Anda di halaman 1dari 3

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt wrt, selamat sejahtera.


Terima kasih kepada saudari Pengerusi Majlis.
Yang diraikan Puan Pariam bt Saman dan Puan Zarinawati bt
mohd ghulam ,
Yang berusaha guru besar sk taman tun aminah , puan
roselawati bt mohd suhoot, guru penolong kanan pentadbiran,
puan Fauziyah bt Abdullah, Guru penolong kanan Hal Ehwal
Murid, Pn Hafizatul Akmar bt hamdan, Guru Penolong Kanan
Kokurikulum, Encik mohd Fairus bin Zakaria , guru penolong
kanan pendidikan khas, puan saedah bt yasinan, guru-guru,
rakan-rakan serta hadirin yang dikasihi sekalian.
Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada
Allah SWT Yang Maha Berkuasa kerana dengan limpah
kurnianya dapat kita bersama-sama meraikan majlis
perpisahan yang sangat bermakna dan penuh erti pada hari
ini.

Hadirin yang Dihormati,


Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan , yang
pastinya setiap perpisahan pasti amat menyedihkan. Hari ini,
kami berasa terharu dan sedih kerana bakal kehilangan dua
orang guru yang amat kami sayangi dan kasihi. Pada kami,
Puan Pariam dan Puan zarinawati bukan sahaja sebagai
seorang guru tetapi ibarat seorang ibu dan permata dalam
sebuah keluarga besar SK Taman tun aminah ini.
Hadirin yang Dikasihi,
Memory is a way of holding onto, the things you love, the
things you are, the things you never want to lost. Itulah guru
kita, itulah ibu kita, itulah penjaga kita, itulah insan yang tidak
pernah mengenal erti penat lelah mengajar dan menjaga kita,
Puan Pariam dan Puan Zarinawati, lembut, tenang namun
tetap tegas dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Itulah
butir-butir kata yang dapat digambarkan mengenai mereka.
mereka bukan sahaja penyayang, melakukan tugas dengan
hati yang tulus, malah mementingkan kebajikan murid.
mereka juga berhati murni dan senantiasa memberikan yang
terbaik buat murid-murid. Mungkin mereka bukanlah ibu
kandung kita tetapi merekalah ibu kita di sekolah.

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,


Pada kesempatan ini, saya sebagai wakil murid SK
taman tun aminah merakamkan setinggi-tinggi ucapan
penghargaan dan terima kasih kepada Puan Pariam bt
saman dan puan zarinawati bt mohd ghulam yang tidak
pernah mengenal erti jemu mengajar dan mengorbankan
waktu demi murid-murid SKTTA . Kami berdoa semoga
Allah SWT akan melimpahkan rahmat-Nya kepada kalian
berdua.
Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata.
Benar kata pepatah Melayu, yang patah akan tumbuh,
yang hilang akan berganti, namun yang hilang tidak akan
sama dengan yang berganti. Walau bagaimanapun, yang
hilang akan tetap diingati, kekal abadi , tersemat di hati.
Saya juga berharap agar hubungan silaturrahim antara
puan pariam dan puan zarinawati dengan anak-anak didik
dan warga SKTTA akan terus terjalin erat. Sesungguhnya
jasa dan budi yang ditabur tidak dapat dibalas dan
tentunya akan dikenang sampai bila-bila.
Saya sudahi ucapan saya dengan dua rangkap pantun.
Asap api embun berderai,
Patah galah haluan perahu;
Niat hati tak mahu bercerai,
Kehendak Allah siapa tahu.

Salam kemaafan kami hulurkan,


Semoga kemesraan terus berpanjangan;
Ilmu diberi harap halalkan,
Semoga perjuangan kami mendapat keberkatan.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat


hari raya. Maaf zahir dan batin.

Anda mungkin juga menyukai