Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN WAKIL PELAJAR

SEMPENA MAJLIS PERSARAAN


ENCIK ABD RAZAK BIN ABDUL MANAF ( GURU PENOLONG KANAN
PENTADBIRAN )
TUAN HAJI MAT AMIN BIN AHAMED HALIM ( GURU PENOLONG
KANAN KOKURIKULUM )
Terima kasih Pengerusi Majlis..
Yang Berusaha Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jenalik, Encik Razali
Bin Ahmad Shah
Yang Berusaha Pengelola Cemerlang Penyelia Sekolah Rendah, Encik
Ahmad Mahmud Bin Salleh,
Yang Dihormati Puan Khibtiah Binti Mohd baki, Guru Penolong Kanan
Pentadbiran,
Yang Dihormati Tuan Haji Idzahar Bin Idris, Guru Penolong Kanan
Pendidikan Khas,
Yang Diraikan Encik Abd Razak Bin Abdul Manaf, mantan Guru Penolong
Kanan Pentadbiran,
DAN
Tuan Haji Mat Amin Bin Ahamed Halim ( Guru Penolong Kanan Kokurikulum
),
Yang Di Pertua Persatuan Ibubapa Dan Guru Sekolah Kebangsaan Jenalik,
Encik Noorazmi Bin Abu Samat,
guru-guru serta rakan-rakan sekalian.

Assalamulaikum warah matullah hiwabarakatuh dan Salam Sejahtera,


Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Yang Maha
Berkuasa Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kuasanya, dapat
kita bersama-sama meraikan majlis perpisahan yang sangat bermakna
dan penuh erti pada hari ini.
Para Hadirin Yang Diraikan dan Dikasihi Sekalian,
Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Yang pastinya setiap
perpisahan pasti amatmenyedihkan. Apabila mengenang kembali saatsaat ketika bersama, pasti ia akanmenjadi detik kenangan paling manis
yang tidak dapat dilupakan. Hari ini, kami berasa terharu kerana
kehilangan kedua-dua guru yang amat kami sayangi dan cintai. Pada
kami, kedua-dua guru ini bukan sahaja guru, tetapi ibarat ibu danbapa
kami dalam sebuah keluarga besar di Sekolah Kebangsaan Jenalik ini.
Lembut, tenang namun tetap tegas dalam melaksanakan tanggungjawab.
Itulah butir - butir kata yang dapat digambarkan mengenai Encik Abdul

Razak Bin Abdul Manaf. Sepanjang tempoh perkhidmatan di sini , beliau


telah banyak menyumbangkan jasa dan bakti buat anak bangsa. Beliau
bukan sahaja seorang guru yang penyayang, melakukan tugas dengan
hati yang tulus ikhlas, malah mementingkan kebajikan pelajar melebihi
dirinya sendiri. Beliau juga dikenali sebagai seorang yang berhati murni
dan senantiasa memberikan yang terbaik buat para pelajarnya
bersesuaian dengan moto hidupnya.
Hadirin dan Hadirat sekalian, Memory is a way of holding onto the
things you love, the things you are, the things you never want to lose.
Itulah Tuan Haji Mat Amin Bin Ahamed Halim yang telah memulakan
karier sebagai seorang guru pada tahun 1979. Beliau merupakan seorang
guru yang berdedikasi dan terhadap tugas dan tanggungjawab beliau.
Beliau juga dikenang sebagai guru yang begitu lembut dan memahami.
Sikap kendiri beliau yang boleh dibawa berbincang, easy-going , dan tidak
lokek untuk memberikan bantuan apabila diperlukan serta sentiasa
berusaha mempermudah sesuatu urusan adalah kualiti yang perlu di
contohi dan di teladani oleh kita semua terutamanya pelajar SK Jenalik.
Hadirin dan Hadirat sekalian,Pada kesempatan ini, saya sebagai
wakil pelajar SK Jenalik merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan
dan terima kasih kepada guru-guru kami yang tidak pernah mengenal
jemu mendidik dan mengorbankan waktu demi kami, anak muridmu.
Kami berdoa, semoga Allah S.W.T akan melimpahkan rahmat dan
peliharaan-Nya kepada Encik Abdul Razak dan Tuan Haji Mat Amin H serta
keluarga, dipanjangkan usia, diberikan kesihatan tubuh badan dan
ditambahkan ilmu pengetahuan bagi manfaat agama, bangsa dan negara.
Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Benar kata pepatah
Melayu, patah kan tumbuh, hilang kan berganti, namun yang hilang akan
tetap kekal abadi. Saya akhiri ucapan dengan beberapa rangkap
pantun :

Terbang bebas si rama-rama,


Indah panorama menghias alam;
Di kala ini wajahmu purnama,
Esok lusa tampak berbalam.
Indah panorama menghias alam,
Tampak dari Tanjung Agas;
Esok lusa tampak berbalam,
Rinduan kami tetap berbekas.
Tampak dari Tanjung Agas,
Menggamit rindu datang ke mari;

Rinduan kami tetap berbekas,


Kenangan bersama memahat memori.

Wabillahitaufik walhidayahwassalamualaikum warah matullah


hiwabarakatuh,
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai