Anda di halaman 1dari 3

Terima kasih kepada pengerusi majlis....

Saya nak mulakan ucapan saya dengan 2 rangkap pantun tapi bukan pantun saya sendiri tapi
saya tanya cik google ...alaf 21 kan... tapi pantun lama..
Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.
Ingin rasa memakan kari,
Kari cendawan batang keladi;
Girang rasa tidak terperi,
Bertemu tuan yang baik budi.
Assalammualaikum
Yang Berusaha Tn Hj Abdul Rahman b Safar pengetua smk pasir besar
Yang dihormati En Shahizan b Mohd Ludin GPK akademik dan Pentadbiran
En Nazari b GPK Hal Ehwal Murid ,Pn Zalina bt Jais
Rakan Ketua Bidang Pn Sakdiah,Tn Hj Mazlan, En Mohd Yazid dan Pemangku KBSM En
Wan Mohd Zin semua rakan guru serta rakan makmal dan pejabat dan semua murid-murid
yang dikasihi sekalian
Terlebih dahulu ingin saya merakamkan ribuan terima kasih kerana telah memberi saya
kesempatan dan peluang untuk berucap dalam majlis ini. Warga sekolah yang dihormati,
Asap api embun berderai,
Patah galah haluan perahu;
Niat hati tak mahu bercerai,
Kehendak Allah siapa tahu?
Selama hampir 9 tahun saya berkhidmat di SMK Pasir Besar , banyak kenangan suka duka
yang tidak mungkin akan dilupakan . Pengalaman yang saya perolehi di sekolah ini amat
berharga yang boleh dijadikan panduan dan amalan untuk saya menjadi seorang guru yang
lebih berdedikasi dan prihatin untuk mendidik anak negara bangsa di tempat baru .Yang
pastinya, perkara yang paling baik dan tidak dapat dilupakan adalah sikap guru-guru dan
seluruh warga sekolah yang amat baik dan sentiasa memberi kerjasama dalam setiap perkara
samada ianya berkaitan dengan tugasan ,tunjuk ajar dan perkara -perkara yang tidak formal .
Budi baik dan ilmu yang dipelajaridari guru-guru dan warga sekolah taburkan tidak mampu
saya balas dan tak mungkin dilupa.
Saya ingin mengucapkan ribuaan terima kasih kepada pentadbir sekolah kerana membimbing
dan menyokong saya selama ini, terima kasih kepada rakan ketua bidang,semua guru dan
adik2 atau lebih tepat lagi anak2 dibawah bidang Sains dan matematik terutamanya yang
sentiasa memberi sepenuh komitmen dan kerjasama yang bukan 100% je tetapi saya rasa
lebih dari itu kerana sentiasa dapat jalankan program yang diamanahkan kepada mereka
dengan bersungguh 2.

Warga sekolah yang dihormati sekalian,Kesempatan yang ada ini juga, saya ingin menyusun
jari sepuluh memohon kemaafan. Sepanjang tempoh berkhidmat di sini, sudah pasti ada
kesilapan dan kesalahan yang saya lakukan. Andai kata ada tersalah kata tersilap laku, harap
dimaafkan
saya juga memohon ampun dan maaf jika ada kerja2 yang tak sempat saya buat dan perkara
yang tak sempat saya habiskan mohon juga kalau ada perkara yang perlu dibuat tu sila
maklumkan ,saya akan cuba habiskan....insya Allah
Harapan saya semoga sekolah ini akan terus mencapai prestasi yang cemerlang kerana
berjaya mendidik murid2 ni bukan dinilai berapa ramai yang masuk universiti tapi berjaya
mendidik dari segi sahsiah dan budipekerti yang mulia..mmg bila sebut aje pasir besar ramai
yang memandang rendah kerana pencapaian akademik yang selalu berada tempat paling
bawah ...tapi..bagi saya yang telah hampir 10 tahun disini saya sangat memahami stiuasi
ini .Saya juga berharap agar warga pendidik sekolah ini akan terus berusaha mendidik dengan
sepenuh jiwa saya mendoakan agar kejayaan adalah milik kita semua.saya juga mohon maaf
pada anak anak didik di sini kerana tak sempat nak mengajar dan menabur ilmu disini ...tapi
yang saya pasti akan dapat penganti yang lebih baik dan lebih berdedikasi serta lebih
komitmen daripada saya. Sebab mereka yang ada jadi pengganti saya lebih muda dan
generasi Y yang lebih bertenaga pasti mampu memberi kejayaan yang lebih baik lagi ...kalau
kita berusaha dan ingin mengubah diri kita di masa akan datang pasti kejayaan milik anda.
Jika ada kelapangan, pasti saya akan berkunjung lagi kesini ( jika dijemput) dan jika perlu
kan khidmat dari saya Insya Allah saya akan membantu jika ada kesempatan ,
Saya akhiri ucapan saya dengan satu ungakapan kata -kata dan serangkap pantun.Dipetik dari
Kahlil Gibran, ketika tiba saat perpisahan janganlah kalian berduka,sebab apa yang palingg
kalian kasihi darinya mungkin akan Nampak lebih nyata dari kejauhan seperti gunung yang
kita Nampak lebih agung apabila melihat dari padang dan dataran..
Kalau dipermulaan tadi saya mulakan dengan 2 rangkap pantun maka sebagai penutup kata
Saya nak berpantun lagi.....
Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.
Di atas dahan burung tempua,
Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Dilain masa bersua lagi.
Buah pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan;
Walau jauh di negeri satu,
Hilang di mata, di hati jangan.

Sekian, terima kasih, SELAMAT HARI GURU pada semua warga pendidik di

SMK PASIR BESAR

Anda mungkin juga menyukai