Anda di halaman 1dari 24

CIRI-CIRI SAHABAT YANG BAIK

Sentiasa membantu ketika dalam kesusahan.


Menunjukkan teladan yang baik.
Mengajak ke arah kebaikan.
Bersedia mendengar masalah.
Membantu dalam pelajaran.
Contoh Karangan

Setiap individu di dunia ini pastinya memiliki sahabat ataupun rakan dalam kehidupan
mereka. Rakan-rakan amat diperlukan dalam menghilangkan kebosanan yang melanda diri. Namun
demikian, beberapa perkara perlu dipertimbangkan dalam memilih rakan. Hal ini demikian kerana
jika tersalah pilih rakan akan rosaklah masa hadapan kita. Jika diperhalusi, ada beberapa ciri dalam
memilih sahabat yang perlu kita ketahui.

Ciri yang paling utama sudah pastinya sahabat yang sentiasa membantu kita ketika susah
dan senang. Peribahasa ada mengatakan rakan ketawa senang dicari tetapi rakan tangis sukar
ditemui. Oleh itu, dalam memilih sahabat ciri ini perlu ada supaya mereka sentiasa membantu kita
tanpa mengira waktu dan ketika. Jelaslah, rakan atau sahabat yang sebegini mampu mengisi
kekosongan dan sentiasa ada saat diperlukan.

Sahabat yang baik juga pastinya mampu menunjukkan teladan yang baik kepada kita. Sudah
pasti kita tidak mahu menjadi seperti disebabkan nila setitik habis rosak susu sebelanga. Disebabkan
sikap rakan kita yang tidak elok, habis rakan-rakan yang lain dituduh bersekongkol mahupun dilabel
sebagai membawa pengaruh yang negatif. Huraian ini sangat bertepatan dengan peribahasa
berteman dengan tukang minyak wangi kita akan ikut wangi, berteman dengan tukang minyak kita
akan ikut bau minyak.

Di samping itu, dalam memilih sahabat juga pilihlah sahabat yang sentiasa mengajak kita ke
arah kebaikan. Sebagai contohnya, pilihlah sahabat yang tidak meninggalkan solat dan tahu
menghormati orang yang lebih tua. Perkara ini penting kerana ciri-ciri sahabat yang baik itu akan
menjadi ikutan kita sepanjang masa. Secara tidak langsung, masyarakat akan memandang tinggi
individu-individu yang memiliki ciri-ciri yang baik dalam diri mereka.

Seterusnya, sahabat yang baik juga pastinya bersedia untuk berkongsi ataupun sekurang-
kurangnya mendengar masalah kita pada bila-bila masa yang diperlukan. Sahabat yang baik mampu
berfungsi sebagai pembimbing di saat kita menghadapi masalah. Namun demikian, nasihat dan
bimbingan yang diberikan mestilah mampu membawa kita ke arah kebaikan. Tidak dapat dinafikan
lagi, kita perlu bersedia mendengar masalah rakan jika ingin menjadi sahabat yang baik.

Kesimpulannya, ada berbagai-bagai ciri yang perlu diperhalusi dalam menilai erti
persabahatan. Oleh sebab itu, kita wajar dan harus berhati-hati untuk menjadikan seseorang itu
sebagai kawan, teman ataupun jua sahabat kita. Seorang sahabat semestinya memiliki sifat-sifat
yang terpuji untuk diikuti dan dicontohi. Sahabat boleh membahagiakan kita untuk menempuh
kehidupan di dunia ini dan juga membantu kita di akhirat kelak.
Menjadi seorang yang cemerlang adalah impian setiap pelajar. Bincangkan cara-cara untuk
menjadi pelajar yang cemerlang.

PELAJAR CEMERLANG JADI IMPIAN

Memang tidak dapat dinafikan setiap pelajar ingin menjadi yang cemerlang.Cita-cita dan
harapan ini, akan menjadi nyata jika seseorang pelajar itu melakukan perkara yang terbaik buat
dirinya. Dalam mencapai impian ini, ada pelajar yang berjaya dan ada juga yang kecundang.

Menjadi pelajar cemelang memerlukanseseorang itu berdisiplin. Mereka perlu menumpukan


sepenuh perhatian terhadap bidang yang diceburi. Apa jua bidang, kurikulum atau kokurikulum
mesti dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan berdisiplin. Jika tidak, harapan untuk menjadi
pelajar cemerlang akan musnah.

Selain itu, mereka mesti bijak membahagikan masa. Urusan pelajaran harus diutamakan.
Urusan-urusan lain seperti membantu ibu bapa dan rakan-rakan yang lain tidak harus diketepikan.
Sebagai pelajar yang cemerlang, kita wajib membantu ibu bapa apabila diperlukan. Jangan
hampakan harapan mereka.

Untuk mencapai kejayaan cemerlang, seseorang pelajar harus taat kepada perintah
agamanya. Mereka harus mengamalkan suruhan agama dan meninggalkan apa yang dilarang.
Tinggalkan perkara-perkara yang ditegah oleh agama agar hidup lebih diberkati.

Jika inginkan kejayaan yang cemerlang, seseorang pelajar juga perlu menghormati kedua ibu
bapanya, guru-guru serta rakan-rakan. Sekalipun sibuk dengan pelajaran, ibu bapa harus
diutamakan. Guru-guru harus dihormati dan hubungan dengan rakan juga perlu dijaga dengan
baik.

Kejayaan tidak datang bergolek. Kejayaan hadir dengan komitmen yang tinggi untuk berjaya.
Setiap individu boleh berjaya dengan usaha yang berterusan dan bersungguh-sungguh. Jadi
terpulang kepada seseorang pelajar sama ada menjadi pelajar cemerlang atau tidak.

CARA-CARA MENCERIAKAN KAWASAN SEKOLAH.

Sekolah ialah tempat kita belajar dan menimba ilmu. Lantarannya alam sekitar kawasan
sekolah yang kondusif akan mempengaruhi pelajar menuntut ilmu dan menelaah pelajaran. Sebagai
pelajar, kita seharusnya menjaga kebersihan dan keindahan sekolah. Setiap pelajar akan berasa
selesa jika persekitaran sekolahnya bersih dan ceria. Bak kata peribahasa, “Hendak seribu daya, tak
hendak dalih.” Oleh itu, pihak sekolah perlu mengaturkan strategi yang dominan untuk menceriakan
kawasan sekolah.

Salah satu langkah yang dominan untuk menceriakan kawasan sekolah adalah mengadakan
program bergotong-royong. Aktiviti bergotong royong harus diadakan berkala untuk membersihkan
kawasan sekolah. Aktiviti ini perlu melibatkan seisi warga sekolah. Gotong-royong bertujuan untuk
memastikan setiap warga sekolah dapat bekerjasama untuk menjaga kebersihan sekolah. Selain itu,
kerja dapat disiapkan dengan cepat dan mudah, bak kata pepatah,yang berat sama dipikul, yang
ringan sama dengan dijinjing. Pada hujung minggu,pelajar sekolah boleh hadir untuk aktiviti gotong-
royong. Contohnya, pelajar dikehendaki memungut sampah atau membersihkan longkang.
Tindakan yang seterusnya adalah mengadakan taman bunga di sekolah. “Program Sekolah
dalam Taman” patut diadakan dengan menanam pokok-pokok bunga dan tumbuh-tumbuhan yang
menghijau di kawasan sekolah. Lantarannya persekitaran sekolah lebih nyaman dan berudara segar.
Dalam situasi ini, pelajar-pelajar juga boleh membawa pokok bunga dari rumah untuk ditanam di
kawasan sekolah. Landskap sekolah juga patut dilengkapi dengan kolam ikan dan gunung-gunungan
serta pondok atau bebalai untuk membaca. Nescaya pelajar lebih selasa dan minat untuk menuntut
ilmu dalam persekitaran seperti taman daripada bangunan konkrit yang kaku.

Di samping itu pihak sekolah boleh mengecat bangunan semula. Mengecat bangunan boleh
mencantikkan sekolah. Pelajar juga akan berasa seronok untuk datang ke sekolah yang berseri-seri.
Cogan kata ada menyatakan , “sekolahku syurgaku.” Dengan bantuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
pihak sekolah boleh menyediakan cat dan berus cat. Pelajar juga boleh bekerjasama bagai ke bukit
sama didaki, ke lurah sama dituruni untuk mengecat pagar dan dinding bangunan sekolah. Kelab
atau persatuan kokurikulum juga digalakkan melukis di dinding sekolah. Mereka boleh melukis
gambar landskap, pemandangan, lukisan dan corak serta cogan kata. Dalam konteks ini, sekolah
kelihatan lebih cantik dan lebih sesuai untuk belajar.

Dalam pada itu, pertandingan kelas terbersih perlu diadakan setiap minggu. Melalui aktiviti
ini, setiap pelajar akan menjalankan tugas masing-masing untuk membersihkan kelas mereka,
seperti mengelap cermin tingkap, menyapu lantai dan mengemaskan meja dan kerusi. Guru
bertugas harian akan memantau dan menilai kebersihan kelas setiap hari. Kelas terbersih dan
terkotor akan diumumkan dalam perhimpunan mingguan. Kelas terbersih akan diberikan sijil
penghargaan. Sebaliknya kelas terkotor perlu didenda untuk menjalankan pembersihan pada
petang, seperti mencuci tandas dan kantin. Secara anjakan paradigma, pelajar akan mengamalkan
tabiat menjaga kebersihan dalam kehidupan sehari-harian mereka.

Selain itu, sekolah juga perlu menjalankan Program 3K. Program 3K bermaksud
mengutamakan Kebersihan, Keindahan dan Keselamatan. Dalam program ini, pihak sekolah perlu
memastikan kawasan sekolah dalam keadaan yang bersih, indah dan selamat. Hal ini demikin
kerana pihak sekolah sentiasa mengadakan pemeriksaan dan penyeliaan dari semasa ke semasa.
Lebih-lebih lagi, pihak Kementerian Pelajaran akan membuat pemantauan terhadap sekolah
tersebut. Hal ini akan memangkinkan semangat pihak sekolah untuk memastikan program berjaya
diadakan. Sebagai impaknya, program 3K perlu diadakan di sekolah.

Kesimpulannya, semua warga sekolah hendaklah bekerjasama untuk menceriakan sekolah. Dalam
hal ini, guru,pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah perlu bersama-sama menjaga persekitaran
sekolah supaya bersih dan ceria.
DIALOG;FAEDAH MEMBACA SURAT KHABAR

Soalan : Semasa menunggu bas sekolah sampai, kamu dan rakan kamu berbual-bual tentang
kebaikan membaca suratkhabar.

Tulis perbualan kamu dan rakan kamu itu selengkapnya.

Rangka karangan :Pemulaan :

Menegur - memberi salam - bertanya khabar

Isi 1 : Kebaikan suratkhabar - dapat berita dalam dan luar negara - perkembangan semasa – cuaca

Isi 2 : Menambah perbendaharaan kata - perkataan baharu - ejaan yang betul

Isi 3 : Melancarkan pembacaan - sisipan untuk murid - contoh latihan UPSR

Penutup : Bas sampai - sambung esok - jumpa lagi

Contoh karangan :

Amer : Assalammualikum

Naim : Waalaikumussalam

Amer : Kamu sedang buat apa?

Naim : Saya sedang membaca surat khabar.

Amer : Apakah kelebihan membaca suratkhabar?

Naim : Dengan membaca surat khabar, kita dapat mengetahui berita dalam dan luar negara. Kita
juga dapat mengetahui perkembangan semasa.

Amer : Dengan membaca surat khabar juga, kita dapat mengetahui ramalan cuaca dalam setiap
negeri.

Naim : Selain itu, kita juga dapat menambah perbendaharaan kata kita. Membaca surat khabr
mengatahui

Perkataan yang baharu yang dapat memantapkan karangan pada waktu peperiksaan.

Amer : Kita juga dapat mengetahui ejaan yang betul pada perkataan yang agak sukar untuk dieja.

Naim : Dengan membaca surat khabar jugs, kita dapat melancarkan pembacaan kita.

Amer : Di dalam setiap surat khabar pasti terdapat sisipan untuk murid. Kita dapat membuat latihan
yang telah diesediakan.

Naim : Bas sudah samapi. Terpaksalah kita sambung pada keesokan hari. Selamat tinggal.
Rangka karangan :Permulaan :

Makna hobi - contoh - hobi saya

Isi 1 :Kenapa suka hobi tersebut - Faedah

Isi 2 :Bila melaksanakan hobi

Isi 3 :Pencapaian dalam hobi

Isi 4 :Idola

Penutup :Harapan

Contoh jawapan :

Hobi bermaksud sesuatu aktiviti yang dilakukan apabila waktu lapang. Contohnya membaca,
memasak, bermain bola dan berkebun. Hobi saya ialah membaca novel.

Membaca boleh memberi banyak faedah. Membaca dapat membaiki bahasa kita. Membaca
juga dapat menguatkan imaginasi. Terdapat banyak faedah membaca yang lain.

Saya melaksanakan hobi pada setiap pagi. Saya membaca bersama adik-adik. Saya juga
membaca pada waktu petang.

Dengan membaca saya dapat menyertai pertandingan mengarang esei serta bercerita. Saya
menjadi wakil negeri dalam pertandingan mengarang esei.

Harapan saya agar ramai yang akan memilih membaca sebagai hobi mereka kerana
membaca dapat memberikan banyak faedah.
FAEDAH MENGIKUTI AKTIVITI KOKURIKULUM

Kokurikulum berobjektif untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi fizikal serta mental.
Terdapat pelbagai jenis aktiviti kokurikulum di sekolah, antaranya ialah pasukan unit beruniform
sebagai contoh Pengakap, Pandu Puteri dan Bulan Sabit Merah Malaysia. Para pelajar seharusnya
menyedari kepentingan serta faedah menyertai aktiviti pasukan beruniform.

Di antara faedah menyertai aktiviti pasukan beruniform ialah kegiatan serta aktiviti yang
diadakan dalam pasukan beruniform dapat memupuk sikap disiplin murid yang menyertai aktiviti
tersebut. Hal ini demikian kerana apabila pelajar menyertai pasukan beruniform, pelajar tersebut
perlulah mematuhi kepada peraturan serta arahan yang telah ditetapkan. Perkara ini akan
dipraktikkan dan secara tidak langsung sikap tersebut akan kekal dalam diri pelajar.

Kita juga dapat menimba ilmu pengetahuan apabila menyertai akitiviti pasukan beruniform.
Pengetahuan terhadap sesuatu perkara yang dipelajari akan menjadikan pengetahuan tersebut lebih
mendalam serta lebih meluas. Pegetahuan tersebut juga akan dipraktikkan dalam kehidupan
seharian. Sebagai contoh, kita dapat mengetahui langkah-langkah yang berkesan untuk membantu
oseseorang yang mengalami kecederaan. Apabila berlaku situasi begitu, kita akan cuba membantu
mangsa tersebut.

Selain itu, kegiatan dalam aktiviti pasukan beruniform dapat mengeratkan hubungan di
antara para pelajar dengan guru. Hal ini demikian kerana lazimnya, pasukan beruniform sering
mengadakan aktiviti seperti berkhemah, berkhelah serta ekspedisi di dalam hutan. Semangat
kerjasama secara tidak langsung dapat dipupuk ibarat aur dengan tebing.Selain sikap kerjasama,
sikap tabah, berani serta gigih juga dapat diterapkan.

Menyertai aktiviti pasukan beruniform dapat mengelakkan kita daripada melakukan aktiviti
yang tidak berfaedah. Kita dapat memanfaatkan masa dengan melakukan aktiviti yang telah
ditetapkan oleh pasukan. Aktiviti ini sunguh bermanfaat. Kita juga dapat dihindari daripada terjebak
dengan gejala sosial yang sering menjadikan kita walang.Sebagai contoh, kita dapat bergaul dengan
rakan sebaya yang dapat memupuk nilai murni dalam diri.

Intihanya, sudah ternyata bahawa menyertai pasukan aktiviti beruniform dapat memberikan
banyak faedah. Tidak ada pembaziran atau apa sahaja yang negatif akan berlaku apabila menyertai
aktiviti pasukan beruniform. Ingat, usia yang muda hanyalah sekali dan manfaatkanlah ia sebaik
mungkin.
Tajuk 1 : Ucapan Perpisahan Guru

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, Yang berusaha Tuan Guru Besar,
Encik Ramli bin Abu Bakar, Yang diraikan dan dikasihi, Cikgu Kamal, guru-guru
yang disayangi dan rakan-rakan sekalian.

Saya mewakili rakan-rakan sedarjah ingin menyatakan perasaan amat


sedih dan pilu kerana terpaksa berpisah dengan seorang guru yang kami
sayangi. Beliau yang saya maksudkan ialah Cikgu Kamal.

Guru-guru dan rakan-rakan sekalian.

Cikgu Kamal akan menjalankan tugas sebagai pendidik di sekolah


baharunya iaitu Sekolah Kebangsaan Tawau, Sabah mulai minggu hadapan.
Kami suka akan sikap Cikgu Kamal kerana beliau seorang yang baik hati dan
bertanggungjawab. Di samping itu, beliau pandai ambil hati murid-murid di
dalam kelasnya. Beliau seorang yang berdedikasi.

Pengorbanan cikgu sungguh besar ertinya kepada kami. Cikgu mengajar


kami sehingga menjadi murid yang cemerlang. Kami boleh membaca dan
menulis dalam pelbagai mata pelajaran dengan baik dan lancar.

Kami berdoa semoga cikgu dapat menjalankan tugas di sekolah


baharu dengan lebih cemerlang lagi. Jangan lupakan kami, anak-anak didik
cikgu.

Sekian, terima kasih.


UCAPAN SAMBUTAN HARI GURU

Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Guru
Besar, Guru Penolong Kanan Akademik dan Kokurikulum, guru-guru, serta
rakan sekalian. Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana
diberikan kesempatan berucap pada majlis yang gilang-gemilang ini.

Guru-guru serta rakan yang dihormati,

Seperti yang kita semua sedia maklum, tujuan kita berhimpun di


dalam dewan ini adalah untuk meraikan sambutan hari guru sekolah ini. Guru-
guru merupakan insan yang amat berjasa dalam hidup kita. Guru-guru ibarat
lilin yang menerangi hidup kita. Para guru sentiasa berkorban untuk
memastikan kejayaan kita dalam pelajaran, seterusnya dalam kehidupan. Oleh
itu, adalah wajar jasa guru-guru sentiasa dihargai.

Guru-guru adalah pengganti ibu bapa di sekolah. Selain mengajar


kita, guru berperanan mendidik dan memantau tingkah laku murid untuk
memastikan murid memiliki sahsiah yang betul dan menjadi manusia yang
berguna. Oleh itu, kita seharusnya sentiasa taat kepada guru selain
menunjukkan sikap hormat kepada mereka sepanjang masa.

Dalam kesempatan ini, saya selaku ketua murid yang mewakili


semua murid sekolah ini, ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan
kepada para guru kerana telah mengajar dan mendidik kami dengan
sempurna. Segala jasa guru tidak akan kami lupakan sepanjang hayat.

Akhir kata, kami sentiasa mendoakan kesejahteraan semua guru


di sekolah ini. Selamat menyambut Hari Guru. Sekian, terima kasih.
TAJUK; PASUKAN SEKOLAH ANDA TELAH BERJAYA DALAM PERTANDINGAN BOLA
SEPAK.TULISKAN BERITA TERSEBUT.

Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung 1 Juara Bola Sepak Bawah 12 Tahun.

RAWANG, 5 Mei – Pasukan bola sepak Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung 1


SKBB1), telah menjuarai Piala Datuk Irfan Hadi. Kejayaan ini telah dicapai apabila
megalahkan pasukan Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung 2 (SKBB2) dalam perlawanan
akhir yang dijalankan di padang StadiumPerbandaran Selayang. Dalam perlawanan tersebut
SKBB1 mengalahkan SKBB2 dengan tiga jaringan berbalas 1.

Perlawanan untuk murid bawah 12 tahun itu dimulakan jam 4.30 petang.
Pada awal perlawanan, kedua-dua buah pesukan hanya bertahan. Akan tetapi, selepas masa
rehat, pasukan SKBB1 terus mengasak sehingga jaringan pertama dilakukan oleh ketua
pasukan SKBB1, Zanafi Zakaria.

Pasukan SKBB2 tidak patah semangat dan terus mengatur serangan. Hasil
kesilapan penjaga gol SKBB1, penyerang SKBB2, Mamat Berjaya menjaringkan gol yang
pertama. Kedudukan yang terikat 1 – 1 menyebabkan kedua-dua buah pasukan banyak
mengubah strategi serangan.

Penyokong kedua-dua pasukan yang melebihi 500 orang telah memberikan


sokongn yang padu erhadap pasukan masing-masing. Cma keadaan yang sesak seperti ikan
dalam belat menjadikan keadaan kurang terkawal untuk seketika. Sikap berhemah yang
ditunjukkan oleh para penonton telah mendapat pujian daripada tetamu khas yang hadir.

Ketika menyampaikan ucapan, Pengarah Pelajaran Melaka, Datuk Haji Ali


Hasan melahirkan rasa bangga terhadap mutu permainan yang ditunjukkan. Jika bakat yang
ada terus diasah, beliau yakin ramai pemain berkaliber akan lahir di Negeri Selangor. Jika ini
menjadi kenyataan, impian Selangor untuk mengondal Piala Malaysia bukan sesuatu yang
mustahil.

Keselruhannya, kejayaan SKBB1 meraih tempat pertama telah memeri


dorongan kepada pasukan-pasukan lain di SKBB1 untuk mencontohinya. Kini, pasukan bola
jaring dan pasukan hoki sedang mara ntk merebut gelaran juara dalam acara masing-
masing. Jika semangat kesungguhan ini dikekalkan, banyak lagi kejayaan yang bakal diraih
oleh mereka.

Maksud peribahasa yang digunakan.

Seperti ikan dalam belat – keadaan yang terlalu sesak.


Tuliskan sebuah karangan berdasarkan peribahasa yang berbunyi, “kalau tidak
dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya”Kalau Tidak Dipecahkan Ruyung Manakah
Dapat Sagunya.

Nur Illya Maisara sedar dirinya kurang mengulang kaji pelajaran. Keputusan peperiksaan
yang lepas tidak begitu membanggakan. Markah yang diperolehi lebih banyak B daripada
A.

Namun, dia tidak berasa kecewa. Baginya, kejayaan seseorang murid itu libih banyak
bergantung pada kerajinan, bukannya kepandaian. Walaupun dia tahu dia tidak pandai,
tetapi dia terus berusaha tanpa jemu.

“Emak kasihan melihat kamu, kakak. Kawan-kawan sebaya kamu asyik bermain.
Kamu pula asyik berkepit dengan buku saja,” luah ibunya, Mak Cik Nooraini.

“Emak usah Risau,” luah Nur Illya Maisara. “Kakak berazam untuk mendapat 5A,
sebab itu kakak berusaha dengan bersungguh-sungguh. Kakak yakin, sesiapa yang rajin
berusaha dan bertawakal kepada Allah akan memperoleh kejayaan.”

Mak Cik Nooraini bangga dengan kesungguhan anak sulungnya itu. Dia berharap kejayaan
Nur Illya Maisara nanti akan diteladani oleh adik-adiknya yang lain. Dalam peperiksaan

percubaan dahulu, keputusan Nur Illya Maisara menampakkan peningkatan, iaitu


mendapat 3A dan 2B.

Apabila tiba peperiksaan UPSR, Nur Illya Maisara menjawab soalan dengan penuh
yakin. Tiga bulan kemudian, apabila keputusan diumumkan, dia mendapat 5A. alangkah
gembiranya Nur Illya Maisara kerana mendapat Sesutu yang diidamkan.

Benarlah kata peribahasa, “jika tidak dipecahkan ruyung, manakah dapat sagunya”.
Nur Illya Maisara telah membuktikan kejayaannya hasil daripada usahanya yang
bersungguh-sungguh. Dia mahu mengekalkan sifat karajinannya agar kecemerlangannya
dalam pelajaran dapat dikekalkan di sekolah menengah.

Maksud peribahasa yang digunakan.

Jika tidak dipecahkan ruyung, manakah dapat sagunya – jika kita berusaha bersungguh-
sungguh kita akan dapat hasilnya.
‘Kawan ketawa mudah dicari, kawan menangis susah didapati”. Tulis sebuah cerita
berdasarkan peribahasa tersebut.

Kawan ketawa Mudah Dicari, Kawan Menangis Susah Didapati

Shima sangat murah hati dan gemar membelanjakan kawan-kawannya. Kawan-kawannya


dibenar mengambil apa sahaja yang dijual di kantin. Shima yang akan membayarnya. Hal
ini menyebabkan ramai orang menyukainya.

“Shima, jemulah makan makanan yang dijual di kantin. Lepas sekolah nanti, mari ke
Bandar. Kita makan pizza atau ayam goring,” luah Irfan dan disokong oleh rakan-rakannya
yang lain. Shima akhirnya mengangguk tanda setuju.

Pada petang itu, shima, Irfan, Alex, Sami, Raju dan Ah Chong makan di luar. Sambil
makan, mereka bersembang-sembang sehingga jam 4.00 petang. Lagak mereka tidak
seperti murid sekolah, sedangkan mereka masih dalam Tahun Enam di sekolah rendah.

Nurin yang mengetahui tentang kegiatan kawan-kawannya itu hanya memerhati


sahaja. Dia tidak mahu turut serta kerana sedar tanggungjawab terhadap keluarga.
Lagipun, dia perlu pulang awal untuk membantu ayahnya di kebun.

Pada suatu hari, terpampang di akbar bahawa ayah Shima didakwa kerana
menerima rasuah. Kehidupan Shima terus berubah. Jika selama ini dia mewah berbelanja,
kini dia Cuma dibekalkan dengan RM1 sehari.

Kawan-kawan yang dahulu tidak mahu berkawan dengannya lagi. Nurin mendekati
Shima, lalu memintanya bersabar.

“Sabarlah, Kawan ketawa mudah dicari, kawan menangis susah didapati,” kata
Nurin.

Maksud peribahasa yang digunakan.

Kawan ketawa mudah dicari, kawan menangis susah didapati – mencari kawan memang
mudah, tetapi mencari kawan yang bersama waktu susah adalah sukar.
Persatuan yang kamu anggotai bercadang untuk membuat lawatan sambil belajar ke
sebuah syarikat penerbitan. Sebagai setiausaha persatuan, kamu telah diminta menulis
surat kepada Pengurus Penerbitan tersebut untuk mendapat kebenaran melawat ke
syarikat tersebut. Tulis surat tersebut selengkapnya.

Kebenaran Melawat ke Sebuah Syarikat Penerbitan.

Persatuan Bahasa Malaysia,


Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung,
49300 Rawang,
Selangor Darul Ehsan.
________________________________________________________

Pengurus Penerbitan,
Wira Buku,
Taman Seri Gombak,
69100 Bati Caves,
Selangor Darul Ehsan. 6 MEI 2013

Tuan,
Kebenaran Lawatan Sambil Belajar ke Syarikat Wira Buku.
Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Bahasa Malaysia Sekolah
Kebangsaan Bukit Beruntung 1 telah merangka satu rancangan untuk mengadakan lawatan sambil
belajar ke syarikat penerbitan tuan yang menerbitkan majalah Cahaya Mataku.
2. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk menggelakkan ahli seperti katak bawah tempurung.
Segala pengetahuan tersebut diharap dapat dimafaatkan di sekolah.
3. Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan butir-butir lengkap untuk makluman pihak
tuan.
Tarikh :Sabtu, 25 Mei 2013
Waktu :9.30 pagi hingga 12.00 tengah hari
Peserta :40 orang murid dan empat orang guru pengiring

4. Walau bagaimanapun, jika tarikh lawatan tersebut tidak bersesuaian, kami tidak menghadapi
masalah sekiranya tuan memindanya kepada tarikh yang lain. Kami berharap agar pihak tuan dapat
mempertimbangkan permohonan ini. Kerjasama pihak tuan kami dahului dengan ucapan terima
kasih.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
___________________________________
(NUR ILLYA MAISARA BINTI MOHD ZANAFI)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Malaysia,
Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung 1.
Maksud peribahasa yang digunakan.
Seperti katak di bawah tempurung – orang yang kurang pengetahuan dan sempit pemikiran.
Mengarang karangan berpandukan peta minda di atas.

Tajuk: Meminta Kebenaran Mengadakan Perkemahan.


Persatuan Puteri Islam,
Sekolah kebangsaan Bukit Beruntung 1,
48300 Rawang,
Selangor Darul Ehsan.
________________________________________________________
Tuan Guru Besar,
Sekolah kebangsaan Bukit Beruntung 1,
48300 Rawang,
Selangor Darul Ehsan. 4 MAC 2013

Tuan,
Meminta kebenaran Mengadakan Perkemahan

Merujuk perkara di atas, saya Nur Illya Maisara binti Mohd Zanafi selaku Setiausaha Persatuan Puteri
Islam diminta oleh guru penasihat untuk menulis surat kepada tuan. Tujuan surat ini adalah untuk
meminta kebenaran mengadakan perkemahan. Perkemahan tersebut melibatkan 80 ahli persatuan.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan, perkemahan itu akan diadakan pada 3 Mei hingga 5 Mei
2013. Aktiviti akan diadakan di Hutan Pinang Sebatang. Setiap ahli dikenakan bayaran sebanyak
RM30.00.
3. Tujuan aktiviti tersebut diadakan adalah kerana untuk memberikan pengalaman baharu
kepada ahli sebagai batu loncatan untuk Berjaya. Segala ilmu yang dipelajari di sekolah dapat
dimafaatkan ketika mengikuti perkemahan itu. Malah, aktiviti yang dijalankan dapat membantu
sikap berdikari dalam kalangan ahli.
4. Saya berharap agar pihak tuan tidak menghalang untuk mengizinkan ahli Puteri Islam
menganjurkan aktiviti tersebut. Kerjasama dan perhatian tuan amatlah disanjung tinggi. Saya akhiri
surat saya ini dengan lafaz berbanyak-banyak terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

___________________________
(NUR ILLYA MAISARA BINTI MOHD ZANAFI)

Setiausaha,
Persatuan Puteri Islam,
Sekolah kebangsaan Bukit Beruntung 1.

Maksud peribahasa yang digunakan.


Batu loncatan – asas untuk mencapai sesuatu kejayaan.
No. 8, Taman Setia Budi,
67500 Batu Kikir,

Negeri Sembilan.

5April 2009.

          Menemui sahabatku yang diingati selalu, Alia yang kini berada di


Kota Bharu, Kelantan . Semoga sihat sejahtera.

Saudari,

         Surat saudari telah selamat saya terima. Terima kasih saya


ucapkan kerana saudari masih mengingati saya. Dalam surat saudari
yang lepas, saudari bertanyakan persediaan saya untuk menghadapi
UPSR. Sememangnya saya telah membuat persediaan lebih awal kerana
tidak mahu menyesal kemudian hari. Bak kata pepatah melayu,  sediakan
payung sebelum hujan.

         Langkah pertama yang saya lakukan ialah menyediakan jadual


waktu belajar di rumah. Saya menetapkan masa untuk membuat kerja-
kerja rumah dan masa untuk mengulang kaji setiap mata pelajaran.
Dengan cara ini saya dapat belajar dengan lebih teratur dan sistematik.

         Selain itu, saya mengikuti kelas bimbingan yang diadakan oleh


guru-guru pada waktu petang dan setiap hujung minggu. Saya kerap
bertukar-tukar nota dan soalan peperiksaan yang bersekolah di Kuala
Lumpur.

          Baru-baru ini Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah telah


mengadakan seminar dan kem motivasi untuk calon-calon UPSR.  Kami
banyak mendapat pendedahan tenteang cara-cara belajar yang betul.

          Saya berharap agar kita akan mencapai keputusan yang cemerlang


dalam peperiksaan UPSR nanti. Akhir kata, sambutlah salam daripada
saya untuk saudara sekeluarga.

Sahabatmu,

( ANIS SOLEHAH BINTI AZHAR)

KARANGAN LAPORAN :
        Pada 5 Mac yang lalu, Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Selayang telah
mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan kali ke-20 bertempat di Stadium Majlis
Perbandaran Selayang.

         Pada hari kejohanan, atur cara majlis telah dimulakan dengan perbarisan lintas
hormat yang melibatkan rumah sukan dan unit beruniform. Acara diteruskan dengan
ucapan alu-aluan oleh puan guru besar. Kemudian disusuli pula dengan ucapan
perasmian oleh Pegawai Pelajaran Daerah Gombak.

         Setelah selesai majlis perasmian, acara sukaneka membuka gelanggang


dengan pelbagai aksi murid-murid tahap 1. Mereka melakukan acara seperti
mengepit bola dan membawa bola pingpong dengan sudu. Seterusnya, acara
olahraga bermula dengan acara 100 meter, 200 meter dan 4×100 meter.

         Tepat jam 10.00 pagi semua murid dibenarkan berehat untuk makan dan
minum. Semasa rehat, pertunjukan tae kwon do telah dipersembahkan oleh ahli-ahli
tae kwon do sekolah. Kemudian murid-murid tahun 1 pula telah membuat
persembahan senamrobik.

         Seterusnya ialah acara penyampaian hadiah kepada para pemenang. Guru
besar telah menyampaikan hadiah kepada olahragawan iaitu adik Amirul Anuar dan
adik Nur Amni sebagai olahragawati sekolah. Rumah Hang Tuah pula telah
diumumkan sebagai johan keseluruhan pada tahun ini.

          Murid-murid berasa gembira melihat kemeriahan kejohanan sukan pada tahun
ini. Sebelum bersurai, murid-murid telah membantu guru-guru membersihkan
padang. Kejohanan berakhir kira-kira pukul 4.00 petang.

Disediakan oleh,                                                                                                                
30 MAC 2009 

(NORAFIFAH KHAIRUL SALLEH)


Wartawan,
Majalah sekolah,
Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Selayang.
KARANGAN BERITA :

PAHANG, 16 NOVEMBER 2009 - Kampung Bangau Parit telah dilanda banjir. Tiga
hari sebelum kejadian, hujan turun mencurah-curah di kebanyakan kawasan di
daerah Temerloh. Penduduk kampung tersebut tidak menduga kampung mereka
akan dilanda banjir kerana jarang sekali banjir berlaku di kampung mereka. Oleh itu,
ramai yang tidak bersedia bagi menghadapi keadaan tersebut.

        Setelah air naik ke paras yang merbahaya, pihak penyelamat mengarahkan
penduduk kampung mengemaskan barang-barang penting dan berharga untuk
berpindah ke tempat yang selamat. Kanak-kanak pula dilarang bermain air banjir
yang hampir mencecah lantai di kebanyakkan rumah penduduk kampung.

         Banjir berpunca apabila air Sungai Pahang telah melimpah lalu menenggelami
beberapa tempat di kampung tersebut. Penduduk kampung telah dipindahkan oleh
pasukan penyelamat dengan motorbot dan ditempatkan di Dewan Serbaguna Datuk
Harun sehingga banjir surut.

         Penduduk kampung dijangka akan mengalami kerugian besar kerana banyak
tanaman dan haiwan ternakan mereka mati. Namun begitu, penduduk kampung
bersyukur kerana setakat ini tiada kes kehilangan nyawa dilaporkan.

          Ketua kampung, Encik Anuar bin Abu Hassan memberitahu bahawa pihak
kerajaan negeri akan menyumbangkan sedikit bantuan kewangan bagi meringankan
beban penduduk kampung yang terlibat. Selain itu, penduduk kampung juga
dinasihatkan supaya sentiasa bersedia dan berwaspada bagi menghadapi situasi
banjir.

KARANGAN PERIBAHASA :
        Peribahasa "Bagai Aur Dengan Tebing" bermaksud
tolong-menolong di antara satu sama lain. Contohnya
serumpun aur di tebing. Tebing menumpangkan aur hidup dan
aur pula mencengkam tanah tebing supaya tidak terhakis.

     Setiap orang memerlukan pertolongan orang lain dalam


hidupnya. Oleh itu, manusia harus hidup bekerjasama dan
saling bantu-membantu bagai aur dengan tebing. Hidup begini
dikatakan sepakat dan menjadikan kerja senang dan cepat.

     Semangat kerjasama dan gotong-royong sudah lama


diamalkan oleh masyarakat luar bandar dalam segala lapangan
kehidupan. Mereka bercucuk tanam dan menuai hasil tanaman
mereka secara bergotong-royong.

     Orang kampung membina masjid secara bergotong-royong.


Jika suatu keluarga membuat persediaan untuk majlis
perkhawinan, lazimnya orang kampung akan turut memberi
bantuan.

     Peribahasa ini juga ada persamaan maksud dengan


peribahasa berat sama dipikul ringan sama dijinjing, dan hati
gajah sama dilapah hati kuman sama digigit.

     Kesimpulannya, peribahasa ini amat baik untuk diteladani


bersama terutama oleh generasi muda kerana semangat
bekerjasama sekarang semakin pupus.

KARANGAN DIALOG :
Aqilah  : Hello, boleh saya bercakap dengan  Farhan?

Farhan : Ini  Farhan bercakap. Siapa disana?

Aqilah  : Saya  Aqilah. Assalamualaikum  Farhan!

Farhan : Walalaikummussalam! Oh, awak Aqilah! Mengapa awak tidak


hadir ke kelas tambahan
             semalam?

Aqilah  : Saya mengikuti ibu saya menghantar abang saya ke MRSM di


Kuala Lipis. Jadi, saya tidak
             dapat menghadiri kelas tambahan semalam.

Farhan : Oh, begitu rupanya!

Aqilah  : Siapakah yang mengajar semasa kelas tambahan semalam?

Farhan : Cikgu Hamidi dan Cikgu Azizul yang mengajar kami semasa
kelas tambahan semalam.

Aqilah  : Apakah ada kerja rumah yang diberi oleh Cikgu Hamidi dan
Cikgu Azizul?

Farhan : Ya, ada! Kerja yang dibekalkan oleh Cikgu Hamidi ialah
membuat karangan yang bertajuk 
             "Keluarga Saya", manakala Cikgu Azizul pula meminta semua
pelajar membuat latihan
             dalam buku kerja di halaman 52 .

Aqilah  : Terima kasih kerana memberitahu saya tentang kerja rumah


yang perlu dilakukan.
             Baiklah, bolehkah pada pukul 5.00 petang ini saya datang ke
rumah awak untuk membuat ulangkaji
             pelajaran bagi menghadapi ujian pengesanan pada minggu
hadapan.

Farhan : Sama-sama. Silalah datang! Saya akan menunggu awak pada


pukul 5.00 petang nanti.

KARANGAN SYARAHAN :
       Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, para hakim
yang arif lagi bijaksana, guru-guru seterusnya rakan-rakan yang dikasihi
sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah "Langkah-langkah
untuk Mengatasi Pencemaran Alam Sekitar".

Hadirin sekalian,

          Antara langkah-langkah untuk mengatasi pencemaran alam


sekitar ialah menguatkuasakan undang-undang dan peraturan alam
sekitar yang telah diperuntukkan. Pihak berkuasa mestilah mengenakan
tindakan yang tegas dan berat terhadap pencemar alam sekitar supaya
mereka serik untuk melakukan perbuatan itu lagi.

          Selain itu, kempen penjagaan alam sekitar haruslah dipergiatkan.


Kempen ini boleh disiarkan melalui media massa seperti surat khabar,
televisyen dan radio. Kempen-kempen ini akan menyedarkan orang
ramai tentang kepentingan menjaga alam sekitar.

Hadirin sekalian,
Masyarakat mestilah diberikan kesedaran secara berterusan akan
tanggungjawab menjaga alam sekitar. Aktiviti seperti ceramah dan
gotong-royong dapat membantu orang ramai menjadi lebih
bertanggungjawab terhadap penjagaan alam sekitar.

          Di samping itu, masyarakat juga perlulah bersikap perihatin dan


bertanggungjawab. Jika mendapati ada pihak yang mencemarkan alam
sekitar, mereka perlulah melaporkan kepada pihak berkuasa supaya
tindakan yang sewajarnya dapat diambil.

Hadirin sekalian,

         Tanggunjawab menjaga alam sekitar adalah tanggungjawab kita


bersama. Alam sekitar yang terpelihara atau dijaga dengan baik akan
menjadikan hidup kita lebih selesa dan sihat.

Sekian, terima kasih.


KARANGAN RENCANA :

         Perpustakaan mempunyai banyak kebaikan. Di


perputakaan ada banyak bahan bacaan seperti  buku rujukan,
majalah, surat khabar dan lain-lain lagi. Banyak faedah yang
akan kita peroleh apabila kita menggunakan perpustakaan.

          Di perpustakaan, para pelajar dapat menambah ilmu


pegatahuan. Apabila para pelajar membaca di situ, mereka
akan dapat mengetahui hal-hal yang belaku di dalam dan di
luar negara sama ada yang berkaitan dengan bidang ekonami ,
politik, sosial dan berbagai-bagai lagi. Ini akan meluaskan
pengetahuan mereka.

           Selain itu, kita dapat mengisi masa lapang dengan


perkara yang lebih berfaedah dengan mengunjungi
perpustakaan. Ini dapat mengelakkan kita daripada membuang
masa secara sia-sia. Oleh itu, ini akan menghindarkan kita
daripada terjebak dalam gejala-gejala yang tidak sihat seperti
melepak, bergaduh, merokok dan lain-lain lagi.

                Perpustakaan juga dapat membentuk disiplin para


pelajar. Ini kerana di perpustakaan terdapat pelbagai peraturan.
Antara peraturanya ialah tidak boleh membuat bising,
memulangkan buku tepat  pada masanya dan menjaga
kebersihan perpustakaan.

                Di samping itu, perpustakaan dapat menambah


pembedaharaan kata kita. Apabila kita membaca buku-buku
rujukan, kita akan terjumpa perkataan-perkataan baharu. Ini
akan membantu kita menulis karangan dengan lebih baik.

                Kesimpulannya, perpustakaan mempunyai banyak


faedahnya. Oleh itu, tanamkan sikap suka mengunjungi ke
perpustakaan.
NOTA
PENJODOH BILANGAN
  

 Deret, Ekor, Gelas


( a ) Deret
Digunakan untuk : Bangunan dan kenderaan yang berderet-deret.
Contoh               : gerai, kedai, rumah, lori, motosikal.
Ayat                   : Datuk saya mempunyai sederet rumah sewa di Klang.

-----------------------------------------------------------------------------------
(b) Ekor
Digunakan untuk : Semua jenis haiwan.
Contoh               : ayam, lembu, gajah, unta, zirafah.
Ayat                   : Haji Husin memelihara dua ekor kucing Parsi.
--------------------------------------------------------------------------------
( c ) Gelas
Digunakan untuk : Cecair yang diisikan ke dalam gelas.
Contoh               : air kelapa, teh, susu, kacang soya.
Ayat                   : Fakaruddin membeli dua gelas air kacang soya di pasar 
                             malam.
Bungkus, Butir, Cucuk
( d ) Bungkus
Digunakan untuk : Kumpulan benda yang dibalut.
Contoh               : coklat, nasi lemak, makanan ringan.
Ayat                   : Emak menyediakan lima belas bungkus nasi lemak untuk
                            dibawa ke pejabat.

----------------------------------------------------------------------------
( e ) Butir
Digunakan untuk : Benda yang kecil dan bulat
Contoh               : peluru, beras, bawang, kelapa.
Ayat                   : Siti mengupas lima butir bawang merah.
-------------------------------------------------------------------------
( f ) Cucuk
Digunakan untuk : Benda yang dicucuk dengan lidi.
Contoh               : sate, ayam percik.
Ayat                   : Abang membeli lima puluh cucuk sate ayam dan daging 
                            lembu.

BOTOL, BUAH, BUKU


(  g ) Botol
Digunakan untuk : bahan cecair yang diisikan ke dalam botol.
Contoh               : air, dakwat, minuman, kicap, minyak
Ayat                   : Datuk Anuar sempat membeli tiga botol minyak wangi
                            ketika berada di luar negara.

-------------------------------------------------------------------------------
( h ) Buah
Digunakan untuk : benda yang besar, tempat, bangunan, dan semua jenis kenderaan.
Contoh               : dusun, songkok, almari, lori.
Ayat                   : Hairul berasa hairan apabila melihat sebuah lori tiba-tiba 
                            berhenti di hadapan rumahnya.
-----------------------------------------------------------------------------------
Kata Nama Am
Kata Nama Am digunakan bagi merujuk kepada benda, orang, tempat, jawatan atau pangkat.
Kata Nama Am Contoh Contoh Ayat
Benda kereta, televisyen, buku, 1.Saya ada sebuah komputer.
komputer 2. Kereta itu bergerak laju.
Orang/manusia Doktor, peguam, 1.Peguam itu bijak.
penulis, arkitek 2.Dia arkitek.
Haiwan Kucing, harimau, naga, 1.Kuda berlari pantas.
kuda 2.Itu kucing saya.
Tempat Kampung, padang, 1.Kampung itu terletak jauh  
dewan, bandar    dari sini.
2.Dewan itu besar.

Kata Nama Khas


Kata Nama Khas digunakan untuk menerangkan benda yang benyawa dan tidak bernyawa. Contoh-
contohnya nama manusia, binatang, benda, tempat dan lain-lain.

Kata Nama Contoh Contoh Ayat


Khas
Benda Proton waja, Parker, 1.Jam Casio itu cantik.
Casio, Toyota 2. Proton Waja kereta buatan
    negara kita.
Orang/manusia Jefri, Amin, Mak Cik 1.Pak Malau menghalau  
Limah, Pak Malau    lembu.
2.Amin seorang guru.
Haiwan Si Tompok, Sang 1.Si Tompok mengejar tikus.
Belang, Si Putih 2.Sang Belang sangat garang.
Tempat Malaysia, Johor, Kuala 1.Ibu negara Malaysia ialah
Lumpur    Kuala Lumpur.
2.Saya berasal dari Johor.
TANDA BACA

Tanda Baca Ayat Contoh


Tanda noktah a. Pengawas itu sedang menaikkan bendera Malaysia.
. b. kereta itu bukan kereta Proton Saga.
c. Kapal itu berlabuh di Pelabuhan.
                
a. Setiba di Zoo Negara, ayah pun pergi membeli tiket.
Tanda Koma b. Selain mengumpulkan setem, lencana, dan daun-daun
, kering, Amin juga bermain badminton pada waktu lapang.
c.Setahun saya, bas itu belum tiba lagi.       
a. Bagimanakah mereka menyelamatkan budak yang hampir
Tanda soal mati lemas itu?
? b. Sudahkah abang kamu menghabiskan kerjanya?
c. Siapakah yang menemaninya tadi?
Tanda seru a. Amboi, wanginya durian-durian ini!
b. Aduh, sakitnya gigi saya!
! c. Cis, biadab betul budak itu!
Tanda sempang a. Sayur-sayuran itu dimasukannya ke dalam bakul.
b. Anak Puan Siti pandai-pandai belaka.
- c. Pakaian pengemis compang-compang.
Tanda petik a."Cikgu Tan akan bersara pada bulan depan," kata guru besar.
b. Wai Seng bertanya, "Bolehkah saya pinjam buku ini?"
"" c. "Baiklah, cikgu," kata Ahmad.
a. Orang tua itu tinggal di Taman Indah, Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
b. Pen Parker ini dibelinya dari Kerai Jam Tangan Megah pada
Huruf Besar
bulan Ogos yang lalu.
c. Dewan Pelajar merupakan majalah yang sangat sesuai bagi
kanak-kanak.

Anda mungkin juga menyukai