Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada

Yang Berusaha, Puan Norzila binti Otoh, Guru Besar SK Bangsar,


Yang Dihormati, Puan Norsilah binti Dali, GPK Tadbir dan Kurikulum,
Encik Ikhwan Najib bin Badar, GPK Hal Ehwal Murid,
Encik Muhammad Adha bin Rosli, GPK Kokurikulum,
Guru-guru, barisan pengawas, serta murid-murid sekalian.

Untuk pengetahuan murid-murid sekalian, saya, Puan Norhidayah Rahman adalah guru yang
bertugas pada minggu ini. Bersama-sama dengan saya adalah guru-guru yang berikut.
Puan Norhasnizam
Puan Norailis
Encik Ahmad Rasidi
Encik Saffarizal
Ustazah Nadiah
Puan Hasimah

Oleh itu, sebarang aduan dan masalah, murid-murid bolehlah berjumpa dengan kami.
Diharap juga, murid-murid akan memberikan kerjasama kepada kami sepanjang minggu ini
memandangkan terdapat beberapa program yang melibatkan aktiviti sukan.

Seperti yang kita telah ambil maklum, pada minggu ini, guru-guru dan murid-murid akan
sangat sibuk dengan aktiviti yang melibatkan sukan terutamanya. Minggu lepas, kita telah
selesai dengan Sukantara. Pada minggu ini, kita akan teruskan dengan acara akhir padang.

Pada hari Selasa dan Rabu pada minggu ini, murid-murid yang telah dipilih untuk acara yang
berikut, 100m, 200m, lompat jauh, lontar peluru dan lompat tinggi perlu bersedia dan
memastikan supaya hadir ke sekolah. Begitu juga dengan murid-murid yang terlibat dalam
perbarisan rumah sukan. Pada hari Khamis, akan diadakan raptai perbarisan. Manakala,
pada hari Jumaat, raptai penuh perbarisan pula akan diadakan. Dan hari Sukan pula akan
diadakan pada hari Ahad, iaitu pada 13 November. Oleh itu, diminta semua murid supaya
sentiasa peka dengan segala arahan yang diberikan oleh guru-guru.
Baiklah. Tema minggu ini adalah Berbuat Baik Kepada Rakan-rakan.
- nama lain untuk rakan (kawan, partner)
Dengan sekilas pandang daripada tema ini kita dah tahu yang kita perlu berbuat baik dengan
rakan-rakan. Siapa sini yang ada kawan? Angkat tangan. Siapa yang ada kawan baik di
sekolah? Angkat tangan. Kenapa kita ada kawan? Kita ada kawan sebab itulah naluri
manusia. Kita nak seimbangkan mental dan emosi kita, kita perlu ada kawan-kawan. Dengan
kawan-kawan la kita share tentang semua benda. Share barang, share pengalaman, makan
sama-sama, dan paling selalu berlaku di sekolah ini adalah pergi ke tandas bersama-sama.
Betul tak?

Ya, berkawan memang bagus. Tapi kita perlu cari kawan yang mengajak kita kepada
kebaikan. Contohnya macam mana? Contoh, kawan yang selalu mengajak kita pergi ke
surau, belajar bersama-sama, dan juga menegur kesilapan kita. Janganlah kita berkawan
dengan kawan-kawan yang suka mengajak kita ke arah yang tidak baik. Contoh tak baik tu
macam mana? Ponteng kelas, mengulau… (jalan sana sini masa kelas)… buat bising dalam
kelas… dan macam-macam lagi.

Even dalam Hadis pun, ada juga mengumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat
ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak
wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat
bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan baju berlubang, atau mendapat bau
busuk. Ini kerana, kawan-kawan adalah cerminan kepada diri kita agar mendapat keberkatan
dari Allah.

Sebagai seorang kawan atau rakan, apa cara kita nak berbuat baik? Macam mana? Tak
semestinya kita nak buat baik dengan kawan kita dengan sentiasa memuji dia… belanja
makan ke… Tak ya anak-anak sekalian. Berbuat baik ada banyak cara yang lain. Salah satunya
dengan mengucapkan kata-kata yang baik dengan kawan-kawan. Jangan memanggil kawan-
kawan dengan panggilan yang dia tidak suka.. Oleh itu, hari ini saya minta sangat anak-anak
murid sekalian untuk ubah satu je cara agar awak dapat berbuat baik dengan rakan-rakan
awak semua. Stop calling your friends with not nice words. Jangan membiasakan diri untuk
mencarut kepada rakan-rakan. Jika awak semua dapat mengubah kelakuan ini, in shaa Allah,
murid-murid sekalian akan dapat menjadi insan yang lebih berjaya kelak. Itu saja dari saya
pada hari ini. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai