Anda di halaman 1dari 4

TEKS UCAPAN

PENGARAH KVMS
UNTUK
MAJLIS PERPISAHAN
EN. ZANZURI BIN
RAZALI
Terima kasih saya ucapkan kepada saudara/ saudari Pengerusi Majlis.

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera.

Yang Diraikan,

En. Zanzuri bin Razali, mantan Ketua Unit Hal Ehwal Pelajar, Kolej Vokasional
Muadzam Shah.

Yang Berbahagia,

En. Jamaluddin bin Wahid, Yang Dipertua PIBG Kolej Vokasional Muadzam Shah,

Inspektor Ramadhan bin Ramat, Pegawai Perhubungan KVMS IPD Rompin,

Sjn. Mat Lah bin Mat Diah, Ketua Balai Polis Muadzam Shah,

Tn. Hj. Ahmad Shukran bin Mohamad, mantan Timbalan Pengarah Akademik Kolej
Vokasional Muadzam Shah,

Yang Dihormati,

Tn. Hj. Mohd Yusof bin Hj. Hassan, Timbalan Pengarah Akademik, Kolej Vokasional
Muadzam Shah,

En. Mohd Zukarnan bin Abdu Majid, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Kolej
Vokasional Muadzam Shah,

Tn. Hj. Rasidi bin Isa, Ketua Jaminan Kualiti, Kolej Vokasional Muadzam Shah,

Ketua-ketua jabatan, ketua-ketua unit, para pensyarah, AKP serta barisan Majlis
Perwakilan Pelajar yang dikasihi sekalian.
Kompang bergema pusaka bangsa,
Dipalu oleh si anak muda,
Hadir tuan meriah suasana,
Kami menyambut penuh gembira.

Alhamdulillah, terlebih dahulu marilah kita bersama-sama memanjatkan rasa syukur


yang tidak terhingga kepada Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kuasanya,
dapat kita bersama-sama pada hari yang penuh bermakna ini untuk meraikan majlis
perpisahan En. Zanzuri bin Razali. Terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima
kasih atas penghormatan ini yang memberikan peluang kepada saya untuk
memberikan sepatah dua kata dalam majlis perpisahan insan-insan yang kita kasihi ini.

Hadirin serta para pelajar yang dikasihi sekalian,

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Apabila mengenang kembali detik-detik


manis bersama, pasti akan menjadi detik kenangan paling manis yang tidak dapat
dilupakan. Masa berlalu begitu pantas dek kerana kesibukan dengan tugas dan
pelbagai komitmen menyebabkan kita tidak terasa waktu telah jauh meninggalkan kita.
Sepantas itu jugalah tempoh perkhidmatan En. Zanzuri di KV Muadzam Shah.

Saya sebagai Pengarah Kolej Vokasional Muadzam Shah, ingin mengambil


kesempatan ini untuk menyatakan betapa kami sangat berbangga kerana telah
mendapat khidmat daripada En. Zanzuri di sini. Beliau merupakan seorang guru yang
sangat dedikasi dan tidak pernah lokek dalam menyampaikan ilmu. Beliau juga banyak
memainkan peranan demi meningkatkan prestasi dan pencapaian sekolah selama
mereka berkhidmat di sini.

Hadirin hadirat yang dimuliakan sekalian,

Majlis perpisahan yang diadakan pada pagi ini amat bermakna,bukan sahaja
kepada guru bahkan pelajar-pelajar di Kolej Vokasional Muadzam Shah. Sesungguhnya
semua warga kolej amat menghargai segala jasa bakti serta keringat yang dicurahkan
oleh En. Zanzuri. Dalam hal ini, kita amat terhutang budi terhadap perkhidmatan,
pengorbanan dan kejayaan yang telah disumbangkan oleh beliau sepanjang
berkhidmat di sini. Namun apakan daya, Tuhan sudah mempunyai perancangan yang
lebih hebat untuk beliau terus berbakti dan mencari pengalaman yang baru di tempat
yang baharu. Kami sebenarnya merasai kehilangan besar di sini kerana insan hebat ini
umpama butir permata yang berada di lautan luas, walaupun tenggelam di dasar selut
yang hitam, berada di celah pepasir pantai, tetap bersinar di mata kita semua.

Walaupun masa berlalu pergi, berjalan meninggalkan kita, namun, jasa dan budi
beliau tetap dalam ingatan dan kenangan kita bersama tetap terukir dalam memori.
Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala budi dan jasa beliau. Pada
kesempatan ini, saya dan seluruh warga KV Muadzam Shah merakamkan setinggi-
tinggi penghargaan dan terima kasih kepada En. Zanzuri atas sumbangan dan
komitmen yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan di KV Muadzam
Shah. Diharap pada masa akan datang, Encik Zanzuri sudi menjenguk kami di sini.
Ibarat jauh di mata dekat di hati. Segala jasa dan budi tetap kami kenang setiap detik,
setiap saat.

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian,

Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, izinkan saya mengungkapkan beberapa


bait istimewa untuk yang diraikan, En. Zanzuri:

Malam hari berlagu unggas,


Memecah kesunyian di dalam hutan,
Walaupun terpisah tempat bertugas,
Budimu tuan dalam ingatan.

Salam kemaafan kami hulurkan, semoga kemesraan dan ukhuwah yang terbina
ini tetap terjalin sepanjang masa. Selamat bertugas di tempat baharu En. Zanzuri.

Sekian sahaja ucapan saya, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai