Anda di halaman 1dari 1

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha tuan guru besar, guru-guru penolong kanan, guru-guru, rakan-rakan

seperjuangan dan murid-murid yang dikasihi dan disayangi sekalian. Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Terlebih dahulu ingin saya merakamkan ribuan terima kasih kerana telah memberi saya kesempatan dan peluang untuk berucap dalam majlis ini. Warga sekolah yang dihormati, Sebagaimana yang kita ketahui, hari ini merupakan hari terakhir kami guru-guru praktikum dari IPG KTB menjadi sebahagian daripada warga Sekolah Kebangsaan Ara Rendang. Walaupun hanya sebulan kami di sekolah ini, banyak kenangan suka duka yang tidak akan kami lupakan. Pengalaman yang kami perolehi di sekolah ini amat berharga dan boleh kami jadikan bekalan untuk menjadi seorang guru yang lebih berdedikasi dan prihatin untuk mendidik anak negara bangsa di tempat kami akan berkhidmat nanti. Yang pastinya, perkara yang paling tidak dapat dilupakan adalah sikap guru-guru dan seluruh warga sekolah yang amat baik dan sentiasa memberi kerjasama dalam setiap perkara samada ianya berkaitan dengan tugasan, tunjuk ajar dan perkara-perkara yang tidak formal. Budi yang guru-guru dan warga sekolah taburkan tidak mampu kami balas. Kesempatan yang ada ini juga, saya mewakili rakan-rakan ingin menyusun jari sepuluh memohon kemaafan. Sepanjang tempoh sebulan berada di sekolah ini, sudah pasti ada kesilapan dan kesalahan yang kami lakukan. Segala teguran dan nasihat guru-guru pasti akan kami sematkan di dada. Harapan saya semoga murid-murid akan terus berusaha dengan gigih dan semoga guru-guru di sekolah ini akan terus mendoakan kejayaan dan kesejahteraan kami. Jika ada kelapangan, pasti kami akan datang lagi menziarahi sekolah ini. Pertemuan dan perpisahan adat manusia biasa. Hilang dimata tapi dihati jangan lupa. Berdoalah kita agar aman dan sentosa. Hilang dimata tapi dihati jangan lupa.

Bintang barat terbitan petang, Bintang imur terbitan pagi, Jika tidak melarat panjang, Ada umur ketemu lagi.

Anda mungkin juga menyukai