Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN WAKIL PELAJAR SEMPENA MAJLIS PERSARAAN PUAN

ROSMIDAH BINTI ABD RAHMAN.

Terima kasih kepada Puan Pengerusi Majlis.. Yang Berusaha Puan Zainab Bt Ayob Guru
Besar SK Sungai Lalang, Puan Muaini Bt Abdul Rasib Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
En Nazri Bin Hassan Guru Penolong Kanan HEM, Puan Norlida Bt Md Isa, Guru Penolong
Kanan Kokurikulum. Yang diraikan Puan Rosmidah Bt Abd Rahman. Yang saya kasihi guru-
guru serta rakan-rakan sekalian. Assalamulaikum warah matullah hiwabarakatuh dan Salam
Sejahtera.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Yang Maha Berkuasa


Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kuasanya, dapat kita bersama-sama meraikan
majlis persaraanTeacher Rosmidah yang sangat bermakna dan penuh bererti pada hari ini.

Hadirin Sekalian,

Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Yang pastinya setiap perpisahan pasti amat
menyedihkan. Apabila mengenang kembali saat-saat ketika bersama, pasti ia akan menjadi
detik kenangan paling manis yang tidak dapat dilupakan. Hari ini, kami berasa terharu kerana
kehilangan seorang guru yang amat kami sayangi dan cintai. Pada kami, guru kami ini iaitu
Teacher Rosmidah bukan sahaja guru, tetapi ibarat ibu kami di SK Sungai Lalang ini.
Lembut, tenang namun tetap tegas dalam melaksanakan tanggungjawab. Itulah butir-butir
kata yang dapat digambarkan tentang Puan Rosmidah.

Beliau bukan sahaja seorang guru yang penyayang, melakukan tugas dengan hati yang
tulus ikhlas, malah mementingkan kebajikan pelajar melebihi dirinya sendiri. Beliau juga
dikenali sebagai seorang yang sangat pemurah, berhati murni dan senantiasa memberikan
yang terbaik buat para pelajarnya . Beliau sangat mengambil berat akan hal kami,
terutamanya hal-hal yang berkaitan dengan pelajaran kami.

Pada kesempatan ini, saya sebagai wakil pelajar SK Sungai Lalang merakamkan setinggi-
tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Teacher Rosmidah yang tidak pernah
mengenal jemu mendidik dan mengorbankan waktu demi kami, anak muridmu. Kami berdoa,
semoga Allah S.W.T akan melimpahkan rahmat dan peliharaan-Nya kepada Teacher
Rosmidah serta keluarga, dipanjangkan usia, diberikan kesihatan tubuh badan dan
ditambahkan ilmu pengetahuan bagi manfaat agama, bangsa dan negara.

Benar kata pepatah Melayu, patah kan tumbuh, hilang kan berganti, namun yang hilang akan
tetap kekal abadi.

Alangkah dinginnya menjelang senja,

Mentari terbenam di ufuk barat,

Doa kami untuk guru tercinta

Bahagia di dunia hingga ke akhirat

Saya akhiri ucapan saya dengan Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warah


matullah hiwabarakatuh.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai