Anda di halaman 1dari 3

Teks Ucapan Juru Acara Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 2011

Indah berbalam si awan petang,


Berarak di celah pepohon ara,
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Yang Berusaha Pn. Selamah binti Packeer Muhamad, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai
Serai.

Yang dialu-alukan al-Fadhil Ustaz Tahran Nazim bin Muhammad Tahir

Barisan Guru Penolong Kanan,
1. Puan Norhayati binti Jalil, Guru Penolong Kanan Kurikulum & Pentadbiran
2. Puan AriIah Binti Ab. AriI, Guru Penolong Kanan HEM
3. Tuan Hj. Mahmood bin Salleh, Guru Penolong Kanan Kokurikulum.

Barisan guru dan murid Sekolah Kebangsaan Sungai Serai yang dikasihi sekalian..

Alhamdulillah, SeinIiniti syukur ke Hadrat Ilahi kerana masih dikurniakan nikmat iman dan
Islam serta dapat lagi bersama-sama kita berkumpul dan berhimpun untuk menghayati satu
program tahunan sekolah yang cukup besar iaitu.MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
PERINGKAT SEKOLAH SK SUNGAI SERAI 2011.

Biarpun majlis ini agak lewat disambut, tetapi ingatan kita kepada Junjungan Mulia Rasulullah
s.a.w tidak pudar ditelan kealpaan kita..

Pada kesempatan ini, majlis ingin mengalukan kedatangan tetamu jemputan khas kita pada pagi
ini..
Selamat datang al-Fadhil Ustaz Tahran Nazim ke SK Sungai Serai.. Diharapkan selesa berada di
dalam dewan yang indah ini.Semoga dengan kehadiran Ustaz akan menambahkan lagi
keceriaan kepada kami semua umumnya dan kepada majlis pada pagi ini khususnya.

Untuk makluman murid-murid yang dikasihi sealian, Majlis Sambutan Maulidur Rasul bukan
disambut pada namanya. dan bukan juga kerana tradisi. Ia juga bukanla disambut seperti hari
Jadi. dan tidak juga seperti menyambut ulangtahun perkahwinan.

Tetapi sambutan yang kita harapkan ialah penghayatan yang sejati di sebalik kisah nabi
Muhammad s.a.w yang penuh dengan pengajarannya dan juga sunnaturasulillah s.a.w yang
menjadi amalan dalam kehidupan harian kita.
InsyaAllah Nawaitu kita pada pagi ini akan dipelihara oleh Allah S,W.T..
alau pergi Tanfung eramat,
Anak manis fangan diangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Moga maflis mendapat berkat.

aram ada kicap pun ada,


Sayang lada terlupa bagi,
Pantun ada ucapan ada,
Sayang tiada berdoa lagi.

Bagi menambah keberkatan majlis pada pagi ini. Marilah kita sama-sama mengaminkan doa
yang akan dibaca oleh Ustaz Asmadi bin Ismail. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan..


Terima Kasih diucapkan kepada Ustaz Asmadi atas bacaan doa itu tadi.

Tanpa melengahkan masa lagi, kedinginan majlis kita pada pagi ini akan dihangatkan dengan
sensasi ceramah yang akan disampaikan oleh penceramah jemputan kita.tetapi sebelum
itu.bak kata pepatah ' tak kenal maka tak cinta. Jadi eloklah terlebih dahulu kita berkenalan
dengan penceramah jemputan kita. Untuk itu majlis berbesar hati ingin membacakan serba
sedikit biodata penceramah.

(Biodata penceramah dibacakan)



Besar langit di tepi busut,
Besar tak muat di dalam peti,
Besar hafat kami menfemput,
Besar niat di dalam hati.

Dengan ini, majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan al-Fadhil Ustaz Tahran Nazim bin
Muhammad Tahir ... untuk menyampaikan ceramah.. Dipersilakan.
FalyataIadhal mashkura..

Majlis merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada al-Fadhil Ustaz Tahran Nazim atas
penyampaian ceramah itu tadi.
Syukran jazilan.

Sebagai tanda penghargaan daripada pihak sekolah atas kesudian Al-Fadhil ustaz hadir memberi
ceramah pada pagi ini, majlis mempersilakan yang berusaha Puan Selamah Binti Packeer
Muhammad, Guru Besar untuk menyampaikan cenderahati kepada Al-Fadhil Ustaz. Dengan
segala hormaynya dipersilakan.


Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Pn Selamah atas penyampaian cenderahati itu
tadi.

Budak-budak bermain saka,
Ada terluka terjatuh dititi,
Terima kasih kami ucapkan,
Budi dan bakti sentiasa di hati.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah

Dipersilakan Pn Selamah/ Tuan Hj Mahmood untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang.

i atas dahan burung tempua,
Melihat rusa tepi perigi,
Salam perpisahan untuk semua,
ilain masa bersua lagi.

Bunga serofa di atas para,
Jatuh ditimpa buah berangan,
Andai kata tersilap bicara,
emaafan fua kami pohonkan.

Dengan berakhirnya majlis penyampaian hadiah itu tadi maka sampai di sini sahaja majlis kita
pada hari ini.


Majlis seterusnya mempersilakan pn Selamah mengiringi penceramah ke kantin untuk
menikmati juadah makanan. Dijemput juga barisan guru-guru Penolong Kanan ke kantin.
Guru-guru dipersilakan menikmati Juadah..Murid tahun 4,5,6 sila tunggu sebentar..

Anda mungkin juga menyukai