Anda di halaman 1dari 20

 

TEKS PENGACARA SAMBUTAN HARI GURU DAERAH HULU LANGAT 2019


TARIKH : 15 APRIL 2019
TEMPAT : DEWAN SERI CEMPAKA

Cue Skrip Catatan


Taklimat  U n t u k m a k l u m a n p a r a h a d i r i n s e k a l i a n MC 1
perjalanan berikut dinyatakan perjalanan majlis pada
majlis hari ini.
 Hadirin diminta mematikan telefon bimbit
Sekuen 3 apabila majlis dimulakan.
(9.30 pg)
 Hadirin diminta berdiri semasa ketibaan
VVIP ke dalam dewan.
 Sebaik VVIP mengambil tempat akan
diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku.
 Hadirin diminta melafazkan ikrar dan
menyanyikan Lagu Guru Malaysia
bersama-sama.
 Hadirin diingatkan supaya tidak
meninggalkan majlis sehingga VVIP dan
tetamu kehormat beredar.

4
Ketibaan  Untuk makluman para hadirin tetamu kehormat telah MC 2
VVIP pun tiba di luar dewan. Hadirin diminta berada di tempat
(Bilik duduk masing-masing.
Menunggu)
(Hadirin berada di tempat duduk masing-masing)
Sekuen 5
(10.00 pg)

Ketibaan DIUMUMKAN KETIBAAN MC 1


VVIP ke
dalam dewan Yang Berbahagia, Tuan Haji Mohd Salleh bin Mohd Kassim
Pengarah Pendidikan Negeri Selangor
Sekuen 7
(10.05 pg) (VVIP menuju ke hadapan pentas & duduk di
tempat yang dikhaskan)

(NYANYIAN LAGU NEGARAKU)


Lagu
Negaraku Hadirin dipersilakan duduk.
Sekuen 8
(10.08 pg)
(TARIAN SELAMAT DATANG)

4
Tarian Tuan-tuan dan Puan-puan, MC 1

Persembahan ‘Tarian Selamat Datang’ sebentar tadi adalah


hasil gabungan 3 buah sekolah iaitu
1-
2-
3-

di bawah seliaan ..............................................


Terima Kasih diucapkan.
Aluan
Pengacara Terbit purnama dikala senja MC 2
Majlis Indah pandangan tepian selat
Izin dipinta majlis bermula
Mengalur sopan mengikut adat

Yang Berbahagia, Tuan Haji Mohd Salleh b Mohd Kassim


Pengarah Pendidikan Negeri Selangor

Yang Berusaha Tuan Ishak b Abdullah; Ketua Pegawai


Pendidikan Daerah Hulu Langat

Yang Dihormati, _________________________ wakil kepada


Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang

4
Yang Berusaha Tuan Haji Ghaffar bin Kunchi Mohd;
Pengerusi Majlis Pengetua Sekolah Menengah (MPSM) Hulu
Langat

Yang Berusaha Encik Mohd Jamil bin Yahaya ; Pengerusi


Majlis Guru Besar (MGB) Hulu Langat

Tokoh-Tokoh Guru Yang Diraikan;

Pegawai-Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Langat;

Pengetua-pengetua

Guru-guru Besar

Ahli-ahli Jawatankuasa Induk dan Pelaksana,

Warga Pendidik Pembina Bangsaf


Serta Para Hadirin Yang Dihormati Sekalian.

4
Igal-Igal tarian asli, MC 1
Indah ditari asyik sekali;
Terima kasih sekalung budi,
Sudi datang ke majlis merai.

Indah cinta kasih bersemi,


Tafsiran madah hiasan syurgawi,
Pemimpin unggul di hati kami,
Maju Selangor dewi pertiwi.

Assalamualaikum wrb & Salam Sejahtera

Alhamdulillah terus dipanjatkan, MC 2


Setulus hati, seikhlas nurani, semurni jiwa,
Dimunajatkan rasa syukur ke hadrat Illahi,
Lantas dihimpun dan dipertemukan kita semua
Bagi menjayakan kemurnian agenda

4
Pihak majlis mengambil ruang seawal waktu untuk
menyatakan sepenuh apresiasi atas kehadiran para dif
jemputan ke Majlis Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat
Daerah Hulu Langat Tahun 2019 bertemakan “GURU,
OBOR HEMAH MENYINARI PERTIWI”.

Bacaan Doa Hadirin dan hadirat sekelian, MC 1


Demi memberkati acara, Marilah kita semua,
Selaku insan kerdil sifat dan upaya,
Dengan sanubari yang bersih, minda yang jernih,
Menghimpunkan segala harapan dan hasrat,
Dengan bait-bait doa serta munajat.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan


Al-Fadhil Ustaz Mohd Hamsar bin Mohd Noor, Ketua Unit
Pendidikan Islam, PPD Hulu Langat tampil seketika untuk
memimpin bacaan doa pembuka majlis pada pagi ini. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

(BACAAN DOA – di rostrum 2 )

4
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Al-Fadhil
Ustaz Mohd Hamsar bin Mohd Noor, atas pimpinan bacaan
doa itu tadi.

Hadirin yang dihormati,

Ucapan 1 Kalau dilipat sebesar kuku MC 2


(KPPD Hulu Kalau dibentang seluas alam
Langat) Yang jauh diimbau, yang dekat digamit
Seuntai salam sejambak rasa
Degup bicara merisik rasa

Untuk itu, majlis mempersilakan Yang Berusaha Tuan Ishak


bin Abdullah, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Hulu
Langat untuk menyampaikan ucapan aluan. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

(UCAPAN KPPD – di rostrum 2)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang


Berusaha Tuan Ishak bin Abdullah, Ketua Pegawai

4
Pendidikan Daerah Hulu Langat atas ucapan yang telah
disampaikan.

Sidang dewan yang dikasihi sekalian,


Asalnya tuan kami tuankan
Asalnya terpimpin kami dipimpin
Ucapan 2 Kami sudah menyimpul niat MC 1
(VVIP) Kami setia memasang dengar
Kami sedia mengosong minda
Buat mengisi kata keramat
Kini tibalah saat yang dinanti-nantikan. Sesungguhnya,
susun atur agenda gilang gemilang pagi ini akan menjadi
lengkap & sempurna dengan ucapan perasmian. Dengan ini,
majlis dengan segala sukacitanya , menjemput &
mempersilakan Yang Berbahagia, Tuan Haji Mohd Salleh b
Mohd Kassim, Pengarah Pendidikan Negeri Selangor
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
menyempurnakan Perasmian Majlis Sambutan Hari Guru
Peringkat Daerah Hulu Langat Tahun 2019. Dipersilakan.

(UCAPAN PERASMIAN)

4
Gimik (GIMIK PERASMIAN)
Perasmian
Dengan Bismillah kita mulai,
Sekuen 9 Alhamdulillah wassala tannabi,
(11.00 pg) Dengan takdir Ilahi Rabbi
Selesailah sudah upacara merasmi

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan


kepada Yang Berbahagia, Tuan Haji Mohd Salleh b Mohd
Kassim, Pengarah Pendidikan Negeri Selangor kerana
menyempurnakan acara perasmian sebentar tadi
Hadirin yang budiman, MC 2

Bacaan Ikrar Agenda beralih aturcara berganti. Aturcara majlis pada pagi
Persembahan
ini diteruskan dengan BACAAN LAFAZ IKRAR GURU
Lagu Guru
Malaysia MALAYSIA diikuti dengan NYANYIAN LAGU KERAMAT
GURU MALAYSIA. Majlis mempersilakan
Sekuen 10
(11.03 pg) Hadirin dipersilakan berdiri.

(BACAAN LAFAZ IKRAR GURU MALAYSIA)

4
(PERSEMBAHAN KOIR LAGU GURU MALAYSIA)
Anak panglima bawa belati
Lalu menikam musuh durjana
Ikrar dilafaz teguh di hati
Menjunjung amanah tugas tercinta

Hadirin dipersilakan duduk

Demikian tadi, bacaan lafaz Ikrar Guru dan nyanyian Lagu


Guru Malaysia. Untuk makluman semua, Kumpulan Pembaca
Ikrar itu tadi dianggotai oleh wakil Majlis Pengetua Sekolah
Menengah, wakil Majlis Guru Besar dan wakil Majlis
Penolong-Penolong Kanan Sekolah-Sekolah Daerah Hulu
Langat diketuai oleh En Zaiazman b Mohd. Zainuddin,
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang

Manakala Lagu Guru Malaysia itu tadi dinyanyikan oleh


Kumpulan Koir yang terdiri daripada Guru-Guru Sekolah
Kebangsaan Sungai Kantan di bawah pimpinan
_________________.Majlis merakamkan ucapan ribuan
terima kasih.

Tuan-Tuan & Puan-Puan,

4
Kemuncak acara gilang-gemilang pada hari ini adalah MC 1
penganugerahan Tokoh Guru Peringkat Daerah Hulu Langat
2019.
TOKOH-TOKOH MENGAMBIL TEMPAT DI PENTAS
Para hadirin yang dihormati, marilah kita bersama-sama
menyaksikan persembahan multimedia tokoh guru yang kita
raikan.
Tokoh Guru
Mengambil 1. Mendahului senarai, dipersilakan Tokoh Guru yang
Tempat di
Pentas pertama iaitu Puan Hajah Asnaniar binti Alias -
(multimedia TG 1) – MC 1
Sekuen 12
(11.10 pg) 2. Tokoh guru yang seterusnya dipersilakan Tuan
Thanaseelan a/l Seethapathy - (multimedia TG 2) – MC 2
3. Majlis menjemput tokoh yang seterusnya iaitu Puan Lim
Hooi Beng - (multimedia TG 3) – MC 1
4. Tokoh guru yang terakhir dipersilakan Puan Hajah
Latifah binti Mohd Isa_ – (multimedia TG4) – MC 2
Saat yang dinantikan tibalah kini, dewan bersejarah, berhias

4
indah dan bergema megah ini , menjadi saksi setia kepada MC 1
acara penyampaian anugerah.
Majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan
Majlis mempersilakan Yang Berusaha Tn Ishak bin Abdullah, Ketua
Penyampaian Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Langat, untuk menjemput
Hadiah Tokoh
Guru
dan mengiringi Yang Berbahagia, Tuan Haji Mohd Salleh b
Mohd Kassim, Pengarah Pendidikan Negeri Selangor ke
Sekuen 13 pentas bagi menyempurnakan majlis penyampaian
(11.30 pg)
anugerah kepada Tokoh Guru. Dipersilakan.
VVIP AKAN NAIK KE PENTAS
Penerima Anugerah Tokoh Guru Peringkat Daerah Hulu
Langat 2019 akan menerima : MC 2
-SEHELAI SELEMPANG TOKOH GURU
-SUMBANGAN WANG DALAM BENTUK CEK BERNILAI SATU
RIBU RINGGIT MALAYSIA
- SEBUAH PLAK DAN

4
-SIJIL PENGHARGAAN
Dipersilakan Tokoh Guru Peringkat Daerah Hulu Langat
2019 :
1. Puan Hajah Asnaniar bt Alias
2. Tuan Thanaseelan a/l Seethapathy
3. Puan Lim Hooi Beng
4. Puan Hajah Latifah bt Mohd Isa
Seterusnya, sebagai tanda kenang-kenangan , majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan Tokoh Guru bersama-
MC 1
sama Tetamu kehormat untuk sesi bergambar rasmi.
SESI BERGAMBAR

Sidang dewan yang dimuliakan,

Bersenjatakan pena keramat,


4
Berbekalkan ilmu di dada penuh sarat, MC 2
Melangkah sang guru penuh semangat,
Ke gelanggang pendidikan untuk berkhidmat,
Dengan satu misi, satu matlamat,
Semoga jasa guru mendapat rahmat,
Guru akan tetap digelar Guru,
Sekalipun telah berada di liang lahad.

TOKOH GURU DIBAWA TURUN KE PENTAS


VVIP TUNGGU DI PENTAS

Warga Dewan yang setia

Acara diteruskan dengan penyampaian Anugerah Ikon


Komuniti. Anugerah ini diberi sebagai tanda

4
Penyampaian penghargaan kepada ADUN Kajang atas sumbangan dan MC 1
Anugerah sokongan yang diberikan khususnya dalam
Ikon Komuniti memartabatkan bidang pendidikan di Daerah Hulu
Langat. Untuk itu, majlis mempersilakan Yang Dihormati
________________________ wakil kepada ADUN Kajang
untuk menerima anugerah ini. Dipersilakan

Hadirin dan Hadirat sekalian,

Acara seterusnya ialah PENYAMPAIAN ANUGERAH KHAS


“JASAMU DIKENANG”.
MC 2
Penyampaian Anugerah ini disediakan khusus buat Pengarah Pendidikan
Cenderamata Negeri Selangor, Tuan Haji Mohd Salleh B Mohd Kassim
(Anugerah
yang bakal menamatkan perkhidmatan beliau dalam arena
Khas)
pendidikan ini tidak lama lagi. Kita saksikan bersama
Sekuen 15 bingkisan yang telah disediakan ini khusus buat Tuan
(11.00 pg) Pengarah.

Klip Video berkenaan Pengarah Pendidikan Negeri


Selangor
Sungguh Bakti beliau dalam memartabat dan

4
membangunkan anak bangsa terbukti sudah. Kelahiran
beliau bagaikan sebutir mutiara menyinari dunia. Kata nasihat
tidak pernah putus daripada mulut beliau bersama khidmat MC 1
yang tidak pernah berhenti.

Untuk itu, majlis dengan penuh takzim mempersilakan Yang


Berusaha Tuan Ishak bin Abdullah, Ketua Pegawai
Pendidikan Daerah Hulu Langat untuk menyampaikan
anugerah khas Jasamu Dikenang ini kepada Yang
Berbahagia Tuan Haji Mohd Salleh B Mohd Kassim Pengarah
Pendidikan Negeri Selangor.Dipersilakan.
(PENYAMPAIAN ANUGERAH KHAS)
Sudah teradat si anak lelaki
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Kepada Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd Salleh B Mohd


Kassim,

4
Duhai tuan, sebaik sahaja tuan melangkah dari sini, maka MC 2
terbukalah pintu rindu di hati kami. Selamat meneruskan
kehidupan. Mungkin budi tuan yang tumpah di sini, hatta
setitis mahupun selaksa, bukanlah untuk dijual beli atau
ditimbang kati kemudian hari. Yang tuan sampaikan selama
ini hanyalah amanat dan tanggungjawab. Terima kasih  dari
sudut hati kami yang terdalam.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang


Berbahagia Tuan Haji Mohd Salleh bin Mohd Kassim atas
kesudian tuan menyempurnakan acara penyampaian hadiah
sebentar tadi

VVIP TURUN DARI PENTAS


Dengan ini, maka sempurnalah sudah Majlis Sambutan Hari
VVIP turun Guru Peringkat Daerah Hulu Langat Tahun 2019. Majlis
pentas merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga
kepada : MC 1
Sekuen 16
(11.50 pg) 1. Yang Berbahagia, Tuan Haji Mohd Salleh b Mohd Kassim,
Pengarah Pendidikan Negeri Selangor

4
2. Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang atas
tajaan lokasi dan prasarana Dewan Seri Cempaka ini
3.Tajaan Sistem Siaraya dari Jabatan Penerangan Malaysia
4. Barisan Ahli Jawatankuasa Induk & Pelaksana
5. Dan semua guru dan murid-murid yang terlibat dengan
acara sambutan hari guru DHL tahun 2019

Berhampar lapik berlicik Daun


Bagai lesung dengan antan
Purnama pulang berganti tahun
Jasamu Tuan kekal di ingatan

Tuan-tuan & Puan-puan,


Kalau tuan pikat cemara,
Buatlah bara bakar selasih;

4
Jamuan Sudilah tuan jamu selera, MC 2
makan Hidangan mesra pengikat kasih.

Sekuen 17 Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan para dif


(11.55 pg) kehormat serta para hadirin menikmati juadah hidangan.
Akhir kata
Ibarat berjalan dah sampai ke batas
Ibarat berkayuh dah tiba ke pulau
Penutup dan MC 1
Majlis Ibarat memanjat dah sampai ke pucuk
Bersurai
MC 2
Sekuen 18 Entah saya tersalah sapa
MC 1
Entah saya tersalah sebut
Entah saya tersalah bicara
MC 2

MC 1
Tidak ada gading yang tidak retak
MC 2
Tidak ada manusia yang tidak salah

4
MC 1
Sambutlah sembah dan salam MC 2
Sembah nan minta maaf
Salam nan minta ampun MC 1

MC 2
SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU
MC 1
“GURU, OBOR HEMAH MENYINARI PERTIWI”.
MC 1 & 2
Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah
Assalamualaikum wrb dan Salam Sejahtera

(PERSEMBAHAN & LAGU2 SELINGAN)


Bersurai.

Anda mungkin juga menyukai