Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum wbt....

Terima kasih puan pengerusi majlis... yang dihormati puan guru besar Ust . Mohd
Zain B. Daud, penolong2 kanan...En. Safberi B. Selamat, GPK HEM Puan Norazila
Binti Mahfuz, GPK Ko-ko Ramin Bin Mahmood....dan rakan2 guru yang dikasihi
sekalian.
Terima kasih untuk majlis ini... sebenarnya ini saat yang paling tak sanggup saya
hadapi...kalau boleh saya nak pergi tanpa ada orang tahu... ukan sebab tidak
menyukai kalian semua tetapi terlalu sedih dengan kenangan yang kita ukir dan
bina bersama. Tapi saya tetap nak beri ucapan juga sebab rakan-rakan sekalian
dapat menerima saya dengan baik semasa kedatangan saya dahulu. Oleh itu,
pemergian saya juga kenalah cara baik sejajar dengan cara layanan semua. Love u
all..hehehehe...
Saya tak tahu nak mulakan bagaimana tapi saya berharap dapat menhyampaikan
ucapan saya sampai habes.... in gin saya pohonkan ribuan ampun dan maaf atas
segala salah silap sama ada sengaja atau tidak sengaja selama hampir 2 tahun
saya kat SK Temenggong Ibrahim Penggaram ini...terutama sekali di saat2 saya
mengajak guru-guru melaksanakan frog vle dalam pdp...itu satu kerja yang sangat
menyukarkan yang pernah saya lakukan...memaksa orang memahami, mengingati
dan melaksanakan berdasarkan video vle itu dalam peringkat umur yang meningkat
ke 40 & 50 series tu sangat membebankan ...tapi saya terpaksa...saya tahu ramai
yang tidak mampu ketika itu...hihihi...dan saya sungguh lega sebab lepas ni Cikgu
Zaki yang akan meneruskannya. Saya b erharap dengan panduan dalam fail frog vle
ianya dapat membantu cikgu zaki utk mempertingkatkan amalan ict sekolah ini
umumnya dan seterusnya mempertingkatkan penggunaan frog vle dalam kalangan
murid dan guru.
Rakan-rakan guru sememangnya tidak lama saya di SKTIP ini hanya l/k 1 tahun 6
bulan wlau bagaimanapuan banyak kenangan manis yang saya tidak dapat lupakan.
Saya seronok bekerja di sini sebab apa yang saya lihat kerjasama dalam kalangan
guru-guru sekolah ini cukup baik, berdidikasi dan rajin. Sepanjang 1 disini saya
tidak suka mengupas perangai/kerektor setiap individu di sekolah ini kerana pada
jangkamasa tersebut ianya cukup singkat untuk saya mengenali hati budi tuan/puan
semua. Apa yang saya boleh simpulkan berbanding dengan sekolah2 terdahulu
pernah saya mengajar saya dapati guru-guru SKTIP rata-rata mempunyai komitmen
yang tinggi, masing-masing mempunyai pengalaman dan kepakaran sendiri dan
berupaya mengurus apa sahajah bidang pengurusan dan pdp yang diserahkan
kepada mereka. Sebenarnya saya sungguh respect semua guru-guru yang
berdidikasi di sekolah ini dan tuan/puan lah yg merupakan asset penting bagi
sekolah dan sepatutnya menjadi panduan dan tauladan kpd guru muda. Begitu juga
pihak pentabiran sekolah ini bolehlah saya katakana terdiri daripada gabungan
mereka yang cekap dan perihatin dalam mengemudi sekolah pada tahap yang
terbaik. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua warga SKTP

daripada piahk pentadbiran hingga guru-gurunya kerana banyak memberi


pengajaran dan pengalaman yg membantu menambahkan ilmu di dada saya
memandangkan sebelum ini 13 tahun saya dalam lapangan pdp iaitu mengajar di
sekolah 13 tahun lagi saya di bahagian memegang pengurusan dan pentadbiran
iaitu 10 th di PKG dan 2 tahun dipinjam di BTPNJ oleh pengalam sepanjang 21 di
SKTIP ini telah memperkayakan lagi pengalaman saya dlm bidang pendidikan ini utk
memberikan perkhidmatan yg terbaik.
Bunga kemboja indah berseri,
Dudunya pula diujung dahan,
Atas kerjasama dan bantuan yang diberi,
Puji syukur dan terima kasih saya ucapkan.

Seperti yang saya katakana saya seronok bekerja bersama rakan2 di SKTP ini tetapi
memandangkan factor kesihatan dan jauhnya perjalanan ulang alik ke sekolah
menyebabkan saya memohon tukar untuk mengajar di sekolah yg berhampiran
dengan rumah. Setiap hari memandu hamper se jam pergi dan balik menyebabkan
saya mengalami sakit kepala dan kesannya badanpun sakit. Setiap hari saya
terpaksa drive seawall pukul 6 pagi & akan sampai ke sekolah k/l pukul 7 pagi,
biasanya saya akan meminta tolong Amiel utk punch card sbb time tu kepala saya
sakit dan saya akan berehat lebih kurang 5 10 minit dalam kereta. Dalam
keadaan yg sakit hampir hari2 saya merasa bersalah sbb saya tdk dapat perform
dengan sepenuhnya 100% terhadap pdp & kerja2 pengurusan yg lain oleh itu saya
memohon sekolah berhampiran semoga saya dpt bekerja dengan baik dan
menumpukan seluruh tenaga dan minda saya utk memberi sumbangan dalam
bidang pendidikan ini.

Sebelum undur diri saya sekali lagi menyusun sepuluh jari memohon kemaafan
atas segala kesilapan saya....teringin nak ungkap kata bahawa saya sayang nak
tinggal SKTIP, tetapi awal2 dah diwarning bahawa ayat itu terlalu biasa....dan selalu
didengar...so, apa lagi yang nak saya katakan....tempat jatuh lagikan
dikenang...inikan pula tempat yang saya lalui separuh dari sepuluh tahun
perkhidmatan saya sebagai guru....saya terpaksa akui bahawa Tenglu ada tempat
sendiri dalam hati saya...insyaAllah jika akan datang kembali ke sini terutamanya
bila saya rindukan tempat pelaburan saya di SKTIP...
Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan;
Intai SAYA antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Buah pauh delima batu,


Anak sembilang di tapak tangan;
Walau jauh di beribu batu,
Hilang di mata, di hati jangan.

Kalau ada sumur di ladang,


Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
INSYA ALLAH kita berjumpa lag

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan
Hidup adalah perubahan
Tak tau bagaimana lajunya putaran
Tapi roda selalu berputaran.
Dalam setiap perjalanan kita merantai kisah
suka duka
tangis tawa
Kita banyak berkongsi masalah
kadang-kaadang kita tak sehaluan
Tapi lebih banyak kita bergandingan tangan.

Anda mungkin juga menyukai