Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum wbth…

Yang berusaha Tuan Guru Besar, Cikgu Rosli bin Ahmad, Pen.Kanan 1, Ustaz Shuhaimi bin Hj
Hamid, Cikgu Mohamad Roslan bin Mohamad Basri, Pen Kanan HEM, Madam Rathika a/p
Narayanan, Pen.Kanan Kokurikulum, rakan-rakan guru, staf sokongan, sahabat-sahabat pekerja
kontrak kebersihan dan semua murid SK Binjul Dalam yang saya kasihi.

Bersyukur saya kehadrat Allah s.w.t, kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya yang masih
memberi saya nafas dan kesihatan untuk saya bersama-sama dengan semua warga SKBD dalam
majlis pada hari ini.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga SKBD terutamanya pada
tuan guru besar yang telah sudi untuk mengadakan majlis pada hari ini sempena pertukaran
saya.

Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan, setiap permulaan pasti ada pengakhiran. Itu
adalah perkara biasa dalam kehidupan di dunia ini. Permulaan saya di sekolah ini pada tahun
2007 akan berakhir pada tahun 2023 ini. Selama hampir 17 tahun saya berada di sekolah ini,
banyak sekali kenangan dan memori yang telah tersimpan..yang seronoknya saya rasa semua
kenangan itu adalah kenangan manis sahaja..tiada yang pahit..Cuma 1 kenangan yang sedih
iaitu pemergian sahabat kita Sir Khairul ke alam yang abadi.

Selama hampir 17 tahun saya berada di sini juga dapat saya lihat banyak perubahan yang
berlaku pada infra stuktur di sekolah ini..kalau dulu masa saya mula masuk tiada tempat
meletak kenderaan, keadaan bangunan yang agak dhaif..semuanya telah ditambah baik dan
dibina dan tidak dapat saya nafikan perubahan yang ketara dan paling cepat adalah pada masa
ini iaitu pada masa guru besar kita Cikgu Rosli..dan saya percaya akan ada banyak lagi
perubahan yang beliau akan laksanakan untuk Sk Binjul Dalam ini..kamu seharusnya merasa
amat bertuah kerana mendapat pentadbir yang aktif seperti Cikgu Rosli.

Tetapi agak mendukacita dan mengecewakan saya..bukan saya sahaja..tetapi saya rasa semua
guru-guru di sini pun sama..di sebalik perubahan-perubahan untuk menjadikan SKBD lebih baik
ini, keadaan disiplin dan tingkah laku kamu makin bertambah teruk..dengan peningkatan kes
salah laku berat seperti tidak menghormati guru, kerja-kerja sekolah yang tidak siap, tiada
kemahuan untuk menuntut ilmu, mencuba sesuatu yang boleh merosakkan dan
membahayakan diri sendiri seperti vape, merempit dan sebagainya. Jadi sebagai nasihat saya
yang terakhir kepada kamu semua, kamu perlu berubah..berubah dari yang tak baik..tak
elok..bagi jadi baik..kalau yang rasa dirinya dah baik..berubah menjadi lebih baik..Memang
banyak cabaran dan susah untuk berubah..kerana banyak faktor yang akan cuba untuk
menggagalkan kita seperti kawan-kawan..hasutan syaitan..nak kena lawan dengan nafsu kita
sendiri..tetapi di mana ada kemahuan sudah pasti ada jalan untuk atasi..kamu perlu perkuatkan
diri..beranikan diri..dua sikap yang wajib ada untuk berubah..dan jangan lupa selalu berdoa
agar Allah swt bantu kamu untuk berubah dan istiqomah dengan perubahan yang kamu buat.
Insya Allah saya dan semua guru kamu juga tak akan berhenti untuk berdoa untuk kamu agar
menjadi insan yang baik..berjaya di dunia dan di akhirat.
Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih saya kepada semua
pentadbir,rakan-rakan guru dan semua warga SKBD, yang telah banyak memberi tunjuk ajar
daan membantu saya sepanjang saya berkhidmat di sekolah ini..budi baik kalian semua tak
dapat saya balas..moga semua akan mendapat ganjaran dari Allah swt hendakNYa..Aamiin..

Selama saya bertugas di sini juga..sudah tentulah banyak salah dan silap saya dalam
gurauan..tutur kata..tingkah laku..sama ada saya sedar atau pun tidak..Oleh itu, saya memohon
jutaan kemaafan saya pohonkan dari semua..mohon juga dihalalkan makan, minum dan segala
ilmu yang telah dikongsi bersama sepanjang saya bersama dengan kalian.

Akhir kata..diharapkan perpisahan ini tidak akan menjadi noktah perhubungan kita
semua..Insyaa Allah hubungan sillaturahim kita akan terus kekal abadi selamanya.

Terima kasih semua…..assalamualaikum….

Anda mungkin juga menyukai