Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARA MAJLIS

SEMPENA MESYUARAT AGUNG PIBG

2022

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam keluarga


Malaysia.

***Peringatan Mesra

1. Mesyuarat Agung PIBG pada kali ini dijalankan secara Hybrid iaitu
semua guru dan AJK PIBG hadir secara bersemuka manakala ibu bapa
dan penjaga pula secara atas talian melalui google meet.

2. Para hadirin diminta memastikan kehadiran diisi secara atas talian


melalui link google form yang disediakan bagi memudahkan urusan
pendaftaran dan cabutan hadiah.

3.Sila pastikan para hadirin sentiasa berada dalam talian sepanjang


Mesyuarat Agung PIBG ini dijalankan.

Terima kasih atas kerjasama semua.


Majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat Dato’ Dr Xavier
Jayakumar A/L Arulanandam, Ahli Parlimen Kuala Langat secara atas
talian ke Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Lanang Kali ke 46.

Sidang Hadirin yang dihormati,


Marilah kita sama-sama berdiri dan seterusnya
menyanyikan lagu Negaraku.

***Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi.


Hadirin dipersilakan duduk.

Kompang Bergema Pusaka Bangsa


Dipalu oleh Si Anak Muda
Hadir Tuan Puan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira.

Bismilahhirahmanirahim...

Yang Berhormat, Dato’ Dr Xavier Jayakumar A/L Arulanandam, Ahli


Parlimen Kuala Langat

Yang Berusaha En Abdul Aziz Bin Haji Salleh,


Guru Besar SK Seri Lanang

Yang  Dihormati  En. Mohd Fazlee B. Mohd Latiff


Yang Dipertua PIBG SK Seri Lanang

Barisan Guru-guru Penolong Kanan

Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG SK Seri Lanang

Barisan rakan-rakan pendidik,


Seterusnya, Tuan-tuan, Puan-puan hadirin yang dihormati sekalian

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... salam sejahtera, salam


Keluarga Malaysia.

Alhamdulillah, bersyukur kita pada pagi ini, dengan izin serta limpah
rahmat-Nya dapat kita berkumpul dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-46
tahun 2022 ini meskipun secara Hybrid dimana semua guru dan AJK PIBG
berada di sekolah manakala ibu bapa penjaga yang dihormati mengikuti
mesyuarat ini secara atas talian melalui google meet.

Pihak majlis serta seluruh warga SK Seri Lanang, turut sama merakamkan
ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada para hadirin dan hadirat
khususnya kepada Yang Berhormat Dato’ Dr Xavier Jayakumar A/L
Arulanandam, Ahli Parlimen Kuala Langat kerana sudi meluangkan masa
bersama-sama menjayakan Mesyuarat Agung PIBG yang kita rencanakan
pada hari ini.

Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan dengan


penuh ketakwaan untuk mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh En
Mohd Hafiz Bin Ali. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

****Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Mohd Hafiz Bin Ali
atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

*************************************************************************************

Hadirin yang dihormati sekalian.


Kecemerlangan dan kemenjadian anak-anak adalah aset yang amat
bernilai dalam sesebuah keluarga. Lantaran itu, permuafakatan antara ibu
bapa dan guru adalah tunjang pemangkin kepada kejayaan dan
kecemerlangan sesebuah institusi pendidikan dalam usaha menjana modal
insan yang berdaya saing dalam melayari bahtera kehidupan yang
semakin mencabar ini.
Justeru, kerjasama dan komitmen yang dicurahkan oleh guru dan ibu
bapa, amat penting dalam usaha melahirkan murid yang berketerampilan
bukan sahaja dalam bidang akademik, kokurikulum, bahkkan sahsiah diri
yang cemerlang.

Seterusnya, majlis mempersilakan En. Mohd Fazlee B. Mohamad Latiff,


Yang Dipertua PIBG SK Seri Lanang untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.

***Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Mohd Fazlee


kerana sudi menyampaikan ucapan.

Seterusnya, majlis menjemput dan mempersilakan En Abdul Aziz Bin Haji


Salleh, Guru Besar SK Seri Lanang untuk menyampaikan ucapan alu-
aluan. Dengan segala hormatnya, dipersilakan

***Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En Abdul Aziz atas


ucapan alu-aluan itu tadi.

Kini tibalah masa , untuk kita mendengar amanat dan ucapan yang akan
disampaikan oleh Yang Berhormat Dato’ Dr Xavier Jayakumar A/L
Arulanandam, Ahli Parlimen Kuala Langat dan seterusnya merasmikan
Mesyuarat Agung , PIBG SK Seri Lanang kali ke 46 bagi tahun 2022.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

***Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima


kasih kepada Yang Berhormat, Dato’ Dr Xavier Jayakumar, atas ucapan
dan perasmian itu tadi. Semoga segala amanat dalam ucapan itu tadi
dapat kita hayati untuk kebaikan bersama.
Seterusnya, marilah kita sama-sama menyaksikan tayangan montaj yang
telah disediakan oleh unit ICT Sekolah Kebangsaan Seri Lanang.

***Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Unit ICT kerana telah
menyediakan tayangan montaj yang begitu menarik tadi.

Seterusnya, acara cabutan bertuah akan dijalankan. Saya menyerahkan


majlis kepada Cik Saudana Mery dan Pn Rozita. Dipersilakan

*** Terima kasih Cik Mery dan Pn Rozita.

Selesailah sudah Majlis Perasmian Mesyuarat Agung SK Seri Lanang, kali


ke-46 bagi tahun 2022.

Dari mana asalnya… usah diusul


Molek budinya menambat hati
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan dibawa ke dalam hati.

Saya mewakili AJK PIBG dan SK Seri Lanang, merakamkan penghargaan


terima kasih kepada Yang Berhormat, Dato’ Dr Xavier Jayakumar Ahli
Parlimen Kuala Langat atas kesudian YB meluangkan masa pada pagi ini
untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-46. Tidak dilupakan juga
ibu bapa, guru-guru dan tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi


wabarakatuh…..

***Seterusnya, saya menyerahkan majlis kepada En. Mohd Fazlee Bin


Mohd Latiff untuk meneruskan agenda Mesyuarat Agung PIBG SK Seri
Lanang, kali ke-46 bagi tahun 2022. Dipersilakan.
1. Ucapan YDP PIBG

2. Perbentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat

3. Perbentangan Laporan tahunan

**** Cabutan Bertuah..

4. Penyata Kewangan

5. Usul

6. Pelantikan PIBG baharu

*** Cabutan Bertuah

7. Hal-hal lain

8. Ucapan Penangguhan

*** Cabutan Bertuah

Anda mungkin juga menyukai