Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Salam Sejahtera
Terima Kasih saidari Pengerusi Majlis,
Indah Berbalam Si Awan Petang,
Berarak Di Celah Pepohon Ara,
Pemanis Kalam Selamat Datang,
Awal Bismillah Pembuka Bicara

*Yang Berusaha,
En. Sl Daud Bin Matliza
Guru Besar Sk Pendidikan Khas Melaka
*Yang Diraikan,
En. Mohd Zaki Bin Baharom
Mantan Guru Besar Sk Pendidikan Khas Melaka ,
*Yang Dihormati,
En. Hafizuddin Bin Mohd Fauzi
Ydp Pibg

*Barisan Pentadbir
Pn. Rosnani Bt Muhammad, Gpk Hem
Pn. Norhayati Bt Kimin, Gpk Kurikulum
En. Mohamad Saiful Bin Saad, Gpk Ko-kurikulum

Seterusnya Rakan-Rakan Guru Dan Staf  Serta Hadirin Yang Dihormati Sekalian.


Ahlan Wahsahlan Dan Selamat Datang Diucapkan Kepada Semua Ke Majlis  Hi Tea
Sanjungan Kasih
*Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah SWT dengan izinNya dapat Kita
Berkumpul Di Dalam Dewan   Ini Bagi Menjayakan Satu Majlis Yang Bakal Menjadi
Ingatan Di Sanubari  Hati Tuan Puan Anjuran Kelab Keluarga Sk Pendidikan Khas
Melaka Pada Tahun 2022.

Para Tetamu Yang Saya Kasihi Sekalian


Pertama Sekali Saya Ingin Mengucapkan  Jutaan Terima Kasih Kepada Semua ahli
kelab keluarga SKPKM dan juga tetamu yang diraikan atas kesudian meluangkan
masa pada petang ini.
Ini Menunjukkan Bahawa Ikatan Silatulrahim Tiada Batas Dan Penghujungnya.

*Dan Seterusnya Saya Ingin Merakamkan Ucapan Setinggi-Tinggi Peghargaan dan


Ribuan Terima Kasih Kepada Semua Yang Terlibat Dalam Merancang Dan
Menjayakan Majlis Ini, termasuk Ahli Kelab Yang Sudi Menyumbangkan Hadiah
Cabutan Bertuah, Kita Doakan Semoga Allah Mengantikan Rezeki Yang Lebih Baik.
Aamiin.
Terima Kasih Juga Kepada Semua AJK Yang Sudi Berkorban Masa Dan Bertungkus
Lumus Dalam Menjayakan Program Kelab Sepanjang Tahun Ini . Kerja Kerja
Sukarela Yang Tidak Kelihatan Itu Hanya Allah Jua Yang Membalasnya.

*Dikesempatan Ini Saya Sebagai Wakil Ahli Kelab Ingin Mengucapkan


Shalan Wabika kepada En. Sl Daud Bin Matlazim ,Guru Besar Skpkm Yang Baru
Menjadi Ahli Kelab Seterusnya Merangkap Ayahanda Kita Sebagai Penaug Kelab
Keluarga Skpkm.
Semoga Dengan Kehadiran Keluarga Baru Kita Ini, Akan Lebih Menyerikan Keluarga
Besar Skpkm.Insya Allah.
Selain Itu Juga Kita Turut Merasa Sedih Atas Kehilangan Ahli kelurga Yang Banyak
Menyumbang Jasa Dan Idea Serta Nasihat Dalam Perancangan Kelab Iaitu Mantan
Guru Besar Kita En. Mohd Zaki Bin Baharom,
Sebagai Keluarga, Kita Tetap Mendokan Semoga Beliau Terus Berjaya Dengan
Cemerlang Dan Dilindungi Allah Dimana Sahaja Beliau Berada. Aamiin

Perancangan Program Kelab Keluarga SKPKM Ini Bukan Lah Yang


Terakhir,Walaupun Namanya Jamuan Akhir Tahun Kelab Keluarga, Insya Allah Kita
Masih Ada Beberapa Program Lagi yang akan dilaksanakan. Insya Allah
Pihak Kami Juga Amat Berbesar Hati Sekiranya Ada Pandangan Dan Idea Yang
Bernas Dari Semua Ahli Untuk pemantapan program yang akan dilaksanakan dari
masa ke semasa, Bolehlah Sampaikan Kepada Kami @Pm Tepi.

Akhir Kata Kepada Semua.Saya Tinggalkan Dengan Beberapa Rangkap Pantun:


Madah Diungkap Santun Bicara
Pantun Dilantun Mengusik Hati
Salah Dan Silap Tutur Bicara
Pohon Diampun Seikhlas Hati
Terbang Selisih Siburung Kedidi
Terbang Berduyun Di Waktu Pagi
Terima Kasih Daun Keladi
Di Lain Tahun Berjumpa Lagi

 Sekian Saya Sudahi Dengan Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalamualaikum


Warah Matullahi Wabarakatuh.Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai