Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Terima kasih saya ucapkan


kepada Cikgu Aminah, selaku pengerusi majlis.

Yang diraikan Cikgu Hakimi Bin Salleh

Yang dihormati Puan Hjh Khairiah bt Abdul Samad, Guru Besar SK Padang Gajah

Yang berusaha :

Encik Wan Zainudin bin Wan Daud, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SK Padang Gajah

Puan Noor Mila bt Mehat, Penolong Kanan Kokurikulum SK Padang Gajah

Dif-dif Kehormat, Guru-guru Sekolah Kebangsaan Padang Gajah yang disayangi serta sahabat-
sahabat seperjuangan sekalian.

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita
berkumpul bersama-sama dalam Majlis Sanjungan Budi sempena persaraan Cikgu Hakimi bin
Salleh.

Saya Iman dari Tahun 6 Amanah selaku wakil murid Sekolah Kebangsaan Padang Gajah ingin
merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada insan yang diraikan Cikgu Hakimi
di atas ilmu yang telah diberikan kepada kami. Sesungguhnya segala ilmu yang cikgu curahkan
amat bermakna buat kami. Hanya doa yang mampu kami titipkan kepadamu cikgu sebagai ganti
atas segala pengorbanan dan curahan ilmu yang pernah diberikan. Semoga Allah merahmati
setiap apa yang dilakukan oleh Cikgu Hakimi selepas ini dan sentiasa diberikan kesihatan tubuh
badan yang baik untuk meneruskan kehidupan selepas bersara nanti.

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Benarlah kata pepatah, yang patah kan
tumbuh, yang hilang akan berganti namun yang hilang tidak akan sama dan akan tetap kekal
dalam ingatan. Begitulah juga dengan bersaranya Cikgu selepas ini, maka tiada lagi kelibat
Cikgu di SKPG namun memori kita bersama tetap utuh di ingatan kami semua murid.
Sebelum mengakhiri ucapan, izinkan saya berpantun buat insan yang diraikan.

Buah pauh delima batu,

Anak sembilang di tapak tangan,

Walau jauh beribu batu,

Hilang di mata di hati jangan.

Salam kemaafan kami hulurkan,

Semoga kemesraan terus berpanjangan,

Ilmu diberi harap halalkan,

Semoga perjuangan kami mendapat keberkatan.

Sekian sahaja ucapan saya selaku wakil murid. Mohon ampun dan maaf di atas salah silap kami
terhadap cikgu selama ini. Terima kasih diucapkan sekali lagi kepada Cikgu Hakimi bin Salleh
dan Selamat Bersara saya ucapkan. Sekian terima kasih.

TEKS UCAPAN WAKIL MURID


SEMPENA

MAJLIS PERSARAAN

CIKGU HAKIMI BIN SALLEH

Anda mungkin juga menyukai