akan dapat membuka mata pengguna-pengguna lain. Sikap
tidak mengambil peduli akan keselamatan di jalan raya dalam
kalangan pengguna selama ini pasti akan terhakis apabila
amaran menggantung lesen memandu mereka dikeluarkan.
Pengguna juga perlu disedarkan tentang tanggungjawab
mereka ketika berada di jalan raya melalui kempen-kempen
keselamatan jalan raya oleh pihak tertentu, bak kata pepatah,
janganlah sudah terhantuk baru hendak tengadah kerana
apabila sesuatu kecelakaan sudah berlaku, tiada guna
menyesalinya lagi, kerana nasi sudah menjadi bubur.

Cara-cara memperolehi kejayaan
Setiap pelajar mempunyai impian untuk berjaya dalam
pelajaran. Oleh itu setiap pelajar mesti tahu cara-cara
memperoleh kejayaan cemerlang dalam pelajaran.
Antara cara untuk memperoleh kecemerlangan dalam
pelajaran adalah dengan membuat jadual waktu di rumah.
Jadual ini akan membantu pelajar agar sentiasa menepati masa
semasa di rumah. Di samping itu, para pelajar mestilah rajin
membaca. Dengan membaca, pengetahuan kita akan
meningkat. Ini pastilah akan menyumbang ke arah
kecemerlangan pelajar dalam pelajaran.
Selain itu, para pelajar perlulah mengulangkaji pelajaran.
Ini akan membantu pelajar terus mengingati dan memahami
topik pelajaran yang telah dipelajari . Kesannya, pelajar akan
cemerlang dalam ujian atau peperiksaan.
Pelajar juga mestilah menghadiri aktiviti-aktiviti
kecemerlangan yang diadakan oleh pihak sekolah seperti kelas
tambahan, kelas motivasi dan sebagainya. Ini kerana aktitivi
seperti ini akan memantapkan pemahaman dan kemahiran para
pelajar dalam pelajaran.
Seterusnya pelajar jaga hendaklah menumpukan
perhatian kepada pengajaran guru di kelas. Elakkan bermain-
main semasa guru mengajar kerana ini menyebabkan kita tidak
memahami apa yang disampaikan oleh guru. Jika kurang faham
akan sesuatu topik, pelajar harus segera bertanyakan guru
supaya masalah itu tidak terus berpanjangan.
Kesimpulannya, setiap pelajar inginkan kejayaan
cemerlang dalam pelajaran. Oleh itu, pelajar haruslah berusaha
dengan tekun dan gigih supaya impian mereka tercapai.

Manfaat mempunyai ramai kawan
Jika seseorang sama ada kaank-kanak atau orang
dewasa disuruh memilih antara hidup bersendirian dengan
hidup berteman, tentulah ramai yang memilih hidup berteman.
Mengapa keadaan ini berlaku? Sebabnya adalah apabila
berteman atau berkawan, banyak manfaat yang boleh kita
perolehi.
Apabila kita mempunyai ramai kawan, pengetahuan dan
pengalaman kita bertambah. Ini tidak menghairankan kerana
persahabatan yang kukuh memberi ruang untuk berbincang,
bertukar pendapat, dan menentukan hala tuju. Ini kerana tidak
semua perkaran kita tahu ataufaham. Jika kita mempunyai
kawan, akan berlakulah pertukaran maklumat. Dalam jangka
masa panjang, aktiviti ini menjadikan kita lebih matang.
Satu hal yang tidak dapat dinafikan, manusia atau
haiwan memang mempunyai sifat bekeinginan berkawan.
Apabila bersendirian, diri terasa kesunyian. Jika kesunyian ini
tidak dibendung, kemungkinan berlaku tekanan jiwa dan kita
tidak boleh membuat sesuatu di luar batas-batas peradaban
kehidupan.
Berkawan juga, terutamanya jika mempunyai teman yang
sanggup bersusah dan senang bersama, akan dapat membantu
kita sewaktu menghadapi sesuatu masalah. Walaupun
persahabatan yang terjalin tidak menuntut apa-apa balasan,
mungkin pada suatu ketika kelak, kita meminta pertolongan bagi
membantu mengurangkan masalah yang dihadapi.
Selain yang dinyatkan, berkawan juga memudahkan kita
menjalankan sesuatu kerja. Contohnya, sebagai seorang ahli
Pengakap, kegiatan memasang khemah tiak mungkin dapat
dilakukan bersendirian. Apabila mempunyai kawan, kerja yang
sukar akan dapat dilaksanakan dengan cepat dan sempurna.
Berdasarkan keterangan di atas, jelaslah kepada kita
bahawa banyak manfaat yang kita perolehi daripada berkawan.
Namun, dalam usaha meramaikan kawan, hendaklah kita selalu
berhati-hati, kerana ada kawan yang hanya bersama sewaktu
tertawa, tetapi menjauhkan diri ketika menangis.

Anda mungkin juga menyukai