Anda di halaman 1dari 5

Pengenalan Kepada Pembelajaran Abad Ke-21

Kementerian Pelajaran Malaysia

1. Pengenalan

Dalam proses menyediakan warganegara Malaysia dengan pendidikan yang lengkap bagi mengisi
dua keperluan utama iaitu keperluan individu dan keperluan negara, kurikulum perlu dirancang dan
diurus dengan teliti. Ini amat penting untuk menentukan supaya kurikulum ini sesuai dengan
keperluan dan berkualiti cemerlang. Pembangunan tenaga manusia dan tenaga rakyat menjelang
abad ke 21 tidak terhad kepada penyediaan danpembekalan tenaga pekerja yang berketrampilan
dalam sektor-sektor perindustrian dan perdagangan sahaja.

Kurikulum bagi abad ke-21 perlu dibentuk supaya relevan dan koheran dengan keadaan pada masa
itu dan boleh memenuhi matlamat-matlamat yang ditentukan. Garis panduan tentang bentuk, isi
dan pelaksanaan kurikulum itu pastinya ditentukan oleh senario yang dapat dilihat dari aliran
pembangunan dan kemajuan teknologi.

Perancangan kurikulum abad ke-21, mestilah bersifat futuristik, fleksibel dan dinamik supaya dapat
menentukan corak masyarakat dan profil bangsa dan warganegara Malaysia. Warganegara Malaysia
bagi abad ke-21 mestilah dapat menangani cabaran yang akan dibawa arus oleh globalisasi, ledakan
ilmu dan maklumat. Warganegara berupaya merancang masa depan mereka dan mampu membuat
pilihan yang bijak dan tepat sesuai dengan budaya dan nilai-nilai semasa.

2. FOKUS / PENEKANAN KURIKULUM

Untuk memenuhi matlamat mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersikap terbuka dan kreatif,
kurikulum yang direncanakan mestilah mampu membekalkan pelajar dengan kesediaan diri yang
kukuh dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Fokus pengisian kurikulum semestinya lebih
daripada penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas tetapi kepada penguasaan berbagai-bagai
kemahiran iaitu :-

• kemahiran berfikir secara kritikal dan kreatif


• kemahiran berkomunikasi secara berkesan
• kemahiran menikmati keindahan ciptaan dan seni
• kemahiran membuat pilihan dan membuat keputusan
• kemahiran mencari, menginterpretasi dan mengaplikasi maklumat
• kemahiran bergaul dan bekerjasama dengan orang lain

Pengenalan Kepada Pembelajaran Abad Ke-21 Page 1


• kemahiran kepimpinan dan pengurusan

3. PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting dalam pelaksanaan kurikulum. Menjelang
abad ke 21 pelajar perlu mendapat segala kemudahan yang disediakan untuk membantu mereka
dalam proses pembelajaran. Komputer sudah pasti digunakan secara meluas.

Ciri-ciri pelajar untuk abad ke 21 ialah pelajar perlu memiliki beberapa aspek tertentu. Di mana,
pelajar abad ke 21 merupakan pelajar yang celik dari segala-galanya tidak kira dalam teknologi
maklumat mahupun akademik. Pelajar abad ke 21 perlu memiliki aspek seperti :

a. Pelajar berupaya membuat hubung kait di antara subjek yang dipelajari dengan keadaan
sekeliling.
b. Bijak menyoal guru ketika berada di dalam bilik darjah.
c. Yakin untuk berkomunikasi terutamanya kepada guru dan rakan-rakan di dalam bilik darjah.
d. Berani untuk mengambil risiko untuk belajar dan membuat kerja yang diberikan oleh guru dan
juga berani mencuba.
e. Dahagakan ilmu pengetahuan dan sentiasa ingin untuk menimba ilmu.
f. Mempunyai perasaan ingin tahu.
g. Bijak dan kreatif menjana idea serta fleksibel.
h. Tidak pernah berputus asa.
i. Sentiasa mendengar dan membuat refleksi di dalam bilik darjah semasa sesi P&P dijalankan.
j. Berkemahiran kritis dan mampu untuk menguasai kemahiran literasi.
k. Mampu berfikir sendiri dan membuat inisiatif.
l. Pelajar abad ke 21 juga mampu untuk bekerja dengan orang lain dan berusaha untuk membuat
perubahan.
m. Mempunyai keperibadian yang tinggi serta berintegriti di dalam mahupun di luar bilik darjah.

Di samping itu, para guru juga perlu beralih kepada beberapa aspek memandangkan proses
pengajaran dan pembelajaran untuk abad ke 21 amat mencabar. Guru-guru untuk abad ke 21
memerlukan beberapa ciri tertentu seperti berikut:
a. Guru perlu menguasai subjek iaitu penguasaan terhadap kandungan kurikulum.
b. Mahir dan berketerampilan dalam pedagogi semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
c. Memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi murid.
d. Memahami psikologi pembelajaran iaitu “Cognitive Psychology”.
e. Memiliki kemahiran kaunseling.
f. Menggunakan teknologi terkini tidak kira semasa sesi pengajaran dan pembelajaran mahupun
di luar sesi tersebut.

Sumber pengetahuan utama abad ke 21 kelak merupakan sumber yang berkaitan dengan teknologi
maklumat. Dengan itu kemudahan seperti komputer, multimedia, cekera padat dan corridorraya

Pengenalan Kepada Pembelajaran Abad Ke-21 Page 2


multimedia seperti 'internet' perlu disediakan untuk digunakan oleh semua pelajar. Adalah
diharapkan pengajaran dan pembelajaran pada abad ke-21 dibentuk sepenuhnya oleh komputer. Ini
bukan bertujuan menggantikan guru dengan penggunaan teknologi tetapi untuk menimbulkan
suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih menyeronokkan, berkesan dan lebih bermakna
kepada pelajar.

a) Teknologi Maklumat/Komputer
Dalam konteks pendidkkan, teknologi maklumat merupakan peralatan teknologi komunikasi
atau sistem rangkaian elektronik yang boleh digunakan untuk mengumpul, menyimpan,
memproses, menyalurkan dan menyampaikan maklumat secara pantas dan tepat seperti
internet atau multimedia atau hypermedia untuk membantu proses pengajaran dan
pembelajaran. Perkembangan bidang teknologi maklumat telah dapat memudahkan manusia
berkomunikasi dalam mengurus, menyimpan dan menyebar maklumat dengan lebih canggih
sama ada dalam bentuk data teks, imej atau suara.
Pelajar dalam abad ke 21 pasti berada dalam gelombang teknologi maklumat, untuk itu setiap
pelajar perlu celik komputer. Ini kerana komputer beupaya meningkatkan mutu pembelajaran.
Sudah sampai ketikanya komputer menjadi alat standard di semua sekolah di peringkat rendah,
menengah dan lepasan menengah.

b) Pengajaran dan Pembelajaran Berpusatkan Pelajar


Proses pengajaran dan pembelajaran dalam abad ke 21 masih tetap berpusatkan pelajar. Malah
ia perlu dipertingkatkan dariapda apa yang diamalkan sekarang. Guru memainkan peranan lebih
penting kepada pelajar dengan melibatkan pelajar sepenuhnya secara aktif dalam semua aktiviti
sama ada di dalam atau di luar darjah.
Guru lebih-lebih lagi berperanan sebagai pemudah (fasilitator) pembelajaran dan berperanan
sebagai pembekal maklumat. Pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang
oleh guru bagi membina dan mengukuhkan minat murid terhadap pembelajaran. Murid
dibimbing supaya bersedia menerima pengajaran dan berupaya untuk meneruskan
pembelajarannya sendiri. Pelajar ketika itu perlu dilatih untuk berdikari, yakin pada diri sendiri
dan meningkatkan rasa tanggungjawab.

Dalam rangka pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar, tenaga pengajar/guru di


sesebuah bilik darjah sekurangnnya terdiri daripada seorang guru dan seorang pembantu guru
untuk membimbing pelajar yang tidak melebihi 25 orang pelajar. Keadaan kelas dengan dua
orang guru dengan sekelompok murid patut dijadikan amalan bagi meningkat dan mengukuhkan
proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar.

c) Pendidikan Jarak Jauh

Pengenalan Kepada Pembelajaran Abad Ke-21 Page 3


Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) merupakan kesinambungan inovasi kreatif dalam pendidikan diri
abad ke 20 ke abad ke 21. Peluasan PJJ seharusnya sampai ke sekolah dari peringkat rendah lagi
tidak sahaja terhad di pusat-pusat pengajian tinggi. Pendidikan Jarak Jauh dalam proses
pengajaran dan pembelajaran abad ke 21 mengambil kira faktor-faktor berikut:
i. Bilangan hari persekolahan adalah fleksibel (mungkin tidak lebih tiga hari seminggu)
ii. Setiap sekolah mempunyai kemudahan komputer
iii. Penggunaan bahan pembelajaran yang telah diterbitkan sebagai asas untuk pelajar
iv. Bahan khusus yang terancang untuk memenuhi keperluan belajar individu
v. Kebolehubahan (flexibility) kandungan kurikulum bahan pembelajaran melalui struktur
modular
vi. Pembentukan bahan pembelajaran yang terancang dan sistematik mengandungi
objektif yang jelas, alat ujian kendiri, aktkviti pembelajaran dan maklum balas pelajar.

d) Pendekatan Modular
a. Pendekatan secara modular berperingkat kesukaran bagi setiap tajuk disediakan dalam
bentuk bercetak dan/atau CD-ROM untuk satu-satu tahun pengajian.
b. Modul ini disediakan untuk semua mata pelajaran di semua peringkat persekolahan.
c. Pelajar boleh beralih ke modul berikutnya apabila selesai menggunakan modul yang
disediakan tanpa menunggu arahan guru.
d. Pendekatan modul ini telah diamalkan di institusi pengajian tinggi tempatan. Apa yang
perlu ialah menyesuaikannya mengikut tahap kebolehan pelajar.

e) Mastery Learning
a. Pendekatan pembelajaran berfokus kepada penguasaan pelajar terhadap sesauatu
perkara yang diajarkan kepada mereka.
b. Penguasaan pelajar ditentukan melalui ujian diagnostik.
c. Tindakan susulan diberikan kepada mereka yang belum menguasai supaya kelemahan
mereka tidak terhimpun di akhir setiap pembelajaran.

f) 'Tracking' dan 'Banding'


Bergantung kepada tahap penguasaan pembelajaran, pelajar ditempatkan dalam beberapa
kumpulan sama ada kumpulan asas (basic), kumpulan umum (general) atau kumpulan maju
(advance). Pembelajaran juga dilaksanakan mengikut sistem banding iaitu 'vertical' dan
'horizontal'. Melalui sistem ini pelajar berubah kelas mengikut kebolehan dalam mata pelajaran.
Misalnya pelajar Tahun 2 sekolah rendah boleh mempelajari matematik Tahun 3 sekiranya ia
sudah menguasai kemahiran matematik Tahun 2.

Pengenalan Kepada Pembelajaran Abad Ke-21 Page 4


g) Sistem Kredit

Unit kredit adalah nilai masa/tempoh dan tugasan yang diperlukan oleh pelajar untuk
menyiapkan kerja-kerja kursus yang telah ditetapkan bagi setiap kursus pengajian. Kerja-kerja
kursus ini termasuklah menghadiri kelas, membuat kerja projek, tugasan, kerja-kerja makmal
dan amali. Pelajar dibenarkan mengulang mata pelajaran yang tidak mencapai asas yang
ditetapkan.

4. PENILAIAN

Aspek penilaian kemajuan pelajar adalah penting untuk menentukan tahap penguasaan, kemahiran
dan penghayatan. Maklumat tentang tahap penguasaan pelajar menjadi petunjuk untuk membuat
perancangan pengajaran dan pembelajaran seterusnya. Alat-alat dan perkaedahan penilaian
mestilah benar-benar dapat mengukur dengan tepat kebolehan dan keupayaan pelajar seperti
berikut

a) Penilaian Berasaskan Sekolah


i. Penilaian Berterusan
ii. Penilaian Berasaskan Elemen Subjek
iii. Penilaian Proses di samping Penilaian Hasil
iv. Authentic Assessment
v. Penilaian Hasil Pembelajaran (Learning Outcomes)
vi. Bench Marking
vii. Ujian/ Peperiksaan Secara Online

5. PENUTUP

Perlu ditegaskan bahawa apapun bentuk reformasi kurikulum yang dianjurkan tidak akan dapat hasil
yang diharapkan jika tidak diikuti dengan penyusunan semula di dalam bidang-bidang lain,
kerjasama di antara agensi-agensi di Kementerian Pendidikan dan mengambil perhatian yang berat
tentang pelaksanaannya. Dalam menjayakan hasrat penubuhan Sekolah Bestari, tumpuan utama
seharusnya diberikan kepada pembangunan prasarana teknologi, penyediaan latihan semula guru,
penyediaan bahan kursus dan format penilaian, di samping penglibatan pihak swasta, ibubapa dan
komuniti dalam menangani tugas yang besar ini.

Pengenalan Kepada Pembelajaran Abad Ke-21 Page 5

Anda mungkin juga menyukai