Anda di halaman 1dari 2

Assalammualaikum wbt & selamat sejahtera, Yang berusaha Puan Kamariah bt Abd

Rashid selaku guru besar SK Sri Keledang, Yang dihormati Penolong Kanan
Pentadbiran Pn. Nafidzah bt Abd Kadir, PK HEM En Halim, PK Kokurikulum Encik
Rosman Bin Shamsuddin serta yang dikasihi rakan-rakan guru sekalian yang senior dan
junior.

Sebelum kapal berlabuh sauh, sebelum kata terlanjur bicara, izinkan saya
mengucapkan jutaan terima kasih atas majlis yang dibuat sempena perpindahan saya
ini. Sungguhpun lebih kurang 2 minggu saya telah berpindah di tempat baharu, namun
begitu sebenarnya saat inilah yang amat menyedihkan saya untuk memberikan ucapan
buat semua. Jikalau boleh, pada awalnya saya ingin pergi tanpa orang lain ketahui.
Bukan sebab tidak menyukai kalian semua tetapi dek kerana terlalu sedih dengan
kenangan yang kita ukir dan bina bersama sepanjang saya berkhidmat di SKSK. Tapi,
saya tetap nak beri ucapan juga sebab rakan -rakan sekalian dapat menerima saya
dengan baik semasa kedatangan saya dahulu. Oleh itu, pemergian saya juga kenalah
cara baik sejajar dengan cara layanan semua.

Kepada Puan Kamariah, terima kasih banyak-banyak kerana memberi layanan yang
baik sepanjang saya bertugas di SKSK. Ternyata kerjasama dalam hal sekolah terutama
di bidang HEM memang tidak dapat saya lupakan. Komitmen beliau sebagai pentadbir
juga menyebabkan saya juga begitu tegas untuk menjalankan tugas dengan baik. Beliau
juga sangat prihatin dan bertimbang rasa kepada semua warga SKSK. Ribuan
kemaafan jika selama ini saya ada membuat kesalahan secara sengaja ataupun tidak.

Kepada rakan-rakan pentadbir yang lain, saya juga memohon ribuan kemaafan jika
pernah berbuat kesalahan yang mungkin tanpa saya sedari. Segala suka duka sebagai
kumpulan pentadbir sebelum ini dalam menjalankan tugas dan amanah yang diberikan ,
moga menjadikan saya lebih matang dan memperoleh pengalaman yang boleh
digunapakai di tempat baharu. Sebenarnya kalau diikutkan, bukan tempat baharu bagi
saya.Buat guru-guru yang kurang mengenali latar belakang saya, Sekolah Gedangsa
merupakan tempat jatuh lagi dikenang. Sungguh tidak disangka tempat saya bersekolah
di waktu kecil, kemudian menjadi guru di sana selama lebih kurang 18 tahun, juga
merupakan tempat anak-anak saya juga bersekolah di situ. Rupa-rupanya saya kembali
semula ke sekolah tersebut sebagai PK Pentadbiran. Betapa cantik rupanya aturan
tuhan yang sebenarnya k tidak pernah terbayang rasanya dalam kamus hidup.

Tidak lupa juga kepada bekas setiausaha saya Pn. Yuhana yang sama-sama
banyak membantu saya daripada saya memegang jawatan sebagai PK Koko sehingga
memegang jawatan PK HEM. Beliau seorang yang sangat rajin dan berdedikasi. Sangat
senang bekerja dengan beliau. Kepada guru-guru lain juga yang pernah bekerja di
bawah saya, Sanisah (SPBT),Khalila (KWAMP), Nazira Hanum (RMT), Cikgu Saadah
Susu Sekolah, Cikgu Yumi (Kaunseling) dan guru-guru lain juga. Saya juga memohon
kemaafan seandainya sepanjang saya bertugas di SKSK mugkin ada perkara yang
mengguris hati kalian. SKSK memang terbaik. Sebenarnya banyak lagi yang saya nak
ucapkan, namun masa telah mencemburui kita.

Dengan hati yang berat, perpisahan ini terpaksa kita relakan jua dan Insya-Allah,
persahabatan kita semua tidak akan terhenti di sini malah akan terus berpanjangan
sampai bila -bila. Akhir kata, sebelum saya mengudurkan diri, terimalah tiga rangkap
pantun daripada saya

Kalau tidak kerana unggas,


Tidaklah rosak padi di sawah,
Kalaulah tidak kerana tugas,
Tidaklah kita akan berpisah.

Di sana padi di sini padi,


Itulah nama sawah dan bendang,
Di sana budi di sini budi,
Baru sempurna bernama orang.

Orang tua duduk di perigi,


Perigi tua di hujung pekan,
Sya pergi memohon diri,
Silap dan salah mohon dimaafkan.

Sekian, terima kasih ' daun keladi"

Anda mungkin juga menyukai