Anda di halaman 1dari 6

SKRIP MC ANNUAL DINNER SMK BAHAU 2017

BIL. ACARA SKRIP


1. 8.00
Ketibaan tetamu
jemputan
2. 8.15 BISSMILLAHIRRAHMANIRAHIM
Aluan pengerusi majlis
KE PEKAN KUALA MEMBELI BINGKA,
SAYANG PESANAN TERLUPA SUDAH;
MAJLIS BERMULA TIRAI DIBUKA,
DENGAN ALUNAN MADAH YANG INDAH.

TRADISIONAL MELAYU KITA KAGUMI


TEMA PILIHAN RETRO KALI INI
JAMUAN AKHIR TAHUN KITA MULAI
MENCIPTA KENANGAN TERSEMAT DI HATI

ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA SALAM 1


MALAYSIA.…

YANG BERBAHAGIA ENCIK ADLI TEO KOON LEONG,


PENGETUA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BAHAU.

YANG BERUSAHA ENCIK AB RAHOP BIN ZAKARIA,


MANTAN PENGETUA SMK BAHAU.

YANG DIHORMATI ENCIK NORLION BIN PAIDI, YDP PIBG


SMK BAHAU.

YANG DIHORMATI ENCIK MURTHY A/L


_____________________, NAIB YDP PIBG SMK BAHAU.

YANG DIHORMATI ENCIK ROSLI BIN ________________________,


PENGERUSI SARANA SMK BAHAU.

YANG DIHORMATI ENCIK HAMDAN BIN AZIZ,


PENOPENOLONG KANAN PENTADBIRAN.

YANG DIHORMATI ENCIK ZAMRI BIN ISMAIL,


PENOPENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID.

YANG DIHORMATI ENCIK LEE TECK SOON,


PENOPENOLONG KANAN KOKURIKULUM.

YANG DIHORMATI PUAN ZARINA BINTI YUNUS,


PENOPENOLONG KANAN PPKI.
SKRIP MC ANNUAL DINNER SMK BAHAU 2017

YANG DIHORMATI ENCIK MUNIR HAFIZI BIN ABU YAMIN ,


PENGERUSI KELAB STAFF SMK BAHAU BAGI TAHUN
2017

YANG BERUSAHA AHLI-AHLI JAWATANKUASA KELAB


STAFF SMK BAHAU 2017.

YANG DIHORMATI GURU-GURU KANAN MATA


PELAJARAN, RAKAN KAUNSELOR, , RAKAN-RAKAN GURU,
STAF SOKONGAN, TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG
DIKASIHI SEKALIAN.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan


syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya,
maka kita diberikan luangan waktu untuk sama-sama
berkumpul di Restoran Enak, Hotel City View yang permai
ini untuk majlis jamuan akhir tahun SMK Bahau tahun
2017.

ANAK MONYET ANAK KERA


ANAK SINGA BERNAMA TAHIM
SAMBIL BERKUMPUL BERAMAH MESRA
MEMPERERATKAN LAGI SILATURRAHIM

Tujuan majlis ini diadakan,bukan sahaja untuk majlis


makan-makan ,ia juga diharapkan dapat mempereratkan
silaturrahim antara satu sama lain setelah berpenat lelah
dengan penglibatan dlm pelbagai aktiviti yang dianjurkan
sepanjang tahun ini.

3. Bacaan Doa Hadirin dan hadirat sekalian,

KALAU PERGI KE TANJUNG KERAMAT,


ANAK MANIS JANGAN DIANGKAT;
BERSAMA KITA MEMOHON RAHMAT,
MOGA MAJLIS MENDAPAT BERKAT.

Bagi memberkati majlis pada malam ini,,dipersilakan al-


fathil ustaz Rahmat Bin Muhammad untuk memimpin
bacaan doa pembuka majlis dan seterusnya bacaan doa
makan.Dipersilakan .

***** Bacaan Doa *****

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada al fathil


ustaz Rahmat Bin Muhammad atas bacaan doa sebentar
tadi.
4. Jamuan Makan Para hadirin dijemput untuk menjamu selera.
SKRIP MC ANNUAL DINNER SMK BAHAU 2017

(+ 10 minit)

5. Ucapan Pengerusi Hadirin yang dimuliakan,


Kelab Staff
TAK MOLEK, JIKA ADA ALU TIADA LESUNGNYA
TAK BERGUNA JIKA ADA DAYUNG TIADA PERAHUNYA
TAK LENGKAPLAH MAJLIS JIKA TIADA YANG BERBICARA

Memulakan bingkisan ucapan, majlis dengan penuh


takzimnya mempersilakan yang berbahagia , Encik Munir
Hafizi Bin Abu Yamin, Pengerusi Kelas Staff SMK Bahau
2017 untuk menitipkan sepatah dua kata.
Dengan segala hormatnya dipersilakan…

**** Ucapan Pengerusi ****

Terima kasih diucapkan atas ucapan sebentar tadi.

6. Ucapan Tuan Pengetua Hadirin yang dihormati,

PERGI KE KOTA BELI SELASIH,


SAYANG SI DARA BUAT HALWA;
BERILAH KATA SIMPULAN KASIH,
SULAMKAN MESRA SATUKAN JIWA.

Meneruskan bingkisan, majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan yang berusaha, Encik Adli Teo Koon
Leong, Tuan Pengetua SMK Bahau untuk menyampaikan
sepatah dua kata.

****Ucapan Tuan Pengetua****

Majlis merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada


Tuan Pengetua atas ucapan sebentar tadi.

7. Ucapan YDP PIBG Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan ucapan YDP PIBG. Dengan
itu majlis mempersilakan Encik Norlion Bin Paidi YDP PIBG SMK
Bahau bagi menyampaikan sepatah dua kata. Dipersilakan.

****Ucapan YDP PIBG****

Terima kasih diucapkan kepada Encik Norlion Bin Paidi atas ucapan
sebentar tadi.
8. Ucapan Mantan Hadirin dan hadirat sekalian,
Pengetua
Buat pengetahuan semua, pada tanggal 27 Oktober 2017, mantan
pengetua Encik Ab Rahop telah bertukar ke SMK Dato’ Mansor.
Pada malam ini, kami berasa seronok kerana beliau sanggup
meluangkan masa untuk sama-sama menhadirkan diri ke Majlis
Jamuan Makan Malam Akhir Tahun SMK Bahau. Dengan itu, saya
SKRIP MC ANNUAL DINNER SMK BAHAU 2017

berbesar hati menjemput En Ab Rahop Bin Zakaria , Mantan


Pengetua SMK Bahau untuk menyampaikan sepatah dua kata.
Dipersilakan.

**** Ucapan mantan Pengetua ****

Terima kasih diatas ucapan Encik AB Rahop sebentar tadi. Kami di


SMK Bahau mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf jika
ada salah atau silap sepanjang bekerja bersama tuan di SMK
Bahau. Semoga tuan terus diberi kesihatan yang baik dan
meneruskan kecemerlangan walau di mana tuan berkhidmat.
9. Cabutan Bertuah Hadirin yg dihormati sekalian,

Tuah ayam tampak di kaki, tuah kita siapa yang


kena.Sebentar lagi kita akan tahu siapa yang bertuah di
kalangan kita.

 SLOT 1 CABUTAN BERTUAH

Bg slot yg pertama, majlis dgn segala hormatnya


mempersilakan mantan Pengetua SMK Bahau En Ab Rahop
Bin Zakaria untuk membuat 5 cabutan.

No bertuah ……….

- Terimakasih diucapkan kpd En Ab Rahop atas kesudian


menyempurnakan acara tadi.

10. Penyampaian Hadiah Hadirin dan hadirat sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada guru


dan staf yang telah melangsungkan perkahwinan dan mendapat
cahaya mata sulung pada tahun 2017.
Untuk itu, majlis menjemput Tuan Pengetua Encik Adli Teo Koon
Leong , Pengetua SMK Bahau untuk menyampaiakn hadiah tanda
kenang kenangan.

Majlis menjemput :

Guru yang berkahwin pada tahun 2017

1. Puan Jamalina Binti Jamil


2. Puan Puvaneswary
3. Puan Siti Farah

Guru yang menimbang cahaya mata sulung pada tahun 2017

1. En Munir Hafizi
2. En Izwan
3. Puan Asmanira
SKRIP MC ANNUAL DINNER SMK BAHAU 2017

4. En yuva

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua atas kesudian


menyampaikan hadiah sebentar tadi.

11. Cabutan Bertuah SLSLOT 2 CABUTAN BERTUAH

Bg slot yg kedua, majlis dgn segala hormatnya


mempersilakan YDP PIBG Encik Norlion Bin Paidi untuk
membuat 5 cabutan.

No bertuah ……….

- Terimakasih diucapkan kpd Encik Norlion Bin Paidi atas


kesudian menyempurnakan acara tadi.

12 Cabutan Bertuah SLSLOT 3 CABUTAN BERTUAH

Bg slot yg kedua, majlis dgn segala hormatnya


mempersilakan Encik Hamdan Bin Aziz untuk membuat 6
cabutan.

No bertuah ……….

- Terimakasih diucapkan kpd Encik Hamdan Bin Aziz atas

kesudian menyempurnakan acara tadi.

13. Pakaian Terbaik Ti Tibalah masa acara kemuncak pada malam ini iaitu Pakaian
terbaik yang telah dipilih oleh barisan VIP pada malam ini.

U Untuk itu, majlis menjemput Encik Adli Teo Koon Leong


Pengetua SMK Bahau diiringi oleh barisan vip-vip untuk
menyampaiakan hadiah.

Pakaian terbaik bagi guru atau staff lelaki adalah :

_______________________________________________________
Pakaian terbaik bagi guru atau staff wanita adalah :

_____________________________________________________

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua atas penyampaian


hadiah sebentar tadi.

14. Penutup Hadirin sekalian..

GUGUR MENGUNING BUAH KUINI,


MENGHIJAU POHON SUBUR DIBAJA,
SKRIP MC ANNUAL DINNER SMK BAHAU 2017

MAJLIS KITA BERAKHIR DI SINI,


SALAH DAN SILAP LUPAKAN SAJA
SEBARANG KELEMAHAN HARAP DIMAAFI
SEGALA KERJASAMA SANGAT DIHARGAI
TERIMA KASIH SEKALUNG BUDI
KENANGAN NAN INDAH SIMPANLAH DI HATI
SEMOGA PERSAHABATAN TERSIMPUL RAPI.
MUDAH-MUDAHAN KITA BERJUMPA LAGI.

TETAPI SEBELUM ITU,


DARI ROKAN KE INDRAGIRI,
MEMBAWA TINTA KE KUALA LINGGI;
BALIKLAH TUAN REHATKAN DIRI,
MINGGU DEPAN KITA BERTUGAS LAGI.

SEKIAN,TERIMA KASIH.

WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM


WBT…

Anda mungkin juga menyukai