Anda di halaman 1dari 17

TEKS PENGACARA MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT SEKOLAH SK

ALMA BAGI TAHUN 2014

PERKARA TEKS CATATAN

PENGUMUMAN Perhatian kepada hadirin dan hadirat yang

dihormati sekalian, sila matikan telefon bimbit

anda agar majlis dapat berjalan dengan lancar.


Pastikan juga anda tidak keluar-masuk dewan

ketika majlis sedang berjalan.


Terima kasih atas kerjasama anda.

Audio:

NYANYIAN Hadirin diminta bersedia untuk bersama-sama Zikir

mendendangkan nayid Asmaul Husna Asmaul

Husna

1
KATA ALU-ALUAN Melati kuntum tumbuh melata,

Sayang merbah di pohon cemara;

Assalammualaikum mulanya kata,

Salam sembah pembuka bicara.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Yang berbahagia, Pn. Nor Rosmizah Bt Ayob, Yang

Di-Pertua PIBG SK Alma,

Yang Berusaha, Pn Hjh Hasni Bt Haniff, Guru Besar

SK Alma, En. Sidan Bin Harun, Guru Penolong

Kanan Pentadbiran, Pn. Fatimah bt Mohamed Soid,

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pn Fatimah

Bt Wahid, Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Guru-guru seterusnya murid-murid yang dirahmati

Allah sekalian

Selamat datang ke Majlis Khatam Al-Quran Perdana,

peringkat SK Alma bagi tahun 2014.

2
Berlapis Cempaka Di Sisi Kekwa,

Indah Redup Dihias Melati;

Semangat Islam Kekal Di Jiwa,

Nescaya Hidup Lebih Bererti.

Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,

Al-Quran Penjana Transformasi Islam

Begitulah tema yang telah dipilih sebagai tema

Majlis Khatam Al-Quran pada tahun ini.

Pembaca

doa:
BACAAN DOA Rimba menghijau indah pandangan,

Encik
Dahan terikat tali perkasa,
Muhammad
Bersama kita menadah tangan,
Mustaqim

Memohon rahmat pada yang esa. Bin Zakaria

Bagi memakmurkan lagi majlis kita pada pagi ini, .

3
marilah sama-sama kita menadah tangan

mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh

En Muhammad Mustaqim Bin Zakaria.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Amin amin ya Rabbal alamin.

Terima kasih diucapkan atas bacaan doa sebentar

tadi.

BACAAN AYAT Sidang hadirin yang budiman, Khalifah:

LAZIM DAN DOA


Sekarang bersama-sama kita mendengarkan Uztaz Zaidi
KHATAM AL-
bacaan surah-surah lazim Al-Quran dan seterusnya bin Yusoff
QURAN
bacaan doa khatam Al-Quran yang akan dipimpin
Murid:
oleh Uztaz Zaidi bin Yusoff bersama-sama 20 orang
20 orang
murid
murid

Untuk makluman hadirin sekalian, seramai 60 orang

murid telah terlibat didalam Tadarus Al-Quran yang

telah dipimpin oleh 4 orang naqib iaitu Uztaz Zaidi

4
bin Yusoff, Uztaz Azni bin Ali, Uztaz Zulkeflee Bin

Shaari dan En Suhardi Abd Talib

Selain itu, seluruh warga guru dan staff SK Alma

juga terlibat didalam bersama-sama membaca Al-

Quran dalam menjayakan program ini. Setiap guru

dan staff diberikan satu juzuk untuk dibacakan

sepanjang tempoh majlis dijalankan bermula 2

Ramadhan 1435H

Dengan segala hormatnya dipersilakan


Penutup Alhamdulillah, dengan selesainya bacaan doa

khatam Al-Quran sebentar tadi menandakan telah

tamatnya majlis khatam Al-Quran peringkat sekolah

SK Alma bagi tahun 2014.

Bunga seroja di atas para,

Jatuh ditimpa buah berangan;

Andai kata tersilap bicara,

Kemaafan jua saya pohonkan

5
Terima kasih diucapkan kepada guru-guru dan

murid-murid sekalian. Syabas dan tahniah kepada

semua warga SK Alma kerana dapat bersama-sama

memeriahkan majlis kita pada pagi ini.

6
TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUP PROGRAM IHYA RAMADHAN SK ALMA

BAGI TAHUN 2014

KATA ALUAN Sekarang, tibalah masanya untuk kita bersama- Hafazan:

sama menjayakan majlis penutupan Program


Mohamad
Ihya Ramadan 1435 Hijrah peringkat Sekolah
Hirfan Danial
Kebangsaan Alma.
bin Mohd

Firdaus

Sekarang dijemput adik Mohamad Hirfan Danial

bin Mohd Firdaus unjtuk membacakan ayat-ayat

hafazan untuk diperdengarkan kepada hadirin

hadirat sekalian.

Terima kasih diucapkan kepada adik Mohamad

Hirfan Danial bin Mohd Firdaus diatas bacaan

sebentar tadi

7
Pengucap:

UCAPAN GURU Warga SK Alma sekalian, Guru Besar SK

BESAR Alma
Majlis akan diteruskan dengan ucapan Guru

Besar sekolah SK Alma.

Dengan ini, majlis mempersilakan, Pn. Hajah

Hasni Binti Haniff untuk menyampaikan ucapan

Dengan segala hormatnya dipersilakan

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Hajah Hasni

atas ucapan sebentar tadi

8
Pengucap:

UCAPAN Tangkap bahtera tanpa nakhoda, YDP PIBG

PERASMIAN
Tak lengkap malam tanpa purnama,

Tak lengkap laut tanpa ombak badainya,

Tak lengkap sambutan tanpa ucapan

perasmiannya

Terbang di awan burung jentayu,

Di atas papan batang jerami;

Tampillah tuan kami merayu,

Bersama ucapan kata perasmi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Seterusnya, tanpa melengahkan masa, majlis

dengan segala hormatnya mempersilakan Pn.

Rosmiza Bt Ayub, Yang Dipertua PIBG SK Alma

untuk menyampaikan ucapan sekaligus

merasmikan majlis penutup Program ihya

Ramadan bagi tahun 2014.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

9
Daun selasih tidak terperi,

Terima kasih puan, atas ucapan yang diberi.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan

kepada Tuan YDP PIBG atas kesudian

menyampaian ucapan perasmian sebentar tadi.

Semoga segala amanat yang disampaikan

tersemat rapi di hati kita semua.

PERSEMBAHAN Sekarang marilah kita bersama-sama Persembahan:

MURID merehatkan minda dengan bersama-sama


PPKI
menikmati persembahan nasyid yang akan

disampaikan oleh seramai 4 orang murid

daripada pendidikan khas intergrasi

10
Dengan segala hormatnya majlis

mempersilakan.

PENYAMPAIAN Sekarang tibalah masanya untuk majlis Penerima

HADIAH DAN penyampaian hadiah dan cenderahati bagi hadiah:

CENDERAHATI aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang


1. Program
bulan ramadhan pada tahun ini
Jom

Berpuasa

Pendidikan
Dijemput Pn Hajah Hasni Bt Haniff, Guru Besar
Khas
SK Alma diiringi oleh Pn Fatimah Bt Wahid, Guru
Intergrasi
Penolong Kanan Ko-kurikulum untuk 2. Program
menyampaikan hadiah untuk peserta terbaik Anak Soleh
Program Jom Berpuasa Pendidikan Khas dan
Intergrasi Solehah
3. cenderahati

kepada

Penerima Hadiah Peserta terbaik Program Jom para

Berpuasa PPKJ adalah yang pertama, adik peserta

. tadarus Al-

11
Quran dan

Naqib-

naqib
Terima Kasih diucapkan kepada Pn Fatimah bt 4. cenderahati

Wahid diatas kesudian mengiringi tuan Guru kepada

Besar, pn Hjh Hasni bt Haniff menyampaikan para

hadiah sebentar tadi peserta

tadarus Al-

Quran dan
Sekarang dipersilakan Pn. Fatimah Bt Soid, guru
Naqib-
penolong kanan Hal Ehwal Murid untuk
naqib
mengiringi guru besar bagi menyampaikan

hadiah bagi Program Anak Soleh dan Solehah

Penerima hadiah bagi kategori kelas Prasekolah

adalah yang pertama, dipersilakan adik..

Bagi kategori Kelas pendidikan khas intergrasi

pula, penerima hadiah bagi program Anak Soleh

dan Solehah adalah yang pertama, dijemput

adik.

12
Untuk kategori aliran perdana, dijemput adik

Terima kasih diucapkan kepada tuan guru besar

dan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

diatas kesudian menyampaikan hadiah sebentar

tadi.

Kini, saya menjemput Yang Dipertua PIBG SK

Alma, diiringi oleh tuan guru besar, Pn Hjh Hasni

Bt Haniff untuk menyampaikan cenderahati

kepada para peserta tadarus Al-Quran dan

Naqib-naqib yang terlibat menjayakan program

ini.

Peserta tadarus Al-Quran yang pertama, dijemput

adik .

Naqib yang terlibat didalam program tadarus Al-

quran ini ialah yang pertama, dipersilakan

13

Seterusnya ialah penyampaian Sijil

Kecemerlangan Khatam Al-Quran murid tahun

6.

Dijemput adik

Tahniah diucapkan kepada semua penerima

hadiah dan cenderahati sebentar tadi.

Sebagai tanda terima kasih pihak sekolah kepada

Yang Dipertua PIBG diatas kesudian merasmikan

majlis pada hari ini, dipersilakan tuan Guru Besar,

Pn Hajah Hasni Bt Haniff untuk menyampaikan

cenderahati kepada beliau

Dengan segala hormatnya dipersilakan

Terima kasih diucapkan kepada tuan gurun besar

diatas penyampaian cenderahati sebentar tadi


Persembahan Sekarang, marilah kita bersama-sama Nasyid:

nasyid murid merehatkan minda dengan menikmati

14
tahun 5 persembahan nasyid yang akan disampaikan Murid-murid

oleh murid-murid tahun 5. tahun 5

Dengan segala hormatnya majlis

mempersilakan.

15
MAJLIS Dengan berakhirnya nyanyian sebentar tadi,

BERSURAI maka berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini.

Majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi

penghargaan kepada semua hadirin dan hadirat

atas kesudian beliau menghadirkan diri pada hari

ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada guru-guru

dan murid-murid sekalian. Syabas dan tahniah

kepada semua warga SK Alma kerana dapat

bersama-sama memeriahkan majlis kita pada

pagi ini.

Dari Kedah ke pekan sari,

Beli suasa di Kota Tinggi;

Selesai sudah tugas diberi,

Di lain masa bersua lagi.

16
sekian, wabillah hi taufik wassalamualaikum

warahmatullah

Pergerakan Keluar

17

Anda mungkin juga menyukai