Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN WAKIL PELAJAR SEMPENA MAJLIS

PERTUKARAN
GPK 1 CIKGU AZHAR BIN JAAFAR

Terima kasih Pengerusi Majlis


Yang Berusaha Guru Besar SK Jeniang (Pusat) – Cikgu Jamil bin
Bidin
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid – Cikgu Fisol b Abu Khari
Guru Penolong Kanan Kokurikulum Cikgu Jamil bin Mohd Daud
Guru Penolong Kanan PPKI – Cikgu Noor Mazi bt Mohamad Deris
Yang Dihormati Encik Sairi bin Abdul Halim , Yang Dipertua PIBG

Yang Diraikan Cikgu Azhar bin Jaafar, Mantan Guru Penolong


Kanan Pentadbiran SK Jeniang (Pusat)

Guru-guru serta rakan-rakan sekalian.


Assalamulaikum warah matullah hiwabarakatuh dan Salam
Sejahtera.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada


Allah kerana dengan limpah rahmat dan kuasanya, dapat kita
bersama-sama meraikan majlis perpisahan yang sangat bermakna
dan penuh erti pada hari ini.

Hadirin Sekalian,

Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Yang pastinya


setiap perpisahan pasti amat menyedihkan. Apabila mengenang
kembali saat-saat ketika bersama, pasti ia akan menjadi detik
kenangan paling manis yang tidak dapat dilupakan. Hari ini, kami
berasa terharu kerana kehilangan seorang guru yang amat kami
sayangi dan cintai.

Pada kami, Cikgu Azhar bukan sekadar guru, tetapi ibarat bapa
kami dalam sebuah keluarga besar di Sekolah Kebangsaan Jeniang
ini.
Lembut, tenang namun tetap berhemah dalam melaksanakan
tanggungjawab. Itulah butir-butir kata yang dapat digambarkan
mengenai Cikgu Azhar. Sepanjang tempoh perkhidmatan di Sekolah
Kebangsaan Jeniang, beliau telah banyak menyumbangkan jasa dan
bakti buat anak bangsa terutamanya para pelajar di sekolah ini.

Beliau bukan sahaja seorang guru yang penyayang, melakukan


tugas dengan hati yang tulus ikhlas, malah mementingkan kebajikan
pelajar melebihi dirinya sendiri. Beliau juga dikenali sebagai
seorang yang berhati murni dan sentiasa memberikan yang terbaik
buat para pelajarnya.

Hadirin sekalian,

Pada kesempatan ini, saya sebagai wakil murid Sekolah


Kebangsaan Jeniang merakamkan setinggi-tinggi ucapan
penghargaan dan terima kasih kepada Cikgu Azhar yang tidak
pernah mengenal jemu mendidik dan mengorbankan waktu demi
kami, anak- anak muridmu.

Kami berdoa, semoga Allah S.W.T akan melimpahkan rahmat


dan peliharaan-Nya kepada Cikgu Azhar serta keluarga,
dipanjangkan usia, diberikan kesihatan tubuh badan dan
ditambahkan ilmu pengetahuan bagi manfaat agama, bangsa dan
negara.

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Benar kata
pepatah Melayu, yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti,
namun yang hilang akan tetap kekal menjadi kenangan abadi.

Saya akhiri ucapan saya dengan Wabillahi taufik walhidayah


wassalamualaikum warah matullah hiwabarakatuh. Sekian, terima
kasih.

Anda mungkin juga menyukai