Anda di halaman 1dari 3

TEKS MODERATOR UNTUK SESI PEMBENTANGAN RBL

Assalammualaikum wrt, Selamat pagi ,Salam Sejahtera semua dan Salam


Keluarga Malaysia.

Yang Berusaha En Mohd Rahman Bin Rabingan, Guru Besar SK Sungai


Buaya, Guru besar-guru besar sekolah jaringan, gur-guru pembimbing,
guru-guru, para penyelidik seterusnya para hadirin sekelian.

Selamat datang ke Program Perbentangan Pembelajaran Berasaskan


Kajian dan Penyelidikan ( RBL )Daerah Kuala Langat 2022 anjuran SK
Sungai Buaya dengan kerjasama PPD Kuala Langat dan kolaborasi
bersama SK Seri Lanang, SK Permatang Pasir dan SK Leftenan Adnan .

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Program ini diadakan dengan tujuan untuk memberi dan memantapkan lagi
pengetahuan dan kemahiran murid secara aktif dalam proses
pembelajaran , meningkatkan perhatian dan tumpuan mereka untuk
mengamalkan kemahiran berfikir aras tinggi, kritis dan memberi
pengalaman pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah.

Sebelum meneruskan acara, izinkan saya mengingatkan hadirin untuk


sentiasa menutup mikrofon suara di talian masing-masing untuk
melancarkan majlis kita pada hari ini.

Seterusnya, izinkan saya memperkenalkan para juri yang arif lagi


bijaksana:
1.En Yusri Bin Dahrumi, JPNS Sektor Pembelajaran Negeri Selangor,
2.En Aminuddin Bin……... SICt PPD Kuala Langat
3.Pn Norafizah Bt Abd Razak, Ikon GPM Negeri Pahang
Sebelum kita meneruskan acara pembentangan pada hari ini, marilah kita
bersama-sama menyaksikan persembahan ……………….. yang telah
disediakan . Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

**Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas persembahan itu tadi.

************************************************************************************

Tibalah masa yang dinanti-nanti, pembentangan kajian penyelidikan yang


pertama. Majlis dengan segala sukacitanya menjemput SK
_________________________________________ tampil kehadapan
untuk membuat pembentangan. Silakan.

** TK diucapkan kepada para penyelidik yang telah membuat


pembentangan sebentar tadi.

Seterusnya dijemput para peyelidik dari SK _______________________


untuk membuat pembentangan.

** TK diucapkan kepada para penyelidik yang telah membuat


pembentangan sebentar tadi.

Seterusnya dijemput para peyelidik dari SK _______________________


untuk membuat pembentangan.

** TK diucapkan kepada para penyelidik yang telah membuat


pembentangan sebentar tadi.
Tibalah giliran kumpulan pembentang yang terakhir. Dijemput para
penyelidik dari SK _______________________ untuk membuat
pembentangan. Dipersilakan.

** TK diucapkan kepada para penyelidik yang telah membuat


pembentangan sebentar tadi.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada semua penyelidik atas


pembentangan sebentar tadi. Anda memamg hebat..Tidak lupa juga
kepada para juri yang sudi hadir pada hari ini untuk menilai pembentangan
para penyelidik dan terima kasih yang tidak terhingga khususnya kepada
semua guru pembimbing kerana sudi menggalas tugas dan tanggungjawab
ini .

4 sekolah janji bertemu,


Sebagai bekalan mengisi minda,
Baliklah anak-anakkumembawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan negara.

Amalan terbaik menjana idea,


Demi kecemerlangan pendidikan kini,
Salam perpisahan untuk semua,
Dilain masa bersua lagi.

Berakhirlah sudah program kita pada hari ini. Sekali lagi saya ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua jemputan yang hadir
dan kami memohon kemaafan sekiranya terdapat sebarang kelemahan
sepanjang kami mengendalikan program ini.

Semoga kita semua berjumpa lagi dalam program akan datang.

Sekian, terima kasih.

Majlis berhenti rehat seketika. Dijemput para hadirin menikmati juadah


yang disediakan. Dipersilakan.

Anda mungkin juga menyukai