Anda di halaman 1dari 2

Ucapan Wakil Murid Sempena Majlis Perpisahan

En. Mhd Sazali B. Jailani

Terima kasih Puan Pengerusi Majlis.

Yang Diraikan, En Mhd Sazali B. Jailani, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Lanang, Yang
Dihormati Guru Penolong Kanan Pentadbiran – Puan Nor Aidah Bt Baba, Yang dihormati Guru
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pn Azizah Bt Jaafar, Yang dihormati Guru Penolong Kanan
Kokorikulum –Pn Hajah Safiah Bt Abd Majid, AJK PIBG Sekolah Kebangsaan Seri
Lanang,tetamu-tetamu jemputan, guru-guru serta rakan-rakan sekalian.

Assalamulaikum warah matullah hiwabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Yang Maha Berkuasa Allah SWT
kerana dengan limpah rahmat dan kuasanya, dapat kita bersama-sama berkumpul untuk meraikan
majlis perpisahan ini. Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Yang pastinya setiap
perpisahan pasti amat menyedihkan. Apabila mengenang kembali saat-saat ketika bersama, pasti
ia akan menjadi detik kenangan paling manis yang tidak dapat dilupakan. Kami berasa terharu
kerana kehilangan seorang guru yang amat kami sayangi dan cintai. Pada kami, guru ini bukan
sekadar guru, tetapi ibarat bapa kami dalam sebuah keluarga besar yang sentiasa memimpin dan
mendidik kami menjadi insan yang berguna pada suatu hari nanti.

Hadirin dan Hadirat sekalian,

Pada kesempatan ini, saya sebagai wakil murid-murid Sekolah Kebangsaan Seri Lanang
merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada En. Mhd Sazali B.
Jailani yang tidak pernah mengenal jemu mendidik dan mengorbankan waktu demi kami, anak-
anak muridmu.Kami juga memohon ribuan kemaafan atas segala perbuatan kami yang
menyinggung perasaan cikgu. Kami berdoa, semoga Allah S.W.T akan melimpahkan rahmat -
Nya kepada Cikgu Sazali serta keluarga, dipanjangkan usia, diberikan kesihatan tubuh badan dan
ditambahkan ilmu pengetahuan bagi manfaat agama, bangsa dan negara. Insyaallah.

Patah dahan bunga kemboja,

pucuk paku subur di titi,

budi cikgu kami tak lupa,

sudah terpaku di dalam hati.


Salam kemaafan kami hulurkan, Ilmu diberi harap halalkan, Doakan kami cikgu Sazali semoga
kami berjaya di dunia dan di akhirat .

Sekian, terima kasih. Terima Kasih Cikgu Sazali..Kami sayang cikgu..

Anda mungkin juga menyukai