Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARAAN MAJIS SAMBUTAN HARI RAYA 2017

SK.PENGKALAN BERANGAN
SEKOLAH AMANAH KOHORT 2016
TARIKH : 6 JULAI 2017
HARI : KHAMIS
MASA: 10.30 PAGI

Bil AGENDA TEKS


1. Ketibaan para Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha
jemputan dan ibu
bapa En. Che Aslan bin Che Ismail
Guru Besar SK.Pengkalan Berangan
dengan diiringi 
Guru-Guru Penolong Kanan Sekolah Kebangsaan Pengkalan
Berangan.

Kata Alu-aluan Bersongkok bersampin segak berseri


2 Pengacara Majlis Berbaju kurung anggun jelita
Majlis sambutan aidil fitri
Bersamalah kita meraikannya

Kuih bahulu tradisi kita


Ketupat rendang pembuka selera
Tangan dihulur maaf dipinta
Agar ukhwah terjalin mesra

Yang Berusaha,
En.Che Aslan bin Che Ismail
Guru Besar SK Pengkalan Berangan

Yang berusaha,
Pn Norliana binti Shamshuddin
Guru Penolong Kanan Pentadbiran

En.Mat Saidi bin Yusof


Guru Penolong Kanan HEM

En.Manan bin Musa


Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Puan Razmi binti Mamat


Guru Penolong Kanan PPKI

Rakan-rakan guru,
Murid-murid yang dikasihi,
Seterusnya, warga SK.Pengkalan Berangan sekalian
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sayang,
salam sejahtera dan selamat aidilfitri.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah


kurniaNya,maka kita masih diberikan kesempatan untuk
menghirup udara Syawal setelah sebulan Ramadhan kita
berpuasa. Syukur juga kerana kita sama-sama dapat berkumpul
di dewan yang ceria  ini untuk  meraikan majlis Sambutan hari
raya Aidilfitri peringkat sekolah bagi tahun 2017.
Bacaan Doa Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian
3.
Majlis sambutan hari raya Aidilfitri ini, kita mulakan dengan
munajat doa memohon restu daripada yang maha Esa.
marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan
doa yang akan dipimpin dan dilafazkan oleh
 al fadhil ustaz Abdul Wahab bin Awang

Dengan segala hormatnya dipersilakan. 

Amin amin ya rabbal `alamin

majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih


kepada ustaz Abdul Wahab bin Awang atas bacaan doa itu
tadi.

Hadirin hadirat yang dikasihi sekalian,


4 Ucapan Alu-aluan
oleh Guru Besar Lemang dihidang enak rasanya
SKPB Nasi arab pilihan kita
Bingkisan kata bingkisan raya
Tuan guru besar bermadah kata

Bagi maksud itu, majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya


mempersilakan yang berusaha,
En.Che Aslan bin Che Ismail,
Guru Besar SK Pengkalan Berangan
untuk menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


En. Che Aslan bin Che Ismail atas ucapan itu tadi.

Hadirin sekalian,
5. Persembahan Majlis diteruskan dengan acara persembahan dan nyanyian lagu-
lagu raya.

Untuk itu, majlis mempersilakan persembahan pertama daripada:

Persembahan 2:__________________________________

Persembahan 3:__________________________________

Persembahan 4:__________________________________

Persembahan 5:__________________________________

Persembahan 6:__________________________________

Persembahan 7:__________________________________

Persembahan 8:__________________________________
Persembahan 9:__________________________________

Persembahan 10:_________________________________

Majlis Penutup Hadirin sekalian,


6
Majlis kita sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mohon
mengambil kesempatan waktu di penghujung ini untuk
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat dalam memastikan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri
peringkat sekolah ini dapat dilangsung dengan meriahnya.
Terima kasih juga diucapkan kepada semua murid atas
kerjasama yang diberikan bagi mengharmonikan majlis ini.

Ketupat lemang nasi impit laksa


Mi kuah bihun sup tidak dilupa
Kek dan biskut tersedia di meja
Tunggu apa lagi jom kita jamu selera

Dipersilakan hadirin hadirat dan semua yang hadir untuk


menikmati juadah yang telah sedia dihidangkan.

Sekian, Wassalamualakum wbt.dan Selamat hari raya Aidilfitri,


Maaf Zahir Batin.

Anda mungkin juga menyukai