Anda di halaman 1dari 1

PERSATUAN IBU BAPA-GURU (PIBG)

SK. LKTP TENGGAROH SELATAN  07-7911772


81907 KOTA TINGGI FAX: 07 7911772
JOHOR DARUL TA’ZIM email: JBA3055@moe.edu.my

Ruj. Kami: JBA3055/100-9/2/2 ( )


Tarikh : 28 Ogos 2018
Datuk Md Arif Mahmood
Pengerusi,
Petronas Dagangan Berhad,
Suite A-22-1, 157 Hampshire Place Office,
Hampshire, No. 1, Jalan Mayang Sari,
50450 Kuala Lumpur,
MALAYSIA

Tuan

MOHON SUMBANGAN UNTUK AKTIVITI LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID SEKOLAH KE PULAU LANGKAWI ,
KEDAH

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2. Untuk makluman tuan, Unit Lawatan SK LKTP Tenggaroh Selatan, Kota Tinggi, Johor akan mengadakan lawatan
sambil belajar ke Pulau Langkawi, Kedah sebagaimana ketetapan berikut :

Tarikh : 11 – 14 Oktober 2018


Hari : Khamis - Ahad
Tempat : Pulau Langkawi, Kedah
Kos Keseluruhan : RM 14 780
Kos yang Kurang : RM 8 780

3. Sehubungan itu, kami memohon jasa baik dan keikhlasan pihak tuan untuk memberi sumbangan bagi menampung
kos perbelanjaan lawatan ini. Bersama – sama ini juga disertakan kertas kerja aktiviti lawatan ini sebagai rujukan pihak
tuan.

4. Sebarang pertanyaan boleh hubungi En. Amin Jefry Bin Sipun, YDP PIBG SK LKTP Tenggaroh Selatan di talian
019-7533272 atau En. Ibrahim Bin Awang, Penyelaras Unit Lawatan SK LKTP Tenggaroh Selatan di talian 013-9491193.

5. Segala kerjasama dan sumbangan dari pihak tuan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Semoga Allah
jua yang dapat membalas budi dan jasa baik pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

“SEHATI SEJIWA”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

Sk. Fail

Anda mungkin juga menyukai