Anda di halaman 1dari 9

***Bile VIP dah sampai

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia,


______________________________________.
Diminta semua hadirin untuk terus berdiri bagi menyanyikan lagu negaraku dan lagu
warisan setia warga UITM. ( que lagu)
Terima kasih kepada semua hadirin dan hadirat sekalian. Hadirin dan hadirat semua
dijemput duduk di tempat masing-masing.
** Emcee 1
Ke Pekan Kuala membeli bingka,
Sayang pesanan terlupa sudah,
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Yang berusaha, _____________________________________________________,
Yang dihormati, barisan para pensyarah, kakitangan UiTM Kampus Kuala Pilah, barisan
para alumni UiTM Kampus Kuala Pilah, rakan-rakan dan para hadirin sekalian.
Selamat datang diucapkan ke Majlis Makan Malam Kelab Kimia Al-Chemist tahun 2016
yang bertemakan Glam and Elegant.
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat illahi kerana dengan izinNya di malam yang
berbahagia ini dapat kita bersama-sama berkumpul sebagai satu ukhwah dan
semangat dalam satu kelab yang sama.
**Emcee 2
Tujuan majlis ini diadakan, bukan sahaja untuk majlis makan malam ,tetapi untuk
meraikan kejayaan pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang pada semester
lepas serta menjadi medan terakhir bagi kita untuk beramah mesra terutamanya
bersama kakak-kakak dan abang-abang semester 5 dan 6 yang bakal mengakhiri sesi
pengajian mereka di UiTM Kampus Kuala Pilah.
Majlis makan malam ini juga adalah demi mempereratkan silaturrahim antara satu
sama lain setelah berpenat lelah dengan penglibatan dalam pelbagai aktiviti yang
dijalankan sepanjang 2016.

Ibarat pantun yang berbunyi,


Anak monyet anak kera,
Anak siang bernama tasnim,
Sambil berkumpul beramah mesra,
Mempereratkan lagi silaturrahim,
**Emcee 1
Para hadirin sekalian,
Bagi memperoleh keberkatan serta payung rahmat illahi, majlis pada malam ini
mempersilakan Saudara _______izzat azrai________________________
wakil
dari AJK program untuk melafazkan bacaan doa. Dipersilakan.
***************************************bacaan doa***********************************************
Amin..amin ya Rabbalalamin
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Saudara ___izzat azrai________ atas
bacaan doa itu tadi.
Tidak lengkap kiranya jika kita tidak mendengar sepatah dua kata dari orang kuat kimia
sendiri bukan? Dengan itu majlis dengan segala hormatnya menjemput Pn Mazni Musa
selaku ketua pusat pengajian kimia dan alam sekitar untuk memberikan ucapan alualuan. Dengan hormatnya majlis mempersilakan.
***ucapan pengerusi ***
***Emcee 2
Majlis merakamkan penghargaan terima kasih kepada Pn mazni atas ucapan beliau
sebentar tadi.
( Boleh Nak tmbah2 sket ke.. ringkaskan balik isi pngerusi ckp td.)
Besar langit di tepi busut,
Besar tak muat di dalam peti;
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.

Tanpa melengahkan masa lagi, majlis diteruskan dengan penuh takzimnya


mempersilakan Yang berusaha,

_____________________________________________ untuk menyampaikan ucapan


dan sekaligus merasmikan Majlis Makan Malam kelab Kimia Al-Chemist. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.
**Emcee 1
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada __________________________ atas
kesudian beliau merasmikan majlis makan malam dengan gimik yang disediakan oleh
AJK program sebentar tadi. Sungguh dramatik dan fantastic sekali !!.
Pulau Pandan Jauh Ke Tengah
Gunung Daik Bercabang Tiga
Doa Sudah Ucapan Pun Sudah
Tiba Masa Menjamu Selera
Masing-masing tentu sudah tidak sabar untuk menikmati hidangan yang terhidang di
depan mata bukan? Dengan itu, saya sekali lagi menjemput saudara ___izat azrai___
untuk mengetuai bacaan doa makan. Dipersilakan.

**Emcee 2
Sorong Papan Tarik Papan
Makan Keranji Dalam Perahu
Suruh Makan Kita Makan
Janganlah Segan Janganlah Malu
Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim, hadirin dijemput untuk menjamu selera.
(*que lagu santai)
****************************************************************************************************
(tunggu diorang makan sekejap, bile stage dah ready untuk montaj baru proceed. Start
informal.)
Okay, sambil kita menikmati hidangan makan malam yang disediakan, majlis akan
dihangatkan lagi dengan menyaksikan montaj istimewa yang disediakan oleh AJK
program kita. Haa jom kita tengok!
***montaj***

**Emcee 1
Wow! Menarik kan montaj tadi? Rasa macam nak berjoget-joget sama pulak. (ulas sikit
pasal montaj)
Terima kasih diucapkan kepada AJK kite atas montaj yang superb sebentar tadi. Tepuk
sikit!
Para hadirin sekalian,
Okay, montaj dah sudah. Tak seronok pula kalau kita tak tambah persembahanpersembahan dari ahli kelab kita sendiri kan? Sambil-sambil makan ni, seronok juga
kalau kita dapat tengok bakat bakat ahli kelab kita ye tak? Jadi, tanpa membuang
masa, majlis mempersilakan
________________________________________________________. Dipersilakan.
****persembahan 1***

**Emcee 2
Itu dia bakat dari __________________. Tepuklah sikit! (Ulas persembahan, puji-puji
sikit)
Para hadirin sekalian,
Seperti rakan saya sebentar tadi ada menyatakan yang majlis pada malam ini bukan
sahaja untuk mengeratkan silaturrahim, tetapi adalah untuk meraikan juga kejayaan
rakan rakan kita yang memperoleh keputusan yang cemerlang pada semester lepas.
Jadi, majlis dengan segala hormatnya memjemput
________________________________ untuk menyampaikan sijil dekan kepada
mereka. (*que lagu gamelan). Dipersilakan.

Dari pelajar semester _____, dipersilakan, __(nama)__________, (list name budak


dekan) *** gilir gilir sebut nama***

Diminta _______________________ untuk berada di atas pentas kerana majlis akan


diteruskan lagi dengan acara yang ditunggu-tunggu iaitu acara cabutan bertuah. Bagi
pengetahuan hadirin sekalian, nombor bertuah anda telah diberi semasa pendaftaran
awal tadi. Harap belum hilang la ye. Oleh itu, jangan berganjak kemana-mana dan
nantikan adakah nombor anda mengena pada kali ini.
*** cabut no brtuah ( dua nombor )****
Nombor bertuah yang pertama ialah ___________ .
Nombor bertuah yang kedua ialah _______________.
**Emcee 1
Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan terima kasih diucapkan kepada
_________________. Jangan risau, ada lagi. Tapi sebelum kita ke cabutan yang
seterusnya, kita saksikan, persembahan daripada _________________________.
Dengar cerita, sampai tak tido malam ni buat persiapan. Kita tengok seajuh mana hebat
nya persembahan dari ______________ni. Ayuh! Dipersilakan.
***persembahan2****
Fuhh! Tudia persembahan dari ________________. Best tak??
(Ulas persembahan)
Para hadirin sekalian,
Kita kembali semula dengan acara penyampaian sijil kecemerlangan bagi pelajar yang
seterusnya. Diminta ___________________ untuk naik ke pentas bagi menyampaikan
sijil sijil tersebut. Dipersilakan.
Dari pelajar semester _____, dipersilakan, __(nama)__________, (list name budak
dekan) *** gilir gilir sebut nama***
Diminta ____________________ untuk kekal di atas pentas kerana sekali lagi cabutan
bertuah akan dibuat. Jeng jeng jeng! Siapa yang bakal membawa tv 33 pula lepas ni?
Hehe (or any other jokes you have). Minta ____________ untuk cabut dua nombor.
*** cabut no brtuah ( dua nombor )****
Nombor bertuah yang pertama ialah ___________ .
Nombor bertuah yang kedua ialah _______________. (cakap tahniah, meriahkan sikit
suasana)

**Emcee 2
(pergi ke student, tanya)
Seronok tak hari ni? Boleh share tak perasaan awak malam ni? (or any other question
yang korang nak tanya.) elaborate sementara stage ready.
Sebelum kite ke persembahan yang terakhir malam ini, kita ada satu montaj special
semester akhir. Para hadirin sekalian, seperti yang sudah kita maklum bahawa kakak2
dan abang2 kita yang berada di semester 5/6 adalah merupakan semester terakhir bagi
mereka. Dalam erti kata yang lain, tahun ini adalah merupakan tahun yang terakhir
mereka berada di Kampus Kuala Pilah. Oleh yang demikian, slot ini dikhaskan bagi
mereka.
Kita akan lihat suka duka pahit manis akak akak dan abang abang kita ini sepanjang
pengajian mereka di kampus kuala pilah yang kita sayang ni haa. Kisah FYP mereka
dan sebagainya. Kalau ade sesiapa yang berkenan jap lagi, mohon PM tepi ye. Hehe.
Tanpa melengahkan lagi, mari kita saksikan tayangan montaj semester akhir ini.
Berikan tepukan.
***** montaj*****

**Emcee 1
terima kasih diucapkan atas tayangan slide show sebentar tadi. Ternyata terdapat
banyak perkara yang telah dilalui oleh kakak2 dan abang2 yang telah meninggalkan
banyak kenangan bagi mereka di Kampus kita ini. Bagi meneruskan slot ini, saya
menjemput wakil dari semester akhir bagi menyampaikan ucapan beliau.
Dipersilakan
**** ucapan ***
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian saudara_______________ atas
ucapan beliau yang penuh bermakna tersebut. Terima kasih sekali lagi.
Okaylah, kita hangatkan lagi malam ini dengan persembahan daripada
____________________________________________________. majlis dengan
sukacitanya mempersilakan.

**Persembahan 3**
(ulas sket persembahan dia tuh)
Kembali semula dengan acara penyampaian sijil kecemerlangan bagi pelajar yang
seterusnya. Diminta ___________________ untuk naik ke pentas bagi menyampaikan
sijil sijil tersebut. Dipersilakan.
Dari pelajar semester _____, dipersilakan, __(nama)__________, (list name budak
dekan) *** gilir gilir sebut nama***
Tahniah diucapkan kepada penerima sijil dekan bagi semester lepas. Diharapkan ini
dijadikan sebagai batu loncatan kepada pelajar lain agar terus memperbaiki dan
mengejar kecemerlangan.

**Emcee 2
Sekarang tibalah masa, acara yang ditunggu-tunggu iaitu anugerah king dan queen of
the night yang bertemakan glam & elegant pada kali ini. Pemenang dipilih berdasarkan
undian yang tertinggi oleh para juri di kalangan pensyarah yang hadir pada malam ini.
Keputusan telah berada di tangan saya. Berdebar pula rasanya. Rata rata memang
semua siswa siswi kita ni bergaya sungguh malam ini. Baiklah tanpa melengahkan
masa pemenang bagi King of the night ialah _______________________.
***bagi hadiah kpd pemenang**
Manakala, queen of the night pula. Pemenangnya ialah
__________________________.
***bagi hadiah kpd pemenang**
Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pemenang ! berikan tepukan!!

** Emcee 1&2
Lantaran yang datang sudah mula mengadu keletihan, yang jauh sudah berbisik hari
semakin larut malam. Justeru itu saya ___________________________dan saya
___________________ selaku pengaracara majlis pada malam menyusun jari maaf
dipinta salah silap harap dimaafi terkasar bahasa bergurau senda jangan disimpan di
dalam hati ini sekadar penghibur hati supaya menjadi kenangan yang abadi semoga
persahabatan lebih tersimpul rapi. Sehubungan itu, saya bagi pihak majlis merakamkan

ucapan terima kasih kepada semua yang sudi menghadirkan diri menjayakan majlis
pada malam ini. Saya bagi seluruh warga kerja serta ahli jawatankuasa Majlis Makan
malam memohon berbanyak-banyak kemaafan sekiranya terdapat sebarang
kekurangan dalam majlis ini. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah yang
telah mencipta kami dan yang buruk itu adalah daripada kami yang telah dicipta
olehnya. Kami tutupi majlis dengan tayangan montaj sepanjang dinner ini berlangsung.
Sehingga Kita Bertemu Lagi Dalam Suatu Majlis Yang Lain, Assalammualaikum Dan
Selamat Malam.
wabillahi taufik wahidayah.wassalamualaikum wbt

DOA MAJLIS MAKAN MALAM




,

Allahumma Antal Azizul Jalil,
Sesungguhnya kami menadah tangan pada malam ciptaan-Mu ini, di dalam MAJLIS
MAKAN MALAM ALCHEMIST NIGHT 2016 ini, merafakkan kesyukuran dan pujian
terhadap-Mu, atas kurniaan nikmat-Mu yang tidak terhingga.
Allahumma Antal Hasibul Jalil,
Sesungguhnya di tangan-Mu sahajalah kuasa penilai segala amalan.Justeru
Berkatilah Majlis kami ini. Kau jadikanlah apa kiranya segala kerja kami selama ini, dan
hari-hari yang mendatang, sebagai ibadah yang Engkau redhai. Terimalah segala kerja
dan usaha kami itu, sebagai amal soleh yang Engkau berkati.
Rahmatilah kami Ya Allah dengan kasih sayang-Mu, Hiasilah diri kamiserta serikanlah
hidup kami dengan kekayaan dan ketinggian ilmu, Muliakanlah kami dengan kemuliaan
akhlak dan pekerti. Ya.. Allah! Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silaturahim dalam
kalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk menggempur anjakan sikap
dan pemikiran bagi menghadapi era teknologi dan globalisasi. Kurniakanlah apa kiranya
kepada kami kekuatan rohani dan jasmani, cetusan idea dan gerakan minda untuk
membimbing diri sendiri dan rakan-rakan kami agar kami dapat menjadi penjana
masyarakat, bangsa dan negara kami ke arah yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Allahumma Ya Zal Jalali Wal Ikram,
Iringilah bersama detik-detik perpisahan kami nanti, dengan keazaman dan komitmen,
serta dengan iltizam dan istiqamah, untuk terus menabur budi dan bakti, kepada
agama, bangsa dan negara. Kurniakanlah apa kiranya Ya Allah kepada kami, rezeki
yang halal dan berpanjangan, zuriat dan generasi yang beriman, serta segala kebaikan
di dunia, pun jua di akhirat.
Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhiroti hasanah waqina 'adzabannar.
wasallahu ala sayyidina muhammad, wa ala alihi wa sohbih wasalam.
Walhamdulillahhirabilalamin.
DOA MAKAN
Allahumma baarik llanaa fiima razaqtanaa waqinaa adzaa ban-naar"
Ya Allah, berkatilah rezeki yang engkau berikan kepada kami, dan peliharalah kami dari
seksa api neraka.

Anda mungkin juga menyukai