Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Salam Sejahtera dan Salam 1


Malaysia. Terima kasih saya ucapkan kepada pengerusi majlis.

Yang diraikan Encik Mohamad bin Kannashaib

Yang dihormati Encik Abdul Manaf bin Ahmad, Guru Besar SK Seksyen 6 Kota
Damansara ( )

Yang berusaha :

Encik Zubir bin Yaacob, Guru Penolong Kanan Pentadbiran ( )

Encik Iskandar bin Othman, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ( )

Puan Hjh Rohanim binti Shahari, Guru Penolong Kanan Kokurikulum ( )

Encik Che Ramli bin Tausa, Guru Penolong Kanan Petang ( )

Guru-guru Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara yang disayangi


serta sahabat-sahabat seperjuangan sekalian.

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya


dapat kita berkumpul bersama-sama dalam Majlis Persaraan Cikgu Mohamad
bin Kannashaib pada hari yang penuh bermakna hari ini.

Saya Aqeef Darwish bin ___________________ selaku wakil murid Sekolah


Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara khasnya murid-murid yang berada di
sesi petang ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada
insan yang diraikan Cikgu Mohamad bin Kannashaib atas ilmu yang telah
diberikan selama ini. Sesungguhnya segala ilmu yang dicurahkan amat
bermakna buat kami. Hanya doa mampu kami titipkan kepadamu cikgu
sebagai ganti atas segala pengorbanan dan curahan ilmu yang pernah
diberikan. Semoga Allah merahmati setiap apa yang dilakukan oleh Cikgu
Mohamad selepas ini dan sentiasa diberikan kesihatan tubuh badan yang baik
untuk meneruskan kehidupan selepas bersara nanti.

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Benarlah kata pepatah
yang patah kan tumbuh yang hilang akan berganti namun yang hilang tidak
akan sama walabagaimanapun akan tetap kekal abadi. Begitulah juga
dengan bersaranya Cikgu Mohamad selepas ini, maka tiada lagi bayangan
Cikgu Mohamad selepas ini tetapi memori kita bersama tetap utuh di ingatan
kami semua murid.

Sebelum mengakhir ucapan, izinkan saya berpantun buat insan yang diraikan.

Buah pauh delima batu,

Anak sembilang di tapak tangan,

Walau jauh beribu batu,

Hilang di mata di hati jangan.

Salam kemaafan kami hulurkan,

Semoga kemesraan terus berpanjangan,

Ilmu diberi harap halalkan,

Semoga perjuangan kami mendapat keberkatan.

Sekian sahaja ucapan saya selaku wakil murid. Terima kasih diucapkan sekali
lagi kepada Cikgu Mohamad dan Selamat Bersara saya ucapkan. Sekian
terima kasih.
TEKS UCAPAN WAKIL MURID

MAJLIS PERSARAAN

CIKGU MOHAMAN BIN


KANNASHAIB

Anda mungkin juga menyukai