Anda di halaman 1dari 3

Kata Bismillahirahmanirahim

Aluan

Yang Berusaha Tuan Haji Mohamad Ridzuan bin Hasnan,


Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II

Yang Berusaha Barisan Kepimpinan Sekolah


Puan Fadhlina Bt Abdul Muhayuamin
Penolong kanan pentadbiran

Ustaz Wan Ustaz Wan Mohamad Idris bin Wan Daud,


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Encik Mohd Husin bin Abu Bakar,


Penolong Kanan Kokurikulum

Yang Diraikan Cikgu Abd A’zim Bin Zainuddin

Guru-guru, seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan


kepada Yang Maha Berkuasa Allah SWT kerana dengan
limpah rahmat dan kuasanya, dapat kita bersama-sama
meraikan majlis perpisahan yang sangat bermakna dan
penuh erti pada hari ini.

Hadirin Sekalian,
Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Yang pastinya
setiap perpisahan pasti amat menyedihkan. Apabila
mengenang kembali saat-saat ketika Bersama cikgu, pasti
ia akan menjadi detik kenangan paling manis yang tidak
dapat dilupakan ketika cikgu menguruskan aktiviti di
padang .

Hari ini, kami berasa terharu kerana kehilangan seorang


guru yang amat kami sayangi dan tentunya satu memori
yang sukar dilupakan.Cikgu akan Bersama kami membuat
aktiviti seperti membuat regangan, melompat tali , cara
senaman yang betul dan banyak lagi ilmu kesukanan yang
cikgu sampaikan dengan sabar.

Pada kami, guru kami ini iaitu Cikgu Azim bukan sahaja
guru, tetapi ibarat ayah kedua kami di SK Sultan Idris
yang memberi nasihat bersahaja, serta membantu kami
sehingga berjaya mendapat johan dalam pelbagai acara
sukan…..

Beliau bukan sahaja seorang guru yang penyayang dalam


mendidik kami malah periang melakukan tugas dengan hati
yang tulus ikhlas, malah mementingkan kebajikan pelajar
melebihi dirinya sendiri. Beliau juga dikenali sebagai
seorang yang sangat pemurah, berhati murni dan
senantiasa memberikan yang terbaik buat para
pelajarnya .Kentalnya seorang guru yang Bernama Cikgu
Azim iaitu sanggup turun padang untuk melatih anak murid
demi melihat anak muridnya berjaya serta menerapkan
nilai murni melalui pengajaran dalam Bahasa Melayu.
Pada kesempatan ini, saya sebagai wakil pelajar SK
SULTAN IDRIS 11 merakamkan setinggi-tinggi ucapan
penghargaan dan terima kasih kepada Cikgu Azim kerana
tidak pernah mengenal jemu mendidik dan mengorbankan
waktu demi kami, anak muridmu.

Kami berdoa, semoga Allah S.W.T akan melimpahkan


rahmat dan peliharaan-Nya kepada beliau serta keluarga,
dipanjangkan usia, diberikan kesihatan tubuh badan dan
ditambahkan ilmu pengetahuan bagi manfaat agama, bangsa
dan negara.

Benar kata pepatah Melayu, patah kan tumbuh, hilang kan


berganti, namun yang hilang akan tetap kekal abadi.

Alangkah dinginnya menjelang senja,


Mentari terbenam di ufuk barat,
Doa kami UTK guru tercinta
Bahagia di dunia hingga ke akhirat

Saya akhiri ucapan saya dengan Wabillahitaufik walhidayah


wassalamualaikum warah matullah hiwabarakatuh. Sekian,
terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai